Showing posts with label Awak Dan Dia : Kisah Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Awak Dan Dia : Kisah Jiwa. Show all posts

Saturday, March 02, 2013

Awak, Dia Mahu Belajar Memahami.


Awak.
Siapa kata dia tidak sayang?
Siapa kata dia garang?
Siapa kata arah tuju tersasar bagai bola tak masuk gawang?

Awak.
Dia dituduh tidak memahami.
Awak rasa tidak disayangi.
Perasaan berbelah bagi.
Pertelingkahan terjadi.
Ada sahaja bahan bakar api.
Kepala berpusing, hati panas sekali.

Awak.
Kenapa mahu pentingkan diri?
Tidak boleh turunkan ego sedikit cecah bumi?
Demi menjaga hubungan yang disayangi.
Demi memelihara kasih sayang yang disanjugi.

Awak.
Bukan susah untuk mengenal hati budi.
Buka ruang bincang dan saling berkongsi.
Jika terus memendam, yang sakit tetap hati.
Jika terus mendongkol kesepian, awak juga yang sunyi.
Bukankah awak takut ditinggal sepi?

Awak.
Apa guna banyak sumber bacaan?
Jika awak tidak mampu untuk gunakan.
Bahan bacaan melambak, bertaburan.
Pilih yang punya nasihat - yang mampu dijadikan panduan.
Bukan membuta tuli buat keputusan.
Hingga timbul pertelingkahan.

Awak.
Siapa yang suka pergaduhan?
Siapa yang suka pertempuran?
Suka lihat hati sendiri jadi bahan permainan?

Awak.
Turunkan sedikit ego diri.
Tundukkan sedikit keras kepala yang bakal makan hati.
Lembutkan sedikit diri yang asyik merasakan perlu dimanjai.
Kenapa pentingkan sendiri?
Apakah dia enggan dibelai dan disayangi?

Awak.
Jangan jadi bodoh sombong.
Nanti dia terajang awak masuk lombong.

http://farm7.staticflickr.com/6034/6241206837_2bde724cf5.jpg
[Sumber gambar]

Thursday, February 28, 2013

Awak, Sayang Tidak Semestinya Memiliki.


Awak.
Terlampau sayang.
Awak jadi gila bayang.
Sudah tidak kenal malam siang.
Hanya wajah dia terpancar bagai wayang.

Awak.
Semua orang berhak menyukai.
Setiap orang boleh memilih siapa yang dekat di hati.
Tetapi, tidak semua dapat memiliki.
Dan dia, bukan untuk awak dampingi.

Awak.
Betapa awak berusaha.
Ternyata dia tetap bukan awak punya.
Bergaduh, saling tersembur darah, pecah muka.
Tetap ditakdirkan - dia hak pada yang lebih utama.

Awak.
Mungkin dulu awak cinta.
Mungkin dulu awak suka.
Mungkin dulu awak bahagia.
Mungkin dulu awak gembira.
Bersama dia.

Awak.
Tapi ternyata semuanya dusta.
Itu permainan yang dia cipta.
Dalam sedut semua rasa suka.
Habis kering adrenalin, dia tinggalkan duka.
Untuk awak hidup merana.
Sebagai balasan pernah menyakiti dia.

Awak.
Bila tiba waktu begini.
Sejauh mana awak laungkan perlu dia kembali.
Dia terus bergerak menjauhi.
Langsung tidak berpaling walau sekali.
Di jiwanya sudah terpalit rasa benci.
Sudah tiada ruang di hati.

Awak.
Sayang sekalipun tidak berguna.
Bila awak pernah buat dia kecewa.
Jatuh bangunnya tidak bermakna.
Sudah penat dia dan awak panggung drama.
Memenuhi jalan cerita entah apa-apa.
Penuh rasa dendam, memusnahkan impian segala.

Awak.
Sayang tidak semestinya memiliki.
Kadangkala apa yang digenggam terlepas terbang tinggi.
Begitu juga hati.
Boleh mati.
Dikhianati.

[Sumber gambar]

Tuesday, February 26, 2013

Awak, Bukan Bersama.


Awak.
Siapa kata bila cinta harus bersama?
Siapa mampu tentukan hala tuju jiwa?
Walaupun sekuat mana mencuba.
Mungkin terjadi perpisahan diakhirnya.

Awak.
Tiada siapa dapat menduga.
Sekuat mana berusaha.
Sekental mana tenaga.
Jika bukan milik, penghujungnya tidak bersama.

Awak.
Selamat berbahagia.
Dia hanya mampu lihat sahaja.
Kirim doa, menumpang gembira.
Atas dasar sayangkan awak, dia lepaskan cinta.

Awak.
Kalaupun satu hari nanti awak lupa.
Dia cuma berharap awak akan jadi setia.
Dengan manusia lain yang awak pilih mengganti dia.
Yang tidak mampu jadi terbaik akhirat dunia.

Awak.
Dia relakan awak pergi.
Kerana kesakitan itu sudah tidak mampu ditanggungi.
Betapa kuat dia paksa, dia sudah tidak mampu berdiri.
Untuk berjalan dia sakit, apatah lagi mahu berlari.
Lari dari kenyataan dia terpaksa hadapi.

Awak.
Jalan yang pilih memutuskan semua hubungan.
Antara awak dan dia hanya kenangan.
Tiada lagi panggilan.
Tiada lagi pesanan.
Sejarah buangan.

Awak.
Kalaupun awak tidak bahagia.
Dia harap awak tidak kembali kepadanya.
Lebih baik awak lari dan tunjukkan wajah suka.
Supaya dia tidak kesal melepaskan awak pergi dari cinta.

Awak.
Selamat jalan.
Doa agar tidak bertemu di persimpangan.
Dia benci diselebungi kesakitan.

[Sumber gambar]

Thursday, February 14, 2013

Awak, Hati Yang Pecah Kembali.


(lagu latar : Taylor Swift - I Knew You Were Trouble)

Awak.
Orang kata kita akan jumpa orang salah.
Supaya kita tidak akan pernah mengalah.
Walaupun diselubungi rasa bersalah.

