Friday, December 23, 2011

Wajarkah Ke Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih?



Semalam otak mereng.
Harus diakui bila rasa bersalah dengan orang, walaupun orang tersebut rasa benda itu remeh, otak aku memang tidak mampu mencerna dan menghadam apa yang aku lakukan. Paranoid? Mungkin. Ketakutan aku buat salah dengan manusia adalah disebabkan manusia ada pilihan untuk memaafkan ataupun tidak. Kalau buat salah dengan Maha Pencipta, pintu taubat itu sentiasa terbuka dan ya, Dia Maha Pengampun. Baiklah, berhenti berbicara soal itu. Benda dah diselesaikan dan aku memilih untuk denda diri aku sendiri. Memandangkan manusia yang aku mahu luahkan segala langsung tidak muncul, aku memilih untuk menulis sahaja. Biarlah. Tiada kepentingan lagi, mungkin.

[Bunyi cengkerik diselangi dengan hujan. Merepek]

http://farm7.staticflickr.com/6173/6176492711_0728b640ba.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, wajarkah menghadiri jemputan majlis perkahwinan?
Hukum menghadiri walimatul urus adalah wajib sebenarnya, seperti yang pernah diperkatakan oleh ustazah aku dahulu. Sebab itu aku berusaha sedaya upaya untuk pergi kalau mendapat jemputan, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menyatakan tidak pergi kepada mempelai. Kadangkala ada orang boleh terima, kadangkala kena maki juga, kalau jemputan itu dari rakan yang baik dengan aku - tapi majlisnya bertembung dengan urusan keluarga. Tapi tak mengapa, itu boleh dipujuk.

Tapi, jika mendapat jemputan daripada bekas kekasih, wajarkah kita menghadiri juga?
Soalan ini banyak ditanya oleh kawan-kawan aku dan juga pembaca blog. Baiklah, mari kita lihat jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Soalannya, wajar atau tidak bukan? Jadi, ada dua jawapan, iaitu ya dan tidak.

01. Ya, wajar menghadiri.
Datang sahaja sebab dah kena jemput. 

02. Tidak wajar menghadiri.
Sebab hati sakit, perit, terhiris dan entah apa lagi.

A : Ni kena jemput ke majlis si S ni. Nak pergi ke tak?
Z : Pergi.
A : Kenapa?
Z : Sebab kalau dia berani jemput, kau kena berani pergi.
A : Nak buat apa?
Z : Pergi makan, jumpa pengantin, balik.
A : Tak, maksud aku, kenapa nak kena pergi? Buat apa?
Z : Sebab kita sendiri tak tahu kenapa dia jemput, jadi hadirkan diri untuk cari jawapan mungkin.
A : Tapi, aku masih teringat dia.
Z : Kalau masih teringat lagi wajar pergi.
A : Nak suruh aku mengamuk depan pelamin?
Z : Tak, pergi sahajalah. Buat muka tak tahu.
A : Muka aku punyalah menarik.
Z : Sebenarnya, kau patut pergi.
A : Supaya aku boleh tepuk tangan sekali dengan orang lain yang gembira?
Z : Meraikan pengantin apa salahnya.
A : Salah sebab dia bekas kekasih aku.
Z : Tapi tema dia ala Jepun weh (mata berkaca tengok kad kahwin)
A : Kenapa?
Z : Kalau kau takut pergi seorang, aku teman.
A : Kau cuma nak tengok hiasan majlis ke?
Z : Bergantung kepada keperluan.
A : Tengoklah dulu aku fikir.
Z : Kalau pergi ajak aku.
A : Kalau kau janji untuk pukul dia.
Z : =.="

http://farm7.staticflickr.com/6057/6236691938_ac03d1df12.jpg
[Sumber gambar]

Secara jujurnya, aku tertanya-tanya juga kenapa perlu menghantar kad perkahwinan (ataupun undangan melalui laman sosial) kepada bekas kekasih. Manusia itu, manusia yang pernah kau kongsi kasih sayang, yang kau pernah berkongsi keluh kesah, sakit pening selsema demam dan segala macam penyakit, orang yang sangat mengerti kau suatu ketika dahulu sehinggalah takdir menentukan kau dan dia tidak lagi bersama atas sebab tertentu. Tergamak sungguh menghantar kad perkahwinan jika perpisahan dahulu itu dalam keadaan tidak baik, penuh pertengkaran. Rasa macam perlu sangat ke hantar kad itu?

