Baru keluar daripada dapur.
Setelah 4 jam.
Baru dapat kek satu jenis.
Tapi disebabkan kek itu dibuat dalam 2 adunan, maka aku dapat 4 buku kek tersebut. Nanti kalau dah sejuk dan dikeluarkan daripada peti sejuk, aku ambil gambar (Semasa proses penyediaan tidak dapat diambil disebabkan mata Bonda menjeling setiap kali aku mengeluarkan kamera ataupun telefon genggam).
Kebetulan, hujan sedang lebat di luar sana. Pasti langit juga berasa terharu mengenangkan aku membuat kuih raya dengan gigih sekali tahun ini. (Gila datang menyerang, ketawa)
Bonda : Tahun ni semua Along buat sendiri ya?
Aku : Buat kek sendiri?
Bonda : Ya. Sukat betul-betul.
Aku : Dah kata budak Kimia, mesti sukatan tepat, jangan risau.
Bonda : Ye la tu.
Aku : Bahan kimia mana boleh salah sukat.
Bonda : Apa lagi, mulakan la.
Aku : (sengih)
Dan disebabkan kek itu ada susunan yang tersendiri, maka pelbagai aksi boleh dilihat di dapur tadi. Ya, tangan yang biasa menaip dan menulis ini, agak gila di dapur. Nasib baik ada tisu segulung di tepi. Sudahlah sambil membuat kuih mata menjeling televisyen, menonton rancangan menarik di Saluran Ceria Anda. Senyum.
Bonda : Apa lagi, susun, sapu krim semua.
Aku : Kena buat ni juga ke?
Bonda : Yang pertama, Mak dah buat, ni Along pula.
Aku : Baik.
Bonda : Ukur betul-betul, jangan ada sebelah panjang, sebelah pendek, lebar lain-lain.
Aku : Ya, baik (sambil capai pembaris)
Bonda : Siap guna pembaris kalau senget tak tahu lah.
Aku : Kata cikgu KH, mestilah gigih macam ni.
Bonda : Ni kenapa ada yang tak sama lebar ni?
Aku : Sebab tak guna sesiku L.
Bonda : Huh?!
Lepas ni nak sambung buat kuih lain agaknya. Biskut entah nak buat atau tidak ya? Kan aku dah penat uli biskut di Mydin Sabtu lepas? Ketawa.
Zara : Seronok sebenarnya membuat kek sempena hari raya. Perasaannya adalah berlainan daripada membuat kek di hari biasa. Gigih aku menyukat segala jenis tepung, dari tepung Hong Kong ke tepung jagung segala.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
16 comments:
Habislah kek tu..
asid ke alkali kek tu? haha!
ko ni mmg la, ada ke patut guna sesiku L wat kek. wat senak perut je..haha!
waahha,,smgt sungguh ;D
hahaha... betul2 mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan ni... syabas...
Kena pakai timbang air lah.. baru tak senget (sigh)
Selamat Hari Raya Cikgu Zara... wink2!!
Maaf ZAhir Batin...
tak dpt bayang kalo guna sesiku L buat kuih..
huhu..
kek lapis ek..
mosti sodap cik zara buat...
nak gi raya laaa..
hehe
bila dah obses dengan kerjaya... Inilah jadinya... Mood raya semakin 'beraroma'
LOL zara,baik guna apit G bagi kek tu tak gerak. :P
mmg nak buat aku ketawa berguling kalo guna sesiku L nak buat kek yg kemas.... apalah ko ni... -_-"
Boleh buat menantu ni.. pandai segala2.. :)
haha.
sesiku L?
wah.
advance betul cikgu zara buat kek.
nak belajar boleh?
:D
wiwit!!! buat kuih raya akak kita! XDDD
wiwit!!! buat kuih raya akak kita! XDDD
Salam persahabatan...
sesiku l? hahah pahat pakai tak?
aku tak suke wat kek... tp suke wat biskut..
walaweh
dah start ke?
ku xbuat apa2 lagi
P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!
siap dgn sesiku L+pembaris tue..hehehe
Post a Comment