Sunday, November 28, 2010

Bila Menonton Kartun Dengan Keluarga, Benda Ini Selalunya Akan Terimbau Kembali Dengan Sendiri.


Salam semua.
Aku rasa kita semua dibesarkan dengan menonton rancangan kartun sebagai penghibur masa senggang (kecuali kau budak genius macam dalam televisyen yang mengaku berita adalah rancangan kegemaran dan tidak pernah menonton kartun - aku akan cakap, kau kehilangan sedikit nikmat masa kanak-kanak). Pastinya sehingga kini masih ramai yang menonton kartun (dan mungkin juga animasi) sebagai hobi.

Dibesarkan dengan kartun Disney, Looney Toons , Usop Sontorian, Power Rangers dan banyak lagi, aku sehingga kini masih menonton kartun dan animasi yang ditayangkan di televisyen, Internet dan juga sehingga sampai tahap sanggup memuat-turun pelbagai jenis manga dan komik. Ya, Bonda selalu menegur dengan ayat pedas dan tajam berbisa, tetapi aku balas dengan sengihan sahaja. Sengih.

"Dah jadi anak dara pun melongo lagi depan televisyen tengok Spongebob? Kau nak jadi apa ni Along?"

"Along! Dah Maghrib. Tutup televisyen. Ada ke tengok Sin Chan lagi?!"

Itu antara ayat biasa Bonda yang aku dengar setiap hari dan setiap minggu. Tidak boleh salahkan aku (nak juga kata diri tidak bersalah), aku salahkan stesen televisyen yang menayangkan cerita tersebut pada waktu yang kurang sesuai. Benda menarik tayang waktu tidak sesuai, ini tidak adil! (sambil hentak kaki, dan genggam penumbuk dan kesat hidung guna baju).

http://www.okbuydvd.com/images/upload/Image/Crayon%20Shin-Chan%201.jpg
[Gambar : Ada sesiapa boleh kata kartun ni tak menarik? Mak kata aku tak betul sebab ketawa berdekah-dekah bila menonton cerita ini atau baca komiknya]

Baiklah.
Petang tadi ada rancangan Looney Toons di TV9. Sambil masak, sambil menonton televisyen dan Abah ada di kawasan dapur dan menonton kartun juga. Melihat Abah tersenyum di hadapan televisyen, aku teringat sesuatu jika menonton televisyen dengan mereka suatu ketika dahulu.
  • Tanya Abah apa kartun buat - Disebabkan masa kecil belum faham dengan kartun, tiba-tiba orang lain ketawa, maka selalu tanya Abah.
Aku : Abah, kartun tu buat apa?
Abah : Oh, serigala tu nak kejar burung tu.
Aku : Oh, kenapa?
Abah : Sebab burung tu kan laju, serigala nak makan.
Aku : Oh, faham-faham (sambil mulut melopong, angguk kepala)

http://www.sugarcraft.com/catalog/novelties/looneytunes/LooneyTunesWallpaper.jpg
[Gambar : Mana kartun ni ada dialog?]

  • Berebut nak tengok kartun di saluran lain-lain masa hujung minggu - Ni sebenarnya sampai sekarang. Kalau ada yang disukai di saluran televisyen lain, habis berebut-rebut. Sampai sanggup bergaduh, berdiri halang yang lain tengok televisyen. Lepas tu mak keluar dari bilik, semua kena marah, Mak tutup televisyen, habis semua orang tak dapat tengok. Padan muka semua! (Termasuk diri sendiri tentunya). Sekarang dah ada dua televisyem dah kurang sedikit.
Aku : Nak tengok cerita ni.
Adik : Tak boleh! Nak tengok cerita lain!
Aku : Nak juga! (cubit adik)
Adik : (menangis) Tak boleh! Along jahat! (sambil guling-guling)
  • Cerita balik kalau dah terlepas tonton - Kalau dah terlepas menonton kartun, lebih-lebih lagi yang bersiri, mesti paksa sesiapa cerita (kalau zaman aku dahulu, paling terkenal adalah Mutiara Naga (baca : Dragon Ball). Maka, berceritalah yang ada di depan televisyen sehingga menganggu orang lain, lepas tu bergaduh, lepas tu kena marah semula. Ketawa. Gila.
  • Berangan jadi watak kartun - Dulu selalu berangan nak jadi Ultraman (sampai sekarang pun sebenarnya), semata-mata nak pergi Jepun dan lawan rasaksa. Suka tengok Ultraman tengah makan mi soba, tiba-tiba ada bunyi "bip", dan dia kena pergi bertukar. Begitu juga Kesateria Baja Hitam (kenapa la beri nama ini?), Power Rangers atau Kamen Rider. Ayat paling disukai, BERTUKAR!
http://www.ubergizmo.com/photos/2008/6/ultraman-usb.jpg
 [Gambar : Ultraman memang comel walaupun untuk 3 minit sahaja]
    • Pakai baju watak kartun bila tengok kartun berkenaan - Dulu ada baju watak kartun yang macam-macam. Bila pakai sambil menonton televisyen, rasa macam memenuhi tema. Cerita Power Rangers, pakai baju Power Rangers (padahal baju Power Rangers tu baju tidur.) Sanggup mandi jam 5 petang sebab Power Rangers jam 5.30 petang. Jadi dah ada di depan televisyen dengan baju Power Rangers dengan muka berbedak comot, sebab berkejar-kejar mandi nak tengok.
    Banyak lagi sebenarnya. Sekarang ini baju yang ada cuma baju gambar Mickey Mouse dan Pooh. Sungguhlah tidak memberangsangkan. Ada sesiapa nak belikan aku baju gambar Spongebob?

    http://www.spongebob-fans.com/pict/wallpaper/1024_all_charc.jpg
    [Gambar : Kartun wajib tonton setiap petang tanpa rasa jemu]

    Sampai sini sahaja.
    Nak pergi makan Krabby Patty.
    Eh?
    Ketawa.

