Thursday, March 31, 2011

Bila Duit Bukan Segalanya Tetapi Cinta


Aku sudah hitam dari biasa.
Kulit kering dan garing dibakar terik mentari di tengah padang. Memang topi bukan penyelamat terbaik tapi percayalah aku cakap, siapa yang bawa payung lagi tak guna. Nasib baik tiada orang bawa payung sebab aku sendiri berpendapat, kalau bawa payung, nampak sangat tak biasa dengan cuaca panas padang dan bukan cikgu sukan. Lagi satu, ikut etika, bawa payung ke atas padang adalah bahaya. Bila-bila masa sahaja boleh mengakibatkan kecederaan kepada budak-budak. Awas cikgu-cikgu, ingat ya?
Senyum.

http://farm3.static.flickr.com/2764/4236127236_0b37829bdf.jpg
Gambar : Ada sesiapa mahu menunggu aku begini? Tiada. Tiada. Mustahil kecuali ada orang yang tiba-tiba kata dia sukakan manusia beku ini.

Masih ingat lagi tentang MD? Ya, adik yang tidak mahu sambung belajar tetapi mahu kahwin itu. Aku bangun seawal pagi disebabkan kepenatan tidur awal dan semasa membalas segala Twitter dan pesanan di Mukabuku, dia menegur di Skype. Pandai ya kamu dik. Kak Zara letak Berpergian (baca : Away) pun kamu tetap gigih menegur.

MD : Kak Zara, saya dah baca di blog akak dan di blog Terfaktab.
Aku : Baca apa?
MD : Tentang saya yang akak tulis tu.
Aku : Oh, jadi?
MD : Banyak pendapat tapi cuma satu dua yang sokong saya kan? Ikut sunnah nak kahwin bila rasa nak kahwin kan?
Aku : Tapi lebih banyak yang tak berapa nak setuju kan?
MD : Saya pernah dengar orang kata, kalau rasa nak kahwin, kita kahwin lah kan? Jangan halang naluri tu.
Aku : Kak Zara pernah ada rasa begitu. Sekali sahaja pernah rasa begitu. Tapi bila benda itu kelihatan mustahil, Kak Zara pernah baca, kita digalakkan berpuasa, sebab dengan berpuasa, kita boleh melemahkan sesuatu keinginan itu. Cubalah.
MD : Nak kena puasa sebab nak kurangkan rasa nak kahwin? Tak naklah saya. Saya memang nak kahwin.
Aku : Dah ada duit nak kahwin?
MD : Bukan sekarang, lagi dua tahun kan.
Aku : Memanglah. Tapi duit tu nak datang dari mana?
MD : Kalau anak perempuan nak kahwin, keluarga yang kena keluar duit kan? Lagipun, pihak lelaki akan bagi duit hantaran bagai.
Aku : Agak-agak berapa duit hantaran? Lagi satu, duit hantaran dapat lepas majlis, bukan sebelum.
MD : Tak minta banyak. Rancang nak minta sepuluh ribu ke lima belas ribu je kot?
Aku : Oh, sepuluh atau lima belas ribu.
MD : Kenapa kak? Sikit sangat ke?
Aku : Eh, tak lah. Akak yang keluar universiti pun mungkin tak berani minta banyak tu. Mungkin paling tinggi pun sepuluh ribu, tapi macam banyak sangat.
MD : Biasalah harga macam tu. Sekarang ni lagi banyak pun orang selalu bagi.
Aku : Awak memang tak nak kerja langsung?
MD : Kerja penat kak. Saya dah tengok keluarga saya kerja, memang penat. Nak jumpa dengan anak pun susah. Tak nak saya. Saya kalau boleh, suami balik kerja, terus jumpa saya di rumah. Bukan kena tunggu saya balik.
Aku : Tapi lelaki sekarang suka perempuan yang boleh berdikari.
MD : Ramai je orang yang jadi surirumah.
Aku : Ya, tapi yang jadi surirumah pun tak duduk diam sahaja. Ada surirumah yang kak kenal, masih pergi belajar macam-macam, ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang menulis blog untuk jana pendapatan dan macam-macam lagi. 
MD : Kalau buat begitu, terabai anak-anak nanti.
Aku : Siapa kata? Anak-anak mereka lebih baik sebenarnya sebab emak-emak mereka jenis yang terbuka mindanya. Setiap hari belajar, setiap hari kenal dengan orang lain dan boleh berkomunikasi dengan bijak.
MD : Harapan untuk curang juga tinggi kan?
Aku : Itu terpulang kepada diri masing-masing. Kepercayaan kan penting. Lagi pula, iman dan kesedaran diri sebagai seorang isteri kepada seorang suami perlu ada. 
MD : Duduk rumah, belajar nak mengurus rumah pun dah cukup baik. Benda tu semua dah ramai orang buat kan? Jadi saya tak perlu buat lagi.
Aku : Duit belanja awak sekarang siapa bagi?
MD : Keluarga saya.
Aku : Keluarga awak ada perniagaan sendiri?
MD : Ya.
Aku : Besar?
MD : Besar jugalah.
Aku : Sebab itu awak tak nak kerja?
MD : Duit banyak kak. Bukan boleh bawa mati semua tu.
Aku : Katakanlah perniagaan keluarga awak jatuh, sumber pendapatan lain?
MD : Susah nak jatuh kak.
Aku : Katakanlah jatuh.
MD : Simpanan melambak.
Aku : Itu sebab yang menguruskannya adalah keluarga awak yang mahir. Mesti dah bertahun-tahun. Tapi kalaulah keluarga awak tiada, awak boleh uruskan?
MD : Masih banyak lagi pekerja boleh uruskan.
Aku : Sampai bila?
MD : Biarlah yang terlatih dan pakar uruskan.
Aku : Oh, senangnya hati.
MD : Benda begini tak ada masalah kak. Duit bukan segalanya bagi saya, yang penting kasih sayang dan cinta yang saya ada. Benda begitu saya tak dapat di rumah.
Aku : Terpulang pada awak.
MD : Kalaupun cinta itu boleh dibeli dengan duit, saya tak nak beli kak. Saya nak dapatkan yang ada sekarang ini juga.
Aku : Yakinnya awak.
MD : Saya tahu dia tidak akan lari dari saya.
Aku : Moga-moga.

http://farm5.static.flickr.com/4059/5137713976_4a5ba74193.jpg
Gambar : Kalau dia berkeyakinan tinggi sedemikian rupa, nak kata banyak pun rasa kurang berguna kan?

Aku mudah sahaja.
Kalau ada yang minta pendapat tapi sudah tetap pendirian sedemikian rupa, aku tak mampu buat apa-apa kan? Cuma, aku doakan agar dia hidup bahagia selepas ini. Itu sahaja. Sebab kadangkala kalau kita terlampau yakin, akan mengundang bahaya juga.

Nota Kaki :
1. Hari ketiga MSSD.
2. Jadual tidur aku sudah gila akibat keletihan bermaharajalela.

Zara : Tersenyum sahaja dan ya, aku akui, sampai satu tahap, aku sudah hampir kejang rahang dibuatnya.

Wednesday, March 30, 2011

Kan Bahagia Jika Cinta Boleh Dibungkus


Kadangkala kita rindu.
Rindu pada orang yang jauh dari mata tetapi mahu berikan sesuatu yang menyenangkan buat mereka. Mungkin akan terfikir, kalaulah cinta itu boleh dibungkus dan dihantar menggunakan pos, alangkah baiknya. Bahagia melihat hati dan jantung berdenyut-denyut di dalam kotak yang dihantar oleh abang posmen yang menggigil disebabkan menghantar organ bukan kerjaya dia. Eh?
Ha ha ha.

Kadangkala kita lapar.
Benci bila buka blog atau laman sesawang yang menyediakan makanan. Nampak cantik, menarik tetapi bila dibaca sehingga ke hujungnya, cuma disediakan untuk mereka yang boleh dicapai dalam lingkungan tidak lebih 50 kilometer ataupun datang sendiri ambil di rumah. Saat itu mulalah membayangkan, kalaulah rumah aku dekat, kalaulah ada orang nak hantarkan pada aku, lepas tu rasa marah, sengal punya tukang jual. Nak hantar pun tak boleh. Bukan semua orang dekat dengan rumah kau.

Gambar : Benda gebu begini kalau makan, lupa segala benda kalori sebab rasa yang enak dan kesedapan yang tiada tandingan kan?

Kadangkala nak cuba masak.
Ala, bukan semua orang ada kebolehan boleh membakar dengan baik. Kadangkala dah memasak selama berpuluh tahun, bila datang ke bahagian kuih, hancur lebur. Tapi memang ada orang yang berbakat kedua-duanya (sambil lari masuk bilik dan tekap muka atas bantal sebab kebolehan memasak hanya tahap sederhana). Jadi, kononnya untuk membuktikan diri pandai masak, mulalah salin resepi macam-macam dan cuba buat. Sekali tak jadi, putus asa, baling periuk di dinding. Retak, kena lempang dengan bonda. Ha ha ha.

Kadangkala nak rasa sahaja.
Penat berusaha, kembali duduk depan komputer. Tengok gambar lagi. Nak rasa sahaja. Bukan nak makan banyak pun. Buat sendiri tak sedap. Pergi cari di kedai pun tak memuaskan selera - rasa tak sedap macam rupa dan entah apa-apa lagi. Lepas itu bila makan, ada pula yang berkecil hati, nak juga walaupun duduk jauh. Hish. Manusia memang macam-macam ragam bila datang soal makanan kan?