Ada seorang rakan aku yang menghadiri semua majlis perkahwinan yang diundang oleh bekas-bekas kekasih dia. Dia mengambil pendekatan, makan percuma, majlis meriah, kenapa nak bazirkan wang untuk makan tengah hari berbayar di luar? Jadi memandangkan dia punya kekasih baru dan bekas-bekas (ya, bukan seorang) kekasih dia kebanyakannya melangsungkan perkahwinan, dia bawa sekali kekasih abru dia untuk makan tengah hari yang sedap, menarik dan apa lagi mahu digambarkan tentang majlis perkahwinan. Pada dia, benda yang lepas, dia tidak mahu kenang. Dia berdiri depan pengantin dan ucap tahniah tanpa sekelumit rasa bersalah, bahkan penuh rasa bahagia perut dia kenyang dan dia jimat wang untuk makan tengah hari berdua. Er, apa nak dikatakan pada manusia begini ya? Profesional? Entah apa yang pengantin rasa agaknya. Heh.

Ya.
Ada orang yang tidak kisah. Ada orang yang SANGAT kisah. Kawan aku yang lain siap bakar kad jemputan yang dia terima memandangkan si penghantar itu adalah bekas kekasih pertama dan hubungan mereka bukan sekejap. Lagi sebulan sebelum majlis pernikahan, bekas kekasih (senang sebut bekas tunang) - memutuskan ikatan pertunangan, dan kahwin dengan orang lain dua minggu selepas itu. Er, sudah tentulah dia tidak akan menghadirkan diri kan? Kegilaan apakah kerana sepatutnya dia yang melangsungkan perkahwinan dan barang yang telah siap dibeli, boleh pula bekas tunangnya berikan pada pasangan baru. Betapa membeli barang bersama, dan barang itu jatuh pada orang lain? Seksa.

Ia bergantung kepada seseorang sebenarnya.
Hati kita ada had dalam menahan segala perasaan yang hinggap. Ada yang boleh jadi kebal tanpa sebarang rasa, ada yang mudah tersentuh dan terus luka bernanah segala. Jadi, kalau kau tanya aku, jawapan aku mudah sahaja. Kau tanya balik hati kau. Mampu ke kau pergi lihat bekas kekasih kau bahagia? Kalau kau mampu, silakan. Wajib menghadiri majlis perkahwinan yang ada jemputan. Tapi kalau kau rasa hati kau tak mampu nak tanggung beban kesakitan itu, lebih baik tak payah pergi. Buatnya datang gila kau bunuh orang di majlis kahwin, ada pula yang jadi duda/balu sebelum sempat pergi berbulan madu.

http://farm7.staticflickr.com/6049/6216500000_6a4d889539.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, ada seseorang yang buatkan aku boleh tabik dia. Dia menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya (ya, kahwin muda dan berpisah pada usia muda juga) - dengan tabah seperti tidak pernah berlaku apa-apa antara dia dan lelaki yang sedang bersanding di hadapannya. Bertegur sapa dengan keluarga bekas mertua dengan senang hati bagaikan dia cuma jiran sebelah rumah yang berkongsi dinding tepi. Berbual mesra tanpa riak sedih sekalipun. Bila ditanya, jawapan dia ringkas sahaja - "Lelaki itu jumpa perempuan lebih baik daripada aku. Jadi, aku perlu lepaskan dia pergi"

Jadi, kalau kamu bagaimana?
Adakah mahu menghadiri perkahwinan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pasangan ataupun bekas kawan sekalipun?

