Tuesday, November 16, 2010

Trivia : Kalau Dapat Nombor Satu Hingga Lima, Nazar Nak Puasa Lima Hari. Bila Nak Bayar Dik?


Salam.
Budak umur 10 tahun nazar kena bayar kan?
Kan?
Mana janjimu dik? (sambil jeling-jeling)


[Budak ini adik bongsu, umur 10 tahun, seorang pengawas yang berdedikasi]

Masa peperiksaan akhir tahun, adik, budak darjah empat sakit. Demam teruk sampai tak pergi sekolah. Ambil peperiksaan dalam keadaan sakit, dan bila elok sedikit, terus nak pergi sekolah dan cikgunya suruh jawab tiga matapelajaran sekaligus. Gila pening budak kecil itu.

Bonda : Ayim kata kalau dia dapat nombor satu hingga lima, dia nak puasa lima hari.
Aku : Siap nazar tu.
Bonda : Tu la pasal.
Aku : Adik, sekejap.
Adik : Kenapa?
Aku : Along dengar kamu nak puasa kalau dapat nombor satu hingga lima. Betul ke?
Adik : Betul.
Aku : Banyak tu.
Adik : Mesti tak dapat sebab sakit. Kalau Ayim dapat nombor satu, Along belikan mainan ya?
Aku : Ceh! Buat apa mainan? Baik beli buku.
Adik : Nak mainan. 
Aku : Benda lain selain mainan.

Bila aku balik dari kem minggu lepas, Mak ajak aku duduk sama-sama minum petang di meja dapur. Macam biasa, Mak mesti nak membebel tengok kulit aku makin gelap dan keadaan diri yang gilakan aktiviti luar secara berganda. Ketawa.

Bonda : Adik dah dapat keputusan sekolah.
Aku : Dapat nombor berapa?
Bonda : Agak-agak?
Aku : Nombor tujuh?
Bonda : Dapat nombor satu! Kalah Siti Gas, Naim, Al-Fatih (dan segala nama kawan-kawan Adik)
Aku : Gilalah! Sakit pun masih dapat nombor satu?
Bonda : (ketawa) Itulah pasal. Dia dapat 4A, 1B.
Aku : Terbaiklah! Adik, oit, Dik.
Adik : Kenapa?
Aku : Kau dapat nombor satu?
Adik : Ya.
Aku : Camne kau boleh dapat nombor satu walaupun sakit ni?
Adik : Entah. Orang lain dapat A sikit.
Aku : Kena puasa tahu?
Adik : Kena ke?
Aku : Dah janji kan?
Adik : Cuba puasa 2 hari dulu boleh?

http://www.masayume.it/img/masayume/danbo.jpg
[Gambar : Nanti ada masa mahu bawa si kecil itu jalan-jalan]

Oh ya, sebagai menjawab kepada TRIVIA di atas, aku mahu berkongsi sesuatu tentang Trivia yang aku tulis di Blogbusters.

Janganlah buat cara bersalah kalau kamu yakin kamu benar.
Semalam aku ada menulis tentang orang yang disyaki meniru cara aku. Alahai, aku tak cakap siapa pun, tak letak pautan. Tiba-tiba pagi ini ada seorang pembaca aku menyatakan blog itu sudah dipadam (atau entah sudah ditukar nama agaknya). Aku cuba buka dan ternyata sudah tiada (walaupun aku dapat baca gunakan cache).

Senyum.
Kenapa nak rasa takut?
Kenapa nak tutup blog?
Kenapa nak tutup Mukabuku?
Rasa bersalah atau apa?

Kembar menyuruh aku menghubungi penulis blog itu semalam tetapi aku enggan. Aku mahu membiarkan sejauh mana dia pergi. Tetapi malangnya sebelum aku sempat hubungi dia, dia dah tutup blog dulu. Apakah?

http://farm3.static.flickr.com/2634/4238506356_ebd92151a7.jpg
[Gambar : Tiada siapa bersalah sehingga disabitkan kesalahan. Tapi kalau dah larikan diri?]

Mentor?
Aku tidak layak.
Bahkan ya, aku punya adik yang dijaga (baca : protege) dalam berkarya, tetapi hasil kami tidak langsung serupa. Mentor bukan sebagai acuan untuk jagaannya. Protege bukan klon mentor. Itu aku pasti konsepnya.

Senyum.
Tidak, langsung tiada rasa riak.
Cuma aku tertanya-tanya, apakah yang kau sedang cuba buktikan?
Aku insan marhaen, lemah dan beku. Kalau cara aku yang hina pun kau sanggup tiru, aku pelik kerana aku hanya satu. 

BK : Aku baca blog kau pagi tadi. Ada orang tiru?
Aku : Benda kecil.
BK : Tiada orang yang akan serupa dengan kau. Sebab apa? Sebab ada seorang saja Zahrah.
Aku : Sekarang orang panggil aku Zara.
BK : Kau tetap Zahrah, macam dulu.
Aku : Suka hati kau.

Noktah.
Aku tiada komentar apa-apa.
Aku sendiri masih dalam proses belajar.

Nota Kaki :
1. Sudah mula bercuti raya.
2. Bakal sibuk sepanjang hari, alahai.
3. Bercakap dengan dinding malam tadi.

Zara : Alangkah sukarnya menjalani hidup tanpa sebarang pengenalan diri tersendiri. Apakah mungkin kau pakai topeng satu demi satu demi mencari duit tambahan kononnya? Kami ini semua demi kepuasan sendiri, bukanlah pengunjung melambak berguni.

8 comments:

Hizami Li said...

haha.
belikan ah mainan.
kesian dia.
dia nak mainan baru tuuu.
XD

jijie said...

eh... macam sebaya dengan adik lak dalam gambar.. hehe...
like u said, takde orang yang sama dengan kita... juz be urself. =)

LyNn HaMzAh said...

tahniah utk adik zara...

syarifah radiah ibrahim said...

wah!
nombor satu tu~

*salam eid mubarak
:)

Iela said...

sian kat adik...kak zara beli la main utk dia..hehhehe suka kawan kata..." tiada org serupa ngan kau..." zara cuma sorg x der 2 atau 3...

Unknown said...

Salam Zara,

Sejak mengenali blog Zara, akak memang suka baca tulisan Zara, ada sesuatu yang tak dapat terucap, tapi memang blog Zara ni ada yang special...)

p/s: rasanya baru hari ini akak berani komen di kotak komen ini kot..:D

Azrul Hisham said...

dik...belikan adikmu mainan...kalu x mainan pun, seekor anak kucing untuk dibela....ekekeke..lariiiiiii :p

YobSumo said...

adik mung tu perlukan mainan. sila belikan. penat dia belajar tu!

ade org tiru blog mung? hebat naaa. kalau tak hebat org tak tiru.

winks winks. hahaha.