Tapi, itu semua bukan masalah lagi bila ada Muffin ke-7 (baca : The 7th Muffins). Mereka buat muffin yang sedap, mereka buat muffin yang murah dan paling penting, mereka boleh hantar guna pos laju serta tiba dalam keadaan baik. (sambil angkat-angkat kening sebab dah dapat makan enam ketul muffin dari mereka).

Gambar dari laman mereka. Yang ini memang sedap. Kena berebut dengan Abah pula. Ceh! Tak suka Along tulis blog konon.

Mereka menyediakan pelbagai rasa dari coklat, kepada vanilla kepada strawberi, kepada macam-macam lagi. Boleh tengok senarai menu (sambil lap air liur) di sini. Selain itu, senarai pakej penghantaran dan berapa biji semua boleh dilihat di laman mereka. Jangan risau, kalau terlambat kamu nak ambil bungkusan di pejabat pos, macam aku yang sentiasa tiada di rumah sebab bersekolah, muffin ini boleh tahan sehingga sepuluh hari khabarnya. Masa aku ambil sudah lebih 3 hari. Mula-mula rasa nak lempang diri sebab tiada di rumah, tapi bila tengok masih dalam keadaan baik, rasa nak lempang orang pejabat pos yang tersengih sebab dalam sebulan ni, sudah 3 kali aku dapat bungkusan berisi makanan. Dua kali kek lapis Sarawak dan ini muffin pula.

Siapa suka warna merah jambu? Sila tempah.

Oh ya, mereka juga sedang buat pertandingan. Silalah masuk ya?
Selepas ini kalau ada rasa nak makan muffin dan sanggup tunggu dalam sehari dua ia terus muncul di depan mata tanpa perlu membakarnya sehingga tak sudah-sudah letak muka di ketuhar sampai melekat, terus sahaja tempah pada mereka dengan melayari The 7th Muffins. Nak hantar pada mereka yang tersayang pun boleh. Kalau nak hantar pada musuh pun digalakkan disebabkan benda manis boleh membuatkan kemarahan manusia surut dan otak kanan akan lebih berfungsi. 

(sambil batuk-batuk kecil) Nak hantar pada Lord Zara pun boleh. Beliau tak kisah gemuk dengan benda sedap. Eh?
Ha ha ha.

Nota Kaki :
1. Aku sudah punya blog baru. Silalah tengok ya?
2. Akan sibuk di Kejohanan MSSD bermula hari ini.

Zara : Baru sedar semasa menjadi seorang pelajar, aku tak pernah menyertai MSSD ataupun MSSJ. Semua pertandingan yang aku sertai adalah berasaskan akademik sahaja. 

Monday, March 28, 2011

Tak Nak Sambung Belajar, Nak Kahwin


Salam semua.
Minggu yang sibuk akan bermula lagi. Kenapa kata sibuk? Petang ini sahaja sudah pergi ke klinik untuk ambil surat temujanji Abah. Tak termasuk ada jiran telefon minta tolong hantar dia ke balai polis. Baiklah, itu pengalaman pertama pergi balai polis. Walaupun tak sama macam CSI, tapi sekurang-kurangnya tidaklah sama macam yang digambarkan dalam GK yang, baiklah tak nak mula mengutuk. 

Keputusan STPM sudah diumumkan, keputusan SPM juga dah keluar.Begitu juga dengan majlis graduasi kecil bagi yang menamatkan pengajian pada penghujung November. Selain kampus selatan, aku difahamkan ada beberapa universiti lain turut meraikan graduan mereka. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan pengajian dan tentunya, jangan dilupakan kepada mereka yang berjasa membawa anda sehingga ke tahap anda hari ini.

http://farm3.static.flickr.com/2499/4141677144_b103438aa0.jpg
Gambar : Kalau kopi adalah faktor kejayaan juga, bolehlah cakap terima kasih kalau kamu mahu.

Dalam kesibukan semua orang mengejar pendidikan dan sebagainya, seseorang menghubungi aku dengan menyatakan bahawa dia sudah tidak punya rasa mahu belajar lagi hanya disebabkan oleh keinginan untuk berkahwin. Jujurnya, bercakap dengan aku yang merupakan seorang guru apabila datang bahagian begini, sudah tentu aku akan melebihkan pendidikan. Tetapi, sebagaimana biasanya aku, berikan sahaja pendapat dan selebihnya biarlah orang itu menentukan sendiri.

MD : Salam Kak Zara. Terima kasih sebab bagi Skype.
Aku : Salam. Tak ada masalah. Nak cerita apa?
MD : Nak tanya pendapat sedikit.
Aku : Tentang apa?
MD : Saya baru habis diploma tapi saya tak nak sambung belajar. Semua orang sekeliling saya marah sebab kata saya muda lagi. Baru 21 tahun tapi dah tak nak belajar lagi.
Aku : Tak nak sambung belajar, nak kerja ke?
MD : Tak. Nak kahwin.
Aku : Oh. Nak kahwin?
MD : Ya.
Aku : Teman lelaki dah kerja ya?
MD : Tengah belajar lagi. Belum habis lagi sarjana muda.
Aku : Er, bila nak kahwin tu?
MD : Tunggu teman lelaki habis belajar.
Aku : Bila habisnya?
MD : Dalam dua tahun lagi.
Aku : Oh, teman lelaki sebaya?
MD : Ya.
Aku : Dalam masa dua tahun nak tunggu dia habis belajar ini, awak nak buat apa?
MD : Duduk rumah, belajar cara nak uruskan rumah ke apa ke yang patut. Malas nak kerja, nanti penat. Lagipun, kalau guna diploma, kerja apa sahaja yang dapat?
Aku : Tapi, kamu pun tak tahu nak kahwin bila kan?
MD : Lepas teman lelaki habis belajar, kami akan kahwin.
Aku : Keluarga setuju ke?
MD : Mestilah tak. Tapi saya memang dah tiada rasa nak belajar, saya cuma fikir nak kahwin, hidup berkeluarga ini nampak seronok.
Aku : Ni kalau Kak Zara cakap sedikit jangan marah ya? Cuma pendapat dari sudut seorang perempuan.
MD : Cakaplah kak.
Aku : Apa jaminan yang dia akan betul-betul bersama awak?
MD : Dia cintakan saya, saya cintakan dia.
Aku : Tapi kalau setakat cinta sahaja, tak membawa erti apa-apa. Cinta tanpa duit juga tidak akan membawa ke mana.
MD : Itu cinta materialistik.
Aku : Bukan bermaksud materialistik. Cuma katakanlah kamu nak telefon atau SMS dia, mesti perlukan duit kan? Kalau keluar bersama dan sebagainya, masih perlukan duit. Kalau kamu tak minat nak belajar, tak minat nak kerja, macam mana nak dapatkan duit untuk itu semua?
MD : Duit simpanan ada.
Aku : Bukit dan gunung pun boleh rata orang tarah setiap hari, inikan pula duit. Kalau nak kahwin, lagi banyak perlukan duit. Dengan bersandarkan cinta semata-mata, duit tidak akan masuk.
MD : Tapi saya percayakan dia kak. Dia tidak akan sia-siakan saya. Kami akan berkahwin.
Aku : Baiklah. Awak akan berkahwin dengan dia. Katakanlah berlakunya masalah sehingga berlaku penceraian. Apa awak nak buat?
MD : Tak mungkin akan berpisah sebab kami cinta sesama kami.
Aku : Katakanlah berlaku. Kalau awak tiada kerja, tiada pekerjaan, bagaimana nak menampung hidup selepas itu?
MD : Masa berkahwin, wujudkan harta penceraian ataupun tetapkan syarat tidak boleh bercerai.
Aku : Mana datang harta sepencarian kalau dia seorang sahaja yang bekerja? Dan katakanlah dia tidak dapat kerja walaupun dah habis belajar, bagaimana?
MD : Dia akan dapat kerja, dia pandai.
Aku : Moga-moga dia dapat sebab kursus yang dia ambil sudah terdapat lambakan.
MD : Kalau dia lambat dapat kerja sekalipun, saya tetap akan tunggu dia.
Aku : Baguslah kalau awak yakin begini.
MD : Jadi, kalau saya tak sambung belajar pun tak mengapa kan kak?
Aku : Terpulang pada awak sendiri. Sebab kak yang dah kerja, yang tamat belajar dengan setakat sarjana muda ini pun menyimpan keinginan untuk sambung belajar demi masa depan sendiri, tapi terpulanglah. Setiap orang tidak sama kan?
MD : Kan bagus kalau saya boleh cakap camni dengan keluarga saya.
Aku : Agak-agak awak berapa lama awak boleh bertahan tak kerja dan harapkan cinta?
MD : Selama yang diperlukan.

Gambar : Kalau dalam Forest Gump, hidup dikatakan seperti sebuah kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa yang kita akan dapat didalamnya. Dan pada aku, begitu juga dengan segelas kopi. Kita tidak akan dapat menelah apa yang kita rasa akan sama atau tidak.

Aku tak menghalang orang yang mahu melunaskan impian perkahwinan dan bersama dengan orang yang mereka cintai. Itu sesuatu yang baik dan tentunya dapat mempunyai hubungan yang sah. Cuma, kalau kamu masih punya keluarga, fikirkanlah perasaan mereka. Jika mereka merestui, sujud syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut. Jika tidak, mungkin mereka masih mahu lihat kejayaan yang boleh kamu dapatkan dalam hidup. Tidak salah jika berkahwin semasa belajar, bahkan ada sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawan aku sendiri, bahkan lebih berjaya dari aku.

