Salam semua.
Semalam aku menulis mengenai iklan raya yang hangat menjadi perdebatan di sana-sini. Bahkan, di Mukabuku juga sudah wujud satu kumpulan yang membantah iklan tersebut. Aku mendapat banyak komentar jujurnya mengenai iklan yang aku letakkan di blog. Kebanyakannya bersetuju dengan aku, tetapi ada juga (yang terpaksa aku padam) disebabkan komentar itu mengandungi kecaman yang penuh makian dalam penulisan mereka. Maaf, bukan aku tidak sudi, tetapi aku bimbang kalian pula yang dimaki semula.
Ini sekadar gambar hiasan semata-mata. Cuma aku tertarik dengan persoalan yang dikemukakan oleh watak kartun tersebut. Itu sahaja.
Pemikiran Jumud.
Semalam, aku dikecam berfikiran jumud kerana tidak dapat menerima unsur-unsur budaya lain di dalam iklan yang aku berikan ulasan yang pendek sebenarnya. Tidak aku nyatakan dengan jelas iklan yang mana, cuma, pembaca itu mungkin dikuasai oleh emosi atau entah apa. Dia menyatakan aku tidak melihat iklan tersebut dengan penerapan konsep 1Malaysia dan sebagainya. Aku pada mulanya ingin ketawa kerana apabila pembaca itu menyatakan sedemikian, dia yang sebenarnya tidak memahami konsep tersebut dengan sebenar-benarnya.
Bagi yang menyatakan aku jumud itu, terima kasih. Salah konsep kamu itu. Aku tidak jumud tetapi kalau kamu yang melontarkan komentar yang langsung tidak mengerti tentang apa yang tidak boleh dalam agama dan sebagainya, awas, jangan cuba mencari permusuhan dengan menghentam aku sesuka hati kamu. Agama dan budaya adalah dua perkara berbeza. Itu kamu perlu tahu. Kalau kata aku konservatif, aku masih boleh terima aku rasa. Senyum mesra.
Elemen politik.
Ini sesuatu yang langsung tidak dapat dicerna oleh akal aku. Sejak bila aku meletakkan unsur-unsur politik di blog aku? Disebabkan iklan yang aku kongsi adalah dibawah negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat, terus kau menyatakan aku menyokong mereka? Untuk pengetahuan kalian semua, pegangan politik aku adalah rahsia. Aku tidak pernah secara terang-terangan berkongsi parti mana yang aku suka. Eh silap, aku suka parti ulang tahun kelahiran. Boleh makan kek. Ketawa.
Dan ya, aku suka mahu berkongsi apa yang dibualkan oleh kawan aku bersama dengan anak dia. Anak dia bernama Adam, dalam lingkungan usia baru pandai menonton apa yang ada di televisyen dan komputer peribadi bapa dia.
Adam : Papa, kenapa Atok tak pernah bawa Adam naik ni? (sambil tunjuk beca terbang)
HBD : Itu bukan raya kita punya.
Adam : Bukan kita punya?
HBD : Bukan.
Adam : Raya nanti Atok ada beli tak?
HBD : Atok ada kereta.
Adam : Tapi kereta tak boleh terbang.
HBD : (pening dan serabut)
Senyum.
Seperti yang aku kata pada HBD, jawapan pada anak kecil itu harus terang. Nasib baik dia hanya menonton itu bersama dengan bapanya di komputer. Ah, masih banyak yang perlu diterangkan kepada anak yang keletah itu.
Aku menganggap tulisan aku semalam itu hanyalah sebagai suatu teguran atas dasar tanggunjawab sosial. Bukan disalah erti sebegitu rupa. Itu sahaja.