Kalau aku, aku pergi.
Heh.

Nota Kaki :
Kerja sibuk akan bermula semula. Ya, macamlah cuti sekolah ini kau cuti Zara. Gila, tahun 2011 aku tidak jumpa istilah cuti dan rehat.

Zara : Ada orang main baling batu sembunyi tangan serupa celaka. Ada juga manusia begini rupanya, menggunakan pengenalan orang lain untuk meninggalkan pesanan, tapi merepek tidak tentu hala.

29 comments:

Anonymous said...

Kalau mampu pergi, pergi je lah. Kalau tak mampu tak payah pergi. Senang ^^

TheBentPencil said...

Dulu pernah pergi. OK je.

tapi ada pendapat mengatakan, pengantin tu kekadang ajak-ajak ayam je. Dia hantar konon-konon nak kata "cool, i moved on." tapi bila ex datang dia tarik muka pula.

pelangi chenta said...

kalau saya..saya pun xtau mana nak letak diri nie.sama ada nak pergi atau tidak.
tapii betul kata kawan tue.
'dia dah dapat yang lagi baik.so lepaskan dia'

Eyzan Encha said...

tabik juga pada kawan anda. semoga dia terus bahagia dgn hidupnya kini. (^_^)7

nur anis said...

ikut kekuatan diri..kalau masih ada perasaan suka mahupun sakit hati, lebih baik jangan pergi..akan lebih menyeksa diri..

JunAina said...

Buat apa nak pergi sekiranya ia hanya mengundang sakit dihati. Tegakah kita menghadapi DIA dihari bahagianya sedangkan suatu ketika kita pernah mengimpikan saat-saat begitu dengannya.

Tepuk dada tanyalah hati. Mampukah aku? Jangan biar keegoan kita meranapkan hati sendiri.

Neyra Shazeyra said...

111111 - aku pergi keenduri kahwin si dia, majlis belah perempuan. atas jemputan si dia. aku ke sana, dan dia terkejut. kawan2 lain jugak terkejut. tak sangka mungkin aku akan ke sana. tapi, aku redha je. open my mind, and just go. kuatkan hati. sangat tipu kalau sayang tu hilang terus. masih ada bekasnya. tapi aku bahagia bila ex-ex aku bahagia :)

*aku siap ambil gambar dengan pengantin, dan isteri si dia peluk aku lagi tanpa tahu dilema situasi masa tu. HAHAHA :p

Eiqa Roslan said...

mungkin saya tak pergi kot..entahlah..tak pernah lalui pengalaman macam tu lagi ...

4feet8 said...

saya terima jemputan thru card dan FB. saya pergi walaupun, bakal wife ex masa tu siap delete lagi komen saya yg sekadar "tahniah" di jemputan FB tu. kami siap bergambar dan saya bersyukur kerana my ex, tidak menjadi jodoh saya

takky said...

tgk keadaan...
law hati nie mmg dh lupe, insyaAllah p...
law, x mungkin kene tarik kelopak bunga lagi utk kira sama ada p atau x...

tapi nie tema jepun, p la...
nty mesti ada sushi n mee udon...
hihihihhi
^^

reenapple said...

mungin aku pergi kot... yeela. bak kata kawan kak zara, dia jumpa orang yg lagi baik so buat apa nak sedih3...mungkin kita akan jumpa yang lagi baik dari bekas kekasih itu..=)

Neyra Shazeyra said...

...sambung.

tapi itu ex baru lagi la. ada situasi, ex zaman sekolah dulu kawen (punya lama da breakup...dekat 8 tahun jugak)... aku ucap tahniah, dia pun terima ucapan aku tapi isteri dia marah pulak. siap block aku terus dari semua laman sosial. kekekeke... ok, maka dengan itu, boleh disimpulkan bahawa, lain orang lain penerimaannya. bagi aku, aku terima je semua dengan hati terbuka. dah itu bukan jodoh kita nak buat macam mana. mungkin, allah akan temukan kita dengan yang lebih baik. bab-bab ex kahwin ni aku banyak lah pengalaman. sebab cinmta monyet dulu banyak. semua dah kawen (cisdel apehal aku je yang takde pasangan lagi ni?) ahaks!