Cuma, kalau tidak mahu menyambung impian hanya disebabkan oleh cinta, aku sebagai seorang yang sangat dahagakan ilmu agak merasakan itu bukan suatu keputusan yang tepat sebab kita tidak dapat meramal masa depan kita. Kalau bahagia dan gembira di hujung cerita, baguslah. Kalaulah cerita dongeng impian kita tidak mempunyai penghujung yang menggembirakan? 

Sebelum fikirkan orang lain, fikirkan natijah kepada diri sendiri.
Memang benar, mencari kegembiraan sendiri adalah penting. Tetapi, fikirkan juga orang disekeliling kita yang tidak pernah meninggalkan kita sewaktu kita susah, sentiasa menyayangi kita, sentiasa menyokong kita. Kalau kita mengecewakan mereka, apakah kita mampu untuk mengukir senyuman bahagia bila ada mata yang redup dan menakung air jernih di tubir mata?

Tapi, sekali lagi.
Terpulanglah.

Nota Kaki :
1. Rabu hingga Sabtu akan berada di Padang Kolej Matrikulasi Johor.
2. Senyuman dan sapaan dari anak-anak kecil yang merindukan kehadiran suara jantan ini di dalam ruang berbentuk empat persegi menyentuh rasa.
3. Mempersembahkan sesuatu dari hati membuatkan aku lebih menyayangi perjalanan hidup ini.

Zara : Semakin menghampiri penghujung bulan tiga. Apakah sebaris ayat yang ditaip oleh seorang teman akan menjadi kenyataan? Moga deruman enjin akan kedengaran, moga akan ada hangatnya sebuah pelukan dan titisan air mata mengiring pulang sujud kesyukuran membawa kejayaan.

Sunday, March 27, 2011

Manusia Macam Aku, Bukan Kamu


Diam.
Tunduk membisu dan teruskan pembacaan satu persatu. Anak yang keletah bercakap, kuat ketawa dan senang senyum ketap gigi tanpa meluahkan bicara sudah semakin senak pemikirannya. Mahu menjadi yang terbaik memang susah dan sukar perjalanannya. Tapi anak itu tahu, dengan menulikan telinga dengan segala tohmahan dunia, dia pasti mampu mengatasi segala. Usikan nakal, telahan gila dan makian cerca sudah lama dia hadam walaupun tekaknya luka. Lidah kelu tetapi jari gemuknya masih mahu menuntaskan bicara. Beku dan sayu.

Duduk berbual dengan seorang rakan sekerja sepanjang petang semakin membuka mata tentang perjalanan hidup sekarang. Ketawa riang dengan melemparkan segala kekusutan ke dalam naluri paling dalam sebenarnya lebih banyak menjadikan diri mampu berdiri hari ini. Setakat telahan manusia yang langsung tidak menyelami apakah makna yang terselindung disebalik aksara beku yang dipaparkan buat dunia, sekali lagi, lantangnya tulisan dan bicara sarkastik hanya mampu diterjemahkan bila dia punya sengihan yang menafsirkan celakanya dunia.

Gambar : Lebih banyak kau berikan sesuatu kepada orang, lebih banyak yang bakal kembali kepada kamu. Lebih banyak kamu tolong orang, lebih ramai yang akan sanggup menolong kamu - terjemahan daripada Brian Tracy.

Satu demi satu peristiwa yang dilalui sejak bermulanya tahun ini, membuatkan manusia beku ini sentiasa mahu melampiaskan ketawa girang dan membuang jauh rasa kesakitan yang menekan. Tidak. Menahan sakit, membiarkan diri sendiri tercedera bukan satu lagi kepuasan, cuma memandangkan itu caranya mampu melihat manusia lain gembira disekelilingnya, itu sudah lebih menggembirakan daripada kepuasan sendiri tetapi menerbitkan duka pada manusia lainnya.

Tanya seorang sahabat, kenapa masih lagi mahu memikirkan orang lain dan mengenepikan kegembiraan sendiri dengan sentiasa memandang langit dan mengawal air jernih yang mahu keluar dari tubir mata? Gelengan sambil ukir senyuman sahaja mampu dihulurkan sebagai jawapan pertama. Orang lain juga berhak bahagia walaupun kita korbankan kesenangan kita. Kegembiraan kita mungkin sementara dan dengan melepaskan penuh payah, mungkin kegembiraan itu menjadi milik mutlak di satu ketika.

Senyum.
Tawaran sarjana datang mengetuk lagi. Entah sejak bila hati tegar melepaskan satu demi satu tawaran yang bakal mengabulkan sebuah impian peribadi. Biarkan ia datang, baca setiap helaian penuh teliti, tetapi akhirnya diletakkan ke tepi. Lupakan sebuah janji kepada diri sendiri buat sementara waktu demi mendapatkan kedudukan terbaik dalam hierarki. Sakitnya mahu membiarkan kudrat dilambung ombak, tinggi. Sengsaranya mahu menelusuri ranjau yang penuh duri. Tetapi, yakinlah hati. Percaya dengan kesudahan yang bakal mengangkat darjat lebih tinggi. Tekad mahu mencapai impian sendiri suatu hari nanti. Pastinya dengan kudrat sendiri. Dengan semangat yang tidak pernah mati.

Manusia beku.
Macam aku.
Bukan kamu.
Kita bukan satu.
Kau dan aku tidak pernah sama dan kita mungkin pernah setuju.
Aku macam batu.
Barangkali sedingin salju.
Kau tidak begitu.
Kau, kau, kau dan sesiapa sahaja yang mahu mengaku.
Manusia macam aku tidak sama macam kamu.
Langsung tidak sama sekalipun hujung kuku.

Gambar : Adakah kita sanggup membiarkan diri sentiasa dikawal dalam membuat keputusan sendiri tentang hidup kita? Adakah kita perlu dikawal agar kita tidak lalai dan alpa? Itu tanggungjawab kita sendiri lepas mengenal siapa diri kita dan kebolehan kita.

Senyum sinis.
Istilah sombong, bangga diri dan bongkak pernah dilemparkan sehingga manusia beku ini termangu. Tidur malam sudah jadi tidak menentu apabila memikirkan betapa manusia yang tidak mengenali dan menyelami kiasan hidup sewenangnya melahirkan rasa hati bagaikan kentut di muka sendiri. Ah! Untuk apa meninggi diri sedangkan hidup ini ternyata hanya sementara dan diri beku ini bukan sesiapa di dunia. Tiada yang mengenali bahkan terperuk sahaja membaca satu demi satu benda kaku yang dilayangkan menggunakan teknologi. Indah manusia menjadikan kehidupan ini suatu tempat yang membuang taman permainan dari senarai tempat kegemaran.

Harapan.
Kadangkala ianya kosong dan perlu diisi dengan berhemah agar apa yang dikeluarkan tidak pernah akan membebankan. Kesakitan juga dapat dihindarkan. Bahkan, diri pasti akan penuh dengan senyuman. Walaupun ramai yang akan mencebik dan menolak sebuah impian, siapalah mereka untuk menafikan hak kita dalam kehidupan? Bahkan kita seorang insan. Binatang juga punya hak, apatah lagi kita yang bukan haiwan. Ah, menyelam dan berenang sambil ketawa riang dalam lamunan.

Kawan : Jadi kau mesti menarik kan?
Aku : Kenapa?
Kawan : Hidup kau gembira.
Aku : Ye ke?
Kawan : Kau boleh sentiasa tersenyum walaupun kau penat.
Aku : Kau pernah tahu betapa nak senyum itu memerlukan tenaga?
Kawan : Senyum perlukan tenaga?
Aku : Kalau kau penat, kau sakit, kau marah dan tertekan, boleh kau senyum?
Kawan : Mustahil.
Aku : Tak, ia tak mustahil. Boleh. Cuma ia memerlukan lebihan tenaga dan sedikit penipuan pada diri sendiri. Kawan : Tipu diri sendiri?
Aku : Lebih kepada cuba manipulasi hati kau. Akal kau yang segala kesakitan itu adalah sesuatu yang bukan apa-apa. Rangsang otak sendiri supaya menghadapi kesukaran itu adalah pintu kepada kegembiraan.
Kawan : Mana boleh.
Aku : Boleh. Percayalah, boleh.
Kawan : Macam mana kau buat?
Aku : Macam aku kata, dari pengalaman. Panas baran dan cepat marah serta mengamuk tidak akan bawa aku ke mana-mana. Bahkan lebih menyusahkan. Baik aku telan segalanya dan luahkan yang terbaik.
Kawan : Kau sakit di dalam.
Aku : Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi aku lebih banyak gembira dengan siapa aku hari ini.
Kawan : Kau berikan kegembiraan pada orang tanpa fikirkan apa kau akan lalui.
Aku : Kalau itu boleh buat orang lain bahagia, apa salahnya?
Kawan : Berapa lama boleh bertahan?
Aku : Setakat ini masih boleh lagi. Selagi ada orang mahu bina kebahagiaan atas kesengsaraan dan air mata diam aku, selagi itu aku masih begini.
Kawan : Kau dah tiada perasaan, kosong.
Aku : Masih kenal benda gembira.
Kawan : Kau dah tak kenal sakit.
Aku : Kenal juga bila aku jatuh sakit.
Kawan : Dalaman, benda yang tak nampak.
Aku : Pura-pura tak nampak. Kalau tidak, hidup akan kelihatan sangat kompleks.

