Monday, September 06, 2010

Ramadhan #26 : Kejar Kerjaya Sendiri - Senang Nak Beri Anak Orang Makan Sambil Peluk Patung Beruang


Senyum.
Seorang kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam musim raya ini berbesar hati kalau aku dapat menghadiri majlis perkahwinan dia. Kad sudah dihantar khabarnya dan dia menelefon untuk memastikan bahawa aku akan berusaha untuk datang ke majlis penuh gemilang itu.

Kawan : Aku dah hantar kad kahwin pada kau.
Aku : Hari ini mana ada posmen datang.
Kawan : Tahu, tunggu sahaja nanti.
Aku : Baik. Tahniah ya?
Kawan : Terima kasih. Kau mesti datang.
Aku : InsyaALLAH, kalau aku punya kesempatan.
Kawan : Kalau kau datang, merasa aku masuk blog kau.
Aku : Motif?!
Kawan : (ketawa) Boleh rasa terkenal.
Aku : Blog aku bukan tempat untuk jadi terkenal. Jadi bahan kutukan orang adalah.
Kawan : Orang kutuk lepas orang tengok kan?
Aku : (ketawa) Ayat tak boleh tahan.
Kawan : Bila nak kahwin dengan manusia?
Aku : Kalau bakal suami kau ada adik lelaki, abang atau sepupu, minta dia hantarkan satu dua dulang pada aku ya?
Kawan : Apa kau ingat mereka itu barang?
Aku : Dah cara kau cakap macam senang nak kahwin kan?
Kawan : Kau tak berusaha.
Aku : Main sedap mulut kau, aku berusaha ni.
Kawan : Apa yang kau usaha?
Aku : Kejar kerjaya aku, senang nak beri anak orang makan.
Kawan : Kau ni lelaki ke perempuan?
Aku : Eh? (ketawa)

http://farm3.static.flickr.com/2041/2312324652_6a0b5ccb46.jpg

Aku dikatakan mempunyai jiwa yang besar seperti saiz tubuh aku juga. Aku ketawa dan angguk sahaja. Biarlah apa sahaja yang orang lain mahu bicara tentang aku. Aku anggap kata-kata itu sebagai satu bentuk manifestasi di mana, masih ada lagi manusia yang memandang aku, walaupun sekadar mahu dijadikan jenaka ringan. Tidak mahu menambah gurih ataupun gusar di dalam hati, aku sudah semakin senang dengan siapa sebenarnya diri aku kini.

Melihatkan satu demi satu babak kisah hidup penuh suka duka yang melatari kehidupan aku sebagai seorang manusia, aku sering termenung dan berfikir penuh tanda tanya. Apakah manusia yang aku sayang adalah manusia yang sukar menerima hakikat kasih sayang yang cuba aku salurkan kepada mereka? Mungkin juga benar, kerana orang yang kita sayang itulah yang sebenarnya paling sukar untuk kita berikan kasih sayang.

Tanda tanya.
Aku cuma mahu hulurkan senyum tanya.
Ketawa mesra.

Hari raya bakal menjelma tiba. Dan aku tahu, soalan-soalan gila akan kembali menerjah ke telinga. Persiapkan diri dengan senyuman dan belitan serta lilitan selendang penuh gaya. Baiklah, ini masuk secara tiba-tiba. Ketawa. 

Zara : Jangan pernah makan dalam sesuatu yang menyakitkan seperti itu hanya dengan linangan air mata. Itu yang aku khabarkan pada seorang teman yang aku pasti, bantalnya sentiasa basah dengan limpahan air masin yang berlari laju keluar dari tubir mata.


8 comments:

etomyam said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin :D

Hizami Li said...

belum tiba masanya.
:)
sabar ye.

hans said...

entah
aku rasa aku setuju dengan ko zara
walaupun ko perempuan tapi ko still kena cari kerja tetap
sebab kita tak tahu apa akan jadi pada kita kan
at least pendapatan tetap ada

P/S : Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak

PuanPepel said...

ko besar ke?? aku lagi besar..haha

[z@ck] said...

hahahaha..ko plak yg fikir nak sara family..bagus juga.at least kita ada savings sendiri.nak harap kat laki je pun tak boleh.

Kap said...

aku nak tolong pun tak boleh.
kawan kawan aku semua berpunya.
tinggal dulang saja ;)

LaiLiE iZaNi said...

zaman sekarang, gul tetap kena cr pndpatan sndri...hdp smkin mcbr, harga brg smua naik...so skit sbyk lau bkerja leh rngan kan tulang c suami kan...huhu...insyALLAH, sampai jdh kte, xkan kemana kan zara...hehehe...cpt atau lmbt je..=)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

aku setuju dgn kamu zara...