Friday, December 02, 2011

Awak, Itu Semua Buat Kalian Bertambah Kuat.



Awak.
Ajaibnya sebuah rasa.
Sebaris ayat beku di telefon sudah mampu buat dia ceria.
Sebaris ayat tanpa suara.
Sebaris ayat yang buatkan dia gembira.
Yang buatkan dia lupa segala duka.
Sebaris ayat yang cukup bermakna.

Awak.
Ajaibnya sebuah rasa.
Hanya awak yang mampu buat dia bahagia.
Dengan perbuatan awak walau dalam senyap mahupun terbuka.
Dengan perbualan awak walau kadangkala dia bermasam muka.
Tapi ketawa riang awak buatkan dia terlupa.
Muka cemberut bertukar ceria.

http://30.media.tumblr.com/tumblr_l8vzoxnnuw1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia mampu hadapi segala.
Dengan kehadiran awak di sisi dia.
Walaupun bukan secara nyata.
Walaupun bukan bertentang mata.
Walaupun bukan bertemu bahu, bersentuh kepala.
Sebab hati dia dapat merasa.
Kehadiran awak dalam jiwa.

Awak.
Kadangkala datang gila dia.
Dalam keadaan terpuruk sakit, dia perlukan seseorang untuk bermanja.
Dalam keadaan tertekan, dia perlukan seseorang untuk meluah rasa.
Dalam keadaan terburuk, dia perlukan seseorang untuk berkongsi cerita.
Dan ia mungkin mengakibatkan dia bertindak luar biasa.
Menjadikan awak sasaran mahu beritahu semua.
Tapi malangnya awak tiada.
Dan dia kecewa.

Awak.
Awak buatkan dia tumbuh sebagai seseorang penuh warna.
Awak buatkan dia mampu hadapi dunia.
Awak buatkan dia jadi seseorang yang dia sendiri tidak jangka.
Awak buatkan dia menyayangi awak sebagaimana dia sayangkan keluarga.
Awak buatkan dia mahu terus hidup di sisi awak dan mengejar bahagia.
Awak buatkan dia enggan pernah berputusa asa.

http://26.media.tumblr.com/tumblr_lbeifdqYho1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia masih lagi manusia yang serupa.
Manusia yang diam bila ada sesuatu melanda.
Manusia yang gulung masalah dalam ketawa.
Manusia yang senyum bila sedang berduka.
Manusia yang tabah bila musibah menjelma.

Awak.
Tapi dengan awak, dia belajar berkongsi rasa.
Tapi dengan awak, dia belajar buka rahsia.
Tapi dengan awak, dia belajar erti bersama.
Tapi dengan awak, dia belajar masalah bukan untuk peribadi semata.

Awak.
Sayangnya dia pada sebuah perasaan.
Pada dia, awak bukannya mainan.
Tapi seseorang yang layak dia mahu jadi pasangan.
Yang dia mahukan sebagai peneman.
Pasangan hidup sepanjang zaman.

Awak.
Dalam gembira, ada duka.
Dalam ketawa, ada terselit air mata.
Dalam bahagia, ada tersulam derita.
Tapi itulah makna hidup penuh warna.
Tapi itulah makna hidup penuh ceritera.

http://27.media.tumblr.com/tumblr_lbi7cjQIy51qaecyko1_r2_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Walaupun awak dan dia masih menghitung masa.
Walaupun awak dan dia masih belum berjumpa.
Walaupun awak dan dia masih tiada waktu bersua.
Walaupun awak dan dia masih jauh terpisah di mata.
Dia tahu awak dan dia berusaha.
Kekal berusaha untuk bersama.

Awak.
Dia sayang awak sentiasa.
Dia sayang awak selamanya.
Dia sayang awak yang dia cinta.

Nota Kaki :
Dalam senyuman palsu, sebenarnya kekuatan hidup bertambah dengan adanya benda lain untuk mengalihkan tumpuan dari terus berduka. Bukankah hidup perlu terus ceria tidak mengira apa dugaan yang melanda? (Shafaza Zara, 2 Disember 2011)

Zara : Walaupun aku manusia beku, aku masih ada perasaan lagi melihat sebahagian daripada manusia tidak beraksi sebagaimana manusia lainnya. Ah, sukarkah untuk jalani hidup yang biasa-biasa sahaja? Kenapa mesti pilih jalan derita?

6 comments:

pelangi chenta said...

saya suka coretan cik zara
setiap bait kata yang cik zara nukilkan mesti ada kena mengena dengan saya..tapi yang sedih semua tue dah xboleh nak dipusing balik.

Lieyanna Esmeralda said...

sebak rasa baca entry ni...mungkin sebab saya dah kehilangan 'dia'

hehehe

DanieL AdiE said...

Dalam tawa, tetap ada duka...

Sangat benar kata-kata itu..

Niya Adriane said...

kak zara : rasa rabk, rasa ranap, rasa yang memang tinggal berbekas...tapi, hidup kena diteruskan... kutip sisa2 kenangan buat saya jadi kuat.. buat saya tabah.


twitter : niyadriane

nurul diana said...

x smstinye bila kite tngok org tu hepi , gelak sakan dye x de duka . kita x tau hati dia . dlm suka mmg ada duka .


twitter :@dianatoinktoink :)

NIZAM said...

sy suke baca blog cik zara ni sebab bahasa tu indah. susah nak jumpa orang tulis blog tulis bahasa macam tu. even novel pun.