Tuesday, September 21, 2010

Perkahwinan Campur Dan Kamar Rahsia Bahagia Menekan Twitter : Apa Signifikan Ke?


Perkahwinan Campur.

Berikutan dengan status yang ditulis di Twitter dan juga di Mukabuku, ramai pula yang menyangka manusia beku ini sudah dirisik orang. Malangnya wahai pembaca dan juga rakan-rakan, itu sama sekali tidak terjadi. Abaikan sahaja apa pemikiran orang tua yang aku sendiri tidak memahami dan tak boleh baca.


Budak ini hasil perkahwinan campur juga. Melayu-Jawa-Arab = MEJARAB?
Abah : Arab-Melayu
Bonda : Melayu-Jawa


Aku ditebak dengan soalan oleh seorang rakan yang entah kenapa suka mengintai gambar-gambar aku di blog dan Mukabuku. Ya, aku tahu kau akan baca ni juga kan? Bersedia untuk melihat nama kau muncul di blog peribadi aku pula. Ketawa.

Been : Kau kawan dengan semua bangsa kan?
Aku : Ya, dah kata Malaysia.
Been : Kau boleh terima perkahwinan campur?
Aku : Kenapa tak? Aku hasil campuran juga.
Been : Manalah tahu kalau keluarga kau tak suka.
Aku : Itu aku tak pasti. Kenapa? Ada calon untuk aku ke? *ketawa*
Been : *ketawa* Belum ada yang bersedia untuk dipotong.
Aku : Ayat tak macam rasa nak lempang orang kan?
Been : Kau kan suka tengok cerita apa entah dulu tu. Bakar, potong tu.
Aku : Oh. Kasi bakar, kasi potong?
Been : Ya, cerita Melayu.
Aku : Pontianak Harum Sundal Malam la.
Been : *ketawa* Tapi kalau ada, kau boleh terima kan?
Aku : Apa motif tanya aku berulangkali ni?
Been : Aku nak kahwin campur.
Aku : Sungguh?
Been : Ya.

Been, kau takut nak cakap dengan keluarga kau ke? Jangan risau. Kita buat sistem pertukaran yang keji mahu? Kau lebih tahu apa yang aku nak wahai perempuan ayu. Senyum.

Kamar Rahsia.

Kalaulah aku punya kamar rahsia secantik gambar di bawah ini, pasti mereka yang berada dalam garis masa Twitter aku akan pitam berkali-kali sambil menghentam aku semula. 

http://www.thelovelyroom.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/01/bow_cute_pink_toilet_seat.jpg

Persoalannya, apa kaitan isu pertama dengan isu kedua?
Aku lebih gemar tinggalkan tanda tanya.
Noktah.

Pesanan Kaki :
Hazami Bahrin Daniel, jangan buat gila dengan kata aku menunggu budak rambut lawa. Nanti aku bertukar menjadi Ultraman, baru kamu tahu menyesal wahai kawan.

Zara : Ada pula kononnya orang datang melihat aku di rumah semalam. Aku lebih senang berfikiran positif yang mereka hanya datang dengan niat untuk beraya, bukan dengan niat lain yang aku rasa tidaklah perlu difikirkan terlalu banyak oleh keluarga.

8 comments:

MR. SYAH said...

kahwin campur.. menarik gaktu.. boleh dpt anak mcm pan asia.. heheh..

cikgu mmg belum berpunya ker?? hehe..

syaftome said...

kawen campur...
best aper...
tp yg penting...
jgn kawen agama campur...
bangsa campur...xper...

p.s: kenapa ek anak kawen campur...sumanya lawa2...

KE said...

kahwin campur baik ape. satu kalau pasangan bukan beragama islam. dah dapat pahala dah mengislamkan seseorang..

Unknown said...

banyak baik buruknya. asal ready oklah kan.

HEMY said...

kalau kahwin...mmg la campur..ahahaha..campur macam2..kih kih..

akudoktorkampung said...

mixed marriage nih sumtink common lar kt msia skang. bkn mcm dlu2 lagi. asal ckp nk kawen ngan si apek tu trus kena loudspeaker mak bapak.
@syaftome: btol tu aku heran gak. genetic mutation? =p

Mrs Poyo said...

aku suka kahwin campur..antara negeri..hahahahhaa

syaftome said...

nev: tp masih ramai yg skeptikal...x nak kawen campur...

kalau genetic mutation...
tue dh kira bayi tabung uji...