Saturday, December 31, 2011

Dua Puluh Sebelas : Sorotan Dan Rangkuman



Hari ini hari terakhir dua puluh sebelas.
Macam baru semalam aku menulis tentang dua puluh sepuluh. Tentang bagaimana tahun dua puluh sepuluh sebagai satu tahun menolak kematangan diri. (baca sini). Tahun dua puluh sebenarnya adalah tahun di mana aku secara dalam diamnya mendaki dan berusaha untuk menulis secara serius bagi tahun dua puluh sebelas. Ya, bagaimana dua puluh sepuluh sudah ditinggalkan, dua puluh sebelas juga bakal melabuhkan tirai.

Dalam tahun dua puluh sebelas, pelbagai peristiwa berlaku. Setiap satunya pasti meninggalkan kesan dan pengajaran untuk memberikan lebih baik pada tahun dua puluh dua belas. Sebagai catatan, tahun dua puluh sebelas bakal aku tinggalkan dengan tiada satu pun istilah percutian. Ya, tiada. Kegilaan aku pada kerjaya dan  entah apa yang merasuk semangat aku untuk tidak kenal erti penat dan lelah berusaha mencapai apa yang aku mahukan. Mungkin ada yang sudah menjadi milik aku, mungkin juga ada yang terlepas dari genggaman serta ada juga yang sudah aku lupakan dalam perjalanan. Hidup perlu diteruskan, bukan?

Senyum.
Itulah satu benda yang aku tidak pernah tinggalkan dalam hidup sepanjang dua puluh sebelas. Jujurnya, aku akan sentiasa pastikan senyuman itu tidak akan menjauh dan terus dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya. Kalaupun mungkin aku akan menangis seketika, aku tidak mahu senyuman itu lekang kerana ia dapat mengusir derita. Walaupun orang kata itu satu langkah berpura, kau sebenarnya tidak tahu bila kau akan tersenyum lagi nanti.

[Sumber gambar] - Mari kita lihat apa yang telah dilaksanakan sepanjang dua puluh sebelas.

Januari. [pautan]
Aku mulakan Januari dengan tahun kedua berkhidmat sebagai seorang guru. Dengan tugasan yang bertambah serta banyak lagi benda menyeronokkan termasuk kegiatan aktiviti luar, aku memastikan setiap apa yang aku buat tersusun supaya apa yang aku mahukan terhasil dengan baik. Awal tahun juga kesibukan melanda, tapi aku masih menulis seperti biasa. Dalam aku saling memberikan imbangan yang aku rasa sudah cukup baik antara kerjaya dan kehidupan peribadi, aku diuji dengan kehilangan manusia yang aku cintai pada penghujung Januari. Aneh kenapa tiada dalam Dunia Sebelah Zara?
Senyum.

Februari. [pautan]
Menerima hakikat kehilangan setelah lama bersama bukanlah mudah aku rasa. Cuma bila berhadapan dengan situasi menyakitkan seorang diri, apa yang penting adalah bagaimana menguatkan diri sendiri. Aku rasa disebabkan aku menulis dengan lebih serius tentang perasaan manusia, tentang bagaimana menghadapi masalah dan sebagainya, Dunia Sebelah Zara telah menjadi satu daripada keutamaan aku selain daripada kerja hakiki. Pada bulan ini juga, aku telah dilamar menjadi sebahagian daripada tenaga kerja Terfaktab. Oh ya, bulan Februari juga menyaksikan aku memulakan misi mustahil aku sendiri - tidak makan nasi.

Mac. [pautan]
Bersedia untuk menghadapi peperiksaan - salah satu benda wajib dalam perkhidmatan aku. Saat ini, aku bergelumang dengan nota, latihan dan tugasan yang sudah lama aku tinggalkan. Aku belikan diri sendiri sebuah meja belajar, untuk duduk memberikan tumpuan. Puan Mulia kata aku gila sebab aku memilih untuk beli meja belajar berbanding dengan meja solek. Tapi, dengan meja belajar juga aku boleh bersolek. Bukan kalian tidak kenal kegilaan aku kan?

April. [pautan]
Aku lebih fokus menulis tentang benda yang berlaku dalam hidup aku dan manusia di sekeliling aku. Masa ini aku sudah buang segala perasaan mengarut aku pada benda yang tidak membawa kepentingan langsung. Kegilaan aku pada kerjaya memuncak mulai saat itu. Keseronokkan yang aku dapat daripada apa yang aku buat, tidak termasuk aktiviti luar dan sekolah membuatkan aku lupa segala masalah dan dapat memberikan tumpuan lebih banyak pada diri sendiri dan keluarga. 

Mei. [pautan]
Orang lain mungkin bercerita tentang cuti, tapi aku lebih suka memikirkan kerja aku. Menulis dan terus menulis walaupun banyak kritikan dan komentar yang tidak membina dilemparkan. Aku seperti biasa, hadam segala duka, telan segala kepahitan supaya tidak akan ada jiwa yang tercedera. Cukuplah dengan apa yang aku terpaksa lihat depan mata. Oh, penghujung Mei - Ketua Keluarga Hebat, Puan Mulia dan adik bongsu aku melakukan umrah lagi, bersama dengan beberapa anggota keluarga. Bermula episod aku menjaga adik beradik di rumah ketika cuti dengan mengorbankan kegiatan luar aku semasa cuti.

Jun. [pautan]
Amanah yang ditinggalkan, alhamdulillah dapat dilaksanakan secara baik. Aku banyak belajar bagaimana menguruskan rumah tanpa kehadiran orang tua, belajar memasak secara aku seorang sahaja yang menguasai dapur, menguruskan kewangan dan sebagainya. Tapi malangnya, kegembiraan menyambut orang tua aku di lapangan terbang dicemari dengan insiden yang merobek hati aku sebagai seorang manusia. Herdikan dan makian yang aku terima saat itu daripada manusia yang aku pernah kagumi merubah persepsi aku terhadap apa yang kita panggil sebagai berhemah dan rasa hormat aku terhakis serta merta. Apa pun yang berlaku saat itu, aku dengan gembiranya tahu bahawa aku masih punya Emak dan Abah serta adik beradik yang sentiasa percaya dengan aku. Alhamdulillah.

Julai. [pautan]
Siapa sangka permulaan bulan yang baik akan berubah dalam masa yang sangat singkat? 20 Julai, aku kemalangan dengan Adam Awraq kesayangan yang belum pun mencecah setahun remuk habis di bahagian hadapan, petang dalam perjalanan aku pulang dari sekolah. 22 Julai, dalam jam tiga pagi, rumah aku dimasuki perompak bersenjata seramai empat orang. Segala harta benda berharga direnggut daripada kami sekeluarga. Dan itu adalah tiga hari penuh menyakitkan sepanjang tahun dua puluh sebelas sebenarnya. Malang yang bertimpa di saat Ramadhan bakal menjelma. Hilang pengangkutan disebabkan Adam Awraq ditarik ke bengkel dan telefon genggam memutuskan aku terus daripada semua kenalan sekian lama. Dalam kesedihan yang aku hadapi, sebenarnya aku nampak bahawa rakan alam maya banyak membantu aku sebenarnya. Twitterjaya terutamanya.

Ogos. [pautan]
Awal Ramadhan disambut dengan penuh kesederhanaan seperti biasa. Tetapi, episod penderitaan sebenarnya baru sahaja mahu bermula. 10 Ogos bersamaan dengan 10 Ramadhan, Puan Mulia jatuh di longkang kecil sekolah. Panggilan yang aku terima di sekolah buatkan aku bergegas ke sekolah dia hanya untuk mengejar ambulans yang membawa dia ke pusat kesihatan berhampiran. Pemeriksaan selanjutnya di hospital hanya memberikan kepastian terseliuh yang kami sangka rupanya patah buku lali kanan. Itu tamparan hebat kepada seorang yang kuat bekerja seperti Puan Mulia. Bermalam di hospital bersama dia dan aku mengambil alih sepenuhnya urusan di rumah. Alhamdulillah, pengalaman ditinggalkan selama dua minggu sebelum itu amat membantu. Adam Awraq juga kembali pulih. Selain itu, pada 25 Ogos, kembar yang selama ini aku kenal dengan gambar, perbualan semata-mata datang ke rumah aku. Kali pertama bertemu, bertentang mata secara alam nyata, kasihan, dia dapat hadiah yang pastinya dia tidak akan lupa. 29 Ogos - aku menginjak usia dua puluh empat tahun.

