Thursday, December 16, 2010

"Ni Cikgu Sharifah Ke? Kita Nak Upah Jadi Tutor Peribadi" - Panggilan Hangit Lelaki Kacak.


Salam semua.
Selamat Hari Asyura.
Puasa hari ini?
Aku, insyaALLAH. Rasa macam nak ajak si dia puasa bersama semalam, tapi terlupa dan mengenangkan cuaca yang dia sedang hadapi di sana, mungkin tidak mengapa.
Senyum.

Tahniah juga kepada pasukan Malaysia kerana menang. Kalau tak menang, memang boleh meletup stadium semalam agaknya. Oh ya, kepada pemilik anjing dan kucing, akibat kekalahan semalam, sila pastikan haiwan peliharaan anda selamat di kawasan rumah. Jika tidak, gambar anda memeluk haiwan kesayangan boleh dirujuk semula sebagai kenangan. (Oh, ini buat siapa yang faham apa yang aku maksudkan)

[Gambar : Sila teruskan rentak permainan yang lebih baik pada masa akan datang boleh?]

Oh ya, petang semalam sewaktu aku sedang membuat sedikit kerja, aku menerima panggilan daripada satu nombor yang tidak dikenali. Malas mahu memikirkan apa-apa, aku terus menjawab sahaja telefon. Suara lelaki kedengaran di hujung talian.

Pemanggil : Boleh saya cakap dengan Cikgu Sharifah?
Aku : Oh ya saya.
Pemanggil : Cikgu Sharifah ada bertugas di sekolah ke apa cuti ni?
Aku : Tiada, kenapa?
Pemanggil : Cikgu Sharifah ada buat kelas tambahan?
Aku : Secara rasmi tiada, cuma bantu adik saya sahaja.
Pemanggil : Macam inilah Cikgu Sharifah, saya mewakili Dato' S, nak minta Cikgu jadi pengajar peribadi anak dia. Tahun depan anak dia SPM.
Aku : Sekejap, Dato' apakah?
Pemanggil : Dato' S. Boleh cikgu?
Aku : Boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa ni?
Pemanggil : Saya Hairol Nizam.
Aku : Mana dapat nombor saya?
Pemanggil : Macam gini la cikgu, biar saya terus terang. Saya dapat nombor cikgu dari Pengetua cikgu.
Aku : Oh, Pengetua saya. Boleh saya tahu saya sekolah mana?
Pemanggil : Eh, kenapa cikgu?
Aku : Sebab saya rasa awak main-main.
Pemanggil : Kenapa?
Aku : Sebab memang ada beberapa orang dah cakap nak kenakan saya. Jadi saya kena hati-hati.
Pemanggil : Itu antara sebab saya telefon cikgu. Saya nak dapatkan kepastian. Kalau cikgu setuju, nanti kami akan hantar orang jumpa cikgu.
Aku : Ni awak telefon dari mana?
Pemanggil : PJ.
Aku : Saya di Muar ni.
Pemanggil : Tahu, sebab itu saya cakap kalau cikgu setuju, kami hantar orang terangkan pada cikgu petang ini juga.
Aku : Awak datang sahaja dulu, jumpa keluarga saya. Sebab saya biasanya saya suruh keluarga saya buat keputusan untuk saya.
Pemanggil : Habis tu macam mana ni cikgu?
Aku : (ketawa) Saya tetap rasa awak main-main. Siapa nama awak tadi?
Pemanggil : Saya Hairol Nizam.
Aku : Maaflah, tapi saya rasa awak bergurau ni.
Pemanggil : Cik Sharifah, awak kenal Rulduff tak?
Aku : Siapa?
Pemanggil : Rulduff atau Chotz
Aku : Oit bang! (ketawa gila-gila) Aku dah agak mesti ada orang menipu ni.
Chotz : (ketawa) Sumpah aku dah tak tahan nak tipu lagi. Dah tiada idea.
Aku : (ketawa) Tergamak eh kau Chotz?
Chotz : Sengaja aku telefon. Dah lama aku simpan nombor kau, tapi tak pernah telefon (ketawa)

... dan perbualan itu berlanjutan untuk beberapa minit.

