Salam semua.
Semalam aku menulis mengenai iklan raya yang hangat menjadi perdebatan di sana-sini. Bahkan, di Mukabuku juga sudah wujud satu kumpulan yang membantah iklan tersebut. Aku mendapat banyak komentar jujurnya mengenai iklan yang aku letakkan di blog. Kebanyakannya bersetuju dengan aku, tetapi ada juga (yang terpaksa aku padam) disebabkan komentar itu mengandungi kecaman yang penuh makian dalam penulisan mereka. Maaf, bukan aku tidak sudi, tetapi aku bimbang kalian pula yang dimaki semula.

Ini sekadar gambar hiasan semata-mata. Cuma aku tertarik dengan persoalan yang dikemukakan oleh watak kartun tersebut. Itu sahaja.
Pemikiran Jumud.
Semalam, aku dikecam berfikiran jumud kerana tidak dapat menerima unsur-unsur budaya lain di dalam iklan yang aku berikan ulasan yang pendek sebenarnya. Tidak aku nyatakan dengan jelas iklan yang mana, cuma, pembaca itu mungkin dikuasai oleh emosi atau entah apa. Dia menyatakan aku tidak melihat iklan tersebut dengan penerapan konsep 1Malaysia dan sebagainya. Aku pada mulanya ingin ketawa kerana apabila pembaca itu menyatakan sedemikian, dia yang sebenarnya tidak memahami konsep tersebut dengan sebenar-benarnya.
Bagi yang menyatakan aku jumud itu, terima kasih. Salah konsep kamu itu. Aku tidak jumud tetapi kalau kamu yang melontarkan komentar yang langsung tidak mengerti tentang apa yang tidak boleh dalam agama dan sebagainya, awas, jangan cuba mencari permusuhan dengan menghentam aku sesuka hati kamu. Agama dan budaya adalah dua perkara berbeza. Itu kamu perlu tahu. Kalau kata aku konservatif, aku masih boleh terima aku rasa. Senyum mesra.
Elemen politik.
Ini sesuatu yang langsung tidak dapat dicerna oleh akal aku. Sejak bila aku meletakkan unsur-unsur politik di blog aku? Disebabkan iklan yang aku kongsi adalah dibawah negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat, terus kau menyatakan aku menyokong mereka? Untuk pengetahuan kalian semua, pegangan politik aku adalah rahsia. Aku tidak pernah secara terang-terangan berkongsi parti mana yang aku suka. Eh silap, aku suka parti ulang tahun kelahiran. Boleh makan kek. Ketawa.
Dan ya, aku suka mahu berkongsi apa yang dibualkan oleh kawan aku bersama dengan anak dia. Anak dia bernama Adam, dalam lingkungan usia baru pandai menonton apa yang ada di televisyen dan komputer peribadi bapa dia.
Adam : Papa, kenapa Atok tak pernah bawa Adam naik ni? (sambil tunjuk beca terbang)
HBD : Itu bukan raya kita punya.
Adam : Bukan kita punya?
HBD : Bukan.
Adam : Raya nanti Atok ada beli tak?
HBD : Atok ada kereta.
Adam : Tapi kereta tak boleh terbang.
HBD : (pening dan serabut)
Senyum.
Seperti yang aku kata pada HBD, jawapan pada anak kecil itu harus terang. Nasib baik dia hanya menonton itu bersama dengan bapanya di komputer. Ah, masih banyak yang perlu diterangkan kepada anak yang keletah itu.
Aku menganggap tulisan aku semalam itu hanyalah sebagai suatu teguran atas dasar tanggunjawab sosial. Bukan disalah erti sebegitu rupa. Itu sahaja.
Zara : Hari ini aku berbual dengan seseorang tentang betapa manusia yang kadangkala dekat dengan kita, sebenarnya menipu kita dengan sandiwara dan drama yang tidak ada penamat ceritanya. Kelakar dan semakin lama semakin menarik jalan ceritanya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
















