Salam semua.
Penulisan di bawah itu penuh dengan emosi ya?
Itu jujur daripada pemerhatian pada manusia di sekeliling aku dan apa yang berlaku dalam hidup aku. Seperti yang aku nyatakan, itu bukan kisah cinta teruna dan dara. Itu kisah yang berlaku dalam hidup aku dengan manusia yang aku langsung tidak menyatakan apa jantina. Biarlah. Yang pasti, manusia itu tidak muncul dari pagi tadi setelah penulisan itu meluncur keluar dari ketuhar Dunia Sebelah Zara.
Ketawa.
Aku masih lagi seorang penonton yang setia.
Kalau kau hidangkan aku drama atau telenovela, aku masih lagi mahu lihat kau beraksi di atas kanvas yang kau cipta. Bukan sebab aku suka, tetapi lakonan yang menarik itu sangat memberangsangkan serta seperti sebuah roda yang berputar laju dan menuju ke suatu tempat yang sama. Senyum mesra.
Cukuplah.
Macam aku kata tadi, itu adalah prolog sebuah ceritera yang belum aku lihat pengakhirannya. Masih berada di atas laluan yang entah apa aku mahu coretkan lagi agaknya. Sendu dan tawa sudah jadi kemestian dalam merungkai sebuah bicara.
Berhenti.
Baiklah.
Buat kesekaliannya, aku menerima lagi soalan di BorangSpring aku tentang suara aku. Aduhai, kalau teringin sangat mendengar suara aku, mari, aku berikan nombor telefon. Ada yang masih tidak percaya dengan penulisan ini ya? Memang suara aku begitu, boleh tanya sesiapa sahaja yang pernah mendengarnya. Secara kebetulan, aku dapat soalan ini, pagi tadi, penulis blog terkenal, Zack Zukhairi ada menulis tentang itu. Mahu lihat?
Itu bukti yang aku cetak di Mukabuku aku. Ada lagi sesiapa yang mahu bertanya?
(sambil sinsing lengan baju)
Itu pendapat orang yang dah dua kali dengar suara aku. Ketawa.
Ada ramai juga penulis blog yang dah dengar suara aku berbual (ataupun ketawa lepas secara menggila). Perlukah aku senaraikan nama mereka? Nanti jadi bahan kontroversi pula. Yang di atas ini, boleh dikeluarkan sebagai tanda aku mahu mengucapkan tahniah yang dia sudah muncul di dada majalah pula. Ya, tahniah kepada beliau. (Zack, nanti kalau aku pergi bandar, aku cari majalah itu. Mana tahu dapat jumpa kau, aku suruh kau tandatangan. Ha ha ha).
Penat.
Sebenarnya badan keletihan usai membuat tiga jenis kuih pagi ini. Eleh, tiga jenis pun penat kononnya sedemikian rupa.Macam mana nak membina keluarga ni? Baiklah, ayat geli itu sila abaikan.
1. Kek kukus (sesetengah orang panggil kek buah)
2. Emping jagung madu
3. Kek batik.
Dah cukup.
Aku nak keluar dengan gadis-gadis aku selepas ini.
Senyum.
Zara : Kelakarkah kalau dah besar cakap nak beli kasut raya? Mana ada kelakar kan? Itu suatu bentuk keperluan, apa salahnya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
24 comments:
hehhe..garau sangat kah?
tertanya2...=)
z dah makin glemer...=)
kenal dia dulu kat fb dia belum siapa2....tapi dia mmg seseorg yang istimewa..=)
best ape sore zara
da pnh dgr dulu ;p
raya nt dtg ruma eh! ;)
suara parau tu mcm mana cikgu??
majalah ape weyh?
haha kelakar la org yang tanya tu..siap nakkan kepastian...pernah gak Zack post kat wall saya,nasib baik tak digembar gemburkan..hoho..tape2 zara,sebab awk popular kot...hehe..
serak2 basah kot??hehehe..ala, xksh la cmne pon, yg pntg leh bersuara kan...heheh
aku pelik lah zara
kenapa aku jer yang dengar suara ko okay?
ker telinga aku ada masalah
(dah mula risau dengan diri sendiri)
haahhha
xper..nanti aku dengar lain lah
P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!
teringin nak donga sora kak z. ^_^ btw,z makin hari makin melonjak naik.kagum dengan prestasi beliau.
teringat balik zaman GB,dia selalu gak lepak chatroom.
tak tahu kenapa, saya dah boleh agak suara kamu itu parau...
mungkin sebab dalam tulisan kamu adalah manusia beku?
hahahahaha
sora rock baru lah best.hikhik
selamat hari raya cikgu zara.
nk kek batik :DD
kek batik?
patutlah penat.
heee.. tak penah dgr suara kamu
suara tak penting. yg penting hati mau baik.
Selamat Hari Raya Zara :D
hahahahah hahahahahahahahahhahahaha ive heard this rumor before. garau sgt ke?? (soalan cepumas) haha~
1000th entry! macho la zara ni! XD
x pernah dgr sore zara...jumpe pun belum lagi.... bilakah? hehehe
sedap ke suara cikgu ? mesti boleh masuk malaysian idol ;p
wah... ni misti cam Ella ni huhu
parau tu sore cam rock cam ella eh..ahaha..okehlah rock ape..
SELAMAT HARI RAYA ZARA!
maaf zahir dan batin
baru baca kat wall. esok nak cari majalah jugak. wahhh.. semangat! ekekekek. Makcikku bila nak masuk majalah? esok jugak aku cari, jap nak consider melanggan da ni. haha
nak dengar suara kamu jugak la.hehe. suara rock macam ella?
Pocket nak dengar jgak,
sila amik vdo menggunakan VdoCam ber resolusi tinggi, kalau buleh yg High Definition tu..
n buat video Blog tentang penangan air katira kepada pelajar jurusan sains di pantai klebang,melaka.
yeaa!!
selamat ari raya sis :)
mmg suara gengster!
ahahahaha...
oit..aku nak kerepek cap muo!
salam ziarah,
takpe suara garau pun asal hati baik, kelakuan ayu dan molek. :)))
Post a Comment