Awak.
Dia kawan?
Dia sekadar kenalan?
Ataupun seorang pasangan?
Awak.
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah kawan.
Dia tahu dalam cinta, pasangan juga adalah teman.
Dia tahu dalam cinta, pasangan itu ada batasan.
Tapi dia tidak mengerti bila awak layan kawan macam pasangan.
Macam sudah terbalik bukan?
Awak.
Bila dia sakit, dia mahukan sedikit perhatian.
Awak suruh dia pergi klinik sendiri untuk dapatkan rawatan.
Dia anggap awak suruh dia berdikari dan tidak mahu bergantungan.
Tapi bila kawan awak sakit, awak sanggup berkejaran.
Bukan klinik biasa, bahkan ke pakar awak hantarkan.
Walaupun setakat selsema selepas hujan.
[Sumber gambar] |
Awak.
Bila dia sebut hal kahwin, awak kata nanti dulu.
Bila dia sebut hal masa hadapan, awak kata awak tidak pasti apa awak mahu.
Hati dia jadi pilu.
Perasaan dia jadi berbulu.
Perut dia rasa sebu.
Sebab dia tahu awak mahu lepaskan kawan awak dahulu.
Awak tidak mahu kawan awak menunggu.
Awak enggan dia kahwin dalam keadaan malu.
Kurang sana, kurang sini - awak keluarkan belanja untuk majlis kawan, tapi dia diam berteleku.
Awak lebihkan kawan dari dia, dia tahu.
Awak.
Dengan awak, dia tahu dia tidak boleh merajuk.
Satu keajaiban kalau awak memujuk.
Selalu hati dia sendiri menjeruk.
Sendiri terperuk.
Dia tahan walaupun dia rasa teruk.
Dia abaikan walaupun perasaan jadi semakin buruk.
Dengan kekuatan tidak mahu menyumpah awak jadi tenuk.
Awak.
Bila ada waktu lapang, dia mahu habiskan masa bersama.
Tapi awak selalu berikan alasan sibuk dengan kerja.
Ada sahaja aktiviti awak walaupun hakikatnya dia tahu awak punya waktu percuma.
Tapi bila kawan awak ajak keluar, awak bingkas bersiap segala.
Awak katakan itu waktu awak bergembira.
Dengan kawan yang sudah kenal sekian lama.
Jadi, bagaimana dengan dia?
Adakah dia bukan sesiapa?
[Sumber gambar] |
Awak.
Bila dia rindu, dia mahu ajak awak keluar.
Awak menolak dan dia senyum sahaja mendengar.
Dia enggan bising sebab tidak mahu bertengkar.
Bimbang dalam hubungan saling bercakar.
Tapi bila kawan awak mengajak, terus awak bertempiar.
Bersiap laju sebab awak lebih gemar.
Galak awak bergambar.
Dia yang nampak, hanya tersenyum hambar.
Awak.
Dia sering tertanya.
Siapa dia pada awak agaknya.
Bila dia bertanya, awak mula tinggi suara.
Awak kata jangan mengada.
Salahkah awak mahu lebihkan kawan baik sejak mula kenal usia?
Dia hanya tersenyum cuma.
Sebab awak sudah begitu sifat dan kelakuan, dia terima.
Awak.
Bila dia kesepian, dia perlukan teman.
Dia minta awak hadir sebagai pasangan.
Awak balas awak enggan.
Awak berikan pelbagai alasan.
Awak kata lebih baik sesekali keseorangan.
Supaya mudah untuk berdikari bila awak sibuk tugasan.
Dia tanya apakah dia boleh ajak orang lain, undang kawan.
Awak pula tidak benarkan.
Dia hanya ukir senyuman.
Awak sudah melampaui batasan.
Awak.
Hari itu awak dan dia merancang.
Kononnya mahu buat majlis bertandang.
Tapi segalanya bertangguh bila kawan awak timbul mencancang.
Tiada lagi kedengaran bunyi merisik atau bertunang.
Dia mahu meradang.
Hati dia rasa bengang.
Tapi dia kawal agar tiada hati yang berlubang.
Sakitnya dia masih terngiang.
Malu yang dia tanggung depan keluarga bukan kepalang.
Dia rasa malang.
[Sumber gambar] |
Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Adakah sekadar peneman bila kawan awak tiada?
Adakah cuma kenalan biasa?
Adakah manusia yang awak cari bila awak suka?
Adakah dia orang yang awak cinta?
Dia sudah tiada jawapan bagi soalan yang bergema.
Awak.
Dia tahu dia masih mampu bertahan.
Walaupun semakin lama semakin rapuh benteng pertahanan.
Walaupun semakin lama semakin reput kesabaran.
Walaupun semakin lama semakin perit kesakitan.
Walaupun semakin lama semakin nipis iman.
Dia menanggung segala sebab awak masih lagi kesayangan.
Dan dia tidak tahu berapa lama ini semua akan berkekalan.
Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Hanya awak yang mampu berikan jawapan jujur berdasarkan apa awak rasa.
Dan dia sudah tidak mahu meneka.
Nota Kaki :
Hujan lebat hujung minggu membuatkan aku berkira-kira mahu keluar menghadiri majlis perkahwinan teman-teman. Jemputan bersusun aku terima kebanyakannya dari mereka yang pernah berkongsi tempat belajar yang sama.
Zara : Hati manusia adalah ruang terbaik menyimpan semua rasa. Alangkah kuatnya sekeping hati menahan segala macam perasaan, dari baik hingga ke seburuknya tetapi masih kekal berfungsi untuk dicanai terus benteng manusia.
22 comments:
sedih nye rasa kalau mcm ni :(
ZARA adalah cinta dan kawan saya. Hee :)
akupun fikirkan benda yang sama,,,huhuhu,,teman tapi mesra,,
untuk dia: pergi la dr awak tu,...die tak perlukan awak....=( huhu....touching!
:) puitis. tersirat dan tersurat.
wow!
berkerut-kerut sye bce..as usual, tacing sgt!
baiklah maintain single dri mkn hati hari2..
alamak... pagi sabtu dah rasa mau leleh T_T huuu
pergh. kena di hati. kena sangat. pergh.
kak zara, i'm touched. it is exactly same as story of mine. :(
mengalami situasi yang sama . kak zara , u are awesome :')
perkara yang sama jadi pada saya.sumpah sakit!! =(
dia adalah ... tak der apa2,
entri ini sesuai dibaca sambil dengar lagu Cuba - Faizal Tahir.
sakit...sedang rasa benda y sama
tp situasi lain skit...
pernah mengalami perasaan seperti ini satu waktu dahulu.Pendam rasa itu adalah langkah terbaik buat aku.
complicated kan?hmm..
zara...
entry ni terasa begitu dekat.
sangat2 dekat.
adakah aku dan dia di atas ni berkongsi satu rasa yang sama?satu pengalaman yang sama dan satu memori yang sama?
Ya Allah...ak redha dengan apa yang terjadi.
fuhhh...sgt mharukan..
touching.. =)
aku harap pasangan yang bercinta umpama seperti kawan baik..
byk mksd tsirat n tsurat. huhu
sgt terasa
terase sampai basah lencun macam ditimpia hujan lebat yg dasyat.
Post a Comment