September. [pautan]
Aidilfitri yang menjelma pada penghujung Ogos disambut dengan sedikit kemurungan dengan keadaan Puan Mulia yang masih cedera, tapi kehidupan diteruskan seperti biasa. Dengan Adam Awraq sudah kembali dalam tangan, aku dihimpit dengan kesibukan semula. Pergi kursus, ekspedisi, kegiatan luar, berbasikal dan sebagainya mengisi jadual aku sepanjang bulan September, termasuk beraya dan juga menghadiri majlis graduasi seorang kenalan lama. Buat kali pertama, aku menghadiri #twtupraya bersama dengan kenalan Twitter yang pulang beraya di Muar. Kenangan terindah bersama dengan manusia yang aku kenal di alam maya tentunya. Di samping itu, aku bekerja dengan lebih gila sebagai bayaran selepas sebulan menyisihkan aktiviti sempena menghormati bulan puasa.

Oktober. [pautan]
1 Oktober membawa tulisan aku ke satu dimensi baru. Bersama dengan Terfaktab, kami melancarkan Kitab Terfaktab #1 di Uya Distro. Satu pengalaman baru melihat tulisan aku yang selama ini hanya boleh dibaca di blog sudah tercetak (dan alhamdulillah, dikhabarkan sudah masuk cetakan kedua dan masih banyak tempahan lagi). Tahniah kepada semua skuad Terfaktab dan mereka yang sentiasa menyokong kami. Dalam kesibukan berkejar ke Subang Jaya, dan sebagainya, aku memulakan tugas sebagai pengawas PMR buat kali pertama. Bulan Oktober sememangnya sibuk dan ini kali pertama aku melihat peperiksaan sebagai satu bentuk pertempuran buat diri sendiri juga. Kali pertama memegang kelas Tingkatan Tiga.

November. [pautan]
Di sebalik kesibukan peperiksaan akhir tahun, dan juga raya Aidiladha - aku dapat tugasan lagi. Menjadi pengawas peperiksaan SPM. Betapa aku mencari pengganti, tiada siapa yang mahu. Dalam aku memberontak, aku pergi juga melunaskan arahan. Kan kerja aku adalah SYMP - "Saya Yang Menurut Perintah". Aku terpaksa melupakan aktiviti kokurikulum aku yang menyeronokkan. Berkorban dan keinginan aku juga terkorban. Terpaksa melupakan lawatan ke Perlis dan Selangor. Terpaksa melepaskan peluang menyertai cabaran. Tahniah kepada diri sendiri yang dengan tabahnya tidak buat apa-apa selain menjaga peperiksaan. Sedih. Oh, aku juga mulakan menulis dengan lebih gigih untuk bulan Disember. Ramai kawan-kawan melangsungkan perkahwinan, dan ada yang terpaksa aku tolak undangan dengan baik akibat kesibukan. Seorang kawan baik sejak tiga belas tahun yang lepas melangsungkan pertunangan. Berada di samping dia saat itu, buatkan aku gembira kerana dapat meraikan hari bahagia.

Disember [pautan]
Akhirnya berakhir juga SPM. Aku dapat tumpukan pada acara terbesar dalam takwim kerja aku sebagai seorang jurulatih dengan program basikal peringkat kebangsaan. Sekurang-kurangnya, ada juga benda yang aku suka dapat aku buat. Kenal dengan lebih ramai orang, belajar banyak benda baru dan bertugas dengan cara pimpinan yang berbeza setiap hari membuka mata aku tentang bagaimana manusia perlu terus hidup atas dunia ini. Jujurnya, mereka adalah keluarga yang aku tidak mahu hilang selagi aku terus hidup dan kekal dalam kerjaya ini secara amnya. Oh, selain daripada itu, buku kedua aku muncul pada 10 Disember 2011. Dengan tajuk HERO, aku satu-satunya penulis perempuan di dalam antologi yang menampilkan lima penulis itu. Dilancarkan di Uya Distro (sekali lagi) - dengan kehadiran manusia-manusia yang aku sayang, tapi hanya mampu luahkan dalam hati, aku sangat gembira atas semua kurniaan Ilahi. Aku punya sahabat-sahabat yang baik, keluarga yang menyokong serta pembaca budiman yang aku anggap sebagai kawan. Apa lagi aku mahu minta?

http://farm4.staticflickr.com/3158/3080606182_af39d78aaf.jpg
[Sumber gambar] - Jadi bagaimana dengan cerita peribadi? Aku tidak punya jawapan mahu diberi.

Seperti selalunya, aku mengharapkan kalian yang sudi membaca akan terus menyokong Dunia Sebelah Zara sehingga ke penghujungnya. Oh, esok - 1 Januari 2012 - Dunia Sebelah Zara akan memasuki ulang tahun yang ketiga. InsyaALLAH, akan cuba berikan sesuatu kepada pembaca bertuah yang selama ini sentiasa memberikan semangat serta dorongan untuk aku terus berusaha.

Semoga yang terbaik menjadi milik kita semua. Amin.

Nota Kaki :
1. Orang sering bertanya, apakah setiap kali menjelang tahun baru perlu ada azam baru? Aku memilih untuk buat azam baru setiap hari sebab setiap hari adalah permulaan hari yang baru. Lagipun, tahun baru pada aku adalah semasa bergeraknya awal Muharam. Sebab saat itu adalah pertambahan usia aku bermula.
2. Tahun dua puluh sebelas juga merupakan tahun di mana tulisan aku berkurang dengan drastik.

Zara : Selamat menukar takwim anda semua. Selamat memberikan yang terbaik buat diri sendiri dan semua manusia. Jangan terlampau korbankan kepentingan diri hingga merana demi melihat orang lain tersenyum gembira (peringatan kepada diri sendiri sebenarnya). Jaga diri, jaga hati, jaga iman dan aku cuma mahu beritahu yang aku sayang kamu semua.


Friday, December 30, 2011

Awak, Cinta Untuk Mengikis Duit Itu Celaka.




Awak.
Selamat datang ke dunia realiti.
Jangan sampai cinta butakan mata hati.
Jangan sampai sayang sehingga awak tutup mata kini.
Jangan sampai kasih buatkan awak lupa diri.
Hingga sanggup korbankan apa sahaja hingga mati.

Awak.
Umur masih boleh dikira muda.
Usia masih lagi dikatakan belia.
Masa untuk belajar menjadi lebih dewasa.
Bukan untuk pertaruhkan diri menjadi mangsa.
Bukan untuk menanggung hutang yang bukan awak punya.

http://farm7.staticflickr.com/6028/5970849423_656e3b1191.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak kata awak sayang dia.
Sebab itu awak mahu beri apa yang dia minta.
Walaupun dia pernah buat awak terluka.
Awak kata tidak mengapa.
Manusia kan berubah kadangkala.
Awak mahu berikan dia peluang katanya.
Sebab awak terlampau cinta.

Awak.
Mula-mula dia minta awak tambahkan kad prabayar.
Awak dengan senang hati tambah sebab enggan bertengkar.
Pada awak, dengan awak jugalah dia berbual dan bercakar.
Bila dia minta banyak kali, awak beri sambil tahan sabar.
Walaupun dompet awak sudah mula bergegar.
Tanda kosong dan habuk mula berlanggar.

Awak.
Dia kata mahu duit mulakan perniagaan.
Dia kata dia sendiri kekurangan simpanan.
Dia kata kalau berjaya, ini untuk masa depan.
Bukan untuk dia sahaja, tapi untuk kalian.
Awak termenung fikir, bagaimana kalau semuanya tidak berjalan.
Jumlah bukan sedikit, duit bukan permainan.
Dan awak dan dia belum ada ikatan.

