Thursday, May 06, 2010

Skandal Dan Gosip Mungkin Menjadikan Dia Begitu, Jadi Jangan Pernah Menitiskan Air Mata


Salam semua.
Aku dilanda kesibukan yang hebat.
Legasi Cinta Alisia entah ada berapa muka surat.
Entah, nafsu gembira aku tidak berkembang.
Putus begitu sahaja.

Menerima panggilan daripada seorang teman lama.
Oh ya, sepanjang pagi aku habiskan di sekolah lain.
Menghantar pelajar untuk latihan pusat catur peringkat negeri.
Malangnya aku tidak dapat mengiringi mereka.
Sedih.

Berbalik kepada cerita teman lama aku itu. Aku panggil dia Ami.

http://www.deshow.net/d/file/cartoon/2009-03/sweet-couple-cartoons-468-6.jpg

Ami : Kau ada kelas ke?
Aku : Tiada, kenapa?
Ami : Aku ada benda nak mengadu ni, boleh?
Aku : Silakan.
Ami : Aku dengan teman lelaki macam mustahil untuk bersama.
Aku : Eh, kenapa? Kau selalu cerita dia baik.
Ami : Aku macam kekasih gelap dia. 
Aku : Maksud kau, dia ada kekasih lain?
Ami : Entah. Cuma bila dengan aku semua berkira, kalau dengan orang lain tidak pula.
Aku : Aku kurang faham.
Ami : Kalau tentang aku, langsung dia tak akan cakap dengan sesiapa. Mana ada kawan-kawan dia yang tahu kami bercinta?
Aku : Eh, ye ke?
Ami : Ya. Kalau Mama dia ada, jangan harap dia nak jawab aku telefon.
Aku : Mungkin dia segan.
Ami : Mungkin, tapi kalau perempuan lain telefon, boleh sahaja dia jawab.
Aku : Mana kau tahu? Kau bukan serumah dengan dia pun. (gelak)
Ami : Aku memanglah tak serumah dengan dia. Cuma apa perasaan kau bila lepas kau telefon orang, orang tak jawab, tapi ada terbaca di Mukabuku dia ada orang lain yang cakap terima kasih sebab layan dia bercakap.
Aku : Sebab dia tengah dengar kawan dia bercakap, itu yang dia tak jawab.
Ami : Aku benci betul!
Aku : Jangan cemburu buta Ami, takde benda lah.
Ami : Adakah sebab dia macam magnet, semua orang suka dia, maka aku tak layak untuk dia?
Aku : Kalau tak layak, takkan kamu bersama.
Ami : Aku nak menangis.
Aku : Janganlah.
Ami : (teresak-esak)
Aku : Ami...
Ami : Terima kasih dengar aku cakap. Aku dah tiada sesiapa ni.
Aku : Kau ada aku Ami.
Ami : Nak pinjam bahu kau boleh?
Aku : Boleh, datang rumah.
Ami : Jauh...
Aku : Aku hantar gambar bahu aku.
Ami : (gelak sambil teresak-esak)
Aku : Jangan menangis.
Ami : Kenapa kau tabah?
Aku : Aku menangis sendiri. Tangisan aku bukan untuk dunia.
Ami : Kau kenapa?
Aku : .............

Ami, terima kasih sebab beri aku peluang untuk menulis tentang ini. Jaga diri kamu. Terima kasih sebab mencari aku, dan aku bersyukur aku dapat meluangkan masa dengan kamu. Terima kasih sebab sudi dengar cerita aku pula. Kalau kamu menulis di jurnal kamu, khabarkan sahaja buat aku. Aku pasti akan datang mengesahkan ia. Senyum.

Nota kaki :
1. Mukabuku, Twitter, Blog dan pelbagai lagi memang menjadi medan rahsia terbongkar walaupun tidak disedari.
2. Jangan pernah menipu kalau kamu tidak tahu mengukir alasan.
3. Hari ini kepenatan yang amat sangat dan disebabkan sesuatu yang aku sambut pagi tadi sendiri, aku menghadiahkan sesuatu buat diri sendiri. Dua kali ganda sebab yang pertama aku tidak menyambutnya secara nyata.
4. Terima kasih buat yang sudi menemankan aku tadi. 

Zara : Akan mengumumkan satu pertandingan kecil-kecilan nanti. Buat masa sekarang, jangan tanya aku, mana gambar kamu senyum Zara? Aku tiada alasan mahu senyum sekarang ini.

14 comments:

iCe said...

psssstttttt... kalo dak ami tu nak pinjam bahu dakni pun bley gak... hahahaa..!!!

Adziim said...

Adakah saya kejam sekiranya saya mengatakan teman lelaki Ami mula rasa jemu ?

Munsyi said...

Pilih yg terbaik, kena jadi yg terbaik jugak kan.

eh, mana gambar kmu tersenyum?. senyum.

joegrimjow said...

ahaa
jangan mencipta gossip jika tak mahu melakar alasan

kekekeke

azuan said...

aku pun ada ami huhuu

Hizami Li said...

hey.
sentiasa ada sebab untuk tersenyum.
cuma anda tidak jumpa lagi.
sila teruskan pencarian.
hehe.
;)

Jard The Great said...

ku setuju dgn adziim.. da ade tanda2

Amir said...

pinjam bahu saya pun boleh. hehe.

ismimaizura said...

bila sy bc dialog u ols..i think BF ami dh x ske dia kot..ada tnda2 kt situ..nsht la dia ape yg ptot ye..^_^

Mrs Nurul said...

weh kenapa ko tak publish jadi buku je?

Kujie said...

bila mula bermuka buku

dia akan jumpa mukasurat baru

episode lama sudah ditinggalkan
terlalu ghairah utk membaca mukasurat yang belum diselak

StokisUbijaga said...

zara..sy nk buat kamu hepy boleh..sy xtaula klu anda dh dpt award ni tp sy bg awrd ni kt anda..

silela jengok2..salam kenal..

Aisy Zaidan said...

Tangisan aku bukan untuk dunia ...

nice...
=/

bintu che mat said...

kak zara...sgt best.i like ur skill writg.sempoi n menarik!jd follower x kesa kn...?