[Gambar : Yang keluar semalam itu nombor pejabat ke apa? Kejam kau tak telefon aku guna iPhone kau kan? Ketawa]

Chotz : Eh Zara, kau sakit tekak ke?
Aku : Kenapa?
Chotz : Suara kau 'rock' gila.
Aku : Suara aku memang begini lah.
Chotz : Cuti sekolah kau buat apa je?
Aku : Duduk rumah, pergi aktiviti berbasikal.
Chotz : Berbasikal? Biar betul?
Aku : Kenapa?
Chotz : Aku tak faham.
Aku : Apa yang kau tak faham?
Chotz : Kenapa kau tak pergi buat aktiviti perempuan macam menjahit ke mengait ke?
Aku : Ceh!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN4IujNd1u9vhBqXfxbnmRtWOO8qsOTZVMnzYoez1rIBdL7gCjCgu1U2Qt73yT0LJZpRMv38lAmNDs67FX8X_MEknYuwqJqTBqwIkLdIjo26X12N3JfWrWWP7dOr_j2xwFTLwXMRIxwid-/s1600/chotz
[Aku curi dari blog beliau. Biarkan. Ketawa.]

Terkena juga aku semalam.
Tidak mengapa.
Lepas ini aku akan berhati-hati dengan beberapa perkara berikut :

  • Orang panggil aku Sharifah. Ya, aku dah lama tak guna nama rasmi aku.

  • Tawaran mengajar kelas tambahan.

  • Pembantu-pembantu orang kenamaan (kononnya)

  • Perbualan biasa di Twitter yang menyebabkan aku terkena semula. Ceh!

Apa pun, semalam aku memang banyak ketawa. Dengan perbualan (panggilan hangit) dari Chotz sehinggalah perbualan di Skype selama 4 jam (batuk-batuk) dengan si dia. 4 jam eh? Itu datang sekali dengan pakej tengok dia makan malam, dia tengok aku makan sahur jam 12 malam dan apa lagi agaknya.
Ketawa.
Baiklah.
Aku rindu.
Senyum (muka merah)

Nota Kaki :
1. Ramai menegur sudah tiada gambar kotak-kotak comel di blog ya? Nah, aku keluarkan semula. Ketawa.
2. Ikatan keluarga itu penting, aku tahu.
3. Sedih tidak diajak berlatih berbasikal.
4. Geng pemburu arnab semakin ramai di Twitter. Amboi kamu semua.

Zara : Dalam mencari kebahagiaan, aku sedar mungkin ada penghalang. Walaupun sedang menikmati musim yang membahagiakan, aku tetap percaya persediaan untuk yang baik serta yang buruk (minta dijauhkan) adalah perlu juga. Moga dia mencari keredhaan Allah akan dapat ditautkan dengan sempurna.

18 comments:

suffer8zine said...

ikatan keluarga mmg penting

Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.

Ara Drew said...

kita msti dpt agakkn klau saper2 yg nk kenakan kta..haha,

mie said...

fuh!!!
nampak gaya kena org lain plak buat panggilan hangit

Eila said...

fuhh!!
hampir2 terkena zara... hati2 takut ada deejay hot.fm plak yang call kamu...
lama yer 4 jam...keadaan begitu telah lama berlalu buat saya...khikhikhi

Paan Ovrtd said...

Suara kak Zara saya memang rock. Kalau tak rock, bukan suara kak Zara saya. Haha!

Azrul Hisham said...

geng pemburu arnab?? lol :p

habis la kamu semua orang dok cari arnab tu...haha

Puteri Iqa Izyan said...

warghh.terbaik la kene hangit. hehe

chotz said...

hahahah.... puas hati kita awk

takky said...

sharifah???
terkejut sebentar bersama kit-kat

PuanPepel said...

haha..nsib baik tak rentung ko kena goreng..

LynnAiza said...

haha..best lah panggilan hangit ituuu..=)

anywayyy...memang ternyata geng pemburu bunny sgt ramaiiii skrg..sila berhati2 di twitter ye cik kak..haha

hans said...

ahaha
congrats Chotz sebab kenakan zara
ekekekek
yups,kalau kalah semalam mau runtuh stadium aku rasa
oit,zara...ramlee awang murshid nak mai aloq setaq weih...hehehe

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

Shahiran said...

Tetibe aim cikgu sorang ni tuk tuisyen. Kalo betulla, mesti da amik tuisyen mane2, ade lak cari tutor cikgu sekolah.

Intan suhaila said...

cikgu sharipah . sy dh follow kamu .

Intan suhaila said...

cikgu sharifah sy dh follow kamu .


saatkukembali.blogspot.com

s7en_E said...

trima kasih kerana mengembalikan kotak cumil itu =)

hamzah ian said...

terkena.. hehe

kaki KARUT said...

mkin hangit lak..haha