Awak.
Permainan awak terlampau kejam.
Sana sini awak luahkan sayang siang malam.
Dalam satu waktu, sini luah, sana diam.
Setiap tahap awak lalu sambil pejam.

Awak.
Tidak pernah ada rasa kesal?
Buat ramai manusia hidup dalam sesal.
Dosa awak, awak punya pasal.
Setiap mereka terdetik sedih pernah kenal.

Awak.
Dia senyum bila dia kenang kembali.
Alasan awak bila tidak dapat hadirkan diri.
Penuh dengan alasan tidak punya cuti.
Dengan surat sokongan buat sendiri.
Baru kini dia faham kenapa awak sentiasa menyendiri.
Tiada teman yang memahami.

Awak.
Mungkin dia tidak akan melupakan.
Setiap saat yang pernah dihabiskan.
Setiap detik yang pernah dibazirkan.
Menunggu awak secara tidak berkesudahan.

Awak.
Dia ajar diri dengan pelbagai alasan.
Setiap satunya tidak pernah masuk akal fikiran.
Dia berikan awak peluang setiap kali awak buat rayuan.
Setiap kali awak datang dan selubungi dengan pujukan.
Dia kalah setiap kali ayat awak penuh manisan.

Awak.
Satu demi satu peluang diberikan.
Yang awak janjikan hanya penipuan.
Dia menunggu pesanan.
Dia menunggu panggilan.
Awak tidak datang hingga hanya satu mampu fikirkan.
Awak sudah dijemput kematian.

Awak.
Awak sering mengingatkan dia.
Jangan pernah biarkan maklumat peribadi tersebar pada dunia.
Jangan pernah buka cerita.
Jangan pernah kongsi terlampau banyak pada alam maya.
Jangan pernah masukkan gambar ikut suka.

Awak.
Tapi awak lupa.
Sejauh mana awak dan dia berjaga.
Ada manusia lain yang galak bercerita.
Buka satu demi satu rahsia yang tersimpan di dada.
Tanpa sedar ia menarik perhatian mata.
Walaupun hakikatnya awak cukup berahsia.

Awak.
Suatu ketika dulu dia tidak pernah terdetik penyesalan.
Tetapi terlampau banyak kisah berlambakan.
Setiap kata awak dulu hanya lidah pinjaman syaitan.
Awak buaikan perasaan.
Rupanya kisah awak dan dia hanya penipuan.
Awak punya mereka yang lain ambil peranan.

Awak.
Dia dan awak hanya salah satu jalan penceritaan.
Dia dan awak hanya salah satu episod percintaan.
Dia dan awak hanya salah satu kisah penipuan.
Untuk awak teruskan kehidupan.
Ibarat parasit sedut kebahagian.
Ibarat Dementor sedut kegembiraan.
Untuk jadikan tenaga tambahan.

Awak.
Dia sudah lama terima.
Yang awak bukan untuk dia.
Kisah awak dan dia sudah tinggal sebuah cerita.
Tetapi kenyataan baru yang dia dipaksa lihat buat dia terkesima.
Terlampau lama dia ditipu dan tutup mata.
Awak dan mereka main drama.
Penuh pura-pura.

Awak.
Hati yang sudah cantik terjaga.
Berkecai semula.
Hilang sudah dia rasa mahu persahabatan mulia.
Kerana penipuan awak sudah buka mata.
Dan dia rasa bebal juga.
Kerana terlampau percaya.

Awak.
Dia tahu perkara paling cerah.
Awak dan dia hanya tinggal sejarah.
Walaupun awak kerat lidah.
Walaupun awak cederakan lengan hingga berdarah.

Awak.
Selamat cari mangsa seterusnya.
Dia mahu cari bahagia.
Untuk dia.

http://farm8.staticflickr.com/7225/6872042234_5ef3405c9b.jpg
[Sumber gambar]

Nota Kaki :
Buat yang menulis pada aku di FB supaya aku tulis kisah/puisi cinta sempena hari orang terlebih ambil berat tentang kasih sayang dan cinta ini - malangnya aku tulis kisah tentang menyedihkan seseorang yang cukup rapat dengan aku. Moga dia kuat dan sesiapa yang punya kisah serupa - moga kalian juga kuat untuk melangkah ke hadapan.

Sunday, February 10, 2013

Awak, Itu Peringatan - Bukan Ungkitan?


Awak.
Selamat datang ke dunia realiti.
Tempat di mana awak berpura baik, sembunyi hati.
Laman maya jadi taruhan buang tahi.
Baling batu dan terus sembunyi.

Awak.
Gelanggang maya sudah awak cerobohi.
Lantang segala aksara hasil tusukan papan kekunci.
Jaguh maya - berselindung dengan barisan huruf berdiri.
Tanpa awak sedar ada mata yang memerhati.
Oh, bukan si Kiah Propa rancangan Galaksi.
Tapi dari mereka yang punya ikatan khabarnya sampai semati.

Awak.
Tujuan awak masih kabur.
Barisan perkataan, pesanan awak tampak berterabur.
Sukar untuk pastikan sama ada awak cuba menghambur.
Tetapi jelas yang awak sakit dubur.

Awak.
Peluru tabur awak gunakan.
Dengan alasan tiada yang tepat sebagai sasaran.
Hanya sekadar kosongnya laungan.
Oh, satu kesilapan.
Itu bukan mengungkit, tapi peringatan.
Itu yang awak katakan.

Awak.
Itu bukan untuk sesiapa.
Kononnya.
Tapi awak sudah tujukan secara terbuka.
Kononnya hanya bagi mereka yang tidak akan dapat baca.
Barangkali tidak mereka yang awak unjurkan kepadanya.
Tetapi masih dapat dijaja.
Masih dapat jadi bahan berita.
Masih lagi gempar - gegak gempita.

Awak.
Mudahnya meruntuh dari membina.
Menuntut ilmu tinggi, awak pasti pernah dengar atau baca.
Merantau ke sana ke mari, awak pasti pernah terjumpa.
Sayangkan ilmu yang dipelajari tidak dapat diguna.
Akal terjual, ilmu langsung tidak berharga.
Takkan ilmu setinggi gapaian angkasa.
Tetapi kebebalan sama tinggi sehingga tak tercapai dek tangga?

