Awak.
Seronok dengan hujung minggu yang menjelma?
Sudah dapat mengubati rindu pada si dia?
Jarak dekat atau jauh bukan ukurannya.
Yang penting, adalah masa kualiti bersama.
Awak.
Awak nak dia sentiasa ada.
Awak nak dia sentiasa tumpukan perhatian sepenuh masa.
Awak nak dia sentiasa lihat awak tidak kira situasi berada.
Sebab awak kata dia awak punya.
Awak.
Tolong jangan piang sangat.
Dia pun ada juga benda yang perlu dilakukan walaupun berkeringat.
Dia juga ada kerja yang perlu dibuat.
Bukan menghadap awak sentiasa bagai masak pengat.
Ah, jangan terlampau tamak, sendiri mahu ingat.
[Sumber gambar] |
Awak.
Bila dia berbual dengan orang lain, awak melenting.
Panas punggung, telinga berdesing.
Sibuk awak mengintai sampai kepala pusing.
Menjenguk bagai hingga otak pening.
Apakah awak tidak penat bising?
Awak.
Dia muncul bila awak rasa awak perlukan seseorang.
Bila dia tenggelam sebentar, awak rasa hilang.
Mulalah hidup awak tidak tenang.
Awak meracau bukan kepalang.
Awak.
Bila kekasih lama dia muncul awak jadi nanar.
Sakit hati awak, rasa terbakar.
Depan dia kononnya awak tahan sabar.
Belakang dia awak bertukar jadi pengintip, jadi penyamar.
Geledah dari dinding mukabuku hinggalah ke bil telefon yang sudah berbayar.
Awak.
Padahal bekas kekasih itu hanya muncul sebagai kawan.
Hadir hanya untuk menghulur kad undangan.
Itupun singgah bersama tunangan.
Menjemput ikhlas ke majlis perkahwinan.
Yang awak pula menjerit, meracau, meroyan?
Ah, cukuplah buat adegan.
[Sumber gambar] |
Awak.
Bila dia terangkan, awak pusing kepala.
Enggan dengar, kononnya mahu buat drama.
Bila dia senyap, awak katakan dia enggan pujuk dan mula bosan pula.
Dan awak mula mencari bekas kekasih sendiri yang lama.
Ah, itukan celaka?
Awak.
Bekas kekasih kata dia rindu.
Dan awak yang kononnya mahu perang dingin dengan si dia, angguk kata sama rindu.
Awak melayan kekasih lama dan biarkan si dia rasa pilu.
Awak kata ini sebagai denda pada si dia yang layan orang yang hantar kad hari itu.
Padahal, awak sedang sibuk bermain dengan kekasih dahulu.
Itu cara awak nak selesaikan masalah, begitu?
Awak.
Awak kata mahu tinggalkan dia.
Awak kata sebab awak sudah tiada rasa.
Benda remeh awak besarkan, kata seperti percikan neraka.
Tapi sedarkah awak baru sahaja melepaskan sebuah cinta?
Yang menunggu awak walaupun awak buat kerja gila?
Dengan kekasih lama?
[Sumber gambar] |
Awak.
Bila fikir balik, awak tidak mahu tinggalkan dia.
Awak kata awak mungkin sayang lagi, sebab sudah lama bersama.
Hubungan yang lama bukan penentu kejayaan hubungan seperti Kahlil Gibran pernah kata.
Tapi adakah awak yakin awak tidak mendera jiwa manusia?
Dengan bersikap tamak mahu bolot semua.
Cubalah kawal diri sesekali sekala.
Berikan dia ruang untuk menikmati usia.
Bukan mengawal hatta udara yang disedut masuk ke dalam kerongkongnya.
Awak.
Jangan jadi manusia yang degil.
Adakah hanya mahu sedar selepas dibedil?
Nota Kaki :
Seekor gumiho menunggu kemunculan lucifer memanaskan nyawa dan kehadiran luna dalam memastikan tidur malam tidak lagi berada dalam kegelapan. Mungkinkah sudah tiba masa untuk memutuskan satu demi satu ekor penyambung nyawa?
Zara : Ketawa apabila melihat manusia yang mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri, tetapi tidak mahu memberikan benda yang sama pada manusia lain yang dicintai. Apakah susah untuk bertolak ansur demi meraih kepuasan dan kebahagiaan sendiri? Jangan terlampau pentingkan diri. (Shafaza Zara, 4 Disember 2011)
7 comments:
jangan tamak!
seperti mana dia beri ruang kepada saya, saya juga harus beri ruang kebebasan pada dia..
kita layak bahagia
<3 penulisan Lz walaupon baru saja belajar mengenali TERFAKTAB...
putus ekor satu demi satu....
demi menjadi manusia....
utk bersama dgn si dia...
adakah ianya satu pengorbanan yang berbaloi...
demi org yg disayangi dpt bersama dgn kita...
semoga apa yg dikorbankan dpt memberi satu kejayaan....
gud luck kak z for ur journey of life...
^O^
perlu saling bertolak ansur, perlu saling memahami, perlu saling mempercayai. ;)
I love this. =)
ermmm..best tul hasil nukilan akk ni..
bukan senang mahu mengikis cemburu
bukan mudah untuk mengalih minda dari memikirkan yang buruk
bukan senang dan bukan mudah itu cuma alasan
untuk mereka yang hanya mahu menikmati rasa cinta
bukan berusaha menjaga
agar ia terus mekar terus ada dengan kita
rasa cinta yang selesa
mari terus berusaha
jadikan cinta kita cinta yang selesa
selesa untuk kita berdua
selesa untuk sekeliling kita
nice entry of yours!
super like
gumiho?? lucifre?? adekah AWAK JUGE MENGGILAKAN KOREA?! haha..nicely written awak... ^^
Post a Comment