Awak.
Awak mohon tangguh dengan alasan.
Dia mendesak dengan kata keluarga awak kerja kerajaan.
Apa salahnya menolong dia dengan jaminan.
Bukan dia mahu ambil begitu sahaja, dia kata sebagai pinjaman.
Walaupun dia sendiri tidak punya apa sebagai cagaran.
Yang ada mungkin sedikit keberaniaan.
Untuk mempertaruhkan apa sahaja demi impian.
Tapi yang pastinya awak sendiri kurang keyakinan.
Bagaimana dia tanpa mahu berjaya tanpa pengalaman.
Awak sudah mula kusut fikiran.

http://farm7.staticflickr.com/6012/5955146386_5ba9732c8e.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak sendiri tiada punca pendapatan.
Belum mulakan kerjaya, bagaimana mahu tanya tentang kewangan.
Yang awak ada hanyalah bantuan pelajaran.
Itulah kalau keadaan terdesak, awak hadap keluarga minta bantuan.
Kalau demi awak pasti mereka berikan sebab anak kesayangan.
Tambahan pula, duit itu untuk makan dan sebagai saraan.
Sementelahan pula awak masih di bawah tanggungan.
Nah, ini kalau awak minta duit bagi dia, apa mungkin tindakan?
Awak sendiri takut untuk fikirkan.
Pastinya dihambur kemarahan.

Awak.
Bila awak kata tidak boleh, dia mula ungkit segala.
Dari apa yang dia beri pada awak dari mulakan hubungan dengan dia.
Dia sebut satu persatu bagaikan semuanya dalam nota.
Awak menggigil marah dengan rasa terhina.
Apakah kasih sayang dia pada awak hanya untuk kikis harta?
Apakah kasih sayang dia pada awak hanya lakonan semata?
Apakah kasih sayang dia pada awak hanya demi suka-suka?

Awak.
Awak sendiri tahu apa yang awak berikan pada dia.
Lebih banyak daripada apa yang dia berikan pada awak sebenarnya.
Cuma awak tidak mahu buka mulut dan tabur kata.
Sebab awak masih sayang hubungan yang sudah lama.
Sebab awak masih mahu hubungan tidak berkecaian sebab harta.
Sebab awak masih mahu percaya.
Yang dia suka awak kerana awak adalah manusia yang dia cinta.
Bukan sebagai sumber kewangan bila dia keputusan wang semata.

http://farm7.staticflickr.com/6020/5965981832_06dde6ca94.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Hati awak tidak mahu beri apa yang dia minta.
Tapi otak awak mendesak mahu kata ya.
Sebab awak tidak mahu dia terbiasa.
Dapat apa sahaja dia mahu dan awak yang tanggung semua.
Kepercayaan keluarga pada awak mungkin binasa.
Demi kononnya mahu bawa dia masuk dalam keluarga.
Awak sudah lakukan banyak perkara.
Memujuk keluarga, meyakinkan mereka.
Yang dia bisa menjadi ketua.
Tapi kalau perkara begini terbongkar, mana awak mahu sorok muka?

Awak.
Masa untuk buat keputusan gunakan akal.
Jangan main hentam sebab takut gagal.
Jangan main berserah sebab takut ditinggal.
Jangan main gila sebab mahu tunjuk handal.
Ini bukan perkara mudah yang awak boleh bedal.
Sebab pengakhirannya mungkin hanya menunjukkan awak bebal.
Jika tidak mahu berfikir dengan baik dan hanya berpaksikan dia serta kenangan kacang dal.

Awak.
Selamat buat keputusan.
Sudah banyak terbongkar kebenaran.
Masih mahu tutup mata dan teruskan permainan?

Nota Kaki :
Benda yang berkaitan dengan wang serta harta bukan boleh dibuat main. Benda begini salah satu sebab mengapa keluarga boleh berpecah, persahabatan boleh putus, penceraian berlaku dan manusia berbunuh. Ya, sebab nota helaian kertas yang kita panggil mata wang.

Zara : Perlu mula mengulangkaji mata pelajaran baru yang aku bakal mulakan aksi untuk tahun hadapan. Walaupun mungkin payah, aku mahu terima ini sebagai satu arahan. Sebagai satu cabaran. Untuk teruskan kehidupan, dengan senyuman.


Thursday, December 29, 2011

#01 : Ini Cerita Seorang Perempuan.



Salam semua.
Hari ini bercadang menulis secara santai. Terlampau banyak benda yang aku tulis tentang manusia sehingga aku sendiri tidak mengerti - apakah aku seorang manusia ataupun bukan. Heh. Bila tengok orang lain boleh menulis tentang benda yang tidak diambil kira gaya bahasa, ejaan dan juga benda lain yang perlu dipastikan dalam penulisan, aku kadangkala cemburu juga. Cemburu dalam erti kata, mereka menulis dengan bebas tanpa perlu berfikir banyak (mungkin). Ejaan pelik dan agak memeningkan serta warna yang berkelipan sudah terlampau banyak hingga aku memilih untuk jadi manusia yang mudah sahaja. Ringkas. 

01 - Dulu aku pernah juga menulis dengan gaya sebegitu. Tulis apa aku mahu, bahasa yang aku suka (bahasa pertuturan kedua) - letak gambar sendiri, letak gambar makanan, berkongsi apa aku buat seharian. Cuma sesetengah orang rasakan aku terlampau hodoh untuk berbuat demikian. Benda itu, repekan gila, semua ditinggalkan di blog bahasa kedua. Sudah terlampau lama tidak menulis di situ.

http://farm7.staticflickr.com/6016/5991051426_40aece24b2.jpg
[Sumber gambar]

02 - Sejak kebelakangan ini, entah disebabkan faktor usia atau kerjaya (eh), aku mula lihat sesetengah benda agak menyesakkan dada. Ejaan ala rempit serta perasan comel dengan lambakan W sebagai contohnya adalah sesuatu yang sehingga kini aku tak boleh terima. Panggil aku Nazi Tatabahasa (baca : Grammar Nazi) sekalipun, aku tidak marah sebab otak aku tidak boleh hadam tulisan yang memualkan. Ternyata, benda yang paling aku takuti muncul tahun depan. Berhadapan dengan bahasa dan mengajar bahasa, tapi biasanya di sekolah orang tidak akan menulis ala rempit begitu kan?

Mungkinlah.

03 - Dalam bulan dua atau tiga tahun depan, aku akan jadi satu-satunya guru perempuan bujang di sekolah. Jadi, benda begini haruslah mempunyai perisai yang kuat sebenarnya.  Aku rasa orang di sekolah aku tidak ada masalah, cuma manusia lain yang risau tidak bertempat. Dengan mulut-mulut bertintakan iblis di merata tempat (hingga ke majlis pengkebumian sekalipun), aku cuma berharap kesabaran aku akan bertambah tinggi, tidak termasuk ketinggian yang ternyata sia-sia sebab aku tidak tinggi mana pun. Seratus limapuluh lima sahaja. Bila orang kata anak dia sampai empat orang lelaki menunggu dan terpaksa pilih yang terbaik daripada empat, aku cuma boleh senyum dan ucap tahniah sahaja. Aku? Nantilah kalau tiba masa, aku cuma mahukan seorang sahaja. Tidak perlu sampai empat lima orang beratur mahukan aku. Ah, ajaib oh kalau benda begitu berlaku.

04 - Perkahwinan benda yang mulia. Benda yang menarik bila bersama dengan orang yang kita suka, yang kita sayangi sepenuh hati selain ibu bapa dan keluarga. Tahun dua ribu sebelas bakal berakhir dan aku masih lagi selesa dengan status bujang yang aku tanda setiap kali mengisi borang. Benda itu pada aku, rahsia Allah. Sekuat mana pun aku berusaha, tapi Allah belum mahu beri, aku terima sahaja. Jadi bila ramai yang mahu jadi Tuhan ataupun wakil Tuhan dengan menghukum aku sewenangnya kerana belum berumah tangga, aku jujurnya mahu ketawa. Nah, kalau betul hebat, tolong datangkan aku seorang lelaki yang melamar aku menjadi isteri dan dia sebagai suami. Kalau tidak boleh buat demikian, aku mohon undur ke belakang, dan doakan aku dari jauh sudah cukup - daripada menghentam aku sesuka hati dengan gelaran anak dara tua. Ah, kalau umur dua puluh empat tahun digelar anak dara tua, bagaimana yang umur lebih banyak dari aku?

http://farm7.staticflickr.com/6126/5983106910_73a89d4c3a.jpg
[Sumber gambar]

05 - Seorang perempuan yang banyak kelemahan. Seorang perempuan yang banyak buat kesilapan dan hanya tahu duduk diam memperbanyakkan tulisan. Mak tidak gemar tapi aku tetap teruskan minat. Mungkin disebabkan bila aku menulis, maka aku tidak keluar seperti anak gadis lain yang kalau bosan akan keluar merayau. Entah. Mungkin sebab dunia aku hanya ada beberapa tempat yang aku tuju, maka aku lebih suka pada kawasan selamat aku sahaja. Keluar bila perlu, bila ada yang mendesak. Kalau tidak, aku hidup dengan dunia aku sahaja. Lebih enak.

