Wednesday, December 21, 2011

Adakah Anda Mengalami Senggugut?



Salam.
Aku pernah menulis tentang tuala wanita dan juga pemilihan seluar dalam. Sesuatu yang dekat dengan golongan perempuan, aku rasa - bahkan satu keperluan secara hakikatnya. Jadi, hari ini aku mahu berkongsi suatu lagi benda yang sering dikaitkan, iaitu senggugut - ataupun orang lebih biasa cakap sakit sewaktu datang bulan atau haid.

Aku mula mengalami gejala ini sewaktu berusia enam belas tahun. Masa itu, aku dalam Tingkatan Lima. Ya, memang ambil SPM awal dari usia. Entah kenapa, padahal aku mula datang bulan dalam usia tiga belas. Lambat? Normal pada waktu aku dahulu. Sekarang aku tengok budak umur sembilan hingga sepuluh tahun dah mula datang bulan. Faktor pemakanan memberi kesan juga agaknya. Jadi, pada mula-mula kena senggugut, aku macam semua budak biasa buat, adalah makan Panadol. Untuk jangka masa beberapa bulan, bolehlah Panadol mengurangkan kesakitan. Lebih dari itu, dan mengenangkan peperiksaan semakin hampir, Emak bawa aku berjumpa doktor.

Emak : Ni anak saya kalau kena senggugut teruk.
Doktor : Dia selalu ambil apa kalau kena senggugut ni?
Emak : Panadol. Tahun ini SPM, kalau kena masa SPM, langsung tak boleh jawab peperiksaan lagi susah. Tolong buat pemeriksaan ya doktor.
Doktor : Mari sini adik. Dah lama datang bulan?
Aku : Umur tiga belas.
Doktor : Sejak bila senggugut?
Aku : Umur enam belas ni.
Doktor : Oh, baru lagi. Nak tanya, kalau keluar darah tu macam mana?
Aku : Er, macam mana apa?
Doktor : Keluar darah ketul-ketul ke, cair ke, banyak ke, macam mana keadaan darah tu?
Aku : Ketul-ketul.
Doktor : Oh, memang sakitlah setiap kali kena?
Aku : Ya.

http://farm7.staticflickr.com/6171/6262655136_432ca822c6.jpg
[Sumber gambar] : Dah la yang aku jumpa tu doktor lelaki, rasa mahu letupkan diri sebab cakap benda begitu. Tapi itu dulu lah. Sekarang kalau sakit, aku terus cakap. Abaikan rasa malu kalau nak nasihat perubatan - itu kata seorang kawan merangkap doktor pada aku. Heh.

Jadi, sejak itu sehinggalah baru-baru ini, kadar kebergantungan aku kepada pil penahan sakit adalah sangat tinggi. Bila aku semakin dewasa, dan daripada pembacaan, aku dapati yang ada beberapa cara untuk mencegah (ataupun mengurangkan kesakitan tanpa perlu makan ubat). Ya, aku tidak mahu mati menelan pil penahan sakit setiap bulan walaupun itu yang disarankan oleh doktor. 

01. Pil penahan sakit.
Aku tukar cara aku makan ubat ini. Bila terlampau sakit sangat baru aku makan. Kalau aku terpaksa bangun pergi kerja ataupun bila aku di sekolah, ya, aku makan. Kalau aku masih mampu bertahan, aku tidak akan makan ubat. Sebab terlampau banyak pil tidak baik kan? Pernah suatu ketika aku makan hampir lapan biji dalam masa satu jam sebab terlalu sakit. Gila, aku tahu.

02. Gaya pemakanan.
Nasib baik aku bukan penggemar makanan ringan ataupun benda berjeruk. Sesekali bolehlah, itupun aku dah tak ingat bila kali terakhir aku makan makanan ringan. Coklat kira makanan ringan ke? Tapi ini bergantung pada orang juga. Ada sesetengah coklat, akibat peratusan bahan di dalamnya, ia mampu meredakan kesakitan. Tapi aku rasa ia lebih kepada psikologi dan juga, hey, coklat benda yang berkhasiat sebenarnya. Cuma benda baik ambil dalam kuantiti yang banyak, mestilah jadi kesan kurang baik. 

03. Aktif.
Kalau dalam bulan itu aku menggila bekerja tanpa henti, sibuk dengan aktiviti luar dan banyak bergerak - insyaALLAH, dalam bulan itu, tidak akan sakit. Kalau sakit sekalipun, tidak teruk. Tapi biasanya, langsung tidak sakit. Tapi mahu menemui kebarangkalian tersebut dengan jadual tidak menentu, agak payah sebenarnya. Senaman amat membantu dan syukurlah aku mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Yeay!

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/images/4.1.1_1.JPG
[Sumber gambar] : Tidak payah malu-malu. Ini memang gambar paling baik aku boleh letak. Nanti letak gambar betul, ngeri pula.

