Wednesday, September 08, 2010

Lelaki Pun Tahu Along Suka Manchester United? Malulah Along! - Hadiah Paling Comel Tahun Ini.


Mak, Along tak segan pun.
Sebab boleh dikatakan sesiapa yang baca blog ini tahu Along suka Manchester United.
Ketawa.

Tadi pagi sedang membuat kuih di dapur, seorang kawan yang sudah dikenali sejak tahun 1998 (dah dua belas tahun kenal), menghantar pesanan di Mukabuku dan juga di telefon. Dia dah balik rumah dan ya, hadiah aku ada pada dia. Nampaknya, dia satu-satunya orang yang memberikan aku sesuatu sempena hari lahir aku. Senyum. Sumpah, gila terharu.

Dia : Kau tunggu di luar rumah sekarang.
Aku : Ya.

Dia datang, jalan kaki dari rumah dia. Nampak dia bawa dua kotak. Satu kecil dan satu lagi besar. Ah, senyuman yang sama macam 12 tahun lepas. Memang kawan terbaik yang pernah aku ada.

Dia : Kau tengah buat kuih ya?
Aku : Ya.
Dia : Yang atas ni, hadiah hari lahir kau, yang bawah ni, yang kau nak.
Aku : Apa dia? (sambil nak jengah)
Dia : Tengok kat dalam rumah nanti.
Aku : Terima kasih. Raya nanti jemput datang rumah.
Dia : Hari raya keberapa tu?
Aku : Ikut suka hati kau.

Baiklah. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa yang aku dapat hari ini.


Ini hadiah daripada dia.


Untuk pandangan lebih jelas.


Ini kek keju yang aku minat.


'Blueberry Cheesecake' yang sedap amat!

Dan untuk pengetahuan kamu semua, yang membuat kedua-dua kek itu adalah dia sendiri. Ya, seorang lelaki. Betapa bertuahnya kalau dapat suami begini. Malangnya, lelaki ini sudah punya teman wanita, kalau tidak, mesti aku dah hantar rombongan masuk meminang. Ketawa. Baiklah, itu gurauan gila. Mati aku kalau dia baca.

Terima kasih yang teramat sangat pada kawan baik aku itu. Memang sangat terharu dapat kek buatan dia ini. Ya, lelaki itu memang sangat halus buatan kek dia. Dan, siapa yang sangka, dia akan buatkan kek Manchester United buat aku?

Bonda : Zam bagi ni?
Aku : Ya.
Bonda : Zam pun tahu Along suka Manchester United? Malu betul.
Aku : Dia dah kenal Along dua belas tahun Mak. Dia dah tahu sangat benda ni.
Bonda : Bayarlah pada dia.
Aku : Dia beri lah Mak. Marah pula dia kalau Along bayar.

Memang sangat sedap. Sayang pula nak potong kek Manchester United itu. Alahai.

Zara : Hari ini aku memang tersenyum lebar. Ya, amat lebar dan hati berbunga riang dengan pemberian daripada seorang rakan yang baik ini. Kalau kamu mahu tempah, nanti aku beritahu dia. Dia bekerja di Selangor, Petaling Jaya kalau aku tidak salah.


21 comments:

AinComei said...

perut berbunyi melihat kek2 itu~ mahu tempah juga!! jgn lupa beri alamat kedai dia nnt ya.. :p

Munsyi said...

Dia ade ckp kek tu dr aku tak?hehe.

sori tak dapat beri apa2 lagi buat masa sekarang. hanya doa.

Hizami Li said...

fuh.
nampak pun dah sedap.
:D

Azrul Hisham said...

nak blueberry cheesecake...huhu :p

eddie dewanaga said...

...boleh menang takhta liga ke tahun ni budak2 Ferguson tu...???

safiyyah said...

bestnya dapat lelaki macam tu... hahaha..

Ieqa Swetluv said...

wahh bestnye.. terliur tgk blueberry cheesecake tu huk3

eliana said...

aaa..bluberry cheese cake tu nmpak sgt menggoda!
zara,.share la cket..hee

joegrimjow said...

xsuke man u
xsuke xsuke

Unknown said...

uwaaa,cantik kek mufc tu

emieysandra said...

memang sayang r nk potong kek manchester tu..

~_^

Miss Shizu said...

jeles..jeles...jeles...

jeles ngan kek mu tuh...nak gakkk...hukhukhuk

Farah said...

Untungnya kak Zara =)

fadh ^_^ said...

ayaiyai~
nmpk sodap lah~
nak sikit....

Oh Malaysia said...

dua2 kek tu nampak sedap. aku xpernah dapat kek hari jadi. :-)

vidadarisakura said...

sedappppppppppppppppp!


hee

selamat hari raya..

Kap said...

apa kena mengena red devil dengan brown bear? ;)

tuntung said...

perghh..
betul ke dy bukan single?hahhaha

gurau2

tuntungkita.blogspot.com

yanze said...

cantik kek manchester united tu. ehehe. slmt hari raya :)

-nad26z- said...

zara...OMG!!!!
u're a RED DEVIL as well??!!~
serioussss??!!finally i met SOUL 'devils' jgk!!hahaha..
im **** red devils jgk.ahahaha.
wait til u see my 'collection' of pwesents.. =P
but frankly speaking..i would probably feel like 'high on drugs' dpt kek man u tu!!!soooooooooo LUCKY u!!! ^^
okie2..gotta cool down.ahaks!

slmt hari raye..
n selamat berkenalan juge ;)

-nadiah-

May Maisarah said...

laa...tak expect pon yg man u tu kek jugek.ingatkan mcm perhiasan or something like that.waahhh...pandai btol kwn akan tu buat kek ek.nampak sgt menyelerakan.

btw, selamat hari raya, sis.