Sunday, November 14, 2010

Baguslah Kau Nak Berhenti Dari Jadi Cikgu, Sekurang-Kurangnya Orang Lain Boleh Ambil Alih.


Ketawa sakan.
Kalau ikutkan hati memang aku mahu buat syukur sekali bila dapat tahu kau mahu berhenti daripada menjadi seorang guru. Baguslah begitu. Berikan peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan, lebih layak dan lebih bersungguh untuk meneruskan kebaikan kerjaya ini. Memang kerjaya ini bukan untuk kau sejak kali pertama aku rasa.

Keji.
Kau nak kata aku keji sekalipun, sesungguhnya aku tidak kisah. Bahkan, kata-kata dan perbualan kau lebih keji dari yang sepatutnya. Malu mahu mengaku kawan dan baik juga kau mahu berhenti menjadi guru sebelum kau mahu mendirikan rumah tangga. Bukan apa, aku tidak mahu kau jadi macam kawan baik kau yang membenci kerjaya ini tetapi dengan tidak segan silu memberi makan anak isteri dengan gaji dari pekerjaan mulia dan suci ini. Kata benci, kenapa kau berdua tidak mahu berhenti?

 http://www.quad-response.com/images/danbo01.jpg
[Gambar : Kalau aku boleh menyamar begini dan memukul kau, alangkah baiknya]

"Bosanlah Jadi Cikgu! Nak Layan Kerenah Murid Lagi. Ada Kerja Lain Gaji Tinggi Dan Senang Tak?"

Kawan 1 : Baguslah kau. Aku pun rasa camtu.
Kawan 2 : Memang pun. Dah la setiap hari kerja yang sama.
Kawan 1 : Aku datang sekolah jam 7.30 setiap hari. Kadang-kadang sebelum pukul 8 aku datang.
Kawan 2 : Lepas tu kau balik bila?
Kawan 1 : Loceng bunyi aku terus cabut.
Kawan 2 : Bagus! Sama dengan aku. Ada tak kerja yang lebih kurang tiga ribu lebih, kerja senang?
Kawan 1 : Kalau ada kau bagitau la. Kerja cikgu gaji ciput.
Kawan 2 : Lepas tu nak memuaskan hati budak-budak, mak bapak budak, cikgu-cikgu lain. Menyampah!
Aku masih ingat lagi perbualan kamu berdua yang pernah aku siarkan di penulisan ini.
Betapa keinginan aku untuk memukul kamu berdua adalah sangat tinggi dan tidak pernah berhenti. Oh ya, mesti kau tertanya-tanya bagaimana aku boleh tahu kau nak berhenti daripada menjadi guru. Jawapannya mudah sahaja, tiada apa benda yang rahsia di Internet dan juga rakan-rakan baik yang tahu betapa kita memang tidak sebulu (bahkan aku berbulu dengan kau, boleh?)

Kau pernah sentap dulu kan?
Eh, lupa?
Aku tulis di sini dulu.
Tapi tidak mengapa, aku tahu kau mudah lupa.

Ziao : Kau tahu budak tu nak kahwin?
Aku : Budak mana?
Ziao : Kawan baik kau.
Aku : Kawan baik mana?
Ziao : Ala, yang muka toya tu.
Aku : Oh, dah nak kahwin? Baguslah. Sesuai.
Ziao : Dengarnya dia nak berhenti kerja sebelum kahwin. Paling lambat pun lepas kahwin.
Aku : Nak berhenti? Nak kerja apa?
Ziao : Entah. Dengar nak buka perniagaan.
Aku : Jual gelang?
Ziao : (ketawa) Keji kau.
Aku : Eh, mana ada keji, manalah tahu. Dia kan nak gaji lebih 3 ribu sebulan.
Ziao : Gaji kita yang kecil ni pun dah mampu tanggung hidup.
Aku : Ada orang sentiasa tak cukup, biarlah.
Ziao : Dia jemput aku pergi. Kau dia jemput?
Aku : (ketawa) Ajaib kalau dia jemput aku.
Ziao : Dia jemput aku di FB je. Nak tengok kad dia? Aku bagi pautan.
Aku :Apahal kad dia ada main potong-potong tarikh ni?
Ziao : Salah buat agaknya.
Aku : Choi!

http://farm5.static.flickr.com/4011/4455136410_3c369dcc77_z.jpg
[Gambar : Sila fahamkan persamaan di atas. Boleh?]