Nah.
Ini cerita seorang perempuan.
Seorang perempuan yang tidak kenal erti kesunyian.
Seorang perempuan yang menolak erti keseorangan.
Seorang perempuan yang benci makna kesepiaan.
Seorang perempuan yang enggan terjerumus ke lembah kehinaan.
Ya, ini dia ceritera seorang perempuan.

Nota Kaki :
Perbualan waktu senggang dengan sepupu dan makcik tadi buat aku ketawa besar dengan betapa kami sudah membesar sehingga tahap yang buatkan ramai orang rasa tercabar. 

Zara : Aku senang dengan cara aku, dengan hidup aku dan jadi leteran Emak Puan Mulia yang aku suka. Aku masih enggan tinggalkan ruang ini dengan senang hati. Banyak lagi yang aku mahu beri. Belum puas lagi aku berbakti.


Wednesday, December 28, 2011

#WW17 : Awak, Dia Yang Awak Kenal Dulu?



Awak.
Adakah dia masih orang yang sama?
Adakah dia masih orang yang awak cinta?
Adakah dia masih orang yang awak suka?
Adakah dia masih lagi yang awak damba?

Awak.
Awak tengok dia.
Adakah layanan masih seperti kali pertama?
Adakah senyuman masih bergenang mata?
Adakah ketawa itu masih yang ceria?
Adakah dia masih lagi yang sama?

Awak.
Adakah sesuatu sedang berubah?
Adakah hubungan menjadi parah?
Adakah luka tercalar hingga berdarah?
Adakah kasih mulai renggang menanti rebah?

http://farm7.staticflickr.com/6196/6054298013_b8ab3e839a.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Benar manusia boleh berubah.
Sama ada jadi baik ataupun lebih parah.
Sama ada membawa kebahagiaan ataupun hanya memusnah.
Pilih sahaja mana yang lebih bagus, bukannya susah.

Awak.
Ujian sedang melanda.
Adakah awak sudah bersedia?
Untuk hadapi segala.

Nota Kaki :
Macam dapat berita yang tidak disangka.

Zara : Kadangkala melayan orang yang tamak ini seronok sebenarnya bila dia tamak benda yang serupa dengan kita. Tamak dengan sesuatu yang membawa bahagia, bukannya sengsara bahkan mencari gembira. (Shafaza Zara, 28 Disember 2011)


Tuesday, December 27, 2011

Awak Suka Dia Tapi Dia Homoseksual




Awak.
Awak suka dia.
Awak suka perhatikan dia.
Awak suka segalanya tentang dia.
Awak suka sebab dia kawan baik awak selamanya.
Awak suka dia lebih daripada kawan awak yang lain sebenarnya.
Tapi malangnya, dia suka sesama jantina.

Awak.
Awak suka dia.
Awak berkawan dengan sia sudah lama.
Mulanya awak menolak hakikat kawan baik tidak boleh bersama.
Awak tolak kenyataan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan berdua.
Tapi, sampai bila awak mampu tipu perasaan sendiri yang berleluasa?

http://farm7.staticflickr.com/6183/6073608566_67e8edd0c3.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak tidak mahu kehilangan dia.
Awak mahu dia kekal sebagai kawan sampai bila-bila.
Tapi hati awak tidak mampu menanggung rahsia.
Dada awak hampir pecah menahan rasa.
Mulut awak kaku menyimpan rahsia.
Awak tengok dia bergelak ketawa.
Awak tidak sanggup rosakkan keadaan gembira.
Dengan meluahkan perasaan dan sendiri terluka.
Sebab awak tahu, mustahil dia untuk suka.
Pada awak yang berlainan jantina.

Awak.
Dia boleh luahkan segala benda.
Dia bercerita tentang hidup dia.
Awak mampu menjadi pendengar setia.
Awak bahkan menasihatkan dia cara bagaimana mahu hapus derita.
Walaupun awak tahu apa yang awak buat mungkin berdosa.
Tapi awak tidak sanggup lihat dia berduka.
Menjalani hidup dengan siapa yang dia cinta.
Walaupun awak jelas, bukan awak orangnya.

Awak.
Awak memilih untuk membisu.
Awak mahu biarkan dia buat apa yang dia mahu.
Asalkan awak tidak kehilangan tempat di sisi dia yang awak rindu.
Asalkan awak tidak diketepikan bagai manusia yang mengganggu.
Awak sanggup asalkan awak kekal jadi manusia yang dia tunggu.
Ya, sebagai tempat dia mengadu.

http://farm7.staticflickr.com/6005/6004702701_15eb4fce2e.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak pernah terfikir untuk menukar orientasi.
Daripada biasa kepada yang mungkin lebih kurang secocok dengan dia yang awak sukai.
Tapi awak tidak sanggup dikeji.
Tapi awak tidak sanggup dicaci.
Tapi awak tidak sanggup dimarahi.
Tapi awak tidak sanggup dimaki.
Dan awak tidak sanggup mendapat kemurkaan Ilahi.
Bahkan awak tahu, itu tidak mampu menjadikan dia berpaling pada awak dengan senang hati.

Awak.
Awak pernah cuba berikan gambaran isi hati.
Tapi dia hanya ketawa dan tersenyum nampak gigi.
Dia kata awak mungkin sedang bermimpi.
Mengapa dia harus meninggalkan manusia yang dia cintai?
Mengapa dia harus meninggalkan kehidupan yang dia sukai?
Dan dia mahu awak kekal di sisi.
Hanya awak yang tidak menghakimi.
Hanya awak yang tidak tunjuk wajah simpati.
Seperti manusia lain yang mencebik dia bagaikan viral pembawa mati.

Awak.
Setiap hari awak panjatkan doa tanpa lelah.
Agar dia mahu tersedar dan berubah.
Agar dia bangkit dari kegelapan yang mendesah.
Agar dia lupakan kehidupannya kini dan mulakan hari yang cerah.
Tanpa rasa gundah.
Tapi kegilaan dia umpama dadah.

http://farm7.staticflickr.com/6143/6003357099_e36a35d72b.jpg
[sumber gambar]

Awak.
Awak tidak mahu berputus asa.
Awak masih mahu menunggu dia.
Awak masih mahu terus bersama.
Walaupun awak yang tetap akan terluka.
Tapi awak tidak mampu untuk tinggalkan dia begitu sahaja.
Sebab awak tahu dia tidak akan punya sesiapa.
Tiada teman lain, tiada keluarga.
Hanya awak sahabat yang dia punya.

Awak.
Tetap masih mahu menunggu.
Walaupun hati sudah terguris seribu.
Walaupun jiwa semakin beku.
Walaupun badan telah kaku.
Walaupun kulit mula menggerutu.
Asalkan persahabatan awak dan dia tidak terganggu.

Awak.
Sampai bila awak mampu bertahan?
Sampai bila awak mampu jadi seorang kawan?
Sampai bila awak mampu menahan perasaan?
Sampai bila awak mampu hidup dalam keadaan kasihan?
Sampai bila awak mampu tanggung penderitaan?
Awak tidak perlu berikan jawapan.
Duduk diam dan fikirkan.
Hidup awak, awak yang tentukan.

Nota Kaki :
1. Berjaya melengkapkan impian mahu menderma darah dengan pusingan lengkap normal setahun empat kali. Alhamdulillah.
2. Walaupun kurang tidur, apa yang ditunggu dapat juga diperolehi.

Zara : Orang yang paling kita sayang, itu sebenarnya paling susah nak hargai kita. (Shafaza Zara, 25 Disember 2011)

Sunday, December 25, 2011

#1441 : Dia Bukan Perempuan Yang Kau Kenal Dulu.




1441.
Dia bukan perempuan yang kau kenal dulu.
Dia bukan lagi budak yang kau boleh luku.
Dia bukan lagi budak yang kau berlaga siku.
Dia bukan lagi budak yang kau bersentuh bahu.
Dia bukan lagi budak yang kau boleh ejek berseluar kelabu.

1441.
Masa berjalan terlampau pantas.
Kau ingat lagi saat kau dan dia bersama mahu melintas?
Kau lari laju, tinggalkan dia memerhatikan bas.
Kau gelak dari seberang jalan sampai mahu terhenti nafas.
Kau ketawa tengok dia masih terpusing, elak kenderaan berterebas.
Kau kutuk dari jauh di bawah matahari panas.
Kau buat apa sahaja demi malukan dia sampai kau puas.

