Kita semua layak gembira.
Kita semua layak untuk menikmati hidup atas dunia.
Kenapa mesti buat sesuatu yang menyebabkan kita sendiri menderita?
Apakah sudah bosan dengan kurniaan nyawa?
Kita semua layak gembira.
Kita semua layak untuk senyum bahagia.
Kita semua layak untuk ketawa.
Kita semua layak untuk mempunyai rasa suka.
Tapi kenapa masih ada lagi yang memilih sengsara?
Apakah sengsara itu satu bentuk hadiah berharga?
Yang menjadikan gembira jiwa?
[Sumber gambar] |
Pertanyaan yang diajukan kadangkala buatkan aku terfikir, apakah manusia ini dangkal dalam menilai diri sendiri, hati sendiri sehinggakan enggan lihat apa yang sedang terjadi. Susah sangatkah untuk duduk sebentar dan menilai kembali apa yang dimahukan dalam hidup?
Aku tidak layak untuk menghakimi manusia.
Bahkan aku tidak layak menghakimi sesiapa atas dunia.
Siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka-mereka?
Aku hanya hamba ciptaan Yang Maha Esa.
Kejamkah aku sebagai manusia?
Mungkin juga.
Memuaskan hati orang sentiasa, itu pilihan yang aku ada.
Tapi aku menolak dan enggan mahu percaya.
Sebab aku tahu, aku masih punya rasa.
Kerana aku manusia.
Nota Kaki :
Pendek. Malas.
Zara : Ada sesuatu masih dalam perancangan. Moga akan terlaksana secepat mungkin. Aku cuma mampu harapkan sahaja.
7 comments:
suka ^_^
itulah hakikat dunia yang kita memang susah nak elak..mungkin mereka terjumpa kegembiraan disebalik kesengsaraan
JOM SINGGAH BLOG BARU :
KAU ILHAMKU 2.0
post yang saye suka :)
inspiring!
semoga harapan itu jadi kenytaan
saya rasa gembira dengan cara saya..=)
hehe.. monolog yg besh..=)
jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html
saya membaca namun tak penat menulis.
Post a Comment