Awak.
Betapa ada yang masih mahu melindungi.
Melihat itu semua - tetapi masih tolak tepi.
Memandangkan awak anak kecil yang perlu diajari.
Melihatkan awak bertindak ikut suka hati.
Kebosanan buat awak lupa diri.
Kejumudan buat otak awak tidak berfungsi.

Awak.
Tapi yang mereka nampak satu ugutan.
Lebih kepada satu amaran.
Lebih kepada anak kecil hilang mainan.
Lebih kepada si nakal yang benci suasana aman.
Mahu bikin hingar supaya ada yang bakal beri perhatian.

Awak.
Dia juga punya perasaan.
Setiap aksara awak bawa kesakitan.
Setiap perkataan bawa penghinaan.
Setiap ayat menghiris maruah menjadi kepingan.
Sekali lagi itu bukan satu ungkitan.
Tapi adalah peringatan.
Ya, awak katakan.

Awak.
Rupanya kasih sayang kita beli dengan kekayaan.
Rupanya dasar hormat kita beli dengan wang berkoyan.
Rupanya senyuman manis itu hanya sembunyi kebenciaan.
Oh, itu rupanya tonggak ikatan.
Longgokan harta tak habis makan.

Awak.
Gelanggang awak sudah buka.
Dari dia yang tidak tahu apa-apa.
Sehingga jadi bahan cerita.

Awak.
Permainan bakal bermula.
Dari dia yang terpinga-pinga.
Orang mula tadahkan dia dengan berita.
Dia baca, telaah setiap aksara.
Terpahat, lekat satu demi satu dalam kepala.
Oh, ini rupanya.

Awak.
Dia akan datang nanti.
Untuk bertemu dan lunaskan hutang yang awak perlu kemaskini.
Untuk setiap hadiah yang perlu dibayar kembali.
Untuk setiap sedekah yang dipulang sekali dengan pokok, bunga dan isi.
Untuk setiap makanan yang bertahun sudah jadi tahi.
Untuk setiap titisan peluh yang menitis atas bumi.
Untuk setiap minuman yang dikencing duduk atau berdiri.
Setiap satunya akan dibayar nanti.
Supaya di hari pembalasan tidak ditagih lagi.

Awak.
Bila dia datang awak jangan lari.
Jangan main sembunyi-sembunyi.
Dia mahu tunaikan janji.
Yang awak tagih tanpa hirau mata, kepala, jiwa yang memerhati.

Awak.
Kalau lembaran kertas tidak mencukupi.
Kalau halaman sosial sudah terbatas aksara mampu diisi.
Kalau talian telefon langsung tidak dapat dihubungi.
Kalau jahanam semua sudah alat komunikasi.
Usah khuatir, susah hati.
Dia akan terus menghadap depan rumah nanti.

Awak.
Biar selesai tanpa ada siapa sakit hati.
Biar tamat tanpa ada spekulasi.
Biar dia tanggung sampai mati.

Awak?
Buktikan sebaliknya dengan apa yang awak katakan.
Buktikan yang awak tidak akan jadi seperti mereka yang awak ingatkan.
Ya, buktikan.
Sebab itu kan bukan ungkitan.
Itu cuma peringatan.
Yang awak nyatakan.

Awak.
Sediakan buku kira-kira dahulu.
Dia bersedia dan menunggu.
Buku kira-kira itu.

http://farm2.staticflickr.com/1341/900673849_7bb4d8b362.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Untuk yang meminta supaya aku tuliskan ini untuk dia, terima kasih kerana menulis begitu panjang memberikan pendapat dan berkongsi sesuatu untuk aku kongsikan dengan pembaca pula.

Thursday, February 07, 2013

Awak, Itu Bukan Tipu Atau Palsu.


Awak.
Dia datang lagi.
Dalam keadaan yang tidak diundang - mesti.
Apatah lagi dalam keadaan cuba mengelak benci.
Entah mengapa, dia asyik kembali.

Awak.
Dia datang berbual seperti selalu.
Tanpa ada rasa segan silu.
Tanpa rasa malu.
Walaupun hati awak dipukul pilu.
Apa manusia ini tidak sedar apa berlaku?

Awak.
Memang dia pencetus segala kisah sedih.
Dia pernah buat jiwa awak mendidih.
Buat hati awak pedih.
Dia mungkin tidak sedar yang awak lembut bagai dadih.
Dan cuba untuk terus menyisih.

Awak.
Dia mungkin tidak mengerti.
Bahawa dia layak dibenci.
Tetapi awak kawal diri.
Bagai tiada apa yang terjadi.

Awak.
Dia datang meneruskan perbualan.
Awak terima dengan senyuman.
Hati awak merungut tanpa keikhlasan.

Awak.
Itu bukan menipu.
Itu bukan menyamar palsu.
Itu cubaan daripada hati penuh rasa ngilu.
Dia datang dan awak tidak pernah ada kekuatan menghalau lalu.
Perlu terima walaupun hati membeku.

Awak.
Bila kesabaran pecah.
Jangan sampai berdarah.
Selagi boleh, bertahanlah.
Jangan sampai tumpah darah merah.
Untuk manusia pencetus masalah.

Awak.
Dia masih manusia.
Awak juga.

[Sumber gambar]

Tuesday, February 05, 2013

Awak, Sampai Bila Mahu Drama?


Awak.
Maaf.
Tak layak guna awak.
Guna kau lebih bagus.

(berdehem dan mula semula)

Kau.
Penipuan apa lagi yang mahu ditayang?
Tangisan apa lagi yang mahu berbayang?
Ketawa kau penuh gelinjang.
Tanpa kau sedar penipuan sudah terlanjang.

Kau.
Datang depan dia penuh air mata.
Menangis tidak tentu hala.
Ceritakan segala keburukan manusia yang kau puja.
Tanpa sedar kau dan dia berkongsi cerita.
Punya latar belakang serupa.
Dia tersenyum cuma.

Kau.
Hempas gelas di tangan.
Berderai kaca bertaburan.
Dia senyum lantas panggil pelayan.
Melihat kau yang tidak mampu kawal perasaan.
Atas segala kecurangan hingga berlaku perpisahan.