Gambar : Kau pernah rasa kesukaran hidup membuatkan kita susah untuk bernafas? Pernah kau ketuk dada dan mahukan segalanya lancar apabila sakit di dada mencengkam? Pernah kau letakkan tangan di atas dada dan minta jantung jangan terlampau laju menekan dan mengepam darah?

Manusia macam aku.
Ini semua tentang manusia beku.
Dia yang kau mungkin tidak kenal dulu.
Beku sehingga tidak dapat merasai detikan waktu.
Celoteh riang dan kecoh sehingga tenggelam dalam timbunan buku.
Dia tidak akan terus duduk menunggu.
Perjalanan panjang masih perlu diteruskan dan bukan duduk berteleku.
Matlamat indah bagaikan rasa keju.
Tidak siapa akan memahami dia, tiada, termasuk kamu.
Diam membisu.

Nota Kaki :
1. Sepanjang minggu yang sibuk sudah dilalui. Kepenatan selama 6 hari tanpa henti membuatkan tiga malam terakhir diakhiri dengan tenaga tersisa tumbang di atas ranjang, keseorangan.
2. Otak sentiasa mahu bercerita walaupun rehat diperlukan. Ah, bunyi macam celaka.
3. Terngiang-ngiang lagu yang didendangkan buat diri sendiri agar sempurna itu dapat dicari walaupun menghampirinya sudah dikatakan dosa terbesar manusia.

Zara : Alangkah indahnya jika dapat senyuman yang betul-betul ikhlas dari manusia disekeliling kita. Sukarkah memberikan senyuman yang dapat menjadikan orang lain gembira dengan kehadiran kita? Mencari sempurna dalam diri sendiri yang percaya diri sendiri terbaik tanpa perlukan kayu pengukur kejam dunia.

Friday, March 25, 2011

Kita Kan Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Keluarga


Salam.
Mata mengantuk tahap yang sudah tidak mampu dicerna lagi. Lapar semua ditolak ke tepi memandangkan selepas ini serta hujung minggu bakal dihabiskan di sekolah. Ada program dan pelbagai lagi. Ya, siapa yang kata hujung minggu cikgu boleh cuti, anda silap ya? Kami bertugas sudah tidak mengira waktu sekarang ini.

[Gambar : Waktu pantas berlari sampai aku sudah tidak mampu mengejar lagi sepantas ia pergi. Mengekori sahaja sudah cukup baik barangkali]

Perbualan singkat awal pagi tadi yang aku jawab sewaktu memandu ke sekolah membuatkan aku mahu ketawa sendiri. Bukanlah erti kata ketawa mengejek, tapi ketawa geli hati dengan telatah seorang kawan yang dikenali. Ah, pertemuan kami bukanlah dalam keadaan istimewa, cuma keseronokan dan kegembiraan dengan mengenali siapa dia adalah bikin hidup ceria. 

Kawan : Semalam pergi UTM kan?
Aku : Eh, mana tahu?
Kawan : Tengok gambar kau di FB.
Aku : Oh.
Kawan : Esok ada waktu lapang?
Aku : Sekolah ada program dari pagi sampai petang. Kenapa?
Kawan : Ingat nak ajak jumpa.
Aku : Tak boleh. Ahad mungkin boleh.
Kawan : Tak boleh. 
Aku : Kenapa?
Kawan : Ada orang nak datang.
Aku : Masuk meminang?
Kawan : Merisik.
Aku : Tahniah!
Kawan : Terima kasih.
Alu : Jadi kau nak cakap apa tadi?
Kawan : Keluarga dia dengan keluarga aku tak rapat sangat. Macam ada jurang sebab dia kan macam kaya sedikit. Kami ni hidup sederhana sahaja, jadi keluarga aku sentiasa merendah diri.
Aku : Baguslah merendah diri, nak sombong buat apa?
Kawan : Keluarga dia macam memandang hina kami. Memanglah dia tak cakap kan? Cuma dari gerak cara dia, kita boleh tahu. Bijak-bijak, kaya-kaya. Kami ini apalah ada.
Aku : Bukannya keluarga kau tak bijak.
Kawan : Tidaklah sebagus dia.
Aku : Habis tu apa masalah kau?
Kawan : Aku takut kalau keadaan ini berlarutan, ia akan menjejaskan hubungan kami.
Aku : Bincang elok-elok.
Kawan : Aku dengan dia tiada masalah, cuma kami tak boleh masuk.
Aku : Lah, apa masalahnya?
Kawan : Keluarga masing-masing sekarang ni macam bagi bersama sebab kami saling menyintai sahaja. Restu entah ada ke tidak.
Aku : Dah bagi tu kira restu lah.
Kawan : Kita kan nak kahwin dengan dia, bukan keluarga dia.
Aku : Kahwin dengan dia maksudnya kau kahwin dengan keluarga dia sekali. Datang secara pakej. Cubalah berbaik ke macam mana, ambil hati.
Kawan : Dah lebih empat tahun kami masing-masing cuba, tapi begini juga.
Aku : Mana tahu tahun ke lima membuahkan hasil kan?
Kawan : Hish.

[Gambar : Adakah mahu melarikan diri jika apa yang dimahukan sukar didapati?]

Senyum.
Kadangkala kita kena lalui hidup kita dengan mengetapkan gigi dan ukir senyuman sedaya upaya. Bukan itu menjadikan kita lebih manusia, cuma, hidup dalam dunia ini bukan ada kita sahaja. Mengerti bukan?

Nota Kaki :
1. Mengajar kelas tambahan Kemahiran Hidup.
2. Suka sebab cap jari sudah boleh digunakan.
3. Letih tidak habis lagi.

Zara : Jika kau kembali berpaling dan merasai sesuatu yang kau sendiri tidak mampu terjemah, marilah kita duduk berbincang supaya ada jalan penyelesaian dan bukan semakin jauh meninggalkan.

Thursday, March 24, 2011

Selepas Hampir Dua Tahun


Salam semua.
Apa khabar semua pengunjung yang dikasihi?
Teman-teman semua, terima kasih atas doa yang dititipkan. Memang sungguh buat aku gembira dan bahagia. Alhamdulillah, walaupun soalan objektif rasa macam mahu bakar bangunan hotel, tapi soalan esei membuatkan aku mampu tersenyum girang (sambil urut dada).

[Gambar : Susah sangat ke mahu senyum? Sepanjang kursus, aku ada terjumpa orang yang setiap kali kami senyum, dia akan paling muka ke tempat lain seperti tiada perasaan.]

Selepas peperiksaan tadi, aku singgah ke kampus selatan. Maaf atas panggilan telefon yang tidak berjawab sepanjang pagi peperiksaan. Aku dapat rasakan getaran panggilan kalian di kaki semasa menjawab. Maaf lepas peperiksaan baru aku mampu balas, serta jika yang sepatutnya berjumpa tapi tidak, maaf, kekangan waktu disebabkan aku bersama kawan-kawan. 

Oh ya, tadi aku jumpa adik kesayangan aku juga di sana. Sedang dalam tahun akhir pengajian. Kali terakhir berjumpa dia adalah 20 Ogos 2009. Dan tadi adalah 24 Mac 2011. Baiklah, dah berzaman nampaknya. Sadis sungguh =.=

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/199528_10150450188465543_885375542_17756319_1745907_n.jpg
Adik lelaki kesayangan dan aku. Legasi terakhir Kumpulan Dinamik kami. Ada sesiapa yang percaya  kami adalah adik beradik? Ha ha ha.

Ada banyak aku mahu cerita, tapi nanti dulu.
Esok barangkali.
Salam semua.

Nota Kaki :
Diam.

Zara : Beku sendirian.

Tuesday, March 22, 2011

Bolehkah Bercinta Dengan Bekas Kekasih Kakak?


Apa perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan?
Dari segi penggunaan hati?

Soalan itu sahabat aku tanya petang tadi. Termangu juga mahu menjawab disebabkan aku sendiri kurang pasti. Jawapan aku mungkin lelaki lebih mengikut kata hati berbanding perempuan. Tapi sahabat itu menafikannya. Dia menyatakan, perempuan cepat berubah hati tetapi akan berpatah balik. Tapi kalau lelaki, sangat susah berubah hati, tetapi kalau sekali berubah hati, lelaki itu tidak akan berpatah balik.

Ada betulnya juga walaupun kebanyakan orang yang aku kenal adalah terbalik daripada situasi itu. Ah, tetapi itu yang buat aku tabik pada lelaki, sebab kebanyakan lelaki (dan ada sesetengah perempuan juga), tidak menggunakan hati apabila membuat keputusan. Mengikut pengalaman sendiri pun, aku sudah tidak mahu ikut kata hati sebab kadangkala kata hati akan dipengaruhi oleh nafsu dan menjadikan keputusan kita melulu. Aneh bila hati menipu.

http://farm4.static.flickr.com/3199/3007760136_57112e9888.jpg
[Gambar : Cinta itu datang dalam pelbagai warna hingga acapkali kita mungkin sukar meneka]

Diajukan dengan soalan yang diterima di Mukabuku aku oleh seorang yang masih menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar tahun akhir pengajiannya. Soalan yang aku jangka seperti dejavu disebabkan malam semalam sewaktu seorang rakan datang, ada berbual tentang perkara yang hampir serupa walaupun tentunya dalam situasi agak berbeza.

