Terjaga sendirian.
Remang lampu membuatkan aku terfikir sesuatu.
Terlampau banyak yang ditinggalkan di belakang dan mengejar yang berada di hadapan dalam menjadi siapa aku hari ini. Menongkah arus dalam menghirup udara yang entah sejak bila menjadi terlalu kedekut dengan aku. Ketawa.
Kepayahan dulu mengajar aku menjadi siapa aku hari ini. Kesengsaraan dan kedukaan serta kelukaan lampau membuatkan aku sedar bahawa hidup tidaklah seindah yang mungkin pernah aku bayangkan. Tetapi dunia tidak akan berlaku kejam. Masih ada ruang walaupun manusia beku ini menyimpan segalanya sendirian dan mencoret segala kesakitan di ruang paling dalam.
Seorang teman menyatakan, disebalik tawa riang aku, ada air mata yang menitis sendirian. Malangnya, dia mungkin silap dalam satu perkara. Aku tidak menangis dalam hal yang remeh. Kalau disebabkan oleh budak rambut lawa aku mahu menangis, kegilaan apakah itu? Dia sendiri tidak tahu aku menulis untuk dia walaupun ada ramai yang meneka siapakah manusia yang tiba-tiba muncul dalam coretan Dunia Sebelah Zara.
:: Agak keperempuanan di situ::
Ketawa.
Dan di saat mamai serta gila entah jam berapa pagi, tangan mencapai telefon genggam dan menulis status diri yang sakit. Senyum.
Sakit.
Betul juga sakit sebenarnya.
Kepala berdengung, badan sakit-sakit tetapi menggagahkan diri untuk bersama dengan teman-teman, aku tersenyum sendirian bila mengenangkan yang aku masih begitu kuat untuk pergi beraya dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Memandu 'suami' sendirian dan memakai kasut setinggi 3 inci walaupun memandu. Gila agaknya aku.
Tulisan aku semakin merapu.
Aku teringat ikan yang bergelimpangan di dalam gambar seorang teman yang amat signifikan dengan ikan. Mungkin sebab kerjayanya berkisar ke arah situ juga. Pusing-pusing ikan. Senyum.
Dan aku.
Berhenti menulis.
Badan terlampau letih.
Mata berair, merah dan berdenyut.
Masa untuk menikmati rehat.
Senyum.
Ada sesiapa yang cari kumpulan palsu? Kami ada.
(Malam ini sepupu aku ini terbang pulang ke China, tahun depan, musim panas baru balik)
Zara :Menerima pesanan daripada seorang rakan, "Ingat kau betul-betul sakit. Sampai hati kau". Kalaulah kau tahu kesakitan yang aku tanggung saat ini akibat gelojak perut yang menerima tadahan kesakitan akibat makanan yang pelbagai rasa.
10 comments:
hee. aq taw kau kuat!
zara baju itu acuan nya cantikk yawW:)
ehemm...ehemmm..
comelnye...
hehehe...
=p
Utter defeat makes people go up above the previous par n successfully win.
Believe it :)
manis jea cikgu pakai selendang ;DD
semoga cepat sembuh zara~!
sakit perut tak yah pegi jalan merata. haipp!
ala tomeynye die huhu
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
rehatlah secukupnya sampai kembali pulih tenaga dalaman (eh.. macam ultraman plak dah.. hehe.. )tue ye...
my latest entry:-
Kompilasi Kisah Raya (http://aidyshahiezad.blogspot.com)
hanya ko jer yang lebih tahu, faham dan rasa apa perasaan hati ko
P/S : Air Tajam Memang Sedap
Post a Comment