Jadi apa cara yang pernah aku buat untuk mengurangkan (dan kalau boleh hapuskan) terus kesakitan ini? Ada beberapa cara yang aku telah lakukan.

01. Pakai tuala wanita berherba.
Tidak perlu aku beritahu jenama apa sebab setakat ini aku jumpa ramai orang jual tuala wanita jenis itu. Aku guna agak lama, menggantikan tuala wanita yang aku pakai sebab dengan pengakuan ramai orang, mereka tidak sakit lagi selepas guna. Itu siap termasuk dengan apa yang dikatakan oleh penjual bahawa tuala wanita di pasaran adalah produk kitar semula dan sebagainya. Malangnya, ia tidak berkesan langsung pada aku walaupun aku guna beberapa lama.

02 . Tuam diri dengan air panas ataupun dengan pek panas/sejuk.
Seorang kawan aku mengajar tentang perkara ini. Cara ini dia cadangkan kepada teman wanita dia dan berhasil. Memang berhasil walaupun hanya untuk sementara. Malangnya kalau aku bekerja luar, kebarangkalian untuk aku letak perut atau pinggang aku dengan pek tersebut adalah nipis dan kesakitan tidak dapat dikurangkan. Terpaksa juga aku telan pil.

03. Tidur.
Ini biasanya boleh selepas aku makan ubat. Dalam keadaan sakit sehingga berguling dan tidak boleh bangun, bagaimana aku nak tidur kan? Ubat dan tidur. Ya, pil biru itu bersusun dalam sistem pencernaan aku. Tapi kalau senggugut datang, selepas itu dapat tidur, bolehlah mengurangkan kesakitan perut dan kesengalan pinggang yang macam mahu putus. Tidak termasuk sakit kepala rasa nak hempas ke dinding boleh lega. Tapi sekejap juga. 

04. Pakai korset/bengkung.
Ini apa yang aku gunakan baru-baru ini atas cadangan seorang kakak. Ya, ini cara terakhir yang aku tidak perlu makan ubat. Alhamdulillah, aku pakai korset yang dia cadangkan (dan beri aku guna) - kesakitan itu dapat dikurangkan dan peratusan aku sakit pinggang adalah menurun. Aku dapat tidur dengan selesa walaupun aku sedang mengalami haid hari pertama. 

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=54b350b16d&view=att&th=1345c33db684603f&attid=0.1&disp=inline&realattid=f_gwf3kj580&zw
[Ini adalah korset Premium Beautiful] - Boleh rujuk blog kakak - Kak Sha, tersebut di sini.

Masa Kak Sha cadangkan pada aku untuk guna, aku macam, ya, "saya gemuk, bulat secara keturunan, nak suruh saya cuba benda ini pastinya tidak akan berjalan langsung sebab punggung besar, lebar dan sebagainya itu datang secara pakej dalam DNA". Tapi, masa Kak Sha suruh aku baca antara keistimewaan PB ini, ada sesuatu yang aku nampak dan berminat. Ya, senggugut. Benda ini paling penting pada aku. Badan langsing apa semua itu memang tak berapa buat aku gila. (Tampar diri sendiri sebab tahu sendiri besar, jadi kecil adalah ajaib). Jadi buat kali pertama guna ini, aku rasa ada sesuatu yang aku boleh kongsi dengan kamu semua.

Kamu semua boleh lihat halaman yang aku wujudkan tentang Premium Beautiful yang mengandungi tulisan Kak Sha ini sendiri dan boleh pilih apakah kebaikan yang kita boleh berkongsi sedikit. Sebab pada aku benda baik haruslah dikongsi bersama. Macam Kitab Terfaktab dan Hero kan? Heh.

Nota Kaki :
1. Ada orang suruh aku tulis mengenai 'tampon' pula. Aku mana pernah guna. Ada sesiapa yang nak kongsi dengan aku tentang benda itu?
2. Tak pergi ke tempat air - keadaan diri tidak mengizinkan.

Zara : Pakai korset ini buatkan aku berangan macam zaman Victoria. Berangan sahajalah. Bila buka benda itu?

30 comments:

nur anis said...

saya pun alami masalah senggugut teruk. kena pulak time paper addmath SPM. memang menangis. tapi kalau kita aktif, memang saya setuju senggugut kurang..

betul ke PB boleh kurangkan masalah senggugut ni?

perjalanan pulang said...

salam... orang lelaki tak de senggugut ?

