Salam.
Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini.
Kecewa?
Istilah itu tidak akan dapat lari dari diri.
Cuma, berapa lama akan membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan?
Itu satu persoalan yang berlegar dalam hati.
Diam, biarkan suasana sepi.
Manusia macam aku ada satu kelemahan yang sangat menyakitkan. Aku paling takut kalau aku membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati dengan aku. Sungguh, aku memang takut bila aku terjebak dalam satu keadaan atau situasi di mana aku tidak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepi aku. Kelakar bukan?
Tapi, itu aku.
Semalam, aku ada berbual panjang dengan seorang kawan tentang bagaimana untuk mengubah tabiat ini. Kawan itu dengan senang hati menyatakan itu sesungguhnya suatu ciri yang baik, tetapi aku, disebalik menggembirakan hati orang lain, sakit sendirian dan menjadi benci dengan keadaan sekeliling yang pastinya membuatkan aku tersenyum lebih banyak daripada biasa.
Kawan : Kau ambil keputusan lari lagi?
Aku : Ini yang terbaik.
Kawan : Mana kau tahu?
Aku : Aku dapat merasakan ini yang terbaik.
Kawan : Atas dasar apa? Kau sayangkan persahabatan kau, dan kau korbankan persahabatan tu demi orang lain gembira?
Aku : Sudah aku katakan yang biarlah orang lain gembira.
Kawan : Itu baik, tapi kau tahu kan apa kau buat?
Aku : Biarlah orang lain bina kebahagiaan dari kedukaan aku.
Kawan : Kau sakit sendirian.
Aku : Supaya aku boleh tersenyum riang kemudian hari.
Kawan : Kau dah cukup lama keseorangan, jangan jadi lebih sengsara menanggung sakit.
Aku : Manusia macam aku beku. Tidak terangsang dengan unsur luar buat masa ini.
Kawan : Kau tahu yang sahabat kau akan kecewa?
Aku : Percayalah cakap aku, dia akan lebih gembira tanpa aku.
Kawan : Bukan kau tahu hati dia.
Aku : Memang aku tak kenal hati dia, sebab aku tak pernah singgah di situ.
Kawan : Lain macam bunyi?
Aku : *ketawa* Lumrah dunia yang aku sudah belajar dengan menahan air mata.
Kawan : Jangan jadi gila.
Aku : Tiada air mata, kau jangan risau.
Kawan : Kau dan sahabat kau yang sama-sama terkorban.
Aku : Kaki aku di kapal lain, kaki dia di kapal lain, itu kau perlu faham.
Kawan : Yang selamat hanya yang menumpang.
Aku : Bahkan, aku belayar seorang, dia punya penumpang.
Kawan : Dan kau takkan jerit kalau kau tenggelam?
Aku : Tidak, sebab tiada jalan untuk berpatah balik.
Kawan : Manusia sepi.
Aku : Dalam sepi, aku masih senyum.
Kawan : Jangan tipu diri sendiri.
Aku : Tidak. Kau pun tahu aku suka senyum.
Satu proses pelarian?
Bukan.
Ini satu proses kehidupan.
Aku memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan.
Bertanggungjawab dalam apa sahaja yang aku lakukan.
Berikan yang terbaik sementara aku masih punya kesempatan.
Ukir senyuman.
Lepaskan nafas perlahan.
Tiada lagi sebarang jawapan.
Nota Kaki :
Bagi yang bertanya tentang Legasi Cinta Alisia, insyaALLAH, aku akan mula menulis semula. Runut Irama Jiwa Kita akan dihasilkan dalam versi cerpen sebagai hadiah buat seorang teman yang sudah terbang pulang ke sangkar dia memulakan kehidupan selepas terbuang dalam kehidupan remaja yang penuh dugaan.
Zara : Ada orang yang bertanya, mengapa manusia kadangkala terlalu lemah. Jawapan aku mudah. Manusia ini memang makhluk yang lemah, cuma, mereka sendiri perlu bangkit untuk memberikan yang terbaik pada diri dengan menonjolkan kekuatan sendiri.
7 comments:
jom kita lari sama-sama yer zara..huhuhuhu
sayang.. aku nak jadi kuat macam kamu sayang.. i wish.. i wish..
Buddy.
Thanks a lot.
:')
I know the FOOTNOTE is refer to whom. But the overall entry, does it refer to that 'person'? Thanks for the wish & farewell Shafaza. U'll always be my buddy. :')
Indeed, for those who might don't know who are U, I just want to share this.
"She always hurt herself alone like this, but I know, she's a strong girl indeed. No more tears, no more cry out loud. You've grown up pretty fast babe :)"
Take care.
satu luahan yg mengasyikkan and pretty serious stuff.. sukar nak cari yg boleh meneruskan kehidupan...
kuman Jalan kat Perlis Entry
apa jua pilihan dalam membuat keputusan. there must be a reason. orang mungkin taktau. tapi kita tau dan Allah tau!
gud luck sis!
samalah kite...
x bleh and x suke buat orang terasa hati...
kita plak yg akan rasa x sedap hati...
tp kehidupan memang begitu...
agak sukar utk menjaga hati semua orang...
rambut sama hitam tp hati laen2...
penyelesaiannya...mudah...jaga kata2...dan senyum selalu...
Sy teringat kisah sy masa sekolah dulu, kami hantar laporan dekat pihak sekolah sebab dewan makan beri makanan tak berkualiti dan ramai student complaint. pengetua decided untk bertindak.
bila sy pergi makan hari tu, semua staff dewan mkn pdng2 bisik2 mcm sy orng bersalah jatuhkan diorang. terus sy gi jumpa penyelia dewan mkn untuk berbincang dan minta maaf.
talk about satisfying everyone. heh.
but all in all, kualiti mknn meningkat untuk sebulan. T_T"
Post a Comment