Monday, November 08, 2010

Ya Awak, Ini Semua Salah Saya. Apa Awak Nak Hukum Saya?


Awak.
Saya nak minta maaf.
Silap, sebenarnya saya dah minta maaf tapi awak enggan maafkan saya. Benci tahu? Saya dah minta maaf dengan jujur dan ikhlas tapi awak buat endah tak endah. Nasib baik awak dah ada kekasih dan merancang untuk kahwin dengan dia, kalau tidak, memang saya pastikan kekasih awak itu terpaksa mencari lain disebabkan saya sudah menyeksa awak. Eh?

http://farm4.static.flickr.com/3601/3603321181_b0aeb0e490.jpg
[Gambar : Cuaca sedang hujan bila setiap kali saya cuci kereta]

Awak, saya tahu saya salah.
Maafkanlah saya.
(Pura-pura menangis)

1. Awak telefon dan hantar pesanan ringkas, tapi saya tak jawab.
Kan saya dah kata, sejak saya dah tiada siapa untuk dihubungi secara kerap, telefon sudah tidak berapa saya endahkan bila di rumah. Lainlah kalau awak yang memang sedang hangat bercinta, telefon memang tampal di telinga gunakan pita pelekat. Sudahnya saya cuba pujuk awak guna telefon juga tidak berjaya. Guna pesanan segera kepala bulat kuning (baca : Yahoo Messenger) juga tidak berjaya.

Saya : Maaf, telefon dalam beg.
Awak : Simpan berapa lama? SMS tu tengah hari tahu?
Saya : Dari pagi memang dalam beg kot?
Awak : Biarlah.
Saya : Jam 4.35 pagi saya dengar penggera telefon bunyi, tercari-cari, jumpa dalam beg.
Awak : Sudahlah.
Saya : Maaf sangat-sangat.
Awak : Saya nak tidur.
Saya : Baik.

Tahu awak sentap.
Tahu sangat.
Bukan baru hari ini saya kenal awak.
Senyum kelat.

2. Tertidur depan komputer riba semasa gunakan khidmat pesanan segera.
Ala awak. Bukan dengan awak seorang sahaja. Dengan kembar saya di Moscow, dengan budak rambut lawa yang serupa ninja pun saya boleh tertidur semasa berbual dengan mereka, inikan pula dengan awak? Tidak, ini bukan perli atau hinaan ke apa, jadi janganlah merajuk awak.

http://izismile.com/img/img2/20091022/danboard_29.jpg
[Gambar : Sesi perbincangan dari hati ke kasut. Eh?]

Awak : Semalam kenapa senyap?
Saya : Maaf, saya tertidur.
Awak : Depan komputer pun boleh tidur?
Saya : Komputer atas katil.
Awak : Apa tak tersangkut dengan wayar?
Saya : Internet saya adalah tanpa wayar (baca : wireless)
Awak : Kalau ada teman lelaki mesti dah lama kena cerai.
Saya : Nasib baik tiada kan?
Awak : Huh!

Ya, saya salah.
Saya tahu.
Apa awak nak hukum saya?
Saya terima.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/04/Danbo-and-Nendoroid-Drossel10.jpg
[Gambar : Awak nak pukul saya begini ke?]

Maaf.
Itu sahaja yang saya dapat kata.
Awak, terima kasih sebab sentiasa nampak saya seorang perempuan.
Awak memang kawan yang baik.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Sedang belajar membuat ikatan dan simpulan tali dengan adik lelaki aku yang memang hebat dalam hal-hal begini. Baru dapat belajar lima sudah diupah dengan Slurpee. 
2. Sepatutnya sedang menghadiri kursus tetapi aku minta pulang disebabkan perlu hadir ke sekolah esok. Esok petang akan terus ke kem.

Zara : Cuaca sejuk dan aku sedang menunggu seorang rakan yang sedang berjanji untuk membuat panggilan telefon secara Skype. Ada perkara yang perlu dibincangkan.

19 comments:

Pocket said...

first !!?

ya awak salah,
so hukuman nyer...
sila dinner ngan saya.
saya belanja :D

Pocket said...

okeh,
now here come the real comment.
(The first one to claim the 'akulah-lelaki-pertama' title)

alaaa.. dia saja nak mengada ngada tuu..
nak cucuk perasaan sikit.
layan jer ok..


PS: tapi tertidur depan lappy atas katil bahaya ok.. angin tak leh nak keluar dari bawah lappy akan memanaskan processor dan theoritically tilam anda buleh terbakar. dan kalau tilam terbakar?

Ryoki said...

cara pujukan yang sweeeetttttt...... hihihi

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bang Pocket :

Lappy Zara ada fan~
hehehe~
boleh tak?

Mrs Nurul said...

http://www.silampuneon.com/2010/11/tiru-gaya-model-contest.html

NAH WEHH AKU TAG KO..

PuanPepel said...

ngeh~ aku pun slalu tertido..tapi smbil cakap fon..nsib bek tak kena cerai...hahaha

Unknown said...

hehehe selalu gak tertido depan laptop ni. kadang kadang tgah layan muvi pon. leh elok je landing. laptop yang tengok kita. waaa dah berawak awak ni. kem salam la kat "awak" tu ea =)

Pocket said...

huh!!
belagak lah tu..
dekstop pakcik pun ada fan!!
jenama sanyo lagi!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pernah tertidur depan laptop

akibatnya laptop jatuh katil..

tuan laptop tak sedar apa pon huhu

Nana Farhanah said...

sob3..tak salah cik zara ;D

Phantom said...

Kak Zara

kenapa ..?

suffer8zine said...

bagi duit raya dulu br mnx maaf

Terkini : ENTER

zamdayz said...

.saya maafkan awak.tapi dengan syarat awak kene masak untuk saya selama seminggu. hihi.

Emilia Emira said...

hahhaa..okeyh..dimaafkan daa..

Frodo Baggins said...

hahahhaha ...
tidoo dpn lappy sngt sexy yu!
alasan semua musti mau baik2.
hahaha

takky said...

bila dah cuti nie...
handset den akan diam....
sampai cuti sem dh abes....
sedey x???

aLya maNip said...

ololo..sweetnye.. betuah empunye diri sbb k.zara ngaku salah kat public..ngeee

syaftome said...

seeking forgiveness isn't an easy task to do...
but you did it...
so, five stars on ur effort and bravery...

ps: now...i know...=)

Unknown said...

adakah cite benar??
if benar
meh aku duku kple laki tu
just about that nak merajuk
demm