♪ cik katak ♪ said...

cara no4 x penah try.. tp no 1-3 so far berkesan lah :)

ceksumolek's said...

kite pun slalu sengugut jgk.. tapi amalkan makan madu lebah berserta doa.. alhamdulillah lpas tu ok ;)

starzieti said...

saye pun selalu kene senggugut teruk n bergantung kpd panadol tiap2 bulan sbb mmg tak tahan sakit. sakit smpai mntah2 n tak larat nak bangun. huh. sekarang nih da kurangkan makan panadol, cube tahan sakit. arap2 tak sakit da bulan depan. :)

*m.sedare ade jugak cadangkan saye pakai premium beautiful tapi student macam saye tak mmpu lagik nak beli. tgu la da keje nt. Insyaallah beli. :)

eliana said...

saya pon ade senggugut terok dulu. tapi alhamdulillah, lepas consume Herbalife, da jarang sgt senggugut.
mayb nutrition helps kot. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nur anis :

setakat yang Kak Zara baru pakai ni, berkurang. Maybe sebab tekanan yang kita kenakan sentiasa tu. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Panglima Muda :

Ada.
Perangai macam perempuan senggugut.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@♪ cik katak ♪ :

kan?
:)

kalau nak try no 4 pun dialukan.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Aisumi Chan Kawa'i :

Zara dah try tu juga. Boleh juga. Tapi sebab benda tu tak mobile, maka sangatlah menyedihkan bila tiada.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

starzieti :

Better jangan ambil panadol semata2. U should seek for medical advice dear. kak Zara dah berhenti makan Panadol since umur 16 tu :)

Kecuali untuk sakit kepala.demam.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@eliana :

Saya ada pernah makan Herbalife juga. Cuma berat badan kurang, sakit ni tetap ada. lain orang lain gaya kan?

:)

reenapple said...

heee.. alhamdullilah.. jarang alami..=) . kalao alami pom boleh lagi pergi berlari..=P

tapi kadang-kadang terfikir jugak sebab ada orang cakap kalao yang ada penyakit sengugut, kebarangkalian untuk hamil adalah rendah.. adakah begitu??

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@reenapple :

Tengok pada keadaan.
:)

AziE said...

Lebih kurang ceritanya. Cumanya after kawin baru diagnosed betul2 oleh O&G. Rupanya berpunca drp mild endo. Treatment & sekarang no more. Alhamdulillah.

Ainul Hayat said...

Kita samalah Zara. Kalai pertama dtg bulan ketika 13 tahun. Tapi start rasa senggugut ketika berada di pengajian tinggi. Selalu sapu minyak panas je dan tido. Tak pernah lagi ambil ubat bimbang kesan jangka panjang.

dayah said...

12thn kite da period..malu gile tp kene la redho..
xsangka plak kegunaan korset ada kebaikannya

✿atikah✿ said...

teringinnya nk rasa.xpenah pon rasa cmna.

aqma_aquarius88 said...

dlu sy snggugut truk zara.. tp bila pkai pad berherba, kurg la sakit 2.. sy dh x amal mkan pil thn skit sebab byk kesan d kemudian hari..

♛RaRa♛ said...

saya pon sama dengan aqma.dulu sakit teruk gak.bila saya guna bio santary pads.alhamdulilah kurng da..dan saya tak berani amik ubat bagai untuk ilang sakit..panadol pnh lah sekali skala kalau dah sakit sgt2.selalu jga pmakanan pnting.dan pek panas bagi saya agak bkesan :)

amira faqihah said...

wujud lagi kah tampoon?

Aimi Rosli said...

nice entry. selalu baca benda-benda macam ni dalam majalah je.

bila baca orang sampai kena telan pil dan jumpa doktor, jadi, bersyukur jarang kena senggugut.

Unknown said...

Wah terok jugak org yg mngalami sggugut ni. Alhamdulillah sy juz sakit sikit je tu pon sekejap je.

shamyheart said...

uii, memang sakit. faktor pemakanan memang memainkan peranan. kalau makan nenas, coke dekat-dekat nak period, siap la tahan sakitnya. haha~

Anonymous said...

salam...bg yg bekerja, cuba amalkan vitamin Evening Primrose Oil...saya pernh cuba dn tkde masalah sengugut...kena amalkan lh...my mum amalkan smpai sekarang tkde kena sengugut....
mmg masalah utama dn paling besar tiap2 bulan tu...
saya sapu minyak angin panas dkt perut dn cuba berehat selama 1 jam 30 minit...berkurangn lh jgk rasa skt...dn plus minum air susu panas untuk mencepatkan ia turun pd hari pertama....

Anonymous said...

dn sapa yg tkde kena sengugut tu bersyukurlh..kalau dh kena mmg rasa nk menangis ataupun mmg dh menangis terus...nk angkt pun payah....nk rehat je...itupun kalau ade yg memahami...

Alia Ramley said...

try makan EPO.. evening primrose oil.. =)

yanntulis said...

saya lagila, senggugut sampai pitam kot kdg2 tu :( tq info

lylalittle said...

law x silap dulu penah baca...tampon seeloknya pakai lepas kawen...sbb die ley ilangkan dara..tp..xtaw la kan..sbb x penah lak pki..haha...

armouris said...

lagi info tentang senggugut - Cara Mengurangkan Sakit Senggugut