Monday, September 13, 2010

Pesanan Ringkas Untuk Budak Rambut Lawa Sempena Hari Raya Aidilfitri


Awak.
*berdehem*

Awak mungkin baca ini, mungkin juga tidak.
Musim raya kan?
Tapi setahu saya, awak memang tak raya mana-mana pun, di tempat awak, rumah mana sahajalah yang awak boleh pergi. Kejiranan awak memang luas, tetapi penghuninya mungkin tidak beraya bersama kita ini kan? Awak, sebelum saya tulis lagi panjang, saya nak ucapkan selamat hari raya pada awak. Nak salam tak boleh, bukan apa, tangan jauh, tak sampai. Batal wudhu'? Awak ni, merepek.

Awak, kali pertama saya nampak awak, saya belek-belek awak, satu ayat sahaja yang terpacul daripada mulut saya. Ya, rambut awak cantik, lawa! Bukan sebab saya sukakan manusia berlainan jantina seperti yang saya tulis dahulu, cuma, entah. Perasaan itu macam pedang samurai yang melibas di angkasa, bunyi kuat tapi sebenarnya sendiri sahaja yang dengar.

Awak, sejak akhir-akhir ini kalau lihat awak, ada perasaan yang kurang enak. Entah mengapa, saya sendiri tidak mengerti. Mungkin sebab bila satu benda yang terhijab telah terbuka, kita selesa berbicara tentang perkara yang mengikat kita walaupun saya jujurnya rasa itu yang membuatkan saya melihat lebih dalam ke arah awak, siapa awak disebalik wajah yang pendiam dan tenang sentiasa.

Awak.
Diam.
Awak.
Hening.
Awak.
Senyap.
Saya sebenarnya tidak akan meluahkan di hadapan muka awak. Sebab apa? Sebab saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya perasaan ini. Mungkin sekadar suka-suka atau sebab saya kebosanan dua tiga menjak ini. Banyak sangat propaganda dan kontroversi yang entah apa-apa.

Awak.
Senyum.

http://worldhairstyles.com/wp-content/uploads/2009/07/Fashion-haircut-for-mens.jpg

Awak.
Hilangkan kesedihan awak.
Saya tahu awak kuat.
Saya tahu awak boleh atasi segalanya, walaupun awak duduk simpan segalanya seorang diri. Awak bukan sendirian lagi, sebab kita kawan. Ya, kita kawan yang dipertemukan oleh takdir yang kejam. Betapa takdir kejam pada kita, persahabatan dikhianati dan disirami dengan pelbagai pembohongan nyata yang semakin lama semakin meluas kegilaannya.

Awak.
Rambut awak memang cantik.
Cermin mata awak juga lawa.
Perwatakan awak menarik.
Itu sudah cukup indah.
Dan awak tahu?
Itu membuatkan awak sudah lebih mulia daripada mereka yang mengkhianati sebuah persahabatan yang tinggi nilainya.

Awak.
Saya undur dulu ya?

Zara : Hari ini orang datang tidak berhenti-henti. Dan ada lagi lelaki yang datang ke rumah, berkunjung sebagai satu bentuk tradisi. Dan dia, telah membebel kerana aku tidak pernah berhenti di rumahnya yang tersergam indah dan menggamit hati. Alahai. Nantilah sahabatku yang baik.


6 comments:

Hizami Li said...

wah.
siapakah awak?
jeng3.
:)
jom raya!

paan said...

awak ni memang suka pada awak-awak yg berambut lawa ye ?? haha :)

selamat hari raya , salam aidilfitri.

Hirasawa Izzie said...

ala...sedihla...
awak,
kalau awak baca...
jaga persahabatan dengan si zara ni ek.
die org yg baik...
kihkihkih

hans said...

kita sebagai adik beradik FB rasa2nya tak perlu ada rahsia

setuju?

kalau setuju sila bagitahu siapa
gagagagaga

Anonymous said...

Sayang...cinta yang luhur itu dirasa buka dilihat. Kamu taju kerana kamu boleh merasa ia, walaupun suatu hari nanti.

Jangan mengaku atau menidak, ianya subjektif. Hanya Allah jua yang tahu segala. Doa manis aku buatmu sayang.

tOm said...

serius.. rambut "awak" memang cantik!