Sesi penempatan baru khabarnya akan bermula pada minggu hadapan atau minggu seterusnya. Masih ramai lagi lapisan muda yang bersemangat mahu menjadi guru. Kalau kau betul-betul tidak berminat, undur diri. Adik-adik, bakal-bakal guru muda bersedia untuk menggantikan tempat kau.

Telan balik kata-kata kau.
Ya, aku nak kau telan semula apa yang kau pernah cakap. Kerjaya guru membosankan dan menjengkelkan? Memang kalau kau depan aku, kau akan tahu betapa tinggi dan rendahnya langit. Memang aku kejam. Aku kejam bila kerjaya yang aku sayangi kau perkotak-katikkan sesuka hati.

Noktah.

Nota Kaki :
1. Gambar jamuan petang tadi sudah dimuatnaik ke Mukabuku aku. Pautannya di sini.
2. Kali pertama aku memandu kereta sendiri di atas lebuh raya. Eh?
3. Esok ada kenalan perempuan mahu ajak aku berjumpa. 

Zara : Geram bila melihat budak sekolah menghisap rokok sebelum datang ke sekolah. Oh ya, balik dari sekolah pun menghisap rokok di atas motosikal sambil bergelak ketawa. Rasa nak hon kuat-kuat biar mereka terjatuh dari motosikal. Epik?

28 comments:

Anonymous said...

kalau buat betul2, boleh jadi cikgu cemerlang. datang kerja cikgu di sabah sarawak. elaun banyak HAHA boleh jadi part time cikgu tuition, semak paper upsr,pmr,spm. lagi bertambah elaun. HAHA

Anonymous said...

Saya suka baca semua entry kak zara, all of them =)

oh yaa, about the teaching profession, saya belum jadi cikgu, but i'll be one in 2013 inshaAllah. Kadang-kadang tak boleh salahkan diaorang kalau tak minat nak jadi cikgu, tapi yang salah apabila mereka merendah-rendahkan profession perguruan ni. Kalau betul gaji cikgu tu rendah, kenapa ada je yang boleh hidup senang dengan hanya kerjaya seorang guru. Example paling dekat, my aunt, seorang guru, tapi mampu untuk pakai kereta mitsubishi. Mampu menyara keluarga, mampu untuk bagi duit kepada ibu bapa sendiri. So, kat mana sebenarnya fact yang jadi cikgu ni hidup miskin?

GadisKasutConverse said...

tk reti bersyukur betul manusia itu.ishhh...

noorafzan.blogspot.com said...

kalau dah tak minat mmg elok je benti..
tak ikhlas pun tak bagus kan.
rezeki tu pun jadi macam was2 je.
tu yang rasa macam tak cukup je.

DaiADellas said...

Saya seorang guru. Xdpt dinafikan, kerja guru memang xabis2. tp mana ada kerja yg senang kt dunia nie.. Kalau ada org yg nak benti, bentilah drpd merosakkan anak bangsa dgn perangai buruk tu..
Buat Dean winchester II, saya guru di Srwk. Elaun banyak yg diperkatakn tu hanyalah 'cerita besar' yg indah dibibir, realitinya pahit..

Guru is about membakar diri..jangan jd lilin yg akan habis terbakar, tp jdlah pelita yg akan terus kekal terbakar..Tapi jgn lupa tambah minyaknya ya!! hehe

anizsDANbintang... said...

Kadang2 Tuhan bagi peluang sekali saja. Kalau kita lepaskan peluang yg mungkin satu itu, kau ingat Tuhan akan bg kau peluang kedua?

Anonymous said...

tak suka org yg jadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir~

Unknown said...

macam buat kerja x ikhlas je depa ni. Tapi kalau dia wat kerja tu dengan ikhlas. tak kesah la gaji ciput ke, rasanya takde masalah kot. mesti dia enjoy je apa kerja yang dia wat. Elok lah jugak depa ni berhenti daripda dok mengajar xikhlas.

azieazah said...

ZARA, memang betullah..

ada sorang kawan yg dulu jadi cikgu (selama lebih 10 tahun) akhirnya melompat tinggi sebab dapat berhenti dan kini kerja di Kementerian Pendidikan.

Kelegaan kerana akhirnya dia tak perlu lagi nak jaga anak2 murid (yg juga anak orang bukan anak dia), dan tak pening kepala lagi.

Kerja cikgu leceh, susah. Claim ciput lak, tapi keja banyak > antara alasannya.

Sedih, kan?

Afizz said...

Memang tak dapat dinafikan yang pekerjaan sebagai guru ni memang banyak cabaran dan dugaannya. Kadang-kadang , kita kenalah jugak menghadapi banyak kerenah murid dan kerja yang banyak.

