Salam semua.
Kurang daripada sepuluh hari Ramadhan akan meninggalkan kita. Semua stesen penyiaran serta pelbagai media telah menayangkan iklan-iklan yang berkaitan dengan hari raya. Dan aku, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, aku memang menyukai iklan. Cuma kali ini, setakat yang aku tonton, belum ada iklan yang benar-benar menyentuh hati ataupun memberikan makna yang mendalam kepada diri. Tidak seperti tahun-tahun sudah.
Iklan PKNS 2010.
Ini iklan yang aku tengok di Tiub Awak (baca : Youtube). Sekurang-kurangnya, itu boleh dikatakan iklan raya bagi aku.
Kebetulan aku terjumpa iklan ini sewaktu mencari contoh iklan raya.
Aku belum pernah menonton iklan ini di kaca televisyen. Adakah ini bukan iklan komersial? Tetapi pada aku, bukan satu masalah kalaupun ianya bukan satu produk komersial ataupun tidak. Nilai sesuatu iklan itu yang lebih penting bukan?
Dan aku, sebagai seorang rakyat Malaysia, amat kecewa dengan mutu iklan raya yang sedang disiarkan di televisyen saat ini. Ada yang langsung tidak peka dengan suasana raya itu sendiri, bahkan mencedok unsur perayaan lain secara terang-terangan (Sejak bila kita ada beca terbang semasa raya?) dan pelbagai lagi iklan raya yang buat aku tertanya-tanya, ini iklan raya ke?
Mengenai beca terbang itu, aku secara peribadinya tertanya-tanya, hasil garapan siapa agaknya? Mungkin boleh kata orang yang menulis dan memberikan kritikan ini adalah kritikan semata-mata dan terlampau memikirkan sedalamnya mengenai iklan tersebut tetapi kalau terang-terangan menceduk unsur daripada perayaan lain, aku mahu tahu juga, konsep apakah yang diterapkan?
Konsep perpaduan?
Mungkin agaknya.
Mungkinkah kita sudah terbiasa dengan iklan yang menyentuh hati daripada syarikat gergasi hasil karya seorang pengarah berkaliber? Tapi tahun ini, aku lihat iklan syarikat itu juga tiada nilai raya didalamnya. Entah, mungkin sekadar kelakar yang agak dibuat-buat. Aku cerewet?
Bukan.
Cuma, aku mahukan sesuatu yang lebih indah dan bermakna di hari raya. Kalau setakat unsur-unsur pelik yang membuatkan penonton keliru tentang iklan yang ditonton oleh mereka, aku rasa lebih baik iklan itu ditarik keluar. Ini cuma pendapat peribadi aku sahaja.
Aku nak makan kuih raya yang aku buat di Mydin tadi. Silakan menonton iklan di atas ya?
Zara : Ramai yang menulis tentang iklan-iklan raya. Aku sekadar mahu menonton sesuatu yang lebih bermakna di hari raya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
