1441.
Kau ingat lagi budak perempuan yang duduk sebelah?
Yang kau kata - untung kalau lantai tak pecah.
Kau ejek dia anak gajah.
Kau kata badan besar itu bukan gagah.
Campur muka hodoh perangai tak semenggah.
Dia tahan malu sampai muka merah.
Tapi kau terus keluarkan kata-kata memanah.
Dia tahan walaupun telinga sakit mahu bernanah.
Ayat yang kau keluarkan buatkan jiwa dia bertambah parah.
Walaupun dia tidak menangis, perasaan dia berdarah.
Kau mana tahu sebab kau tidak ambil kisah.

1441.
Takdir kadangkala boleh jadi kejam.
Takdir kadangkala boleh jadi baik dalam diam.

http://farm7.staticflickr.com/6151/6184239210_01db1e3d74.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Budak perempuan itu mungkin sadis.
Budak perempuan itu mungkin jiwanya kalis.
Budak perempuan itu mungkin perasaannya berkudis.
Menahan sakitnya dengan perbuatan kau kalah digilis.
Siapalah dia melawan kau ibarat paus bertengkar dengan bilis?
Walaupun ternyata kata kau setajam iblis.
Dia tidak pernah menangis.
Dia tiada magis.

1441.
Budak perempuan itu ada kisah hidup dia sendiri.
Dia hidup dalam keadaan sakit dan sepi.
Bukan dia tidak punya sesiapa yang bersimpati.
Tapi dia masih lagi mencari diri.
Diri yang hilang berkecai melalui kehidupan separuh mati.
Bukan sahaja sebab perempuan, tapi juga sebab lelaki.
Dia hidup dalam keadaan sentiasa dikhianati.
Dia tidak rela tapi dia berikan semua orang rasa puas hati.
Supaya dia lebih kuat suatu hari nanti.
Dan menuntut apa yang dirampas darinya kembali.

1441.
Budak perempuan itu hatinya beku.
Budak perempuan itu manusia yang telan perasaan pilu.
Budak perempuan itu manusia yang lap darah menitis di dagu.
Budak perempuan itu manusia yang tahan hinaan bagai dipalu.

http://farm7.staticflickr.com/6182/6038449021_ab622575c4.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Kau pernah mengata dia macam-macam.
Apa yang dia buat hanya diam.
Kau tidak tahu apa yang dia pendam.
Walaupun pastinya tiada secalit dendam.
Sebab dia tidak mahu masa depannya kelam.
Seperti kau yang semakin lama semakin tenggelam.
Hanyut ditarik semakin ke dalam.
Dia seram.

1441.
Dia bukan perempuan yang kau kenal dulu.
Dia bukan lagi budak perempuan lemah yang pucat biru.
Dia bukan lagi budak perempuan yang lesu.
Dia bukan lagi budak perempuan yang akan duduk diam membisu.

1441.
Hari ini kau lihat dia.
Hari ini kau lihat betapa dia gembira.
Hari ini kau lihat dia sudah jumpa bahagia.
Hari ini kau lihat muka dia penuh rasa berbunga.
Hari ini kau lihat tiada lagi mata bergenang air mata.
Hari ini kau lihat tiada lagi mata berkaca.

1441.
Dia yang kau lihat sedang tersenyum nampak gigi.
Dia yang kau nampak sedang ketawa geli hati.
Kau hanya mampu berlalu pergi.
Ada sesuatu yang kau tidak mampu untuk selami.
Segumpal darah bernama hati.
Dia sedang memerhati.
Di saat dia tegar untuk setia, pastinya dia akan dicurangi.
Dan dia akan kekal senyum bagaikan dalam mimpi.

http://farm7.staticflickr.com/6062/6044085294_65a3411aff.jpg
[Sumber gambar]

1441.
Hari ini kau gagal.
Sebab dia semakin kebal.
Kau boleh mencuba sampai kau inzal.
Tapi pastinya kau tidak akan dapat menembusi  pertahanan diri terkawal.
Dan dia ketawa sampai mual.

1441.
Dia bukan lagi budak perempuan yang kau kenal dulu.
Dia sudah mati bila mana kau dan dia bertemu.
Anggap sahaja dia tidak lebih dari sekadar hantu.
Yang kau tidak harus ganggu.

Nota Kaki :
Minggu paling menyesakkan muncul. Minggu paling memudaratkan menjelma. Minggu paling menyakitkan terbit lagi. Moga dengan senyuman aku mampu hadapi segala. Ya, aku senyum bukan kerana semuanya baik, tapi aku tahu semuanya akan baik kalau aku senyum. InsyaALLAH.

Zara : Mengawal perasaan orang adalah lebih sukar daripada kau mengawal pengambilan makanan bagi perut sendiri. Apa yang kau berikan ada sahaja yang pastinya tidak dapat memuaskan permintaan mereka. Senyum sahaja. Oh,ini tulisan aku ke-1441 di Dunia Sebelah Zara.

Saturday, December 24, 2011

Perempuan, Kalau Minat, Boleh Kawal Diri Tak?




Sebelum ramai yang sakit punggung tidak tentu hala, aku perlu ingatkan, ini adalah tulisan rawak di hari Sabtu yang tidak berapa indah tetapi cerah dan otak dalam keadaan pelik dengan sesetengah perempuan (batuk) yang mungkin tidak terkawal hormon di pagi hari. Yang menulis ini mungkin seorang perempuan juga, kalau kau kenal dia-lah.

Jadi, pagi ini aku berkicau seperti biasa di Twitter tentang Sherlock Holmes. Filem kedua dia baru ditayangkan pada khalayak, dan aku menulis sedikit tentang pelakonnya - Jude Law (dan juga Rachel McAdams). Aku memang minat Jude Law - dari segi lakonan dan ditambah oleh paras rupa, dia boleh dikatakan diminati oleh perempuan dan juga lelaki. Kenapa? Lelaki tak boleh minat Jude Law ke? Dalam kicauan aku itu, aku ada sebut yang Jude Law dengan jambang dalam cerita itu, agak kurang menarik. Wah! Terus diserang dengan pelbagai kicauan lain. Ada pula yang menghentam kononnya aku tidak tahu langsung tentang Jude Law, atau tentang Sherlock Holmes itu sendiri. Tapi, perlu ke aku ingatkan yang meracau semua itu bahawa watak yang dipegang oleh Jude Law adalah Dr Watson? #patdd

http://farm8.staticflickr.com/7001/6561737169_959276b411.jpg
Sherlock Holmes : Koleksi peribadi aku sendiri - Flickr.

Aku biasanya tidak akan memuaskan orang yang meracau tidak tentu hala, tapi pagi tadi aku bermurah hati meluangkan masa melayan mereka dan siap ambil gambar di atas. Jadi kalau kau setakat pergi menonton cerita tersebut tanpa mengetahui apa benda sebenarnya yang berlaku pada jalan cerita, dan menonton disebabkan gila pada pelakon semata-mata, aku cadangkan kau pergi menonton semua filem lakonan beliau dan juga buatlah apa benda lagi yang patut demi memuaskan kesukaan kau itu. Aku? Tinggalkan aku dengan kegilaan membaca aku dan kesanggupan aku menonton seorang diri sahaja.

Perempuan secara umumnya sering dikaitkan dengan kesukaan terlampau akan sesuatu, dan jadi fanatik bila apa yang mereka suka disentuh. Sesetengah perempuan boleh mengawal diri, kebanyakan daripada mereka boleh lupa diri. Ya, aku guna kebanyakan sebab yang aku jumpa lebih dari satu, dan hey, aku pun perempuan kan? (Mungkinlah kalau kau rasa begitu)

01. Artis kegemaran disentuh.
Ini biasanya boleh dilihat pada budak perempuan. Aku pernah jumpa di sekolah, budak perempuan bergaduh sebab kawan dia duduk atas meja dia, dan atas meja dia penuh dengan gambar pelakon kegemaran dia. Ala, abang badan berketak yang kejap jadi abang besar, kejap jadi lelaki yang asyik menangis, kejap jadi er, entah apa lagi. Aku suka juga dengan lakonan beliau tapi bila aku tengok budak bergaduh, siap hempas kerusi, tendang tong sampah dan menjerit perkataan kasar serta lucah sebab kawannya duduk atas meja, er, perbuatan begitu agaklah macam minta penampar.