BR : Kak Zara, nak tanya sesuatu boleh?
Aku : Apa dia?
BR : Boleh tak saya bercinta dengan bekas kekasih kakak saya?
Aku : Bolehlah. Bukan suami dia kan.
BR : Tapi saya takut kalau saya bawa balik teman lelaki saya ke rumah, kakak saya nampak macam mana?
Aku : Kakak awak berhubung lagikah dengan dia?
BR : Rasanya macam tak, tapi tak tahulah.
Aku : Mana kenal dia?
BR : Dia sekarang tenaga pengajar di universiti saya.
Aku : Wah!
BR : Kenapa Kak Zara?
Aku : Tenaga pengajar maksudnya pensyarah awak?
BR : Lebih kurang macam tutor sebab dia belum habis buat PhD lagi.
Aku : Senang sahaja. Awak tanya pada dia betul-betul kalau awak takut pada kakak awak.
BR : Dia kata tiada apa-apa lagi. Itu dah kisah bertahun lepas.
Aku : Dah kalau dia kata begitu, awak tak percaya?
BR : Lelaki dengan cinta pertama ni kan susah kak?
Aku : Er, kekasih pertama dia kakak kamu ke?
BR : Ya. Dia kekasih pertama kakak juga, tapi sekarang kakak dah kahwin.
Aku : Kalau dah kahwin, awak nak takut apa lagi?
BR : Entahlah Kak. Sebab saya tak tahu nak cakap dengan siapa, itu yang saya hantar mesej pada akak ni FB ni. Maaflah sebab ganggu.
Aku : Tiada masalah.
BR : Kalau akak nak kongsi di blog pun boleh, nanti saya boleh kongsi dengan teman lelaki saya tu.
Aku : Ah, baik.
BR : Lagi satu Kak Zara, pernah tak Kak suka pada teman lelaki kakak pada kak Zara?
Aku : Tak pernah.
BR : Sebab apa?
Aku : Sebab Kak Zara anak sulung.
BR : Oh.

http://farm4.static.flickr.com/3311/3254018044_08974ed788.jpg
[Gambar : Sudahlah aku takut kucing, boleh pula aku letak gambar ini. Senyum cuak]

Itu bukan masalah kalau lelaki itu sudah tiada hati pada si kakak kan? Lebih-lebih lagi si kakak sudah mendirikan rumah tangga. Alahai. Mari kita cuba tengok dari aspek yang mudah. Dari satu segi, orang yang bercinta tidak bersama dengan orang yang dia cinta adalah perkara biasa. Kadangkala kita sayang orang itu macam nak mati, tapi akhirnya dia kahwin dengan orang lain. Sampai majlis dia pun kita datang sebab meraikan disebabkan sudah menjadi kawan. 

Begitu juga kalau terjatuh cinta dengan bekas pasangan kakak atau abang atau sepupu atau kawan baik sendiri, janganlah rasa takut kalau betul kamu bukan perampas kebahagiaan mereka sewaktu bersama. Takdir setiap orang kan lain? Ah, aku tulis ini sebagai pendapat peribadi. Walaupun berulangkali aku tulis begini masih ada lagi yang marah-marah pada insan beku ini. Alahai. Janganlah sedemikian rupa. Lempang karang. Eh?

Dan ya, itu sahajalah sebagai penutup tirai kata selama tiga hari yang akan datang ini. Tiada aku di sini mungkin untuk melunaskan kata-kata demi tatapan semua. Perjuangan untuk masa depan sendiri demi mengejar cita-cita aku selama ini. Sudah tiga kali aku tolak, maka dengan perjuangan minggu hari ini, harapan aku agar ia dapat dijadikan tiket untuk aku melangkah setapak lagi dalam arena ini.

Salam sayang buat semua.
Kalau ada pun tempat aku berbahasa basi dengan kalian yang masih sudi menjenguk, adalah di Twitter dan juga di halaman blog sendiri di Mukabuku. Di situ memang ada komunikasi seperti selalunya aku perlukan mereka yang masih sedar bahawa aku seorang manusia.

Nota kaki :
1. Akan berpergian dari 22 hingga 24 Mac 2011 - Berada di Johor Bahru.
2. Doakan aku berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.
3. Maaf atas segala kelemahan diri.

Zara : Bila seorang yang optimis menyatakan bahawa suatu hari nanti jiwa yang kosong ini akan menemui sinar cahaya hati, aku hanya tertawa riang dan menolak kewujudan pesimis yang menyatakan itu sesuatu yang mustahil. Ah, kadangkala pesimis itu aku sendiri.

Monday, March 21, 2011

"Jadi Awek Yang Tak Serupa Awek"


Ni yang nak buat aku marah ni.
Siapa kata kalau perempuan perangai kasar tak boleh romantik bila bercinta?
Siapa kata kalau perempuan serupa lelaki tak boleh beri kasih sayang sejujurnya?
Siapa kata kalau perempuan suara garau dia tak pandai bermanja?
Mari sini, tolong jeritkan pada dunia.

Eleh.
Sisipkan rambut ke tepi. Capai getah hitam, ikat rambut tocang macam kuda padi. Ini mesti orang yang kelakar sebab tak tahu apa yang terjadi. Main ikut suka hati. Berak bising sebab tak keluar tahi. Teran kuat-kuat tapi perut masih kembung berisi. Sakit-sakit, dia ketapkan gigi. Batang paip digoncang, macam nak tercabut kepala besi. Keluarlah tahi. Ah, sakit sampai kalau boleh nak gigit tuala yang tergantung di celah jeriji.

http://farm4.static.flickr.com/3080/3127841438_4d57041655.jpg
[Gambar : Otak aku tak boleh keluarkan deskripsi]

Ah.
Siapa kata lelaki bertopeng tidak punya identiti?
Siapa kata lelaki yang kasar tidak mampu sayang kekasih dan isteri?
Siapa kata lelaki botak jadikan mereka rendah diri?
Siapa kata lelaki yang mudah kecil hati itu tak boleh berikan sesuatu yang beerti?
Aneh ini.

Capai dua biji besi. 
Angkat naik, bawa turun. Tambahkan beban. Duduk depan cermin dan gayakan badan. Kalau tak dapat enam ketul, dapat seketul dua pun jadilah. Asalkan sihat. Bukan nak masuk pertandingan katanya. Setakat suka-suka sebab bunyi ketul (baca : pax) tu menyeronokkan. Macam guna talian komunikasi gergasi biru itu. Ada lapan ketul untuk hubungi yang tersayang dan suka-suka lagi. Ini wilayah kami sayang. Ah, kata mereka lagi. Tapi bukan itu yang mahu dikongsi. Ini bukan tentang awek sahaja, bukan juga bini atau laki. 
Eh?

Lepas makan tengah hari yang mencetuskan kontroversi serta skandal keji di Twitter hari ini, aku berbual sebentar dengan seorang kawan yang kadangkala lurus macam pembaris, kadangkala bergulung macam wayar, tapi selalunya dia akan bersepah macam gula getah. Kau suka dia sebab dia manis, tapi kau geram pada dia sebab dia mungkin melekat. Eh, ke sebab tak manis?
Ketawa.

Kawan : Kau main keji letak gambar makanan di Twitter.
Aku : Suka-suka sebab aku di dapur.
Kawan : Aku nak tanya ni.
Aku : Apa dia?
Kawan : Kalau aku sebut ayat begini pada kau, apa kau rasa yang aku maksudkan?
Aku : Ayat apa?
Kawan : "Jadi awek yang tak serupa awek"
Aku : Apakah itu?
Kawan : Pendapat kau?
Aku : Sungguh tak faham. Mungkin kau anggap aku masih macam jantan macam dulu, walaupun aku dah agak keperempuanan sedikit sejak memasuki bidang kerjaya.
Kawan : Oh, macam itu ke?
Aku : Apa maksud sebenarnya?
Kawan : Ada orang cakap begitu pada aku. Aku tak faham, itu yang tanya kau.
Aku : Tak mengapa, nanti aku tanya di Twitter. Mana tahu ada orang faham.

Jadi aku dengan gigih (perlukah gigih?), tulis perkara tersebut di Twitter. Ada balasan yang rasional dari beberapa orang hebat yang aku kagumi. Tidak dapat aku nak cetak skrin disebabkan di tengah-tengahnya ada perbualan peribadi yang penuh dengan ayat yang tidak sesuai untuk bacaan umum. Eh, maksud aku ayat gila penuh sarkastik tetapi bukan caci maki. Oh, aku letakkan sahaja apa yang mereka tulis di sini ya? Pasti sekali dengan pautan.

@PointBlankShot : awek, tapi tak treat macam awek. macam member jek :)

@tokrimau : teman tp mesra. goodluck.

@DeanSham : No strings attached, heh heh

[Gambar : Mungkinkah maksudnya cinta tapi tak serupa cinta?]

Angguk-angguk kepala.
Mungkin jugalah kan? Terus sahaja aku beritahu pada kawan aku itu semula. Jawapan yang aku terima dan apa rasional setiap jawapan pada dia. Tentu sahaja mahu berikan dia ruang untuk berfikir sendiri sebelum tiba-tiba meracau lagi. Tapi belum sempat aku pusingkan kepala lima kali sebagai tanda penat duduk atas kerusi dan mahu merebahkan tubuh di ranjang sepi, telefon berbunyi. Telefon berbunyi. Ada haiwan dalam bahaya, ada haiwan dalam bahaya di sana. Eh, gilakah kau aku guna bunyi sedemikian rupa? Hilang rasa kacak aku pada diri sendiri.

