Thursday, September 30, 2010

Bakal Teman Lelaki Atau Suami Aku Perlu Redha Dengan Hobi Aku Yang Signifikan Dengan Bank Darah


Hari ini 30 September 2010.
Hari ini aku memandu selama lebih satu jam hanya untuk melaksanakan hobi aku.
Hobi kegemaran aku selama aku sudah cukup umur.
Senyum.

Alhamdulillah.
Ini kali kesepuluh.
Paras hemoglobin aku hari ini 13.1.


30 September 2010 - Beg darah aku untuk hari ini.
Jabatan Patologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Aku sangat sukakan Jabatan Patologi disebabkan kakitangan mereka yang ramah dan menggembirakan. Setiap kali pergi akan disambut dengan senyuman yang membahagiakan aku dalam menjalankan misi untuk melaksanakan hobi aku. Bonda kurang gemar dengan hobi aku ini, maka kebetulan aku memandu sendirian hari ini, aku terus ke hospital daripada sekolah. Senyum.

Jururawat : Aktif betul kamu ni, ketawa sahaja.
Aku : Hidup kena ceria, kak.
Jururawat : Kenapa ruang pekerjaan tak isi?
Aku : Eh, terlupa. Jangan tanya kuat-kuat.
Jururawat : Kita nak simpan rekod, kerja apa dik?
Aku : Cikgu (ketawa)
Jururawat : Dah macam budak sekolah punya aktif.
Aku : (Ketawa)

Perlu menunggu lagi 3 bulan untuk menderma lagi. Moga apa yang aku sasarkan tahun ini untuk menderma sebanyak tiga kali akan tercapai. Hari ini baru kali kedua untuk tahun ini. Kali pertama untuk tahun ini adalah pada  bulan Jun yang lepas.

Selain daripada menulis blog, serta aktiviti luar, ini adalah apa yang aku suka.
Senyum.
Perasaan sangat bahagia saat ini.

Nota Kaki :
Selalu pelik kenapa orang ngeri untuk menderma darah.
Adakah anda penderma juga?

Zara : Dalam menyiapkan penulisan terakhir untuk tugasan. 

27 comments:

Anonymous said...

saya saya saya!

dulu kat faculty every semester gua derma sekali. dapat sponge cake and air kotak free kot! hikhik.

azam said...

Sudah daftar sebagai penderma organ?

ckynwan said...

wah!!! tahniah~
dulu pernah derma masa form 5
tapi sekarang berat kurang xleyh nk menderma dahhhhh

syaftome said...

rasanya...pernah jgak menderma utk hospital nie dulu...
time tgh belajar di UTM dulu...
dorang memang slalu buat xtvt camnie...
dulu...setiap semester mesti ad derma drh...
mmg seronok derma drh nie...
slh satu cara utk membntu mereka yg memerlukan...
manalah tahu, satu hari nnti, kita ataupun kenalan kita memerlukan darah jgak...

p.s: pelik, camner ad org bleh derma lebih drpd 5 kali setahun...

forevershashasha said...

teringin nk derma tapi tak pernah derma..
xcukup syarat..hb low..
hehe :)

Mimi Dyana said...

waaa! nak derma juga.
tapi tiap kali nak derma, mesti cakap darah tak cukup.
sedih2... :(

Paan Jr said...

Saya takot jarumm. .haha

Bukan laa. .dah lame nak derma. .tp blm bksempatan jmpe. .lgpn yg dorang buat kt tmpat ramai orang. .segan ah. .kite nk derma ni kalau bleh bg tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu *tetibe* hahahaha

Azrul Hisham said...

dah lama tak derma darah... :)

chenta said...

huish..tabik habis la!

sy nk check darah pun takut..inikan plak nak menderma..dasar penakot!eheheheh :P

Anonymous said...

gua derma sperma jer beb~ hohohoh

hanis aleeya aka gadis sepi said...

saya penderma juga!

kali pertama reject. kali kedua reject. kali ketiga baru dapat. kali keempat reject balik.. haha..

probability 0.25 sahaja.

[dah terpengaruh dengan subjek QMT400 - Statistics and Probability]

[z@ck] said...

pergh..rajin menderma btol ko ni..aku lepas trauma nurse cucuk salah urat tu, terus trauma nak derma darah da.huhuhu

MOFASAD said...

wa tak takut darah bila wa tolong orang kemalangan

tapi wa takut derma darah..

itu silap wa

NAZ said...

saya perlukan hati bukan darah haha

Ibu Ammar said...

pernah menderma sekali je, 2 tahun lepas. ntah bila nak derma lagi, sebab selalunya menderma bla ada kempen derma darah kat kawasan terdekat je..

derma darah mmg best. tak dela scary pun.

bagus zara derma banyak kali b4 kawen ni. sebab nanti dah kawin mengandung semua tak mungkin leh derma 3 kali setahun kan.

izulman said...

Im considered a frequent donor in Sydney! proud of it ^^

ps: still everytime derma darah nak cucuk jarum, mesti pejam mata XDDD

Nana S. said...

saya dah 2 kali. ;)

betul. tak paham kenapa ada sesetengah orang takut nk derma darah. kita buat amal kebajikan. tolong orang pun tak nak. haha

bungacahaya said...

Pernah dapat gift yg bentuk blood drop tu, pastu dapat mug, dapat air kotak milo ngan kek pisang. Best...best..best...

sopiah said...

Kak zara cemburunya saya! Dulu saya nak sangat derma darah! bila dah cukup umur, saya try derma masa kat PLKN, doktor tak kasi sbb, paras haemoglobin saya rendah. kecewa sangat.. :(

Hazzy Ishak said...

pernah derma sekali, tak sakit mana pun kan kan kan?

shima said...

tak penah derma darah! sebab kurus sgt,sober sober

Unknown said...

Teringin ak nak derma darah. tapi kena ajak orang yg pernah...

bilalah agaknya tuh

Unknown said...

rajin derma darah ni..aku baru dua kali ..ko sudah 10 kali..mak aihhh..aktif aktif..ahhah

Farah said...

Saya bukan penderma . Dan , saya belum layak menderma lagi .

Tapi , mama saya kerja kat blood bank . Hari-hari ambil darah . Hehe :D

Unknown said...

awat.. kalau cikgu tak leh ceria ka? Nurse-nurse.. heheh cikgu la kena ceria & aktif baru la murid seronot
kuman "magazine.." Entry

KayKhAlif said...

Lalu-lalu juga kat situ tapi tak perasan pula cikgu ada di sana.Kalau sebelum berakhir 2010 nanti ada ke HPSF lagi perasan2kanlah muka saya.Hehe

Fana Flora said...

aku teringin nak derma darah tapi hajat tak kesampaian. sebab syarat yang pertama pun tak lepas
berat badan kurg dr 45kg
huhu