Azrul Hisham said...

ex-tunang abg aritu ada jemput abg dtg majlis dia...tapi jemput melalui komen dekat blog la...

tapi abg tak pergi pun...kalau pergi nanti lagi sakit hati...

Cik Norfa said...

saya pernah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih. malah pernah postkan kat blog.

Hubungan kami bukan berakhir dengan begitu baik. tapi memandangkan beliau sanggup hantar sendiri kad undangan ke rumah saya. Maka saya fikir wajar untuk saya hadirkan diri demi membuktikan hidup saya okay selepas pemergian beliau.

Saya hadir, bertemu dengan ibu bapanya dan mengambil gambarnya. Beliau sendiri minta saya naik ke pelamin untuk bergambar bersama, tapi saya tolak permintaan itu atas dasar tidak mahu saya wujud dalam memori perkahwinan beliau.

Mereka bahagia. Malah dikurniakan anak. Namun, Allah itu Maha Berkuasa. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari pertama syawal tahun ini di saat anaknya baru berusia 3 hari malah tidak sempat langsung menatap wajah anaknya kerana di dalam koma.

Kakak saya kata, memang betul lah jodoh saya dengan dia tak ada. Allah telah merancang dan menentukan segalanya untuk kita. Saya tidak ditakdirkan untuk menghadapi situasi yang dihadapi oleh isteri beliau sekarang. Semoga roh beliau di cucuri rahmat. Di majlis perkahwinan itulah kali pertama dan terakhir saya berjumpa beliau.

Al-Fatihah buat beliau.

Unknown said...

pernah dijemput juga oleh 2 bekas kekasih.. kebetulan time tu ada d luar kwsn.. so blh jdkan sbg alasan.. hehehe.. takut p wat kecoh lak kt pelamin depa...

Cik Yuyu said...

walaupun tak mampu pergi, saya tetap doakan kebahagiaan korang. :)

aira said...

pergi sahaja dengan niat kerana DIA.
membuat orang disekeliling itu bahagia akan membuat diri sendiri bahagia juga :)

nobody perfect. lupakan sahaja hal telah jadi.

Anonymous said...

hmm saya pun hmm entah la. mungkin tak pergi kot. tapi if pergi sure orang akan cakap "ok ex dia ni dah moved on" coz sanggup datang. at the end dah balik nanti surely la akan rase something well supposedly kite yang next to him atas pelamin tu... perh boleh tahan sebak gak nanti even dah redha. but the next day sure dah ok. lagi2 if ex yg kawin tu our 1st love, like zara said couple lame, pastu end up gaduh besar. well just like me. tak tahu la if dapat card kawin dia nanti nak pergi ke tak. *sigh*

cahya indah said...

oh I think it depends on each person's heart la kan. kalau dah accept the fate, redha..pergi je la. kalau jenis yang masih terasa, kalau pergi jugak maybe breakdown, pengsan tengah majlis ke..or yang tiba2 mengamuk pulak kat situ. haha. just saying. if it's me, I don't think I'm strong enough to face that.

Halimatun Sa'adiah said...

stakat ni ex x de yg kawen lg..
x saba nk tgk dorunk naek pelamin..
hahahaha

Fieda said...

....pernah satu saat saya merasakan saya takkan mampu pergi. Tapi saat itu berlalu dan saya rasakan saya lebih dari mampu untuk pergi kerana saya yakin dengan hati dan hidup saya, sedangkan dia sendiri masih terpinga2 apakah pilihan hidup dia betul atau tidak.....

