Wednesday, November 24, 2010

Perkara Yang Aku Kurang Gemar Apabila Keluar Membeli Belah : Awak Tak Pakai Apa-Apa Pun Cantik


Salam semua.
Aku baru keluar membeli sedikit barang keperluan diri, membayar duit Adam Awraq dan juga lampu Iman Kenzo (30 November ini, insyaALLAH akan menyertai kayuhan sejauh 60km di Batu Pahat). Tidak mampu nak beli lampu mata kucing (baca : Cat Eyes). Boleh beli sebenarnya, cuma disebabkan aku kurang mengayuh malam, beli yang sederhana baik sudah cukup.

http://farm3.static.flickr.com/2801/4538285510_4b8119946a.jpg
[Gambar : Dah minta kebenaran Abah untuk mengayuh basikal malam. Abah belum beri jawapan lagi]

Dan ya, ada beberapa yang aku kurang gemar apabila keluar membeli-belah. Oh, kegemaran aku adalah membeli-belah seorang diri. Entah, mungkin lebih senang dan cepat (bunyi agak seperti lelaki. Heh!)

1. Penjual, tukang promosi pandang aku atas-bawah.
Aku memang geram bila ada perkara begini. Apa salah ke setakat keluar dengan kasut, jeans dan t-shirt dan masuk ke kedai atau mencari barang-barang keperluan? Apa ingat kurang mampu ke apa? Pelik aku.

http://fc02.deviantart.net/fs70/i/2010/226/f/e/Went_shopping_with_danbo_by_matzlue.jpg
[Gambar : Mari kita keluar dari kedai sebegitu dan pergi ke kedai lain]

2. Ruang jualan tempat bercinta.
Kadangkala akan menjadi medan bercinta untuk gadis jualan atau lelaki jualan (baca : salesgirl - salesboy). Sibuk orang nak membeli barang, dia bergurau-gurau senda di tempat barang. Amboi dik, kalau nak bercinta, boleh ke tepi sedikit? Kak nak beli barang. Boleh ke tepi? Boleh?

http://farm3.static.flickr.com/2768/4211253088_480ecea958_z.jpg?zz=1
[Gambar : Sayang, nanti kalau kita kahwin, kita beli barang begini juga boleh? Boleh? Pang!]

Dan hari itu aku terserempak dengan sepasang pasangan remaja yang sedang asyik bercinta (remaja sebab aku nampak masing-masing sandang beg dan lelaki pegang buku Fizik SPM).

Perempuan : Awak, cantik tak kalau saya beli baju ini?
Lelaki : Cantik.
Perempuan : Betul? Kalau warna merah jambu?
Lelaki : Cantik.
Perempuan : Yang hujung itu?
Lelaki : Yang mana?
Perempuan : Yang macam kakak tudung biru tu pegang.
Aku : (menoleh sebab aku pakai tudung biru dan hanya beberapa meter dari mereka)
Perempuan : (terus datang tepi aku sambil seret teman lelaki dia) Nak beli warna hitam ini, boleh?
Lelaki : Boleh juga.
Perempuan : Cantik tak?
Lelaki : Cantik. Awak pakai apa pun cantik.
Perempuan : Betul?
Lelaki : Tak pakai apa-apa pun cantik (ketawa mengekeh)
Perempuan : Nakal (ketawa sambil cubit lelaki itu)
Aku : (menoleh bengang sebab suara mereka sangat kuat) Cubalah telanjang di sini.
Lelaki dan perempuan : (buat muka terkejut)
Aku : Cubalah, kata cantik. Boleh kami semua tengok sekali, betul tak?
Penjual di tepi : (mengangguk sambil tersengih)

http://killmydaynow.com/wp-content/uploads/2010/05/LifeofDanboGreatArtWorkbyAntonTang18PICS_13DE2/life_of_danbo_09.jpg
[Gambar : Kalau betul-betul budak itu bogel, boleh menari beramai-ramai kami kan?]

3. Diekori dengan rapat oleh jurujual.
Bak kata kawan aku dulu, jurujual begini adalah penuh hemah, was-was dan hati-hati (dan mungkin juga paranoid). Kita akan diekori sambil mulut mereka berceloteh tentang kebaikan barang yang dipamerkan seperti kurator muzium.