Kau.
Kau kata kekasih kau manusia paling durjana.
Mempermainkan hati kau yang khusus buat cinta.
Tapi kau lupa satu perkara.
Bagaimana kau dan si kekasih mampu bersama?
Bukankah dengan merampas dari dia?
Bukankah dengan menipu dia selama beberapa purnama?

Kau.
Dia senyum tengok kau meracau.
Sedikit pun hatinya tidak gulau.
Apatah lagi mahu jiwa kacau.
Kekasih yang sudah jadi bekas kekasih adalah milik kau.
Sudah dilepaskan supaya matanya tidak ditipu silau.

Kau.
Dia masih duduk senyum lagi.
Bukan dia tidak bersimpati.
Cuma dia mahu kau ingat kembali.
Bagaimana semuanya bermula - apa yang dilalui.
Permulaannya bagaimana dan bagaimana ia dikahiri.

Kau.
Hari tu kau datang menangis separa gila.
Kini kau sedang bergembira.
Kau lupakan segala episod duka.
Dengan manusia yang dia pernah suka, tapi kau ambil cinta.
Dia tersenyum sahaja.

Kau.
Tangisan kau hari tu bukan kali pertama.
Entah berapa kali - dia malas mahu mengira.
Dia menunggu kau datang lagi menyapa.
Kerana dia tahu kau pasti mahu panggung cerita.
Hiasi dunianya dengan cerita.
Dengan tangisan sebagai perisa.
Penuh drama.

Kau.
Hari tu kau kata kekasih itu sampah.
Hari tu kau kata habis manis, terus bersepah.
Kau kata dia manusia kau paling menyampah.
Sekarang sudah jadi lain pula - terus angkat jadi amanah?

Kau.
Berhenti jaja cerita.
Kalau kau bahagia, kau layan sahaja.
Kalau kau derita, bukankah kau pemulanya?

Kau.
Dia hanya mahu perhati.
Kerana ada sesuatu yang dia pasti.
Kau bakal muncul lagi.

Dia?
Senyum sahaja.
Bukan dia kalah maksudnya.
Sebab untung mengalah pada mula.
Dan pengakhiran - julang piala di udara.

[Sumber gambar]
Altamis Awraq.
0600 - 5 Februari 2013.

Monday, February 04, 2013

Awak, Tidak Semestinya Dengan Dia.


Awak.
Mengapa mahu lagi ditunggu dia?
Yang sudah tiada lagi cinta.
Yang sudah makan rasa gembira.
Manisan sudah tukar cuka.

Awak.
Mengapa lagi mahu dikejar hingga gila?
Apabila awak sudah cukup berusaha?
Tetapi dia enggan mahu setia.
Tetap mencari cinta baru ikut suka.

Awak.
Mengapa biarkan maruah diinjak?
Mahu tunggu sampai diri diterajang, disepak?
Mahu tunggu sampai diri ditampar, disepak?
Mahu tunggu sampai mati kena pijak?

Awak.
Kalau dia sudah tidak mahu.
Berhentilah jadi penunggu.
Tidak perlu buang waktu.
Untuk manusia begitu.

Awak.
Buang sahaja rasa simpati.
Tanpa awak, dia masih boleh hidup sendiri.
Tanpa awak, dia masih kekal berdiri.
Tanpa awak, dia  boleh cari cinta lain lagi!
Apa perlu awak terus menanti?

Awak.
Tak perlu korbankan segala demi dia.
Bukan dia pandang awak siapa.
Dia tidak ingat bantuan awak masa dia jatuh papa.
Dia lupa masa susah awak sanggup jual segala.
Supaya dia dapat bangun dari jatuhnya.
Sekarang dia sudah bagus, awak dia buang begitu sahaja.

Awak.
Ini bukan soal mengungkit.
Cukuplah lepaskan anjing tersepit.
Kalau dia baik, mungkin dia terus lari balik selepas menyalak sakit.
Kalau tidak, tangan awak mungkin akan digigit.
Sekarang ini - awak rasa perit.
Dia menyalak atau menggigit?

Awak.
Setiap manusia ada harga.
Boleh dengar lagu Katy Perry kalau awak lupa.
Janganlah jual lelong diri sendiri pula.
Hargai diri kita.
Cukuplah duka.

Awak.
Kalaupun dunia berpusatkan dia.
Awak masih punya banyak benda.
Dari Yang Maha Esa hingga keluarga.
Untuk apa menanti dia?
Orang luar tanpa ikatan bermakna.
Bahkan merosakkan jiwa.

Awak.
Cukuplah.
Sayangi diri sendiri - bukanlah payah.
Cuma berhenti dari cari masalah.
Dari dia yang banyak helah.

Awak.
Berhenti persiakan masa.
Masih banyak orang di luar sana.
Yang mencari pasangan setia.
Untuk mendirikan rumahtangga.
Bukan setakat jadi mainan di waktu gembira.

Awak.
Percaya janji Tuhan kan?
[Sumber gambar]


Wednesday, January 23, 2013

Awak, Jalan Cerita Tidak Sama.


Awak.
Jalan cerita sudah tidak sama.
Kehidupan sudah berbeza.
Bila awak dan dia tidak bersama.
Putus harapan, ikatan jiwa.

Awak.
Hidup sudah tidak sama.
Kegemaran sudah tidak lagi serupa.
Benda yang dulu bahagia, hanya tinggal duka.
Saat yang dulu manis, sudah masam macam cuka.
Awak dan dia tidak lagi boleh bersama.

Awak.
Masih mahu terus menunggu tangga?
Melihat dia turun setapak demi setapak ikut garis cahaya.
Memerhatikan dia melangkah berjaga-jaga.
Melihat senyuman dia yang curi lihat biasan kaca.
Yang buat awak separa gila.

Awak.
Bukankah awak tahu dia sudah ada yang punya?
Ikatan yang kukuh dan awak tiada tempat di hatinya.
Bukan awak lagi bayang dalam anak mata.
Bukan awak lagi dalam helaan nafas nyawa.
Awak kekal tinggal sebagai sejarah semata.

Awak.
Masih mahu terus menunggu dia?
Yang cintanya diserahkan kepada pencuri jiwa.
Yang senyumannya sudah dihala pada seorang sahaja.
Yang dia korbankan segalanya.