Anonymous said...

aku google tajuk ni. sbb tgh patah hati atas tajuk yg sama. hahaha. tgk keadaan. kalau masih syg, mmg aku TAKKAN dtg la.gila kentang nak dtg. tersiat2 ati aku nnt.Aku pnh warning, kalau die kawen jgn jemput aku. Aku x nak dtg dan tanak tau pun die kawen.tp kuasa Allah yg nak aku tau, smlm TERlalu umah die n nmpk majlis. Sah mmg dia. Padahal umah die ceruk kampung yg mmg x pnh aku lalu kalau x kerana nak jumpa dia.Aku redha je la, dh mmg bukan jodoh aku. tp mmg menangis gak la.tah kenapa tah. sedih ada.cemburu pun ada. ='(

Anonymous said...

this weekend ex sy kawin...ade kad jemputan sy dapat...but not from her...adik dia yg bagi kat sy...so sy tak pasti sama ada dia mmemang betul2 jemput sy or else...but sy masih dlm dilema mahu pergi atau tak ke kenduri tu...sy fikir kalau pergi, mase tu lah mase yg sesuai utk lepaskan dia..but in the same time, sy juga takut if semangat sy tiba2 hilang...she's my 1st love...sy akui memang sy masih ade perasaan kat dia...hmmmm sy tak tau lah macam mane...sedih, lemah, buntu, semua ada..

Anonymous said...

tak tahu....mcm nk pergi,tp takut nk menghadapinya...tp org kata kalo kita push masa tu,lepas ni insyaAllah blh trima hakikat tu dgn lebih baik...
tp saya takut...melihatkan gambar2 bahgianya d lama sosial pon sudah cukup mghiris hati..inikan pula nk melihat dia didepan mata,diatas pelamin..ohhh...tidakkkk!!

Anonymous said...

jadi macam saya jugak la.lagi 3 hari ex bf saya dah nak kawin.dia jemput saya.kuatkah hati aku nak pergi ni.dgr dia sbt soal kawin ngan org len pn dah wat hati ni sebak..1st love kot.

Anonymous said...

Bile I tau yang my ex akan kawin, awal2 I bagitau yang I akan outstation masa tu.. Dia faham & x harap I akan datang.. I xnak rasa sedih & I tau dia pun tak nak sedih dimajlis yang sepatutnya jadi hari paling bahagia dia..

Anonymous said...

Kalau sy mmg sy tak kan pergi. Ex bf kahwin dgn kwn baik sndr. Can u imagine that? Kwn baik sndr tak ckp pape lgsg dkt sy psl ni even kami masih berhubung. Ex yg msj jemput dtg majis dia dan time tu baru tahu bakal kahwin dgn shbt baik sendirk. tak tertanggung rasa kecewa di hati ni.

Unknown said...

Lagi sebulan ex nk kawen. Dia jemput datang sbb aku ada kata kalau kawen jgn lupe jemput.. Aku xpernah lupa dye..korang pon sama lah xpernah lupa ex korang kn.. Selepas putus aku bgtaw jgn hilang terus kita masih sahabat.. Sbb semua kenangan kita dan dia sma2 rasa dulu.. N smpai skrg jadi kawan. Aku happyyy snggt dye dah kawen.. Sbb org tu lgi bagus dari aq.. In sya Allah hadir ke majlis beliau nanti.. Hubungan dgn ex dulu 3tahun je. Xlama. Syg mmng ada tp redo n fikir positif. Heheh

Unknown said...

Lagi sebulan ex nk kawen. Dia jemput datang sbb aku ada kata kalau kawen jgn lupe jemput.. Aku xpernah lupa dye..korang pon sama lah xpernah lupa ex korang kn.. Selepas putus aku bgtaw jgn hilang terus kita masih sahabat.. Sbb semua kenangan kita dan dia sma2 rasa dulu.. N smpai skrg jadi kawan. Aku happyyy snggt dye dah kawen.. Sbb org tu lgi bagus dari aq.. In sya Allah hadir ke majlis beliau nanti.. Hubungan dgn ex dulu 3tahun je. Xlama. Syg mmng ada tp redo n fikir positif. Heheh