Jurujual : Benda ini memang bagus, tahan lama, tahan karat, murah pun murah. Di tempat lain tak sama kualiti dan harga pun biasanya lagi mahal. Kita ambil barang ni dari tempat baik punya, kita boleh jamin, kalau awak tak percaya kita boleh tanya ketua saya dari mana bekalan ni tiba. Nilai dia memang hebat di pasaran. Awak boleh tengok teknologi dia gabungan Korea dan Jepun.
Aku : Kak, nak tanya boleh?
Jurujual : Tanya apa cik?
Aku : Saya nak cari penyangkut kunci. Kawasan mana ya?
Jurujual : Oh, di bahagian belakang.
Aku : Terima kasih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSekBpHZSAuZKbL8TnE57QKUL7_ImYDuMYg-2iTgsThyvy90aiNLXZxFE64GTswArTelvy_0BV5KCJsJXk9chTHkSGYD2UOz-sP_tfWGOELiEE46eOk9X_vGW78T93dtXKEao79f11Zv7u/s400/key-hanger-07.jpg
[Gambar : Tiba-tiba rasa macam buat aktiviti 'abseiling']

4. Orang potong barisan sewaktu bayar.
Ini antara perkara yang menyakitkan hati juga. Lepas itu yang memotong pula adalah orang tua ataupun mereka yang lebih dewasa dengan troli penuh yang amat. Menambah buruk keadaan apabila pasar raya tidak menyediakan kaunter untuk barang kurang daripada sepuluh.

Aku : Kak, saya dah beratur dulu.
Wanita : (jeling bakul aku) Awak beli barang sedikit je pun.
Aku : Itu bukan masalahnya Kak, tapi saya dah beratur, tunggu dari tadi.
Wanita : Suami akak dah tunggu di depan tu. Awak bayar lepas inilah.
Aku : (tahan diri dari jangan mencarut) 

Bukankah lebih baik beri aku peluang bayar dahulu?
Sengal.
Baiklah, fikir positif.
Mungkin suami wanita itu sudah berikan had masa, kalau dia telewat bayar, dia akan diceraikan.
Mungkinlah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqTOHgih-cChTCT3eVe1k8CUER_6JNkX5Y8pi32__ptK0yiMyuOGxgfusjsjXeW-3YjhLj-lKs3LDnR6Yo49Ph60tALHZl5xKLkgu9vJXiW18QV4yobMnqm5S9lyyWTxwH8OJVMuS0cg0/s1600/teaser1kecil.jpg
[Gambar : Beratur tidak akan membunuh kamu]

5. Orang yang suka langgar orang lain dengan troli.
Eh, maaf.
Eh, maaf, tak sengaja.
Eh, tak perasan.
Menimbun alasan sebegini.
Alahai.

6. Rampas barang di tangan orang lain.
Orang begini memang tiada maaf kelakuannya. Ada banyak lagi, tapi di tangan orang lain juga dia berkenan. Alahai. Ini pemandangan yang biasa dilihat jika terdapat jualan murah. Semua orang macam meracau dan mengagau semua benda masuk ke dalam troli masing-masing, kalah ada pertandingan membeli-belah macam dalam televisyen itu.

Wanita 1 : Ni saya ambil dulu.
Wanita 2 : Saya nampak dulu.
Wanita 3 : Saya pegang dulu.
Wanita 4 : Tadi saya dah ambil, letak tepi tapi dia ambil (sambil tunjuk Wanita 1)
[Lepas itu ramai-ramai berebut]

7. Buka muzik sekuat hati.
Selalunya muzik yang menyakitkan hati adalah :
  • Lagu yang tidak kena dengan situasi.
  • Bunyi yang terlampau kuat.
  • Bising mengalahkan pasar awam -suara bercampur baur.
  • Sistem audio yang teruk.

Apa pun, ini pandangan peribadi.
Aku biasanya akan senaraikan apa yang aku mahu.
Keluar, beli apa yang aku mahu dan pulang semula ke rumah.
Itu sahaja.

Apa yang kamu semua tak suka bila keluar membeli belah?

Nota Kaki :
1. Menikmati sesuatu yang mempunyai coklat dan beri biru tengah hari tadi. Nikmat.
2. Senyum puas dengan apa yang dimiliki saat ini.
3. Sudah memuat turun satu video yang sangat comel. Terubat rasa rindu. Eh?
4. Hidup baik-baik. Pesanan buat diri dan mereka yang tahu untuk mereka ucapan ini.

Zara : Melalui hari yang cerah ditemani matahari yang terik, aku tertanya-tanya, apakah langit yang aku pandang dan lihat ini adalah langit yang sama dilihat oleh mereka yang aku rindui dan sayangi. Beza waktu lima jam ke belakang, satu jam ke hadapan, tujuh jam ke belakang, dua jam setengah ke hadapan dan sesiapa yang lain juga, adakah ini langit yang sama?

21 comments:

Unknown said...

nana x suka kalau salesgirl tuh masam muka. terus keluar and msuk kedai lain. hilang mood nak beli brg :P

efa said...

huhu..tak suka kalo salesgirl&boy ikut merata kalau time kita nk pilih brg...mmg x suka tak da privasi nk memilih hahahaha :)

ceksumolek's said...

tak suka bila kena ikut.. pastu tgk kita macam kita nk curi barang.. time nk bayar pulak beratur bukan main panjang.. padahal beli satu barang..