Saya sebagai seorang murid pun tahu jugak macam mana susahnya pekerjaan ni sebab saya memang rapat dengan cikgu-cikgu dekat sekolah saya. Kadang-kadang mereka pun banyak membebel jugak pasal kerenah pelajar dan tugasan mereka , tapi tak pernah pulak mereka kata yang mereka benci jadi guru.

Bila diri ikhlas nak mengajar anak bangsa , confirm tak kan terlintas pon kat fikiran seorang guru untuk berhenti menjalankan tugas yang mulia tu.. :)

*sori komen panjang-panjang*

GreenLava said...

Hmm...masing-masing ada pendapat masing-masing. Inilah namanya kehidupan :)

nad said...

Tak reti bersyukur atas rezeki yang dikurniakan...
Tak ada kerja yang mudah di atas muka bumi ni..Semua kerja sama sahaja..Yang membezakan ia adalah skop pekerjaan itu sendiri..
Geram la dengar ada cikgu yang macam ini..Ishh

zirconia said...

guru yang macam tu lah sebenarnya merendahkan martabat profesion keguruan di mata ramai. sedih.

takky said...

x berniat ikhlas nk jadi cikgu....
mmg mcm 2 la jadi ye...

TheBentPencil said...

bukan cikgu aje macam ni zara,
coursemates aku pun, macam tak ikhlas je kerja.

tahulah course kami ni permintaan tinggi, tapi sebulan kerja, pergi interview tempat lain, tengok tempat tu gaji besar, pergi sana pulak. tempat lain gaji besar, pergi situ lagi, lepas tu lagi. masuk ni sudah TIGA kali! belum tentu tu yang terakhir, katanya.

macam2 dia komplen tentang tempat lama. tak tahan workload la, tanggungjawab besar sangat la. tapi dulu time nak masuk kemain puji.

hakikatnya dia tu tak bersyukur kerana dikurniakan kerja yang baik sedang orang lain tunggang langgang mencari kerja, terima apa yang ada.

biarlah dia baca komen ni zara, dia nak sentap pun boleh. tapi ingatlah, tukar2 kerja ni membawa rekod buruk. kalau employer tahu keje dia macam ni, tak ada siapa nak hire sebab dianggap tak setia.

Awi said...

Kalau dah takmau baik berhenti. Bukan semua orang rasa leceh layan kerenah murid. Dah memang termaktub dalam pedagogi cabaran guru bahawasanya kerenah murid itu salah satu perkara yang perlu dihadapi oleh guru. Dah masa belajar pun dah tahu, kenapa nak teruskan? lagi pula masuk kerjaya dan lekeh-lekehkan pekerjaan yang best ni.

(Saya rasa mengajar merupakan satu kepuasan. Tambah lagi bila murid yg lemah mampu meningkat disebabkan pengajaran saya. Puas sangat. Kerenah murid pula macam asam garam mewarnai kehidupan. Kalau menunduk dan IKUT saja, kan ke boring tu?)

I have no idea kalau dah jadi guru sepenuh masa ni. I'm talking from internship experience, but the thing we've done is no difference, just less rite? Next year, i'll be in that position, semangat pun berkobar-kobar ni.

cikyin said...

patutlah kadang-kadang ilmu x sampai dalam otak.rupanya cikgu x ikhlas nak mengajar,cih,hampeh!

En iLHAM said...

huhu
memang keji sunggu bile profesion preguruan direndahkan pada masa yang sama masih lagi menjadi guru. sepatutnya sebelum memohon untuk bidang perguruan lagi dia sudah sedar bawahawasanya profesion tersebut sangatlah tidak sesuai untuk diri sendiri

dah terhantuk baru nak terngadah..salah sendiri tetap juga salahkan perkara lain

tak puas hati betul saya

Anonymous said...

gj tk pernh cukup sbb tk pernah tahu bersyukur.tu la org kata melyu mudah lupa.tk suka perkerjaan cikgu tp dulu beljar dgn cikgu jugak.tkde menda yg senang kat dunia ni.mane2 keje same jek.

lavidalabelle said...

pekerjaan apa pun mestilah buat dengan jujur barulah berkat. ini asyik mengeluh, guru pulak tu nanti jadi apa pada anak murid kan.

nak 'kaya cepat dan sekejap' JUAL GELANG adalah sesuai.

nadz said...

