Showing posts with label Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Show all posts
Showing posts with label Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Bakal Teman Lelaki Atau Suami Aku Perlu Redha Dengan Hobi Aku Yang Signifikan Dengan Bank Darah


Hari ini 30 September 2010.
Hari ini aku memandu selama lebih satu jam hanya untuk melaksanakan hobi aku.
Hobi kegemaran aku selama aku sudah cukup umur.
Senyum.

Alhamdulillah.
Ini kali kesepuluh.
Paras hemoglobin aku hari ini 13.1.


30 September 2010 - Beg darah aku untuk hari ini.
Jabatan Patologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Aku sangat sukakan Jabatan Patologi disebabkan kakitangan mereka yang ramah dan menggembirakan. Setiap kali pergi akan disambut dengan senyuman yang membahagiakan aku dalam menjalankan misi untuk melaksanakan hobi aku. Bonda kurang gemar dengan hobi aku ini, maka kebetulan aku memandu sendirian hari ini, aku terus ke hospital daripada sekolah. Senyum.

Jururawat : Aktif betul kamu ni, ketawa sahaja.
Aku : Hidup kena ceria, kak.
Jururawat : Kenapa ruang pekerjaan tak isi?
Aku : Eh, terlupa. Jangan tanya kuat-kuat.
Jururawat : Kita nak simpan rekod, kerja apa dik?
Aku : Cikgu (ketawa)
Jururawat : Dah macam budak sekolah punya aktif.
Aku : (Ketawa)

Perlu menunggu lagi 3 bulan untuk menderma lagi. Moga apa yang aku sasarkan tahun ini untuk menderma sebanyak tiga kali akan tercapai. Hari ini baru kali kedua untuk tahun ini. Kali pertama untuk tahun ini adalah pada  bulan Jun yang lepas.

Selain daripada menulis blog, serta aktiviti luar, ini adalah apa yang aku suka.
Senyum.
Perasaan sangat bahagia saat ini.

Nota Kaki :
Selalu pelik kenapa orang ngeri untuk menderma darah.
Adakah anda penderma juga?

Zara : Dalam menyiapkan penulisan terakhir untuk tugasan.