Zara : Hari ini aku berbual dengan seseorang tentang betapa manusia yang kadangkala dekat dengan kita, sebenarnya menipu kita dengan sandiwara dan drama yang tidak ada penamat ceritanya. Kelakar dan semakin lama semakin menarik jalan ceritanya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
14 comments:
tak kisah le org cakap kita pemikiran kampung ke, yang penting mana boleh agama dicampur2 kan
1 Malaysia apanya iklan tu
ko suruh dia gi baca balik review2 iklan tu
ada masa 1 Malaysia tapi perayaan nih bersangkut paut dengan agama
aku xkisah kalau dia selitkan orang cina ke india dalam iklan tu
tapi xperlulah elemen2 macam beca terbang ke bunga teratai ke dimasukkan
entah apa2 lah kan
P/S : Aku Maluuu
penggabungan antara agama takde kena mengena langsung dengan konsep 1M tu. tapi 1M lebih kepada penggabungan dan asimilasi antara kaum. bukan jumud tapi pertahankan yang asli. kau mahu dalam krismas ada solat hajat?
1st time tengok iklan tu pun..alia dah tak berkenan...
1 Malaysia katanya. Agama dan kaum tak sama, tak boleh langsung cmpur.
tu kita boleh wish selamat utk kaum,tp bukan selamat utk agama, mcm christmas semua. :)
bayangkan kalau anak HBD pon dah keliru,anak2 yg lain bagaimana?
1 Malaysia refer pada kepelbagaian kaum di malaysia bukan kepelbagaian agama/anutan di Malaysia
Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku
Surah Al-Kafirun - ayat 6
Mana boleh campur² kan..
Last post
Malu Jadi Melayu? Kau Nak Jadi Apa? Cina? India? Yahudi? Silakan
bila kita bersuara utk mempertahankn kesucian Islam,kata kita ni jumud la,kolot la..ape la.haihh!pelik betul..agaknya nk tunggu Malaysia ditimpa bala agaknya baru terhegeh2 nk kawal itu ini..bala yg ada skrg ni pn xterbendung.
open minded adalah terima semua seadanya.
bukan menghalalkan apa yang haram, vice versa.
kehidupan kita terlalu laju,
sehingga garis antara benar dan salah makin kabur.
jadi, banyakkan membaca sebelum bercakap.
nasihat untuk anda sekalian, dan aku juga.
peace.
Geram jgk aku ngn makhluk mcm ni, sesuka hati tuduh org camtu. Dlm bulan pose bknnya nk tapis dari segi pertuturan...
apapon, iklan tv3 tu nonsense. aku peduli apa dgn 1Malaysia. Kalau ak pedulipon, iklan tu xde lgsg ciri2 1Malaysia.
komen tadi masuk ke? tak kesah la zara, yg penting iklan tu tak best merapu giler
tolong lar...satu malaysia tak dak kaitan dgn agama..agama nih mana buleh nak kaitkan dgn agama..agak2 lar...niat tak menghalalkan cara la..
dia org tak boleh berbeza pendapat dan berlain sudut pandang lah zara sabo je
inilah yg kita takuti. agama dan budaya tidak tahu dibezakan.mereka fikir budaya & agama boleh dicampuradukkan.
salam ziarah...
pertamanya,nasib kita sama...dituduh paranoid dan sukakan perkara yang remeh temeh...mungkin persoalan terbesar di sini ialah akidah maka saya bersetuju mengatakan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang terkial-kial dengan persoalan akidah....maka,tanggungjawab kita untuk menerangkan itu...
kedua,terbukti betapa ramai yang menyalah anggap konsep 1M....seingat saya hanya mereka yang non muslim sahaja berfikiran sedemikian tetapi nyata meleset....dulu,pernah saya ceritakan bagaimana Persatuan Kebajikan Kristian UKM (perkeb) telah mengeluarkan kenyataan depan saya dalam satu meeting bahawa konsep ini mengnjurkan kepada 1 agama...saya tegaskan ini salah...1M bukan berteraskan 1M...dan saya amat bimbang perkara ini tidak dijelaskan oleh mereka yang sepatutnya tentang konsep ini...kini,saudari mengatakan ada si pengomen yang menuduh saudari tidak memahami konsep sebenar 1M...tidak fahanm atas dasar apa??adakah mereka merasakan konsep 1M perlu kepada penyatuan cara beragama,ibadat??
moga ALLAH memberi petunjuk kepada kita semua dalam hal ini...
Post a Comment