Kawan : Aku dah fikir apa yang kau beritahu pada aku tadi. Aku pun dah baca apa yang orang lain balas.
Aku : Sekejap betul kau fikir.
Kawan : Tak boleh lama, nanti aku rasa nak terberak.
Aku : Pengotor perempuan ni.
Kawan : (ketawa) Adakah orang yang cakap begitu dengan aku mahu ada hubungan lebih dari sekadar kawan?
Aku : Mungkin.
Kawan : Tapi pada aku, dia cuma kawan sahaja.
Aku : Kadangkala setakat persahabatan tak cukup bagi sesetengah orang.
Kawan : Katakanlah betul dia suka aku, tapi kenapa dia cakap begitu pada aku?
Aku : Mungkin sebab dia tak nak kau rasa terkongkong. Kau bebas macam kawan dia, tapi dalam masa yang sama, kau ada hubungan yang lebih sedikit daripada setakat kawan biasa.
Kawan : Macam tu pula?
Aku : Mungkinlah, kalau dia kata secara serius. Kalau sinikal, aku rasa dia fikir kau lelaki.
Kawan : Sisi hidup aku belum pernah ada jadi lelaki macam kau.
Aku : (ketawa) Lelakinya aku cuma atas pentas lakonan.
Kawan : Memang atas pentas lakonan, tapi sikap kasar tu banyak atas pentas dunia.
Aku : Haram sungguh perangai.
Kawan : (ketawa) Dah ada orang kata, jadi awek yang tak serupa awek.
Aku : Ni kalau aku tahu siapa lelaki tu, memang aku tabik lima kali pada dia sebab keluarkan ayat yang bermakna.
Kawan : Buat aku gila adalah.
Aku : Sama padan dengan kau kalau kena gaya.
Kawan : Keji.

http://farm3.static.flickr.com/2345/2682351923_38bdb5c222.jpg
[Gambar : Mari duduk berfikir bagaimana untuk menjadi seorang awek yang tak serupa awek]

Minggu yang menyesakkan jiwa akan bermula. Tabahlah hati. Senyumlah wajah. Tegakkan diri dan hadapi segalanya dengan semangat yang membara. Jika hari ini seorang manusia jatuh hanya disebabkan sekeping surat cinta berdarah, tidak mustahil hari esok seorang manusia lain akan bangkit dengan nafas jitu bertopengkan manusia beku.

Mengantuk tanpa dadah berbahaya.
Perangsang sejati : kafein - idaman Zara.

Nota Kaki :
1. Makin lama, makin culas.
2. Makin sakit, makin cergas.
3. Makin dekat, makin malas.

Zara : "Eleh. Tak sampai tiga ribu pun yang ikut halaman peminat (baca : fan page) kau Zara. Memang tak terkenal pun. Blog pun baru empat ribu lebih. Dasar blog picisan" - Comel betul kan ayat ni? Nasib baik sayang baru lepas makan, kalau tak, terkeluar ikan keli.

Sunday, March 20, 2011

Penatlah Pertahankan Cinta. Lepaskanlah.


Aku masih manusia biasa.
Sekeras mana aku pun, masih ada bahagian yang lemah. Kepercayaan aku letakkan di tangga pertama pembinaan ukhuwah. Dan bila kepercayaan itu telah musnah, walaupun kesilapan itu hanya sebesar zarah. Aku percaya, yang aku harus mengalah. Tidak, bukan beerti aku kalah. Tidak pula sebab bersalah. Cuma aku gagal menjaga amanah. Dalam mempertahankan ukhuwah.

Selamat tinggal teman.
Aku lebih rela mengundur diri dalam melihat kamu ukir senyuman. Terpuruk jauh agar kau temui kebahagiaan. Menjauh agar kau sentiasa diulit kegembiraan. Sebagai tanda kamu akan kekal jadi kawan. Walaupun tiada lagi butir bicara berlawan.
Senyum sendirian.

[Gambar : Rasa penat sampai berasap mulut eh? Gila menakutkan]

Ketawa.
Ada sesuatu yang menarik hati sejak kebelakangan ini. Bukanlah melibatkan perasaan, tetapi lebih kepada penulisan. Aku jumpa tiga lelaki yang mempunyai tulisan sama seperti aku. Kata mereka, mendapat inspirasi untuk menulis. Alhamdulillah. Pujian kalian itu aku simpan dalam hati, semoga penulisan aku juga bertambah matang dan kalian juga akan punya corak serta gaya penulisan yang berlainan dengan aku suatu ketika nanti. Nah, lihat-lihat sahaja. Bukan aku marah tahu?

Berbual dengan seseorang semasa aku rehat sebentar dari menelaah tadi membuatkan fikiran aku melayang memikirkan sama ada tulisan aku cukup terperinci atau sekadar di permukaan sahaja. Membaca kembali selepas menulis adalah rutin aku setiap kali. Kalau boleh, apa yang aku hidangkan kepada dunia adalah pantas untuk dihadam dan bukan termangu penuh persoalan. Sebab itu, aku menolak tulisan singkatan yang kadangkala boleh menjadi celaka dan neraka semasa membaca. Nak memahamkannya sudah jadi satu kerja. Ah, itu yang tangan serta jari pantas menekan pangkah berwarna merah.

Mata mengantuk dalam bangunan sejuk ini.
Bila lihat diri sendiri memakai kad pelajar pinjam ini, buatkan diri ketawa sendirian. Ah, sanggup pinjam kad pelajar orang lain semata-mata mahu masuk ke perpustakaan. Lihat manusia-manusia lain disekeliling yang sedang enak dan tekun menelaah berdua mengingatkan aku bahawa walaubagaimana zaman berubah, manusia kadangkala tidak melepaskan benda yang bersalut cinta.

[Gambar : Kita tidak tahu apa yang disembunyikan disebalik benda yang lembut dan menceriakan. Mungkinkah sebilah kapak penuh sayang?]

Kawan : Penatlah bercinta ni.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Macam-macam nak kena buat, nak kena fikir.
Aku : Memanglah cinta begitu kan? Sebab bukan seorang diri lagi.
Kawan : Kadangkala dah tak sanggup nak bercinta. Nak pertahankan hubungan.
Aku : Lepaskanlah tangan kalau tak nak.
Kawan : Nanti sunyi pula.
Aku : Orang lain tiada cinta, nak merasa cinta. Kau pula begini.
Kawan : Nak kena jaga hati orang yang kita cinta. Tak masuk lagi hati orang lain.
Aku : Sebab itu besar tanggungjawabnya.
Kawan : Masa belajar, nak bahagikan masa antara cinta dengan belajar, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan aktiviti lain. Bila dah kerja pun sama. Kalau terlampau fokus pada kerja, cinta mungkin terabai.
Aku : Cinta perlukan keseimbangan. Macam tindak balas kimia.
Kawan : Sekejap lagi keluar teori kemahiran hidup pula.
Aku : (ketawa) Kau nak guna 'timbang air' kalau nak tengok keseimbangan? Boleh.
Kawan : Hajat hati macam nak bertunang, tapi makin besar tanggungjawab.
Aku : Apa kau nak takut?
Kawan : Tanggungjawab besar.
Aku : Habis kau tak nak kahwin? Lagi besar tanggungjawab.
Kawan : Boleh tak kalau tak kahwin?
Aku : Boleh. Tiada masalah.
Kawan : Keji! Kau makin menggalakkan.
Aku : Kita kena sokong kawan kalau dia memerlukan.
Kawan : Kau sokonglah aku tak kahwin sampai bila-bila?
Aku : Dah kau takut dengan apa itu tanggungjawab, maka tak payah. Aku malas nak tengok drama naik turun mahkamah atau jumpa pakar keluarga bila ada masalah.
Kawan : Ni cakap dengan kau ni?
Aku : Tiada bayaran. Aku boleh cakap pendapat aku tanpa bayaran.
Kawan : Habis tu, aku ni nak hidup seorang diri sampai bila?
Aku : Sampai kau sedar tanggungjawab adalah satu amanah, bukan satu beban.
Kawan : Tiba-tiba rasa terpukul.
Aku : Tangan tak sampai nak pukul guna telefon.
Kawan : Kau ingat ni berlakon cerita hantu?
Aku : (ketawa) Fikirlah. Sampai bila kau hanya boleh bercinta sahaja. Masa depan orang jangan buat main. Apatah lagi masa depan sendiri dan harapan keluarga.

[Gambar : Hidup memanglah penuh dengan amanah dan tanggungjawab kan? Kata khalifah di atas muka bumi ini. :')]

Hidup adalah satu uji kaji?
Kata orang adalah sedemikian.

Pada aku, walaupun aku gila kepada ilmu kimia, aku tidak mahu hidup aku menjadi uji kaji.
Aku takut hasilnya sebab aku sentiasa mengharap yang terbaik.
Uji kaji terdapat pelbagai kemungkinan.
Berhasil?
Tidak berhasil?
Gagal?
Berjaya?

Aku tidak mahu memikirkannya...
Sebab hidup ini indah. 
Bila kau tentukan apa yang sepatutnya.

Nota Kaki :
1. Tempat terakhir yang aku tinggalkan hari ini adalah rahsia. Sudah berjanji menutup mulut demi memastikan hidup orang lain bahagia. Mengangguk sahaja.
2. Sunyi dan sepi bila mata aku tidak seiring dengan hati. Ah, benci.
3. Ditegur oleh beberapa orang yang entah aku pun lupa bila kali terakhir mempunyai urusan dengan mereka. Terima kasih. 
4. Mencari selendang baru tetapi tiada yang berkenan di hati. Ah, benci lagi.

