Wednesday, September 08, 2010

Ramadhan #28 : Rambut Dan Kaca Mata - Dua Benda Pada Lelaki Yang Buat Aku Menoleh Dua Kali


Salam.
Gila pula tulis tajuk begini rasanya.
Tetapi itu hakikat.
Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-Zu8tKE8ls8ErgrmTPSdzjpsXuGXGeeht0qY0klYSqLj7RJV5vU0kmesKlVOhozWhxJ4Iaeoyhe8N3VJnxwyifiKpT-L0QKq7INLHjs-ZlL_s9ADZn6kmelBbUJC1uTBL-hN_ap1yRhT2/s400/cute-emo-boy.jpg

Rambut.
Lelaki tidak bertudung, itu sudah pasti. Ketawa.
Sudah tentu rambut yang akan kelihatan sebab kita akan terpandang manusia lain di bahagian muka dulu selalunya. Kecuali barang kau jatuh dan kau tengah memungutnya, pasti kau nampak bahagian kaki orang dahulu. Baiklah, itu tidak lawak.

Kalau rambut seperti di atas (sambil buat batuk berdehem), memang comel. Comel sampai rasa nak lempang diri sendiri kalau ada kawan yang muncul di rumah seperti itu. Sebenarnya tahun lepas, ada kawan aku yang datang beraya dengan rambut begitu, bukan rasa nak lempang diri sendiri, tapi nak lempang budak itu sebab rambut dia lawa. Baiklah, rambut yang kemas, siapa yang tidak suka kan?

Ketawa.
Rambut di atas kira kemas tak?
Boleh kalau untuk orang biasa, kalau budak sekolah, aku memang simpan gunting khas di dalam tas tangan. Mereka suka sorokkan rambut panjang di bawah songkok dan aku dengan gigih suruh mereka buka songkok kalau mereka buat muka pucat dan tersipu-sipu depan aku. Kadangkala terjuntai jambul keluar dari songkok. Ketawa. Kcing! (bunyi mata bersinar sambil pegang gunting)

Kaca Mata.
Sejak dari sekolah, aku memang suka dengan kaca mata. Rasa macam kaca mata itu sebagai satu simbol yang menarik pada muka orang. Ketawa. Dan aku pakai kaca mata atas arahan optometri yang menyatakan aku ada 'double vision'. Baiklah, walaupun tidak comel mana, aku suka diri aku.

Dan, lelaki yang berkaca mata selalunya berperawatakan menarik. Sebagai contoh, Superman. Eh? Kenapa Superman yang menjadi contoh?

Ketawa.
Ya, kalau memakai kaca mata seperti di atas (sambil berdehem lagi), aku memang suka! Sebab kaca mata aku juga lebih kurang begitu. Sampai ada anak murid aku yang menyatakan, "Cikgu kalau pakai cermin mata, lagi comel. Tak nampak garang"

Tapi disebabkan itulah aku malas mahu memakai kaca mata. Biar aku boleh buat muka serius, ganas serta garang (dan mata bersinar-sinar) bila marah atau naik angin. Ketawa.

Dan kenapa aku cakap benda ini?
Sebab semalam ada dua orang lelaki yang berlari-lari anak di kawasan aku sedang menunggu dua orang sepupu aku membeli barang. Mereka sedang bersenam. Kali pertama mereka lalu, aku ambil endah tak endah sahaja. Kali kedua mereka lalu, ada sesuatu yang terjadi yang membuatkan aku menoleh mereka sambil ada niat mahu menjerit tetapi dibatalkan.

Ada ke yang berambut lawa serta berkaca mata itu ketuk tingkap kereta aku sambil ketawa dan berlari pergi! Nasib baik jalan raya penuh dengan kereta, kalau tidak mesti aku dah kejar semula untuk membalas dendam (sambil buat muka marah). Geram! Tergamak dia mencabul 'suami' aku. 

Zara : Pagi ini mahu buat Kek Lapis Asam Manis. Baiklah, sedang mahu meredakan kemarahan kepada budak lelaki (ternyata lelaki dewasa) yang mengetuk cermin tingkap aku semalam. Kalau aku jumpa dia di mana-mana, awas lelaki itu.


16 comments:

Munsyi said...

Padahal suke org ketuk hubby die :P

samela, suka yg berkaca mata.tapi...

ini komen yg ke 100. :P

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Kakak! Nis dah pakai kacamata.. Kah2..

[kecoh betul ini minah]

bought on 28th August, belum ada gambar ayng disebarkan kepada dunia. but yes, ada komen dah. my friend said nis nampak macam budak pandai.. kahkah..

[well, yes, I'm clever, but that's the story bout 6,7 years ago.. top in class and everything. things change.. sigh~]

eNaSaN said...

ku x berkaca maTa..



tetapi so far lelakI yg ku suka semuanya berkaca mata...erkkk hehehehe

azmiroy said...

Nis> saya pakai kaca mata he...he..
bulan puasa kena banyak bersabo
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

The Poyo Me said...

Lelaki gatal macam tu memang ada.

tapi tak pernah pulak tengok yang bermbut emo dan bercermin mata buat gitu. seathu saya diorg ni introvert.

hummm?

SD said...

Rasa2 ada tak anak murid cik zara yang baca blog ni???? Klu takda, nak anta satu surat la kat posmen suruh bagitau alamat blog ni...hehehehhehe~~

Darling Pya said...

SELAMAT HARI RAYA..AMPUN MAAF ZAHIR & BATIN ye...

Mrs Poyo said...

amboi zara..sakan aih hang noh..hahahahahahha

velasrizal said...

rambut cmtu la style masa kini..

Rumah Terbuka Perdana Menteri Hari Raya Aidilfitri 2010

Faizul said...

patutla ramai awek usha aku.
hahahahehe

paan said...

wah , kalo budak sekolah rambut camnie , xnak hebat lagi...

selamat hari raya cikgu zara...

tuntung said...

ooo.selama ni aq bkn la perasan rupenye.alamak,malu pulak rasa..:*)

tuntungkita.blogspot.com

noorafzan.blogspot.com said...

saya tak suka pakai cermin mata.
gatal kat idung la bila pakai.
huhu~

AinComei said...

"Dan, lelaki berkaca mata selalunya berpewatakan menarik. Sebagai contoh, Harry Potter."

yg tu baru betul-betul manarik hati :p

Nana S. said...

sokong! rambut kemas mmg aspek penting. tapi, berkaca mata tu, accessories tambahan je kot. haha ;)

sopiah said...

comelnyeeeeee!!!! :DD