Salam semua.
Kurang daripada sepuluh hari Ramadhan akan meninggalkan kita. Semua stesen penyiaran serta pelbagai media telah menayangkan iklan-iklan yang berkaitan dengan hari raya. Dan aku, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, aku memang menyukai iklan. Cuma kali ini, setakat yang aku tonton, belum ada iklan yang benar-benar menyentuh hati ataupun memberikan makna yang mendalam kepada diri. Tidak seperti tahun-tahun sudah.
Iklan PKNS 2010.
Ini iklan yang aku tengok di Tiub Awak (baca : Youtube). Sekurang-kurangnya, itu boleh dikatakan iklan raya bagi aku.
Kebetulan aku terjumpa iklan ini sewaktu mencari contoh iklan raya.
Aku belum pernah menonton iklan ini di kaca televisyen. Adakah ini bukan iklan komersial? Tetapi pada aku, bukan satu masalah kalaupun ianya bukan satu produk komersial ataupun tidak. Nilai sesuatu iklan itu yang lebih penting bukan?
Dan aku, sebagai seorang rakyat Malaysia, amat kecewa dengan mutu iklan raya yang sedang disiarkan di televisyen saat ini. Ada yang langsung tidak peka dengan suasana raya itu sendiri, bahkan mencedok unsur perayaan lain secara terang-terangan (Sejak bila kita ada beca terbang semasa raya?) dan pelbagai lagi iklan raya yang buat aku tertanya-tanya, ini iklan raya ke?
Mengenai beca terbang itu, aku secara peribadinya tertanya-tanya, hasil garapan siapa agaknya? Mungkin boleh kata orang yang menulis dan memberikan kritikan ini adalah kritikan semata-mata dan terlampau memikirkan sedalamnya mengenai iklan tersebut tetapi kalau terang-terangan menceduk unsur daripada perayaan lain, aku mahu tahu juga, konsep apakah yang diterapkan?
Konsep perpaduan?
Mungkin agaknya.
Mungkinkah kita sudah terbiasa dengan iklan yang menyentuh hati daripada syarikat gergasi hasil karya seorang pengarah berkaliber? Tapi tahun ini, aku lihat iklan syarikat itu juga tiada nilai raya didalamnya. Entah, mungkin sekadar kelakar yang agak dibuat-buat. Aku cerewet?
Bukan.
Cuma, aku mahukan sesuatu yang lebih indah dan bermakna di hari raya. Kalau setakat unsur-unsur pelik yang membuatkan penonton keliru tentang iklan yang ditonton oleh mereka, aku rasa lebih baik iklan itu ditarik keluar. Ini cuma pendapat peribadi aku sahaja.
Aku nak makan kuih raya yang aku buat di Mydin tadi. Silakan menonton iklan di atas ya?
Zara : Ramai yang menulis tentang iklan-iklan raya. Aku sekadar mahu menonton sesuatu yang lebih bermakna di hari raya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
33 comments:
haa.. memang ramai pun dok cerita sal iklan raya// bikut wat kat mydin??????
CMH,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
JEMPUT DATANG RUMAH
ha?buat di maidin?hehe
Iklan macam nie yang kita mau..
**Jangan lupakan ibubapa dekat kampung**
zara, aku suka tgk iklan ni.hmm memang banyak sangat maksud tersirat.. hmm thx share zara.
aku setuju sangat dengan pendapat kau kata pasal kenapa nak cedok unsur perayaan lain. entahlah. macam dah takde idea lain pula.
dah ada iklan raya kat tv ka?
aku tak perasan pun..
hahahhahah...
ke memang iklan yang aku tgk tu iklan raya tapi aku tak perasan?
huhuhu..
akhirnya ku datang berguling... macam suster ngesot...
satu lagi bila dilihat betul2, ada unsur bunga teratai dimasukkan..haizz... kena bezakan agama dan adat...
Pandai iklan ni..
aku suke..
Bukan macam iklan "krismas" yg kat blog azrul tu..
baca saiful islam komen
best jugak dia komen
bila konsep 1 Malaysia yang tak difahami oleh ramai orang...haha..aku pun tak bape nak faham konsep 1 malaysia..
raya tu dah jadi macam konsep 1 malaysia...campur segala yang boleh
woo.biskut buat kat mydin..
apa namanya..?
hmm..
saay tak tgk lagi iklan raya beca terbang tu.
tapi iklan PKNS tu mmg tangkap leleh la bila tgk.
huhu~
mungkin sebab tiada sentuhan emas Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
aku jiwa sensitif.. bole nanges dibuatnya oleh iklan neh... heheh. stuju sangat dgn cik zara.. iklan tv3 yg ada beca terbang tuh nampak pelik la sgt.. 1st tym tgk iklan tuh d fb.. rasa mcm iklan krismas la plak.. huhu... (just comment) :)
tapi aku still suka tgk iklan arwah yasmin ahmad lagi.. lebih menyentuh dgn jalan cerita yang memang biasa dlm hidup seharian..
Salam Aidilfitri kak...
saye ske iklan raya dolu2. yg leh wat kte rse cm tak saba2 nak balik. best sgt. btw, slamat menyambut akhir ramadhan n slmt hari raya kak zara :)
baru lah terasa auraa nya rayaaa
iklan raya nie memang ada value nya tersendiri. *tersentuh
kak zara, kononnye iklan 1 malaysia la tu..tp x patut la aidilfitri nak same ngn sambutan lain..
hmm...
ko dah tgk cerita pendek aku baut belum??
selamat hari raya..terus rasa nak beli rumah dgn PKNS hehe
hasil tangan arwah Yasmin Ahmad lebih berkualiti aku kira.buatkan kita berfikir tentang sesuatu...
tapi mengapa iklan raya sekarang agak mengarut begitu? sedikit jelik aku rasa.
segih tgk iklan ni...dulu bnyk iklan raya mcm ni...touching n realiti kehidupan...tapi skng....semua hentam je
sumpah best iklan ni..
menusuk kalbu bila tengok..
i mmg rindukan iklan2 raya yg seperti ini..
btw, thanks coz sharing..
sobs..sobs.. :"(
iklan yg bagus from PKNS..syabas!
xmcm iklan ehem2 tu..kreatif apekejadah kalu cedok budaya agama lain,sedangkn ni perayaan umat Islam.
jangan suka sangat iklan ni.
nanti politikus dacing marah marah :D
usahlah beli rumah pkns.
banyak flaw dari elok.
nyesal beli.
mata pun jadi sakit.
sabar ramadan.
iklan yg buleh menghilangkan mud raye tuh~huhuhu..
Latest entry di:
Surat emo
Check out on me new header!~
Komik comel. Comel ke?~
salam, sy new visitor... tertarik dgn iklan ni... minta share boleh?
xpernah nampak dkt tv tapi iklan nih best
tq kongsikan disini
P/S : Aku Maluuu
iklan ni menyayat hati..yg ni barulah iklan raya!!! :)
sayangilah ibu bapa kita..
wa sukak iklan itu! :)
ps : apekes kuih mydin nih? adeh.
iklan ne mmg best...memula aku ingat anak dia durhaka gila2...or protest xmo balik kg pasal mak dia garang sangat...rupa-rupanya..leka nak buat rumah...
pape pun..aku nak karate tengkuk anak dia dulu!! buat mak bapak sedey jer...
hehehe off topic plak...yup iklan macam nie lagi bagus ditayangkan berulang2...berkualiti!
lebih best daripada iklan petronas
Post a Comment