INNANIE ARIFFIN said...

i loooooooiiiiikkkkke

Emi said...

haha..btol3..x ske salesgirl yg ikut kte,,pandang kita mcm nak telan.muka mcm nk telan org pon ada.kalau area baju2,,sy sengaja buka baju yg b'lipat2 tu,ltak balik.bkak yg len,,ltak balik...biar dy yg lipat balik.sbg tanda protes yg kte x ske dy bt muka masam camtu,,pandang mcm kte nk mencuri..
pernah sekali,,dy mengomel sorg2.."kalau x nak beli tu x yah ar bukak".sy n kwn that time.sy trus m'jawab "dan...kalau nk meniaga tu,,buat care nk meniaga.jgn tayang muka ketat mcm tu.org nk m'beli pon x senang.da ni mmg keje ko,,lipat jela.keje pon mcm x iklas."(salesgirl tu lbey kurg sebaya sy je,,thats why berani ber'aku-kau'..)

Unknown said...

saya tak suka kalau salesgirl dia ikut terlampau rapat. nak pergi mana pon sibuk je nak ikut. tak tanya apa apa pon sibuk nak explain. rimas ok dok ikut rapat sangat ni

Unknown said...

wah...mmg kena btul ayat kt kapel 2...terbaekk la zara!;)

yanze said...

masa beli pencuci muka.
jurujual sibuk nak promote produk baru brand ntah apa2, konon boleh wat kulit jd licin la, cerah la, pdahal muka dy, ya Allah...nak saja suh dy test dulu produk tu. baru promote kt org len. haha

Frodo Baggins said...

yg lain2 wa x kesah ...
kalau kene wa sound tepat2!

tp rampas barang dr tngan
x pnh pulak wa tgk. hahahhaha

Mrs Poyo said...

hahahahah..
cik zara..ceq dulu salesgirl..
tapi ceq malas nak ikut bontot org..
penyelia marah sebab tak agresif..
hahahhaha..

lavidalabelle said...

penjual tudung di jalan TAR adalah paling jahanam :<

mentang2lah dah kaya jual tudung, bila customer tanya apa2 muka macam cuka. sekali je pergi TAR lepas tu sorry.

selalu beli selendang kat penjual pakistan. senyum manis je mereka :D

suffer8zine said...

x suka yg mendesak2 ni, rasa nk tampo je, nasib baik cun, x jadi tampo, rasa nk cium je, wakakap

Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia

gadis said...

haha kelakar bila akak sembur kapel tuhh. memang patot ponn :)

Feymao ( ˘ ³˘)❤ said...

huhu kelakar entry nie kakzara...
btw,like no.4 tu..hahaha...memang mebcarut abeh bile org potong line kite..cam nak maki hamun jer...haha

Mohd Hazwan said...

paling benci klu salesgirl masam muke ketat...penah masuk kedai dengan member..salesman tu wat muke ketat.kitorang keluar pastu jerit 'kalau nak muka ketat baik tak payah. bukan kena bayar pun senyum'..
mintak-mintak die dengar haha

hans said...

aku paling takut nombor 3
hahahaha

P/S : Blog Pilihan Malaysia 2010 - Jom Senaraikan Blog Pilihan Anda

Hanys Najib said...

suka bila zara 'sound' 2 remaja tu~
;D

=MissRynn= said...

mmg sgt x suke bila org kat kedai pandang kita atas bawah..
n kadang2x x layan langsung.. sbb kita x bergaya..geram jek..
rasa nak ckp.. eh. duit kita berkepuk tau.. hahaha..

PuanPepel said...

aku sangat tak suka org folo aku..aku bukan nak curi pun..klu nak tnya pape nanti aku panggil la...mmg tak suke tol..

Legasi Piston Pecah said...

owh,ada kaitan dengan saya nih..

kdg2 tak boleh cakap barang itu baik,barang itu buruk...kene cakap barang itu okey..tak okey boleh test tak pon hantar repair?

jarang ikut customer bila berada di line yang memang dijaga.

memang buka bunyi kuat2 dari H/Theatre kebanyakkannya lagu2 rock otai,hits english dan juga club2ing..

kdg2 pandang atas bawah,sebab customer itu mencuri hatiku?hihi

takky said...

plg benci bile salesman @ salesgirl pakse kite try produk dye...

ade skali 2 salesman try krim ape ntah kat tangan...(x sempat nak lari)
saye trus buat muke sposen mintak kwn2 tolong slamatkan saye....
malangye hampeh, kwn2 ketawe n lari dari c2 cepat2...
huhuhuhhuhu...
nitemare2