Monday, September 13, 2010

Budak Rambut Lawa - Saya Kesal Menulis Itu Buat Awak. Sila Anggap Saya Main-Main Sendirian Sahaja.


Budak rambut lawa.
Saya ketawa.
Sebab apa?
Sebab saya silap.
Saya tidak boleh menyukai awak.

Ketawa.
Sungguh, saya memang ketawa.
Terbaring sendirian malam tadi membuatkan saya tertanya-tanya, apakah yang saya mahukan dalam hidup ini. Siang tadi saya keluar bersama dengan teman-teman membuatkan saya terfikir sendiri. 

http://farm5.static.flickr.com/4143/4944864250_9242bf988a_z.jpg

Saya mungkin tidak betul semalam.
Saya mungkin terburu-buru.
Saya mungkin tidak berfikir dengan jelas.

Saya terfikir.
Kalaulah budak rambut lawa tahu, mestilah dia akan hantar pesanan pada saya dan kata "Awak, jangan jadi bodoh. Saya tidak suka awak, awak hodoh!"
Senyum.
Itu pasti saya rasa.

Saya senyum sendirian.
Saya tidak mahu kehilangan sebuah nilai persahabatan.
Itu memang saya.
Sentiasa ketawa dan senyum gembira.

Seorang teman bisikkan kepada saya suatu perkara. Benda yang sama saya pernah titipkan pada dia suatu ketika dahulu. Benar, aku duduk, diam dan dengar kembali apa yang pernah aku sampaikan pada dia.

"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata."

Budak rambut lawa.
Sebab awak tidak ada berhubung dengan saya lagi, saya rasa saya tidak patut menulis lagi tentang ini. Saya melakukan kesilapan besar sekali lagi.
Maaf.
Saya sudah sedia bunuh perasaan ini.
Sebab saya takut melukai diri sendiri.

Ikan di laut, asam di darat.
Dalam periuk, kita masak asam pedas pekat-pekat.

Zara : Badan terlampau letih. Maaf, senyuman semakin sirna dari wajah.


14 comments:

chentaMAYA said...

beb. rehat ckup2 ye!

cactusitu said...

salam zara, selamat hari raya. rilex k :D

Lisa said...

blog awak cantik betul. :D

Unknown said...

huh? XD

izul said...

love to human is too artificial! lets enjoy our life! ^^

tpinky said...

nice entri .. hmm jgn tlalu merendah diri..pasti ada istimewanya kmu.... perasaan sebgitu harus dinikmati..itu lah proses utk mematangkan.. :-)
Salam Aidilfitri ...

ENCIK TIKUS said...

rehat lah cikgu. ape pung selamat hari raya en.tikus ucapkan ;DD

Nizam Gtz said...

Senyum semakin sirna dan semakin hanyut dibuai lena... hhuhuh... Rehatlah Cik Zara oit...

[z@ck] said...

sapa budak rambut lawa weyh?
aku kah? hehehe

TheBentPencil said...

relax. Ive been through the same thing.

siap letak dalam blog lagi segala "i've fallen in love with _____"

saja nak tengok reaksi dia, really.
but for me, at least he knows about it and reject me by saying "kau budak gila dan poyo kau ingat aku hingin?" rather than spending the eternity not knowing.

don't delete that post!
pandai feeling pandai tanggung la kan?

Unknown said...

Jangan dibunuh perasaan.. bahaya.. :o) bunuh "perasan" takpe...

Bio-clock pening

Tiq said...

Jangan sedih...i salut u sbb berani.
Kalau tk pasti u akn
ternanti nnti jwapannya.

Cheer up yah.terus followed u :)

noorafzan.blogspot.com said...

kecantikan dan kehodohan kalau dinilai secara fizikal takkan membahagiakan.

So, betul tu..
bunuh perasaan itu!

ishiko said...

sis zara pandai mengubati diri sendiri.. saya suka...
"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata." ^_^


*singgah ye... belog saya pun berwajah baru..