Ini juga biasanya boleh diperhatikan serta dibaca di dalam komentar sesetengah blog hiburan. Ada yang sanggup bertekak bagai nak gila demi mempertahankan artis kesayangan mereka, macamlah artis itu baca apa yang aku tulis kan? Tapi itulah, demi artis kegemaran dan kesayangan, serta pujaan (apa perkataan lain yang perlu aku masukkan?) - ada orang boleh lupa diri tidak tentu hala sebenarnya. Oh, ini sekadar bacaan untuk rujukan. Benda paling menarik bila orang lupa diri akibat terlampau sukakan artis kesayangan. [rujuk pautan : Blog Hazrey]

Nak minat boleh, tapi berpadalah. Kau minat macam nak gila, nak rak sekalipun, kadangkala artis yang kau suka tu tak tahu pun. Tapi kalau yang ambil berat tentang peminat, dia akan tahu. Aku nampak sesetengah kenalan aku yang dapat kebaikan dari benda begini. Yang tak dapat apa-apa kebaikan tu yang agak, leceh nak layan.

http://farm8.staticflickr.com/7161/6534386169_1a628c749e.jpg
Ini artis kegemaran aku. Heh. | Koleksi peribadi - Flickr

02. Kelompok mereka disentuh.
Aku tidak feminisme  kata sesetengah orang. Kata mereka, tulisan aku tentang "Sepuluh ciri kononnya wanita terakhir dunia"[pautan] adalah bukti paling jelas dan nyata. Dah kata itu tulisan santai, nak mengamuk dengan tulisan aku, apa gunanya? Habis disebar ke laman sosial dan hentam aku tidak tentu hala. Aku senang lenang sahaja disebabkan aku dah beritahu itu santai dan sesetengah yang tidak berpuas hati terus suruh aku tukar jantina. Mih mih mih.

Dengan aku sebenarnya sangat senang berurusan. Aku orang yang tidak membezakan jantina. Aku peduli apa pisang atau strawberi asalkan kau dengan cara baik, aku terima dengan cara baik. Kau dengan cara yang tidak enak, aku layan baik juga. Sebab menyusukan orang begini adalah sukar memandangkan apa yang diberikan pasti ada riak tidak puas hati. Kalah gelombang ombak tahu? Heh.

Ada sesetengah perempuan yang neutral. Dia layan semua benda biasa. Kalau dia suka suatu benda tu pun, orang kutuk atau caci, dia ketawa sahaja. Apa sangatlah dengan cakap manusia yang entah betul ataupun tidak, dia sendiri yang suka, dia peduli apa dengan orang kata. Langsung tidak menjejaskan apa dia rasa. Tapi ada sesetengah (batuk) yang tidak boleh terima. Sudahlah tidak boleh terima, dia ajak segerombolan pengikut dia sama-sama menghentam bagi mencari gelaran juara. Eh, seronok juga, macam bergaduh ala samseng agaknya.

03. Lelaki yang diminati.
Bukan teman lelaki, tunang atau suami. Kalau yang dalam tiga tersebut, aku memahami perempuan hilang kawalan diri jika disentuh, diceroboh ataupun apa sahaja perbuatan yang mengancam kedudukan mereka. Benda biasa yang melibatkan perasaan suka. 

Tapi, ini kalau setakat lelaki yang mereka suka perhatikan?
Baiklah, mereka minat. Sebab itu mereka perhati, jeling ataupun curi tengok macam penjenayah upahan. Aku pernah ada seorang kawan yang menghempas buku di medan makan, sebab ada perempuan lain sedang berbual mesra dengan abang yang jual air di kedai minuman. Dia sanggup tak makan kalau meja depan kedai tu penuh, sanggup tunggu ada ruang kosong semata-mata nak tengok abang kedai minuman tersebut. Er, tidak termasuk sengaja menumpahkan air sebab nak tengok abang tu dari dekat mop lantai yang terpercik air sirap bandung. Ni nak kira apa ni?

Dia tak makan seminggu bila abang tu cuti dan bila abang tu kembali pada hari kelapan, kedua belah tangan ada inai. Terus dia boikot kedai minuman itu sampai kalau kita sebut nak beli air di situ dia akan buat muka menjeluak. Padahal, dia ada teman lelaki dah waktu itu. Tak faham, aku memang tak faham. 
[Sumber gambar] - Ini bukan aku punya. Tapi aku perlu beritahu yang aku tak minat menonton Twilight, membaca sahaja.

Aku malas nak menambah lagi. Nantilah kalau aku boleh fikir lagi. Apa lagi agaknya yang perempuan tidak boleh kawal diri bila dah minat ya? Kebanyakan perempuan maksud aku. Bukan semua perempuan perangai begitu kan? Dan kebanyakan lelaki mungkin boleh masuk apa aku tulis di atas.

Heh.

Nota Kaki :
Rasa tidak diperlukan sejak kebelakangan ini. Aku doa semoga masa berjalan lancar, pantas dan laju supaya aku kembali ke sekolah - menyibukkan diri dengan urusan supaya aku lupakan apa sahaja masalah yang melanda.

Zara : Selamat menyambut Hari Natal bagi yang meraikan, selamat bercuti bagi yang menggunakan waktu dengan sebaiknya. Aku tenggelam dengan pembacaan aku sahaja. Mungkin keluar untuk lihat ragam manusia jika cuaca mengizinkan.

[Ulasan] : Tabu dan Kelabu - Novel Fixi




[Tulisan asal : 22 Disember 2011]
[Disiarkan kembali : 24 Disember 2011]

Salam semua.
Selepas Jerat, Ngeri dan Zombijaya, Tabu dan Kelabu juga aku dapat dari Fixi dengan percuma. Ya, aku menerima lambakan bungkusan pada hari sebelumnya, tetapi ia tidak sama dengan keriangan aku mendapat bungkusan daripada Fixi. Memang betul orang ketagih ini memang lain macam gerak gayanya. Heh. Ditambah dengan kicauan aku di Twitter sudah ada manusia dengan ketawa unik (dan pelik) serta berkait rapat dengan Fixi sekali - sudah tentulah itu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Heh. Hello Nedd, Adib, Mamu, Papa - Geng #idebewe. Oh, tidak lupa juga Sufian - bakal pembekal mesin kopi.


Jadi, sebelum aku menulis lebih dalam tentang ulasan buku ini, lebih baik aku terangkan bagaimana aku boleh dapat dua novel ini dengan percuma. Ya, dari pertandingan menulis yang diadakan oleh Fixi. Tabu aku menang selepas menulis tentang imam porno (heh!) dan Kelabu aku menang selepas menulis tentang, er, bagaimana mahu sifatkan tulisan itu agaknya ya? Kamu boleh baca Tabu dan Kelabu versi aku dengan menekan pautan. 


http://farm8.staticflickr.com/7001/6547459235_afd2a95b63.jpg
[21 Disember 2011] - Koleksi peribadi aku sendiri - Flickr

*******

http://fixi.com.my/wp-content/uploads/9789671038482-194x300.jpg
[Sumber gambar]

Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.

Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.

Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!

******

TABU adalah novel kedua Shaz Johar selepas Kougar. Jika sesiapa pernah membaca Kougar, sudah tahu tentang gaya Shaz Johar dan pastinya mahu mendapatkan lebih daripada dia (Terima kasih kepada Poskod - aku dapat baca sesuatu daripada Shaz sementara menunggu Tabu tiba).

Dalam TABU, kita di bawa melihat kehidupan Bibi, wanita yang bertubuh besar. Hidup dalam keadaan yang kurang menyenangi tubuh badan sendiri, berusaha untuk langsing dan berhadapan dengan pelbagai masalah sejak dia menemui telefon bimbit yang tertinggal di dalam LRT. Dengan sikap teman lelaki berbangsa asing dari Kenya yang belajar di Semenyih, ibu yang mendesak supaya berkahwin, kecelaruan dan keraguan dalam hubungan cinta dan juga konflik dalam tempat kerja yang melibatkan perempuan lain bersaiz besar dan tentu sekali kewangan. Benda biasa dalam kehidupan sekarang ini - tetapi di tangan Shaz Johar, segalanya nampak berbeza.