Zara : Aku belum lagi boleh jawab bila seseorang tanya aku, bagaimana kita mahu memastikan dunia yang kita lalui adalah dunia yang terbaik buat diri bila kesibukan sentiasa menghimpit dan biarkan diri tersepit. Berikan dia waktu sebab aku mahu dia fikirkan dahulu apa natijahnya soalan itu.

Saturday, March 19, 2011

Hati Dan Cinta : Kau Tak Belajar, Mana Kau Tahu?


Benci tahu?
Rasa nak lempang orang laju-laju. Buat undian nak ajak orang sakit hati. Pusingan pertama dah jumpa dengan si biru yang puaka. Memanglah boleh buat aku bakar meja orang yang berada di arah timur laut aku di sekolah nanti. Tak masuk arah utara ataupun arah barat sekali. Memang masak nanti. Alahai.

Ichiban [Number One] Headband
[Gambar : Ni dia tulis "Ichiban" - Nombor Satu]

Kawan : Tengah buat apa kau?
Aku : Belajar.
Kawan : Belajar apa lagi?
Aku : Untuk peperiksaan. Kenapa?
Kawan : Ada benda nak tanya.
Aku : Apa dia?
Kawan : Apa beza cinta, kasih, sayang, suka dan memendam rasa?
Aku : Apakah?
Kawan : Macam mana nak beza?
Aku : Otak aku tak boleh cerna ni.
Kawan : Tolonglah. Aku betul-betul nak tahu.
Aku : Cuba kau tanya hati kau. 
Kawan : Nak tanya macam mana? Ketuk hati tu?
Aku : Mari aku ketuk guna tukul besi.
Kawan : Gilakah kau perempuan?
Aku : Aku tengah belajar ni. Otak tak rasional.
Kawan : Macam mana, tolonglah aku sekejap. Aku keliru.
Aku : Keliru kejadahnya? Kau belajar kenal hati kau sendiri.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Kenal hati kau. Baru kau boleh bezakan perasaan kau tu.
Kawan : Macam mana?
Aku : Contohnya dengan aku ini, kau rasa apa?
Kawan : Sebagai kawan, aku sayang kau.
Aku : Kan boleh bezakan, sayang ke apa kan?
Kawan : Dengan kau senang, tapi bila ada dengan seorang kawan aku ni, aku jadi pelik. Entah sayang ke, aku cinta dia ke, aku tak pasti. Bila nampak dia gembira dengan lelaki lain aku jadi bengang sendiri. Tapi dia kawan aku juga.
Aku : Sebab itu aku suruh kau belajar kenal hati kau, diri kau sendiri.
Kawan : Macam mana nak tahu hati sendiri?
Aku : Kau tak belajar, mana kau tahu?
Kawan : Perempuan garang dah keluar.
Aku : Kan aku kata aku tengah belajar.
Kawan : Kau kenal hati kau?
Aku : Kenal.
Kawan : Siapa yang kau suka sekarang ini?
Aku : Diri aku sendiri.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/189352_10150441952815543_885375542_17649495_7379985_n.jpg
Dah berzaman tak letak gambar sendiri. Ini gambar siang tadi lepas terima pengikat kepala itu dari seorang rakan Twitter dan blog aku. 

Memang tak comel pun.
Jadi siapa yang sangka tukang menaip di blog ini adalah lelaki kacak, anda salah sebab perempuan beku di atas adalah penulisnya. Kalau dia geram sebab hasil tulisannya dijaja, fahamilah dia sebelum dia mula menyanyi lagu Faizal Tahir secara maraton.

Apakah aku terlalu tamak? Kehidupan itu telah indah dengan sendirinya. Apakah aku kurang bersyukur?. Aku ingin menganggap semua yang berlaku adalah satu ujian, sama ada aku akan tabah atau tidak dalam menjalani sesuatu yang dipanggil kehidupan. Hidup ini adalah mimpi buat diri aku. Aku menjalani kehidupan yang aku impikan, melanjutkan pelajaran ke tempat yang aku inginkan, apa yang aku ingin gapai, syukur kepada Yang Maha Esa, Dia telah memudahkan segala urusan aku. Aku di kelilingi oleh manusia-manusia yang memahami serta mengerti apa yang perlu dikobankan dalam menjalani sesuatu impian.

[Gambar : Bila agaknya kau akan temui cinta?]

Cinta itu penawar!
Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?. Hidup ini bukan hanya ada kita, tetapi, masyarakat serta semua komponen yang tidak harus kita lupakan. Ampuh sekali kata-kata masyarakat terhadap nilai kehidupan seseorang itu. Itu sikap manusia, yang paling penting, bagi diriku, ambil sahaja yang membina, yang positif. Yang meruntuhkan itu, tidak perlu walaupun sedikit. Sikap yang negatif akan meracuni diri, itu adalah pasti.

Pernah aku menyatakan, aku bukan manusia yang dianugerahi kecantikan tetapi dibidas oleh seorang sahabat. Dia menyatakan aku cantik, dalam apa yang Tuhan telah jadikan. Nah! Aku terpempan dengan kata-kata itu, benar katanya. Manusia ini dijadikan dengan sebaik-baiknya, mengapa aku harus merungut lagi?

Cinta itu mengubah tingkah laku kita.
Cinta itu barang kali telah merubah sikap aku sendiri. Aku menjadi manusia yang lebih bijak dalam menilai perasaan, pandangan serta harapan yang telah disandarkan kepada aku. Mungkin disebabkan cinta pertama yang telah kecundang, aku rebah seketika, ianya lebih kepada aku menilai diri ini. Cinta yang aku pertahankan terkulai, apakah daripada kesilapan aku atau si dia?. Aku mahu mengurangkan menuding jari, barangkali ia berpunca daripadaku, siapa tahu aku bakal diuji begini tatkala gembira?. Nah, gagal lagi dengan cinta kedua, kali ini aku ketawa sahaja.

Jadi, kalau kau tak kenal hati sendiri, bagaimana mahu menjalani kehidupan yang indah bukan?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Lidah sakit semula. Ketawa.
2. Buat perkara gila sendirian.
3. Hari ini aku makan nasi. Rasa nak tampar diri sendiri.

Zara : Senyum sahaja sebab aku tahu kehadiran aku tidak lagi diperlukan oleh sesiapa. Aku manusia beku yang termenung lihat langit senja dan malam gelap tanpa ditemani oleh sesiapa. Kesakitan aku, kegembiraan aku, hanya aku yang rasa.

Friday, March 18, 2011

Dasar Orang Tak Pernah Buat Tesis.


Salam.
Perbualan dengan seorang kawan baik aku semalam memang penuh dengan warna. Rindu, memang rindu yang teramat sangat. Aneh, orang sebegitu lebih kenal aku, lebih mengerti aku. Kawan yang aku kenal sejak di kampus selatan - walaupun mulanya di forum bahasa Inggeris. Ah, lebih unik sebenarnya, manusia-manusia yang rapat dengan aku sehingga kini adalah mereka yang aku kenal dari forum itu. Baiklah, kampus selatan memang terbaik! 

[Gambar : Rasa gembira sampai nak melompat]

Dalam perbualan dengan dia semalam, ada beberapa perkara yang dibualkan. Selain daripada pos aku mengenai pertanyaan terlanjur itu yang dibincangkan dengan lebih rasional, ada disebutkan juga pasal orang yang meniru penulisan aku. Ketawa. Tak sangka benda itu pun boleh berlarutan diperkatakan walaupun sambil bercakap sambil sebelah tangan memotong sayur dan membasuh ikan. Oh ya, perbualan diubah sedikit memandangkan kami menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan bahasa English ya? #sarkastik

AM : Ada juga orang yang tiru apa yang kamu tulis.
Aku : Kelakar kan?
AM : Dari satu aspek baik, dari aspek lain, tiada kreativiti, tiada otak.
Aku : Itulah pasal.
AM : Sabarlah makcik.
Aku : Tapi pakcik, rasa bengang juga bila orang buat macam tu. Dah banyak kali jumpa di FB sebagai contoh.
AM : Itu yang orang sering salah faham dengan konsep kongsi (baca : share)
Aku : Tak kisah orang nak kongsi ke apa, tapi kalau salin semua dan mengaku mereka punya, benganglah aku. Bukan senang nak menulis.
AM : Ingatkan senang macam buka paip, keluar semua.
Aku : (ketawa) Kalau senang macam tu, alangkah bahagianya. Sebagai contoh, pos aku tentang kenapa lelaki mesti memilih guru tu, banyak orang ambil dan sebarkan, tapi mengaku itu mereka punya. 
AM : Di FB?
Aku : Banyaknya di situ. Lepas tu, bila ku tegur mereka kata, benda tu dapat di Internet, salah ke salin dan letak di FB mereka dan macam-macam alasan lain. Dah la cikgu-cikgu atau bakal cikgu juga. Nak tahu apa aku tulis pada mereka?
AM : Apa dia?
Aku : Dasar orang tak pernah buat tesis, memang suka ceduk kerja orang lain tanpa penghargaan (baca : credit). Sebab aku tahu kebanyakan tu datang dari institut atau universiti mana.
AM : (ketawa) Gilalah makcik.
Aku : Peduli apa kan?