Awak.
Masih mahu ucapkan kata setia?
Masih mahu ingatkan sumpah janji taruhan nyawa?
Dia bukan untuk awak lagi - itu laungannya.

Awak.
Awak mahu menunggu dia?
Adakah sanggup mengambil hak orang yang lebih utama?
Adakah sanggup merosakkan bahagia?
Adakah sanggup menghancurkan cinta?
Adakah sanggup melihat titisan air mata?
Adakah sanggup menyorak musnah harapan mereka?

Awak.
Awak masih manusia.
Awak masih lagi punya rasa.

Awak.
Sanggup lihat hak awak dirampas begitu sahaja?
Sanggup lihat perasaan awak musnah dengan orang ketiga?
Sanggup lihat impian awak musnah dengan kisah duka?

Awak.
Sudahlah, berhenti.
Henti dari terus menyorak janji.
Bila dia depan mata awak tak ambil peduli.
Bila dia jauh awak layan ikut suka hati.
Bila dia bukan milik awak lagi, awak pandang sinis lagi.
Bila dia sudah jadi milik orang lain, awak separuh mati.

Awak.
Cukuplah.
Jodoh itu rahsia Allah.
Jangan pernah mengalah.
Kalau hari ini dia bukan milik awak, bukan ertinya awak kalah.
Mungkin ada lebih baik yang awak temui bila kali lepas awak salah.

Awak.
Teruskan hidup yang layu.
Jangan keras sangat macam kayu.
Berhenti dengar lagu "Ku Menunggu"
Berhenti bersiul lagu "Ku Tunggu Jandamu"
Cukuplah tu.
Sayu.
Pilu.
[Sumber gambar] - Bukan gambar aku.

Saturday, January 19, 2013

Awak, Usia Bukan Ukuran.


Awak.
Adakah dunia ini gelanggang?
Untuk awak bikin hati orang tunggang langgang?
Hanya sebab awak mahu julang.
Kononnya awak paling gemilang.

Awak.
Satu demi satu rasa indah singgah.
Satu demi satu awak tinggalkan resah.
Keperluan mendesah.
Ah!

Awak.
Umur sentiasa jadi penanda.
Bila yang datang lebih berusia.
Awak mula takut orang mengata.
Awak mula runsing awak jadi bahan cerita.
Walaupun hati awak suka.
Tapi mengenangkan mulut manusia.
Awak kecewakan mereka semua.

Awak.
Umur itu hanya angka.
Bila yang muncul lebih muda.
Awak rasa dia main-main pula.
Timbul isu kematangan manusia.
Apakah dia mampu bersama tempuhi segala.
Ataupun hanya sekadar main rasa suka gila.

Awak.
Bila yang datang sebaya.
Awak mula risau tekanan pula.
Apa mungkin siapa lebih matang atau besar kepala.
Bagaimana mahu buat keputusan segala.
Adakah awak yang bakal tanggung semua.
Ataupun dia yang lebih tahu segala.

Awak.
Jangan kecewakan manusia lagi.
Semuanya awak tolak tanpa simpati.
Jangan sampai tiba hari.
Awak akan ditolak mati.
Itu hari rugi.
Sepi.

Awak.
Pilih demi kebaikan diri.
Bukan atas dasar simpati.
Usia bukan ukuran kematangan diri.

http://farm3.staticflickr.com/2677/4121819934_eca89996ed.jpg
[Sumber gambar]

Shafaza Zara.
19 Januari 2013.

Wednesday, January 16, 2013

Awak, Dia Belajar Melupakan.


Awak.
Apakah awak masih luangkan masa?
Untuk manusia yang bukan lagi istimewa?
Untuk manusia yang sudah lari dari sempurna?
Untuk manusia yang awak pernah cinta.

Awak.
Dia berterima kasih.
Atas segala penat jerih.
Sewaktu awak dan dia menyulam kasih.
Ada saat gembira, dia ingat, masih.
Ada saat duka, dia ingat lagi, sedih.

Awak.
Bila dia sudah bergerak.
Dia sudah enggan toleh curi pandang jejak.
Sedikit pun dia enggan lihat corak.
Biarlah segalanya hilang, rosak.
Kerana dia mahu lepaskan perasaan retak.

Awak.
Sesekali awak dan dia bertemu.
Tanpa sengaja, berselisih pintu.
Tanpa disedari, berselisih bahu.
Tanpa sebarang bicara, mulut terkunci membisu.
Lidah sememangnya kelu.
Kawal hati dari terus jadi pilu.

Awak.
Dia ingat setiap benda tentang awak.
Setiap satunya, bukan secara rawak.
Setiap ketawa, setiap kisah lawak.

Awak.
Dia tidak istimewa.
Untuk mana-mana manusia.
Dia hanya mampu jadi diri dia.
Yang kalau ada, hanya dia yang suka.
Yang kalau perlu, hanya diri dia rasa.
Bukan orang lain yang datang dan pergi sesuka mereka.

Awak.
Dia jatuh dan bangun kembali.
Dia sudah lupa bilangan dia paksa berdiri.
Dia tidak mengingati bila kali terakhir dia dihargai.
Tetapi pastinya, dia sentiasa kenal diri.
Untuk teruskan senyuman dalam hati.

Awak.
Dia belajar untuk melupakan.
Supaya tiada kesan.
Supaya tiada hati yang penuh calaran.

Awak.
Dia hanya mahu awak hidup baik-baik.
Selamanya.


[Sumber gambar]

Monday, December 10, 2012

Awak, Jangan Obses Artis Sangat Boleh?


Awak.
Semua orang ada sesuatu yang mereka minat.
Minat pada lagu sehingga borong semua cakera padat.
Sanggup tahan nafas hadiri konsert walaupun malam pekat.
Demi kononnya tuntutan sebagai peminat.

Awak.
Tak salah suka pada artis.
Yang salahnya bila awak layangkan imaginasi sadis.
Awak khayalkan fantasi depan dia yang tahan tangis.
Pada awak itu cuma mimpi manis.
Tiada niat mahu tukar hubungan jadi tragis.
Tapi awak, dia rasa obsesi awak jadikan semuanya najis.