    Nota Kaki :
    1. Terima kasih buat yang mencalonkan nama aku di sini. Terharu bila dapat tahu. Kalau sudi mengundi, silakan. 
    2. Berbual dengan kembar boleh buat aku gila sebab bergaduh dan bertengkar entah apa-apa. Kembar bijak, dia boleh hidu benda yang aku sorokkan. Ceh!

    Zara : Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.

    27 comments:

    Azrul Hisham said...

    sesungguhnya dalam external harddisk abang ni penuh ngan koleksi cerita2 seperti dragonball, kamen rider dan lain2...

    best2...

    Bintang Biru. said...

    Zara, Ultraman Cosmos best taw, dekat astro ceria ader cerita dok tayang, Hani tak pernah miss langsung. Yeay~!

    Artzlizan said...

    katun la best...hehe...

    suffer8zine said...

    kdg2 je layan cartoon :P

    Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular

    Anonymous said...

    td terlepas tgk sinchan . sedeh :(

    Cik Puan Kocik said...

    Zara : Blog awak best! Bahasanya Cantik! Gambarnya Cantik! Dan wak buat saya tertarik utk terus baca blog nie!! Teruskan usaha terbaik...dgn bahasa yg indah nie

    FatinNad said...

    saya suka tengok spongebob juga.. haha. berjemaah tengok dengan adik bongsu :)

    FatinNad said...

    saya suka tengok spongebob juga.. haha. berjemaah tengok dengan adik bongsu :)

    Anonymous said...

    hentai leh kira kartun tak?

    Afizz said...

    huhuhu...dah lama mengidam nak tengok shin chan... sampai sekarang tak dapat tengok.. T^T

    fadh ^_^ said...

    hehe
    seronok kan zaman kanak2
    kartun sekarang banyak cam hampeh
    haha

    Unknown said...

    ahaha...comel jep.. tdi bru tgk sinchan..suka3..hehe

    MR. SYAH said...

    kesatria baja hitam?? bkn satria perkasa hitam ker... heheh...

    spongebob versi melayu je ske tgk..

    shinchan mmg best!

    doyah said...

    nk bajak hitam :P

    Anonymous said...

    boleh layan cerita tom n jerry sampai khatam! tengok banyak kali pun tak boring HAHA

    takky said...

    skunk dlm proses nk burn anime bleach dlm cd...
    baru habes download episod yg ke 100...
    ade lagi 100 lebih nk download...
    huhuhuhuhu....
    (1 keje yg gile n pasti dimarahi oleh org umah law taw)
    =_=;

    Hellioz said...

    bertukar jadik ape?

    werewolf?

    haha~

    hai!shashashazara~
    gyahahahahaha~

    syaftome said...

    weird...seriously...
    bapak aku pun slalu bising kat aku...
    ketawa sorang2 tengok citer...
    even citer seram or hantu sekalipun...hahaha...

    LynnAiza said...

    tak tau kenapa,mmg tak reti nak minat kartun..since dari kecik pon..jadinya,bla ada member2 yg sama umo tp still tgok kartun,mmg slalu tnya..''apa yang buat kau suka sgt hah tgok kartun?pelik aku..''

    Zikri Husaini said...

    SPonge bob!! hehe... mr patrick..

    enyheartsdiamond said...

    mama ngan papa eny pun tengok shin chan lagi :D

    layan je si shin chan tu :p

    enyheartsdiamond said...

    shin chan tu, semua peringkat umur boleh layan :D

    hans said...

    hahahaha
    kartun best kut
    sapa yg xsuka kan
    hohohoho

    P/S : Jika Followers Blog Ramai Adakah Duit Nuffnang Blogger Itu Banyak?

    P/S : Gua Nak Tanya Pasal Dr Rozmey, Rayyan Fantasi, Endhiran, Aarif Lee Dan Bruce Lee

    Zakiyah Zainon said...

    tetap layan shin can kalau hari sabtu walaupun anak dah 3 hahahaha
    zara kembar eekk...akak pun baru dapat baby kembar :P baru 4 bulan hehehe

    izulman said...

    Suke kartun! tk kire la orang nak kate dh tue bangke ke ape, still suke. sin chan, naruto, spongebob, cat dog, mickey mouse, anime, semua la. tergelak2x tgok sin chan XDDD

    asnidahani said...

    sin chan terbaek!!! suke jugak. tp mak pon selalu marah. kita tak akan pernah paham orang yang bukan sezaman dengn kita kan?? mcm tu jugak dorg.tak akan paham apa feel tgk citer tu.. hik2..

    The Poyo Me said...

    jangan malu tengok kartun.
    aku masih tengok sin chan, transformers, justice leagu, malah Ben 10.

    paling best, bapak aku layan sekali kartun dengan aku. kami hari ahad wajib duduk depan Tv tengok Justice League, Ben 10 dan entah apa2 lagi cerita superhero.

    ak ingat bapak ak tengok sekadar nak layankan aku tengok, tetapi satu hari tu, bila tv tu nak rosak, die cakap.

    "Ala, TV, tolonglah bertahan. lagi sikit lagi nak habis kartun Avengers nih."

    LOL