salam..ini luahan hati seorg guru..5 thn pglmn mengajar..ms mula2 mengjar semangat mmg berkobar2..tp sejak posting dr perak ke k.l dh tawar hati..mmg org kt klu jd ckgu kena byk sbar..tp klau tiap2 hr mengadap budak yg kurang ajar( main dlm kelas, keje xnak bt, mencarut dlm kelas)ble ditegur @ marah diaorg bt xheran pn..klau denda yg bukan2 nnt mak bapak dtg serang...
thn lepas sy besalin awal dr tarikh due..semuanye gara2 tensen dgn 1 org budak yg mulutnye mmg semua org xthn..
jd skrg nie sy mengajar pn setakat yg bleh je..klu diaorg xnak bljr lantak la...
la ni..kuasa dtangan budak & mak bapak budak..
kdg2 tepikir nk stop je jd ckgu nie..dh xthn nk menanggung semua nie..sampai skali tue blood presure naik
kepada ckgu2 yg mampu menahan sbr dlm mendidik pljr..sy tabik spring!!

Anonymous said...

Saya seorang guru.. And sgt enjoy jadi guru... Sebenarnye ape saje career saya, saya Akan buat sungguh2 Dan professional.... Sebelum menjadi guru saya bekerja di private gaji juga lumayan... Saya mmg suka cabaran dlm pelbagai bidang... Tapi akhir2 ni hati saya hancur luluh... Saya bukan seorang yg mudah putus Asa... Saya tak pernah Berkire soal wang,malah adakalanya segala expenses utk belanja program di sekolah saya keluarkan walaupun semue tau gaji cikgu x seberape... Bila pentadbiran mula berkira,Ada pula campur tangan pihak yang menjadi batu api dan melaga-lagakan... Saya terasa hambarnya kerjaya ini,semakin hari,hati saya makin jauh untuk teruskan kerjaya guru ini... Beginilah bekerja di kalangan orang melayu,mudah menjatuhkan orang lain untuk kepentingan sendiri...berbeza bekerja di kalangan masyarakat antarabangsa, Persaingan sihat Dan Ada habuan yang bersesuaian dengan usaha... Saat ini saya benar-benar kecewa sebagai guru...

Anonymous said...

Sy nak share pglmn saya. Berbls2 thn jd guru. Mmg kerjaya pilihan sy. Sy suka dgn kerja sy. Sy sygkan murid2 sy x kira siapa mrk. Sy bermula dgn gaji yg sgt kecil. X smpai seribu tp sy bersyukur kerana sy buat kerja yg sy suka di seklh yg mnghrgai guru2nya. Hinggalah 1 ktka sy brglr guru baru di sbh seklh. Mcm2 tknn sy hdpi. Klu boleh smua kerja nak dberi kpd sy smpai nak mkn pun x smpt. Apa yg dbuat jd bualan. Sy fhm itu lmrh guru baru tp biarlh berpdnn. Sy btl2 xthn. Bbrp kali dlm tmph prkhdmtn sy brdpn tknn, kecewa dan hmpa dan kbnyknnya bkn kerana pljr. Apapun, sy masih di sini kerana sy cinta profesion ini. Kpd pihak pentadbir, buatlah agihan tugas seadil-adilnya. Biarlah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Hormati guru2 anda. Kpd rakan2 guru, jaga tggjwb msg2, x slh mmbantu jika punya waktu. X perlulah jd pengkritik kpd org lain, kerana itu menunjukkan yg anda sbnrnya x ada kerja@tak buat kerja. Berilah pendpt membina. Pupuk budaya team work dlm kerja. Sy percaya wujudnya kejujuran, keikhlasan, keadilan, kerjasama dan saling menghormati antara sesama guru dan pentadbir akan melahirkan budaya kerja yg selesa dan menyenangkan.

Anonymous said...

guru merupakan pekerjaan yg mulia. Niat berhenti kerana lain bagaimana yer?

Anonymous said...

sabar yer...

Anonymous said...

bagaimana sekiranya niat berhenti kerana berasa tidak dpt menjalankan tggjawab yang diberikan dgn baik?

muzai said...

lama tak singgah sini.. dulu silent reader.. hmm saya suka jadi cikgu.. kepuasan datang bila kita mengajar budak.. tp bebanan kerja pentadbiran skrg jadi mcm core business plak.. sampai kdg2 rasa tak sanggup nak teruskan.. rasa dah pindah kementerian pun ada.. tp memikirkan ruginya bila tak dapat jumpa pelajar niat tu tertahan gak..i love being a techer

Anonymous said...

Sy dh 14 thn jd guru. Mmg suka kerjaya ni. Tp cdg nk bsara awal sbb nk tumpukan perhatian pd anak2 dan suami secara sepenuh masa plk