Showing posts with label Televisyen. Show all posts
Showing posts with label Televisyen. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Bila Menonton Kartun Dengan Keluarga, Benda Ini Selalunya Akan Terimbau Kembali Dengan Sendiri.


Salam semua.
Aku rasa kita semua dibesarkan dengan menonton rancangan kartun sebagai penghibur masa senggang (kecuali kau budak genius macam dalam televisyen yang mengaku berita adalah rancangan kegemaran dan tidak pernah menonton kartun - aku akan cakap, kau kehilangan sedikit nikmat masa kanak-kanak). Pastinya sehingga kini masih ramai yang menonton kartun (dan mungkin juga animasi) sebagai hobi.

Dibesarkan dengan kartun Disney, Looney Toons , Usop Sontorian, Power Rangers dan banyak lagi, aku sehingga kini masih menonton kartun dan animasi yang ditayangkan di televisyen, Internet dan juga sehingga sampai tahap sanggup memuat-turun pelbagai jenis manga dan komik. Ya, Bonda selalu menegur dengan ayat pedas dan tajam berbisa, tetapi aku balas dengan sengihan sahaja. Sengih.

"Dah jadi anak dara pun melongo lagi depan televisyen tengok Spongebob? Kau nak jadi apa ni Along?"

"Along! Dah Maghrib. Tutup televisyen. Ada ke tengok Sin Chan lagi?!"

Itu antara ayat biasa Bonda yang aku dengar setiap hari dan setiap minggu. Tidak boleh salahkan aku (nak juga kata diri tidak bersalah), aku salahkan stesen televisyen yang menayangkan cerita tersebut pada waktu yang kurang sesuai. Benda menarik tayang waktu tidak sesuai, ini tidak adil! (sambil hentak kaki, dan genggam penumbuk dan kesat hidung guna baju).

http://www.okbuydvd.com/images/upload/Image/Crayon%20Shin-Chan%201.jpg
[Gambar : Ada sesiapa boleh kata kartun ni tak menarik? Mak kata aku tak betul sebab ketawa berdekah-dekah bila menonton cerita ini atau baca komiknya]

Baiklah.
Petang tadi ada rancangan Looney Toons di TV9. Sambil masak, sambil menonton televisyen dan Abah ada di kawasan dapur dan menonton kartun juga. Melihat Abah tersenyum di hadapan televisyen, aku teringat sesuatu jika menonton televisyen dengan mereka suatu ketika dahulu.
  • Tanya Abah apa kartun buat - Disebabkan masa kecil belum faham dengan kartun, tiba-tiba orang lain ketawa, maka selalu tanya Abah.
Aku : Abah, kartun tu buat apa?
Abah : Oh, serigala tu nak kejar burung tu.
Aku : Oh, kenapa?
Abah : Sebab burung tu kan laju, serigala nak makan.
Aku : Oh, faham-faham (sambil mulut melopong, angguk kepala)

http://www.sugarcraft.com/catalog/novelties/looneytunes/LooneyTunesWallpaper.jpg
[Gambar : Mana kartun ni ada dialog?]

  • Berebut nak tengok kartun di saluran lain-lain masa hujung minggu - Ni sebenarnya sampai sekarang. Kalau ada yang disukai di saluran televisyen lain, habis berebut-rebut. Sampai sanggup bergaduh, berdiri halang yang lain tengok televisyen. Lepas tu mak keluar dari bilik, semua kena marah, Mak tutup televisyen, habis semua orang tak dapat tengok. Padan muka semua! (Termasuk diri sendiri tentunya). Sekarang dah ada dua televisyem dah kurang sedikit.
Aku : Nak tengok cerita ni.
Adik : Tak boleh! Nak tengok cerita lain!
Aku : Nak juga! (cubit adik)
Adik : (menangis) Tak boleh! Along jahat! (sambil guling-guling)
  • Cerita balik kalau dah terlepas tonton - Kalau dah terlepas menonton kartun, lebih-lebih lagi yang bersiri, mesti paksa sesiapa cerita (kalau zaman aku dahulu, paling terkenal adalah Mutiara Naga (baca : Dragon Ball). Maka, berceritalah yang ada di depan televisyen sehingga menganggu orang lain, lepas tu bergaduh, lepas tu kena marah semula. Ketawa. Gila.
  • Berangan jadi watak kartun - Dulu selalu berangan nak jadi Ultraman (sampai sekarang pun sebenarnya), semata-mata nak pergi Jepun dan lawan rasaksa. Suka tengok Ultraman tengah makan mi soba, tiba-tiba ada bunyi "bip", dan dia kena pergi bertukar. Begitu juga Kesateria Baja Hitam (kenapa la beri nama ini?), Power Rangers atau Kamen Rider. Ayat paling disukai, BERTUKAR!
http://www.ubergizmo.com/photos/2008/6/ultraman-usb.jpg
 [Gambar : Ultraman memang comel walaupun untuk 3 minit sahaja]
    • Pakai baju watak kartun bila tengok kartun berkenaan - Dulu ada baju watak kartun yang macam-macam. Bila pakai sambil menonton televisyen, rasa macam memenuhi tema. Cerita Power Rangers, pakai baju Power Rangers (padahal baju Power Rangers tu baju tidur.) Sanggup mandi jam 5 petang sebab Power Rangers jam 5.30 petang. Jadi dah ada di depan televisyen dengan baju Power Rangers dengan muka berbedak comot, sebab berkejar-kejar mandi nak tengok.
    Banyak lagi sebenarnya. Sekarang ini baju yang ada cuma baju gambar Mickey Mouse dan Pooh. Sungguhlah tidak memberangsangkan. Ada sesiapa nak belikan aku baju gambar Spongebob?

    http://www.spongebob-fans.com/pict/wallpaper/1024_all_charc.jpg
    [Gambar : Kartun wajib tonton setiap petang tanpa rasa jemu]

    Sampai sini sahaja.
    Nak pergi makan Krabby Patty.
    Eh?
    Ketawa.

    Nota Kaki :
    1. Terima kasih buat yang mencalonkan nama aku di sini. Terharu bila dapat tahu. Kalau sudi mengundi, silakan. 
    2. Berbual dengan kembar boleh buat aku gila sebab bergaduh dan bertengkar entah apa-apa. Kembar bijak, dia boleh hidu benda yang aku sorokkan. Ceh!

    Zara : Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.