Awak. 
Dari Yuna, Neelofa hingga Lisa.
Awak boleh khayalkan semua.
Dari Aaron, Zahiril hingga Hazama.
Awak boleh mimpikan segala.
Tapi, tidak perlu nampakkan obsesi gila.
Si dia makan hati bagaikan dia tidak wujud depan mata.

Awak.
Kalau awak lelaki.
Si gadis mungkin makan hati.
Dia bersungguh depan awak - tonjolkan diri.
Tapi di mata awak, hanya nampak bayangan selebriti.
Yang awak puja, walaupun awak kata hanya minat tidak bertepi.
Tapi kan awak tahu hati gadis-gadis yang cepat hilang sekuriti?

Awak.
Kalau awak perempuan.
Hentikanlah jeritan.
Setiap kali awak nampak si artis lelaki pujaan.
Setiap lelaki yang datang perlu penuhi ciri artis impian.
Yang tak kena di mata, tak sama - awak ketepikan.
Pada awak, nama si dia pun harus seakan.
Mana mungkin semua impian akan jadi kenyataan?

Awak.
Betul itu mungkin hanya cemburu.
Yang kadangkala membuta tuli sampai rasa nak lempang jadi bisu.
Cuma itulah, jangan dimulakan dulu.
Benda yang boleh merosakkan hubungan kamu.
Walaupun sekadar artis yang suam-suam kuku.

Awak.
Hati si dia itu jagalah - bagai menatang gelas susu.
Taku nanti asyik tarik muka ketat bagai getah beku.
Lama-lama awak juga yang rasa berbulu.
Pengakhirannya, hubungan bagaikan dilempar batu.
Hancur berderai, berdebu.

Awak.
Kalau awak minat gila.
Minat senyap-senyap sahaja.
Buat bagaikan tiada apa bila berdepan dia.
Ah, bukankah lebih baik berlakon, berdrama?
Demi jaga hati mereka?

Awak.
Selamat mulakan cerita.
Kalau sudah tamat, tidak salah coretkan semula.
Semoga bahagia.

http://farm8.staticflickr.com/7035/6833485833_ac480b97c7.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita tidak tahu bahawa apa yang kita selalu perkatakan mungkin menyinggung hati seseorang yang rapat dengan kita. Jadi, jagalah tutur kata dan bual bicara. (Shafaza Zara, 10 Disember 2012)

Tuesday, November 27, 2012

Awak, Hentikan Semua Ini.


Awak.
Hentikan semua ini.
Jangan biarkan sesiapa sakit hati.
Tinggalkan semua perasaan benci.

Awak.
Jangan pernah datang lagi.
Jangan buat dia separuh mati.
Menahan marah pada diri.

Awak.
Cukup sudah mencari dia.
Jangan buat dia terluka.
Dengan sikap awak yang sambil lewa.
Pernahkah awak terfikir yang dia manusia?

Awak.
Mengapa mahu cari dia lagi?
Tidak cukupkah manusia di sisi?
Yang awak kendong ke sana ke mari.
Dan tinggalkan dia dalam keadaan sunyi.
Yang tenggelam dalam sepi.

Awak.
Biarkan dia cari kebahagiaan.
Hati dia bukan barang mainan.
Yang awak boleh suka tekan butang layanan.
Dia manusia yang punya perasaan.
Mengapa awak tidak pernah fikirkan?

Awak.
Itu bukan satu hukuman.
Tapi satu bentuk pengakhiran.
Dia enggan lagi punya pertalian.
Dengan awak yang lebih banyak menyakitkan.
Bukan hadiah kegembiraan.
Tapi kurnia kesengsaraan.

Awak.
Bolehkah awak ke tepi?
Dia mahu pilih laluan sendiri.

http://farm6.staticflickr.com/5177/5520244154_4b8d9163ab.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Bila dia sudah jadi milik orang lain, kadangkala kau hanya perlu senyum dan ucapkan selamat berbahagia tanpa perlu luahkan rasa yang boleh buat dia serba salah dan serba tidak kena. (Shafaza Zara, 27 November 2012)

Sunday, November 25, 2012

Awak, Bukankah Awak Kenal Dia?


Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Setiap inci hidupnya ada dalam minda.
Setiap gerak lakunya awak boleh baca.
Jadi, mengapa kerap mahu bertanya?
Tentang dia setiap masa.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dari senyuman dia, awak boleh teka.
Dari gerak laku dia, awak sudah boleh cerita.
Dari perkataan terhambur, awak boleh rasa.
Tapi kenapa awak masih lagi mahu persia?

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Dia sudah berpunya.
Untuk apa lagi awak bertunggu tangga.
Untuk apa lagi awak mahu kononnya setia.
Padahal dia tidak pernah cinta.
Dengan awak yang pasang angan gila.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Diri awak tidak pernah wujud dalam mata.
Apatah lagi terlintas dalam minda.
Bagaimana awak mahu laungkan awak derita?
Menunggu dia separuh gila.
Sedangkan kewujudan awak langsung tiada khabar berita.
Dalam hidupnya, awak tidak pernah ada.

Awak.
Bukankah awak kenal dia?
Penungguan awak hanya buang masa.
Lebih baik awak lakukan benda berharga.
Daripada mengharapkan dia terjaga.
Menyedari kehadiran awak yang renungnya tanpa putus asa.
Sedangkan dia hidup dengan bahagia.
Dengan ceritera dia penuh gembira.

Awak.
Bukankah awak kenal diri sendiri?
Apa yang awak mahukan dalam hidup ini?
Sudah tentu hanya awak yang mengerti.
Kenapa mahu terus seksa diri?
Bergelut dan terus menanti.
Bahkan sudah separuh mati.
Demi dia yang langsung tidak memahami.
Kehadiran awak tidak disedari.

Awak.
Mengapa mahu menunggu kepunyaan orang?
Sudahlah cukup gila bayang.
Jangan sampai mabuk kepayang.
Pusing kepala hingga otak bergoncang.
Awak sendiri tidak suka hak disailang.
Mengapa mahu mencari pasal dan mencetus perang?

