Thursday, September 30, 2010

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali Dan Zahiril Adzim Memang Comel : Kenapa Aku Sebak Dengar Lagu Ini?


Setiap hari dengar lagu ini.
Dalam radio biasanya.
Ada bait-bait yang menyentuh rasa.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


*******



Untuk seorang teman yang menghadapi kesukaran melupakan kisah lama yang menghantuinya. Teman, aku sangat memahami apa yang kau lalui. Sangat mengerti penderitaan yang kau tanggung, tapi jangan lupa yang kau bukan seorang diri.

Kawan : Kau terlampau kuat.
Aku : Perlu kuat untuk teruskan hidup.
Kawan : Pinjamkan aku sedikit kekuatan.
Aku : Bahkan kalau perlu, aku salurkan sebanyak mana yang kau suka.
Kawan : Tiada bahu yang dapat aku pinjam.
Aku : Masih punya aku.
Kawan : Jauh.
Aku : Kesat air mata.
Kawan : Kecewa, aku sengsara.
Aku : Jangan lupa janji Allah.
Kawan : Tapi aku sakit.
Aku : Kesakitan hari ini, adalah untuk kegembiraan masa depan, insyaALLAH.
Kawan : Nak peluk kau.
Aku : Lain kali jumpa, peluklah.
Kawan : Moga-moga kau sudah jadi milik orang waktu itu.
Aku : Kau juga mungkin.

Kenapa aku sebak dengar lagu ini?
Jawapannya pasti ramai yang sudah tahu.
Senyum.

Nota kaki :
Tanpa silam aku, mungkin aku tidak sekuat ini.
Tanpa apa yang aku tinggalkan dibelakang, aku mungkin manusia yang tidak berjaya.
Tanpa segala kepahitan yang dilalui, aku mungkin bukan siapa yang kalian kenal hari ini.

Zara : Berbual dengan seorang kawan di Jepun membuatkan aku lebih menyedari, bahawa hidup manusia adalah satu fragmen yang indah dan penuh warna. Ujian dan cabaran dilalui untuk membina kehidupan dan kebahagiaan masa depan.

13 comments:

Vanilla Popsicle said...

lagu ni comel! :D

TheBentPencil said...

berbual dgn zack ker? hehehe

oh I wish I can be like you zara,
I mean, I had this friend of mine who just broke up, and I can't console her that well...

aizatshafiq said...

lagu best...sangat suka lagu ni...
=)

aLya maNip said...

u r a great person k.zara..
akak kuat la..
nk gak pnjam sket kekuatan yg akak ade :-)

LuVidA^^ said...

nice song. first time tgk n dgr kt sini. thx 4 sharing

zino said...

tak sempat nak dengar lagi.. salam aidil fitri..

azieazah said...

Hari hari lagu ni ada main di radio. Sampai dah leh hafal (sebb dengar radio di tempat kerja).

Anna Raffali main gitar sambil pakai baju kurung, sangat unik.

Dan sejak dulu hingga kini, Kak Azie cukup minat dengan Zahiril Adzim. (Dah lama dia tak update blog)

Unknown said...

oooooo.ske lagu ni...satu lagik lagu Aizat, sungai lui..best jugak and yuna-gadis semasa....kakkoiii

ZaridaIshak said...

nice and sweet song... comel jugak... heheh

Aliesha Kirana said...

ohh feelingnya dgr lagu ni, tgk pulak zahiril adzmin..adus.

Anonymous said...

aku suka nota kaki ko.nice!
hidup ini indahkan,tiap org pernah rs kecewa dan rs sakit.itu normal tapi cmne nak hadapi kesakitan dan kekecwaan itu bergantung pd sesorg itu.nak atau tak,hidup kena di teruskan.. =)

[z@ck] said...

aku lagi tacing weyh..sobsss

Unknown said...

ni lagu ynag best.. & anna rafali memang comel ehhe
kuman "magazine.." Entry