Bibi - yang sudah agak berputus asa mahu menguruskan badan disebabkan teman lelaki Kenya, Mosi yang sukakan perempuan bertubuh gempal dipertemukan dengan benang takdir dengan Nadim - seorang guru yang bertugas di Sabah (kebetulan pemilik telefon dalam LRT - yang setelah dikenalpasti selepas saringan soalan). Kehadiran Nadim, Mosi, Anne yang bersaiz dua kali ganda dari Bibi menjadikan cerita ini penuh warna. Pelbagai kejadian berlaku dan ya, hayat kerja Bibi di syarikat dia berakhir dengan tragedi - Anne dan kehadiran sepasukan bomba. Ia disusuli dengan kematian Kim, kawan baik Bibi sendiri yang disyaki membunuh diri.

Banyak lagi sebenarnya dengan kehadiran polis bernama Akil yang bertanggungjawab mengendalikan kes Kimi, Firdaus - polis mualaf yang masih minum minuman beralkohol dan bagaimana Bibi pergi ke Sabah dan sehingga ke akhirnya, kita boleh melihat ada sedikit persamaan antara Tabu dan Kougar. Oh, ada juga watak Kisha dan Budi dalam Tabu.

Dan kenapa aku kata Tabu mempunyai sedikit persamaan dengan Kougar (selain ditulis oleh orang yang sama dan juga kemunculan watak Kisha dan Budi)? 
1. Subjek utama penceritaan adalah wanita.
2. Subjek utama penceritaan adalah wanita yang sudah terlajak usia.
3. Subjek utama penceritaan adalah wanita yang kerjanya biasa-biasa, kewangan yang tidak berapa kukuh dan mempunyai ibu yang kuat mendesak tentang jodoh. Oh, bezanya Kisha ada adik beradik, Bibi adalah anak tunggal.
4. Adegan senggama disampaikan dengan samar walaupun ya, pembaca boleh meneka. 
5. Subjek utama mempunyai masalah dengan lelaki dalam hidup mereka.
6. Pengakhiran tergantung yang membuatkan kita mahu mencari jawapan tentang apa yang berlaku pada mereka. Seperti juga Kisha, kisah Bibi tergantung dan pembaca perlu meneka, apakah dia jumpa cinta yang dicarinya?

TABU - adalah satu taboo kerana kita boleh melihat isu yang diutarakan adalah sangat jelas apa yang menjadi 'racun' dalam masyarakat (bagi sesetengah aspek dan pihak) :
1. Perempuan berbadan besar.
2. Perempuan lanjut usia dan belum berkahwin.
3. Hubungan intim tanpa ikatan pernikahan.
4. Bunuh diri.
5. Curang dengan pasangan.
6. Pihak berkuasa yang memakan undang-undang sendiri.
7. Kehadiran golongan asing yang melambak di negara kita.

Dan bila membaca dua novel tulisan Shaz Johar ini, aku tertanya-tanya, apakah nasib aku akan seperti Kisha ataupun Bibi? Betapa sukarnya menjadi wanita yang menginjak usia tanpa ikatan perkahwinan dengan banyak mulut yang akan mengata. (Eh, kau baru 24 Zara!)


********

http://fixi.com.my/wp-content/uploads/9789670374048-194x300.jpg
[Sumber gambar]

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.

*******

KELABU tulisan seorang doktor perubatan. Dengar macam akan ada banyak istilah perubatan kan? Tapi tidak. Tahniah kepada Nadia Khan (atau aku lagi suka tulis Nedd - boleh kan?) yang buatkan aku tenggelam dalam pembacaan dan asyik untuk mengenali dengan lebih mendalam watak Amir. Di sebalik Amir yang lincah mengambil gambar dan dikaitkan dengan seribu satu drama dalam hidupnya, ada sesuatu yang menyeronokkan serta menggemparkan sebenarnya.

Ya. Walaupun berjanji dengan Jun bahawa mereka bersama dengan ikatan kontrak, Amir sebenarnya terjebak dengan lebih jauh - jatuh cinta dengan Jun. Disebalik pelbagai cerita tentang Jun, Amir masih bersama dengan dia. Jun, seperti juga cinta pertama Amir, Suhani membuatkan Amir menderita dengan cara mereka yang tersendiri. Oh, ini kamu semua perlu baca, kalau aku terangkan, pasti sudah tiada keseronokan.

Amir ada kawan baik yang memahami bernama Shah. Shah yang bersama dia sejak di Jerman, yang memberikan nasihat, yang bersama dalam keadaan susah dan senang. Amir juga punya Maya - kawan merangkap pengusul kerja pada dia memandangkan Amir adalah jurugambar bebas. Konflik muncul bila Amir membaca pesanan Maya di dalam telefon genggam Shah, dan juga membaca pesanan Shah kepada Maya. Rahsia yang selama ini dipendam oleh Shah terbongkar.

Dan dalam kecelaruan, Amir mula mencari dirinya kembali. Dirinya yang penuh drama, penuh cerita suka duka dengan kehadiran Dato' Rizwan (Abah), Tok, Tok Wan, Natalia, Rania dan terima kasih kepada Amran yang banyak membantu kepada perubahan Amir dalam pencarian diri dia pada saat menuju ke puncak cerita. 

Jadi, bagaimana dengan pengakhiran cerita?
KELABU sebenarnya mengimbas nostalgia. Nostalgia pernah berada dalam situasi krisis identiti yang sukar sebenarnya ditafsirkan. Pencarian mengenal diri sendiri serta melalui pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan sebenarnya membantu dalam membentuk kepada keperibadian seseorang itu. Dan ya, Kelabu menunjukkan betapa hubungan kekeluargaan itu amatlah penting dalam pembentukan manusia itu sendiri.

KELABU hadir di saat isu seksualiti merdeka, perkahwinan homoseksual sedang hangat diperkatakan kembali. Krisis identiti antara yang menyumbang kepada perkara begini dan juga tidak lupa kepada suasana persekitaran. Oh ya, perlu diingatkan bahawa KELABU adalah novel keluaran Fixi yang paling tebal setakat ini. Mengalahkan Jerat.  Dan ya, sebagaimana hasil tulisan dua penulis wanita sebelum ini, Kelabu juga tiada adegan senggama. Mih mih mih.

********

Baiklah.
Setakat itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Khabarnya novel Pecah karya Nizambakeri akan keluar dalam bentuk filem tidak lama lagi. Tahniah Nizam!
2. Ada yang bertanya macam mana aku boleh membaca buku dengan pantas. Jawapan mudah - sudah terlatih sejak kecil dan buku memang sebahagian dari hidup aku. Selain kafein, aku penagih tegar buku. Otak aku merakam penceritaan yang aku baca.

Zara : Hari ini perlu ke sekolah. Keputusan PMR bakal keluar, dan aku jujurnya sangat berdebar.

Friday, December 23, 2011

Wajarkah Ke Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih?



Semalam otak mereng.
Harus diakui bila rasa bersalah dengan orang, walaupun orang tersebut rasa benda itu remeh, otak aku memang tidak mampu mencerna dan menghadam apa yang aku lakukan. Paranoid? Mungkin. Ketakutan aku buat salah dengan manusia adalah disebabkan manusia ada pilihan untuk memaafkan ataupun tidak. Kalau buat salah dengan Maha Pencipta, pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ya, Dia Maha Pengampun. Baiklah, berhenti berbicara soal itu. Benda dah diselesaikan dan aku memilih untuk denda diri aku sendiri. Memandangkan manusia yang aku mahu luahkan segala langsung tidak muncul, aku memilih untuk menulis sahaja. Biarlah. Tiada kepentingan lagi, mungkin.

[Bunyi cengkerik diselangi dengan hujan. Merepek]

http://farm7.staticflickr.com/6173/6176492711_0728b640ba.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, wajarkah menghadiri jemputan majlis perkahwinan?
Hukum menghadiri walimatul urus adalah wajib sebenarnya, seperti yang pernah diperkatakan oleh ustazah aku dahulu. Sebab itu aku berusaha sedaya upaya untuk pergi kalau mendapat jemputan, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menyatakan tidak pergi kepada mempelai. Kadangkala ada orang boleh terima, kadangkala kena maki juga, kalau jemputan itu dari rakan yang baik dengan aku - tapi majlisnya bertembung dengan urusan keluarga. Tapi tak mengapa, itu boleh dipujuk.