Awak.
Sudah tiba masa untuk berhenti.
Dari buang masa menanti.
Lebih baik belajar sayang diri sendiri.
Itu lebih baik dari awak meracau tidak henti.
Belajar kenal hati.

http://farm4.staticflickr.com/3277/2767889592_1d545911c2.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita perlu belajar mengenal diri sendiri sebelum belajar mengenal manusia lain yang wujud dalam hidup kita. Bagaimana mahu tentukan hidup bila hati sendiri pun kau tak mampu baca? (Shafaza Zara, 25 November 2012)

Saturday, November 24, 2012

Awak, Berhenti Seksa Dia.


Awak.
Bukankah cerita sudah tamat?
Mengapa awak mahu muncul dan bikin palat?
Kehidupan dia sudah sangat penat.
Tidak perlu awak datang dalam bayangan musibat.
Kerana dia sudah enggan ambil berat.

Awak.
Untuk apa datang lagi.
Bukankah segalanya jelas kali terakhir awak muncul di sisi?
Dia bukan yang dulu awak kenali.
Dia sudah ada jalan hidup sendiri.
Awak datang kononnya menagih janji.
Tapi ingatkah awak pernah buat dia separuh mati?

Awak.
Berhenti dari seksa dia.
Benarkan dia hidup gembira.
Dia mengira jalan menuju bahagia.
Kenapa awak mahu terus mahu buatkan dia terluka?
Salah apa lagi dia setelah berikan awak kebebasan yang awak suka?

Awak.
Tak penat ke buat orang menangis?
Hidup dia bukan untuk coret kisah tragis.
Sudah cukuplah awak hidangkan rasa sadis.
Biarlah dia punya senyuman manis.
Kenapa mahu buat perangai najis?

Awak.
Dengan awak dia simpan banyak kenangan.
Bukan semuanya penuh kepahitan.
Ada yang dia mahu ingat kemanisan.
Tidak perlulah awak datang dan cemarkan.
Dia mahu mengingati awak sebagai kawan.
Seorang yang memuliakan persahabatan.
Bukan sebagai lawan.

Awak.
Jangan datang lagi.
Dia mohon awak pergi.
Layanlah yang baru  di sisi.
Dia bukan sesiapa untuk awak kini.
Jangan seksa hati.

Awak.
Dia boleh jadi kawan paling baik di dunia.
Tapi dia juga boleh jadi lawan yang mengheret ke neraka.
Bukankah awak mahu meniti jalan ke syurga?
Berhenti cari dia.

http://farm2.staticflickr.com/1336/4727663368_68754dfdc1.jpg
[Sumber gambar]

Zara : Bila senyuman itu bukan untuk kau lagi, bolehkah kau hindarkan diri dan biarkan dia pilih jalan hidup sendiri? (Shafaza Zara, 24 November 2012)

Thursday, November 08, 2012

Awak, Itu Kan Fizikal Kurniaan Tuhan?


Awak.
Manusia memang aneh.
Selalu ambil berat benda remeh.
Walaupun diri sendiri sememeh.

Awak.
Dia seorang yang tinggi.
Tapi awak tolak dia pergi.
Sebab awak kata kalau tinggi, susah nanti.
Bila dia tanya kenapa awak buat begini.
Awak kata sukar cari seluar bila tinggi.
Apatah lagi baju hinggalah ke peralatan rumah terkini.
Dia awak tinggalkan sepi.

Awak.
Dia seorang yang cerah.
Menarik kulitnya, putih merah.
Macam kumpulan Korea yang awak berbunuh marah.
Siapa yang lihat dia pasti menoleh, ghairah.
Tapi awak tolak dia mentah-mentah.
Dia hairan dengan sikap awak yang buatkan hatinya musnah.
Dia tanya awak kenapa sambil tahan lelah.
Awak kata terlampau putih seperti berpenyakit parah.
Macam pontianak Twilight yang awak menyampah.
Awak benci Edward Cullen tapi lepaskan pada dia, sampah!

Awak.
Dia seorang yang kurus.
Awak kata dia macam orang tak terurus.
Bagaimana orang yang suka makan boleh jadi lurus.
Tegak tanpa potongan badan, terlampau halus.
Tergamam dia dengan kenyataan awak yang terturus.
Tusuk ke dalam jiwa dia yang mendengar, hati bagaikan direbus.

Awak.
Si dia yang kurus, cerah dan tinggi berlalu pergi.
Tinggalkan awak supaya awak cari pengganti.
Bahkan dia bina hidup yang lebih bahagia tanpa awak di sisi.
Dia pandang awak dari jauh semoga awak gembira nanti.

[Sumber gambar]

Awak.
Perjalanan hidup awak teruskan.
Satu demi satu manusia jadi persinggahan.
Awak teruskan permainan.
Untuk memulakan satu perhubungan.
Dan akhirnya awak terhenti, jumpa seorang teman.

Awak.
Dia seorang yang gelap kulitnya.
Hitam berlengas mungkin sesuai menggambarkan rupa.
Tapi orang lain pandang dia cantik bergaya.
Pada awak kulit dia hitam macam Afrika.
Tapi awak lupa satu perkara.
Ada Afrika yang putih kulit, mulus rupa.
Awak benci dengan dia kerana dia hitam muka.
Awak kata nanti rosak keturunan, baka keluarga.

Awak.
Dia seorang yang rendah badan.
Pendek, bantut adalah sesuatu yang orang permainkan.
Padahal saiznya adalah normal bagi Asia punya ukuran.
Tapi awak tetap tolak dia bagaikan sebuah permainan.
Bila dia tanya dengan air mata berlinangan.
Apa yang dia terima adalah sakitnya jawapan.
Awak kata ini untuk kebaikan keturunan.
Pendek sangat tak baik untuk kesihatan.
Awak, dia terpempan.

Awak.
Dia seorang yang gemuk.
Dia selalu dihina dengan perkataan yang teruk.
Tapi dia tidak pernah mengamuk.
Walaupun hatinya bagaikan dijeruk.
Awak tolak dia dengan jerit dia bagaikan beruk.
Dia tertanya mengapa awak bertindak begitu buruk.
Awak kata tubuh gemuk, hanya akan bikin peluh busuk.
Walaupun kenyataannya dia tidak begitu - hatinya tercucuk.
Jiwa dia kosong bagaikan ditebuk.
Dengan sikap awak yang serupa tenuk.