[Gambar : Aku harap orang-orang yang dimaksudkan tidak meracau sedemikian rupa ya?]

Aku faham kalau orang kata mereka Google sesuatu benda dan jumpa di Internet. Memang faham bila orang kata benda itu dah jadi hak umum dan hak masyarakat seantero dunia disebabkan kau masukkan ke dalam lautan maya, cuma, katakanlah kau ambil, sebagai seorang yang punya latar belakang dikira profesional, untuk meletakkan pautan di mana kau ambil benda itu. Ambil tanpa memberitahu itu boleh dimaafkan, tapi dengan buang segala yang berkaitan dengan pemilik asal serta mengaku itu hasil kerja sendiri rasa macam lepas berak lupa nak cuci. Geli.

Kedekut.
Alahai. Ini bukan soal kedekut adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Harta intelektual memang ada syarat tersendiri walaupun ia sekadar di blog picisan yang tiada orang sedar kewujudannya. Bukan seperti orang yang kononnya mahu berkongsi tapi bertindak sebagai pencuri dengan mengubah sana sini dan mengaku itu kepunyaannya. Ah, sebab itu kata orang begitu tidak pernah buat tesis. Kalau kita buat rujukan di Internet sekalipun, kita masih perlu nyatakan sumber rujukan kita itu juga. Oh, kalau bangsa yang curi tanpa beri penghargaan ini, mesti ada masalah suka salin dan tampal masa buat tugasan dan tesis.

Berlagak.
(sambil klip rambut) Tak, bukan berlagak sombong atau apa sahaja tuduhan, sombong, hidung tinggi dan sebagainya, tidak boleh menerima teguran tetapi kalau menegur dengan tidak berhemah, pasti tidak dapat diterima kan? Jadi bila aku gunakan pendekatan berhemah dan berhikmah juga tak jalan, maaflah, jalan terakhir adalah redha sahaja. Malas mahu bergaduh dengan sesiapa. Paling jahat pun aku mengamuk di Twitter. Kesian orang di Twitter baca luahan marah aku.
Ketawa.

Ayat penuh W.
Oh, maaflah. Aku memang benci dengan ayat serupa rempit begitu. Benci adalah perkataan yang berat sebenarnya. Lebih kepada tidak gemar dan maaflah kalau ada yang berikan aku pesanan sedemikian dan aku tidak malas. Kau boleh kata aku apa sahaja, tapi kalau aku tak faham apa kau tulis, bagaimana mahu balas kan? Lagi rela aku kena marah daripada baca ayat serupa manusia tak pernah pergi sekolah. Tidak, bukanlah suruh tulis ayat penuh dan skema dengan ada pembuka dan penutup, tapi janganlah buat gila dengan penambahan huruf yang tidak berkaitan sampai aku ingat apa benda yang kau tulis itu adalah ayat mencarut.

[Gambar : Benda ini sebenarnya mengingatkan aku pada mereka yang aku tinggalkan di kampus selatan]

Pesanan di Mukabuku malam tadi buatkan aku tersenyum. Soalan itu bagaimanapun aku sudah jawab walaupun aku tidak pasti, di bahagian mana manusia beku ini dikatakan tenang sahaja. Ah, barangkali sebab aku menyedari, benda yang membuatkan aku sebegini hari ini adalah disebabkan aku mengenali dengan dalam siapa diri aku dan apa aku mahukan dalam hidup ini. Bukankah kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk diri sendiri jika kita tidak pernah kenal diri?

Kenal diri dan hati sendiri sebelum kamu meletakkan orang lain adalah orang yang kamu kagumi.
Ini sekadar pendapat peribadi.

Nota Kaki :
Perbualan panjang dengan manusia dari kampus selatan malam tadi buatkan aku terfikir sesuatu. Siapa aku pada dunia dan apa yang aku telah berikan pada manusia? Apakah sekadar cukup dengan pekerjaan yang aku suka ataupun kurangkan nilai beku pada diri dengan menjengukkan wajah pada dunia? Ah.

Zara : Kesakitan dengan tuduhan melulu telah dipadamkan dengan perbualan bersama sahabat itu semalam. Terima kasih AM. Anda tahu siapa anda dan mengapa anda berada cukup rapat dalam hati aku walaupun kita sudah lama tak bersua wajah. Rindu kamu. Jujur.

Thursday, March 17, 2011

Bolehkah Bersama Selepas Kejadian Itu?


Sempurna.
Siapa yang tidak mahu menjadi sempurna? Siapa yang tidak mencari kesempurnaan dalam hidup? Semua orang mahu mengejar kesempurnaan walaupun mereka mengerti tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Hanya Yang Maha Kuasa sahaja yang sempurna. Siapalah kita sebagai hamba mahu menjadi sempurna kan?

Walaupun begitu, kesempurnaan itu boleh dicari. Menghampiri maksud kesempurnaan pun dah mencukupi bagi sesetengah orang dengan mengelakkan kesilapan berlaku. Lompat dari satu perkara ke arah perkara lain membolehkan sesetengah dari kita yang hidup di dunia ini mencapai apa yang mereka gelar sebagai impian tanpa menyedari perbuatan mereka boleh membunuh manusia lain dengan senyap ataupun terang-terangan.

http://farm4.static.flickr.com/3647/3285298342_2791151ca1.jpg
[Gambar : Kadangkala ada orang merasakan dirinya terlampau sempurna dan mahu orang lain jadi sesempurna dia]

Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Tidak.
Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Seseorang ada bertanya sesuatu kepada aku semalam. Entah layak atau tidak aku menjawabnya, aku sendiri pun tidak tahu. Bukan kali pertama soalan ini diajukan kepada aku, tetapi setiap kali ada yang bertanya, tidak kira lelaki atau perempuan, aku akan tarik nafas dalam-dalam sebelum mengutarakan pendapat peribadi aku. Nah, aku katakan ianya bersifat peribadi sebab tak semua orang punya pandangan seperti kita kan?

D : Kalau orang yang kita suka sudah terlanjur dengan orang lain, bolehkah kami bersama?
Aku : Maksudnya?
D : Boleh tak tetap mahukan dia dalam hidup saya?
Aku : Terpulang. Kalau boleh terima kesilapan lalunya, dan dia mungkin sudah menyesal serta bertaubat, apa salahnya berikan dia peluang kan? Manalah tahu mungkin dulu itu kesilapan yang dia tidak sengaja buat.
D : Kalau dia tiba-tiba kembali kepada tabiat lama?
Aku : Sebab itu saya katakan terpulang. Ianya berbalik kepada soal hati awak sendiri. 
D : Ada tak kemungkinan dia akan balik pada kekasih lama dia?
Aku : Tak faham.
D : Dia balik dengan orang yang dia pernah terlanjur.
Aku : Ini mungkin menyakitkan, tapi kalau dia ada rasa tanggungjawab dengan kesilapan lalu, mungkin dia akan patah balik disebabkan hanya mereka berdua sahaja mengerti apa yang ditanggung. 
D : Tapi saya dah boleh terima dia.
Aku : Ini bukan mengenai awak sahaja yang terima dia, tapi ia melibatkan banyak benda.
D : Saya betul-betul cinta dia, berapa lama pun saya sanggup tunggu. Dia dah banyak berubah, saya tak nak dia kembali kepada tabiat lama.
Aku : Soal iman, soal hati - kita mampu berdoa moga perubahan itu akan kekal dan menjadi bertambah baik tentunya. Persoalan kalau dia kembali kepada kekasih lama atau apa, itu awak kena pastikan sendiri dengan dia. 
D : Saya risau. Saya tak boleh kehilangan dia.
Aku : Ada orang yang boleh kehilangan manusia yang dia sayang ke? Alangkah kalau telefon jatuh pun orang dah boleh rasa sedih, apatah lagi sesuatu yang istimewa, manusia, yang bernyawa.
D : Patutkah saya tunggu dia?
Aku : Terpulang. Kalau awak yakin dan bulatkan tekad, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
D : Pada saya, dia antara manusia yang sempurna muncul dalam hidup saya, tak kisahlah dengan kesilapan lama sebab dia dah banyak berubah.
Aku : Awak guna perkataan sempurna.
D : Ya. Kenapa?
Aku : Sebelum awak sayang orang terlampau dalam, sayang diri awak sendiri dulu.
D : Sebab sayang diri saya, saya nak berikan yang terbaik pada diri.
Aku : Baiklah, kalau awak kata begitu. Cuma, perkataan sempurna itu datang dengan makna yang sangat mendalam. Tiada manusia yang sempurna.
D : Sekurang-kurangnya sempurna di mata saya.
Aku : Bolehlah kalau awak kata begitu. Menerima yang tidak sempurna sebagai yang sempurna di mata awak.
D : (simbol senyum)


[Lagu ini boleh dikatakan sumber inspirasi untuk aku. Oh, ini aku letak yang versi bersih. Tapi aku lagi suka versi yang kurang bersih sebab maksud yang disampaikan boleh kedengaran lebih mendalam. Liriknya]

Sudah.
Perlu kembali dengan tugasan aku. Kalau ada yang rasa mahu berkongsi pandangan silakan. Tentang penulisan semalam tu, terima kasih atas pandangan yang diberikan. Dan ya, G itu adalah seorang lelaki. Bukan perempuan.

Nota Kaki :
Seronok dengan meja baru.

Zara : Bila baca surat khabar, tengok banyak kes melibatkan budak sekolah, aku teringatkan anak-anak murid aku.