Tapi, jika mendapat jemputan daripada bekas kekasih, wajarkah kita menghadiri juga?
Soalan ini banyak ditanya oleh kawan-kawan aku dan juga pembaca blog. Baiklah, mari kita lihat jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Soalannya, wajar atau tidak bukan? Jadi, ada dua jawapan, iaitu ya dan tidak.

01. Ya, wajar menghadiri.
Datang sahaja sebab dah kena jemput. 

02. Tidak wajar menghadiri.
Sebab hati sakit, perit, terhiris dan entah apa lagi.

A : Ni kena jemput ke majlis si S ni. Nak pergi ke tak?
Z : Pergi.
A : Kenapa?
Z : Sebab kalau dia berani jemput, kau kena berani pergi.
A : Nak buat apa?
Z : Pergi makan, jumpa pengantin, balik.
A : Tak, maksud aku, kenapa nak kena pergi? Buat apa?
Z : Sebab kita sendiri tak tahu kenapa dia jemput, jadi hadirkan diri untuk cari jawapan mungkin.
A : Tapi, aku masih teringat dia.
Z : Kalau masih teringat lagi wajar pergi.
A : Nak suruh aku mengamuk depan pelamin?
Z : Tak, pergi sahajalah. Buat muka tak tahu.
A : Muka aku punyalah menarik.
Z : Sebenarnya, kau patut pergi.
A : Supaya aku boleh tepuk tangan sekali dengan orang lain yang gembira?
Z : Meraikan pengantin apa salahnya.
A : Salah sebab dia bekas kekasih aku.
Z : Tapi tema dia ala Jepun weh (mata berkaca tengok kad kahwin)
A : Kenapa?
Z : Kalau kau takut pergi seorang, aku teman.
A : Kau cuma nak tengok hiasan majlis ke?
Z : Bergantung kepada keperluan.
A : Tengoklah dulu aku fikir.
Z : Kalau pergi ajak aku.
A : Kalau kau janji untuk pukul dia.
Z : =.="

http://farm7.staticflickr.com/6057/6236691938_ac03d1df12.jpg
[Sumber gambar]

Secara jujurnya, aku tertanya-tanya juga kenapa perlu menghantar kad perkahwinan (ataupun undangan melalui laman sosial) kepada bekas kekasih. Manusia itu, manusia yang pernah kau kongsi kasih sayang, yang kau pernah berkongsi keluh kesah, sakit pening selsema demam dan segala macam penyakit, orang yang sangat mengerti kau suatu ketika dahulu sehinggalah takdir menentukan kau dan dia tidak lagi bersama atas sebab tertentu. Tergamak sungguh menghantar kad perkahwinan jika perpisahan dahulu itu dalam keadaan tidak baik, penuh pertengkaran. Rasa macam perlu sangat ke hantar kad itu?

Ada seorang rakan aku yang menghadiri semua majlis perkahwinan yang diundang oleh bekas-bekas kekasih dia. Dia mengambil pendekatan, makan percuma, majlis meriah, kenapa nak bazirkan wang untuk makan tengah hari berbayar di luar? Jadi memandangkan dia punya kekasih baru dan bekas-bekas (ya, bukan seorang) kekasih dia kebanyakannya melangsungkan perkahwinan, dia bawa sekali kekasih abru dia untuk makan tengah hari yang sedap, menarik dan apa lagi mahu digambarkan tentang majlis perkahwinan. Pada dia, benda yang lepas, dia tidak mahu kenang. Dia berdiri depan pengantin dan ucap tahniah tanpa sekelumit rasa bersalah, bahkan penuh rasa bahagia perut dia kenyang dan dia jimat wang untuk makan tengah hari berdua. Er, apa nak dikatakan pada manusia begini ya? Profesional? Entah apa yang pengantin rasa agaknya. Heh.

Ya.
Ada orang yang tidak kisah. Ada orang yang SANGAT kisah. Kawan aku yang lain siap bakar kad jemputan yang dia terima memandangkan si penghantar itu adalah bekas kekasih pertama dan hubungan mereka bukan sekejap. Lagi sebulan sebelum majlis pernikahan, bekas kekasih (senang sebut bekas tunang) - memutuskan ikatan pertunangan, dan kahwin dengan orang lain dua minggu selepas itu. Er, sudah tentulah dia tidak akan menghadirkan diri kan? Kegilaan apakah kerana sepatutnya dia yang melangsungkan perkahwinan dan barang yang telah siap dibeli, boleh pula bekas tunangnya berikan pada pasangan baru. Betapa membeli barang bersama, dan barang itu jatuh pada orang lain? Seksa.

Ia bergantung kepada seseorang sebenarnya.
Hati kita ada had dalam menahan segala perasaan yang hinggap. Ada yang boleh jadi kebal tanpa sebarang rasa, ada yang mudah tersentuh dan terus luka bernanah segala. Jadi, kalau kau tanya aku, jawapan aku mudah sahaja. Kau tanya balik hati kau. Mampu ke kau pergi lihat bekas kekasih kau bahagia? Kalau kau mampu, silakan. Wajib menghadiri majlis perkahwinan yang ada jemputan. Tapi kalau kau rasa hati kau tak mampu nak tanggung beban kesakitan itu, lebih baik tak payah pergi. Buatnya datang gila kau bunuh orang di majlis kahwin, ada pula yang jadi duda/balu sebelum sempat pergi berbulan madu.

http://farm7.staticflickr.com/6049/6216500000_6a4d889539.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, ada seseorang yang buatkan aku boleh tabik dia. Dia menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya (ya, kahwin muda dan berpisah pada usia muda juga) - dengan tabah seperti tidak pernah berlaku apa-apa antara dia dan lelaki yang sedang bersanding di hadapannya. Bertegur sapa dengan keluarga bekas mertua dengan senang hati bagaikan dia cuma jiran sebelah rumah yang berkongsi dinding tepi. Berbual mesra tanpa riak sedih sekalipun. Bila ditanya, jawapan dia ringkas sahaja - "Lelaki itu jumpa perempuan lebih baik daripada aku. Jadi, aku perlu lepaskan dia pergi"

Jadi, kalau kamu bagaimana?
Adakah mahu menghadiri perkahwinan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pasangan ataupun bekas kawan sekalipun?

Kalau aku, aku pergi.
Heh.

Nota Kaki :
Kerja sibuk akan bermula semula. Ya, macamlah cuti sekolah ini kau cuti Zara. Gila, tahun 2011 aku tidak jumpa istilah cuti dan rehat.

Zara : Ada orang main baling batu sembunyi tangan serupa celaka. Ada juga manusia begini rupanya, menggunakan pengenalan orang lain untuk meninggalkan pesanan, tapi merepek tidak tentu hala.

Thursday, December 22, 2011

Sepatutnya Pandai Sedikit Lain Kali



Ada benda yang dalam diam aku kesal sendiri.
Ada benda yang aku rasa betapa bodohnya diri.
Ada benda yang aku terlampau lambat untuk kesali.
Ada benda yang aku tidak layak untuk dapat simpati.
Ada benda yang aku seharusnya dikeji.
Ada benda yang aku sememangnya patut dimaki.

http://farm7.staticflickr.com/6160/6171917307_db6de3eca1.jpg
[Sumber gambar]

Dan hari ini, buat kali pertama aku rasa aku manusia paling keji yang berjalan di atas muka bumi. Rasa seperti satu Dementor yang sejuk dan ya, betapa aku mengkhianati sesuatu yang aku sangat suka sebenarnya. Kegilaan aku pada sesuatu memakan diri. Aku memohon maaf, ya, aku cuma boleh mohon maaf pada manusia dengan harapan dan doa permintaan aku akan diterima. Kesilapan aku pada sesetengah orang mungkin perkara mudah, tapi aku, manusia yang juga bekerja dalam gelanggang yang sama (walaupun tidak sepenuh masa) - aku seperti mengkhianati manusia yang aku suka. Ya, aku suka dengan kerja mereka dan hasil kerja mereka membuatkan aku gembira.

Aku kembali menjadi penagih tidak sempurna.
Penagih yang mencari dadah bila hati tercedera.
Penagih yang mencari bahan penyembuh bila rasa diri macam celaka.
Dan hari ini terbukti, aku terpalit sifat tercela.
Walaupun orang tidak kata apa-apa.

Nota Kaki :
Rasa bodoh melimpah ruah bagai ada rasaksa.

Zara : Kadangkala hidup yang sihat akan bertukar palat.