[Sumber gambar]

Awak.
Si dia yang gemuk, pendek dan gelap pergi.
Dia berjalan menjauhkan diri.
Hati dia patah untuk bersama lagi.
Kata hinaan awak buat dia rendah hati.
Dia bertekad enggan mahu kembali.

Awak.
Sebelum dia bergerak pergi, dia tinggalkan awak satu pertanyaan.
Apakah awak adalah Tuhan?
Awak hina setiap fizikal yang dikurnia, penuh kesempurnaan.
Apakah awak sempurna hingga tiada celaan.
Kalaulah awak ingat apa yang tajam dalam pemikiran.

Awak.
Dalam banyak benda yang awak nilaikan.
Kenapa awak tidak mahu manusia yang bijak akal fikiran?
Bukankah itu lebih bagus dalam merancang keturunan.
Ataupun fizikal itu lebih penting dari aspek keagamaan?
Hidup awak, awak tentukan.

Nota Kaki :
Cedera.

Thursday, October 11, 2012

Awak, Itu Lebih Baik.


Awak.
Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih atas khabar gembira.
Terima kasih atas perjalanan hidup penuh warna.

Awak.
Jujurnya dia tidak tahu itu rasa suka.
Rasa yang bakal dilalui semua manusia.
Rasa yang membawa senyuman ceria.
Walaupun dia merungut berat badannya naik gila.
Awak tersenyum mengusik itu tanda dia bahagia.

Awak.
Banyak benda yang dilalui bersama.
Banyak benda yang dihadapi berdua.
Benda yang mudah nampak besar dan bermakna.
Benda yang ringkas dilihat dari sudut berbeza.
Itu yang menjadikan awak dan dia.
Hidup dalam perbezaan nyata.

Awak.
Segala percaturan makanan dia persetankan.
Bila awak dan dia duduk berhadapan.
Terhidang makanan.
Dia senyum sambil telefon dikeluarkan.
Cuba ambil kenangan beku masa sebagai simpanan.
Awak pula dengan sabar melayan.

Awak.
Doa dibaca dan mula makan.
Pinggan sudah kosong dan gelas tiada minuman.
Awak keluarkan kamera dan terdengar bunyi ketikan.
Dia pandang awak dan keluar pertanyaan.
Awak senyum sahaja sambil kamera disimpan.
Awak kata itulah perbezaan.
Selesai makan, yang kosong itu tanda kekenyangan.
Ah aneh, tapi dia hanya angguk tidak melawan.

Awak.
Terima kasih lagi.
Untuk minggu yang entah berapa kali.

[Sumber gambar]

Zara : Selamat hari WASH, Kopi!

Friday, October 05, 2012

Awak Dan Dia Kurang Masa Berkualiti?


Awak.
Dalam seminggu banyak benda berlaku.
Dalam tujuh hari, banyak jumpa benda baru.
Alangkah dalam sehari, hidup boleh menjadi lesu.
Apatah lagi dengan gaya hidup tidak menentu.

Awak.
Hujung minggu pertama habiskan masa berdua.
Awak dan dia menghadiri acara.
Melakukan aktiviti bersama.
Walaupun hanya dengan minum kopi sama rasa.
Itu pun sudah lebih baik daripada tiada.

Awak.
Hari kedua yang dipanggil hujung minggu.
Lebih baik mungkin digelar permulaan minggu baru.
Awak dan dia entah kenapa seperti tidak sebulu.
Awak penat dan habiskan tidur memenuhi waktu.
Dia pula bekerja sambil menunggu.
Awak muncul sekali dua dan hilang selepas itu.
Dia senyum sahaja walaupun hati sedikit menggerutu.

Awak.
Permulaan hari kerja.
Kesibukan melanda.
Perkara semalam sudah dilupa.
Hujung minggu yang hangat dan sejuk terbuai leka.
Entah apa silapnya.
Berlalu dengan begitu sahaja.
Mungkin sibuk kerja ataupun urusan entah apa.
Masing - masing, awak dan dia.

Awak.
Dari sehari ke sehari.
Seperti kurang masa berkualiti.
Mungkin sebab sibuk kerja hingga lupa diri.
Yang masih wujud adalah ucapan selamat pagi.
Itupun kadangkala dia culas sebab sibuk menguruskan peribadi.
Sebelum ke tempat kerja sambil berlari.

Awak.
Dia termenung sambil fikir satu perkara.
Sudah lama dia tidak dengar suara.
Sudah lama dia tidak ucap selamat malam sebelum tutup mata.
Sudah banyak benda yang tidak dibuat bersama.
Mungkin sebab awak dan dia sibuk bekerja.
Sesekali ada bertukar pesanan dalam celahan masa.

Awak.
Apa mungkin dia lupa.
Semua tentang awak, semua perkara.
Kadangkala dia sunyi hingga buat perkara gila.
Suntikan dadah banyak hanya untuk buat dia gembira.
Mengingati masa yang diluangkan bersama.
Kadangkala mahu menjerit atau melaung juga ada.
Ah, hanya awak yang dia suka.
Susah juga bila awak tiada.

Awak.
Awak juga mungkin sedari.
Bahawa awak dan dia kurang masa berkualiti.
Awak tanya dia - dan dia jawab dengan senang hati.
Bahawa dia sudah terbiasa dari dulu sendiri.
Bila dunia dia kosong, dia akan isi.
Walaupun dia terpaksa kosongkan poket kiri.
Hanya untuk minum kopi.
Demi mengingati.
Awak dalam diri.

Awak.
Dia tanamkan dalam otak dia satu benda.
Masa berkualiti bukan bermaksud berhubung sentiasa.
Tetapi masa yang diluangkan walaupun seketika.
Itu yang dia rasa.
Awak pula?

http://farm6.staticflickr.com/5172/5398330887_721b54ea4b.jpg
[Sumber gambar]
Nota Kaki :
Ini bukan tentang kisah aku.

Zara : Adakah awak tahu bahawa masa minum kopi bersama adalah masa yang saya mahu curi daripada awak walaupun seketika cuma? (Shafaza Zara, 5 Oktober 2012)