Showing posts with label Skype. Show all posts
Showing posts with label Skype. Show all posts

Saturday, April 09, 2011

Cemburu Buta Itu Kanser Pembunuh Jiwa.


Cemburu.
Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan takut kehilangan sesuatu - kalau dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan dariapda gabungan beberapa emosi seperti marah, malu dan juga kecewa. Oh, dan ya, cemburu bukan dengki, lain maknanya ya?
Senyum.

Cemburu.
Ini juga boleh diibaratkan sebagai salah satu elemen dalam perhubungan. Tidak kira dalam hubungan cinta, hubungan kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat menolak bahawa sifat cemburu itu adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri. Cemburu memang wujud, sama ada sedikit, sederhana, ataupun banyak sehingga dikatakan membabi buta (oh, kasihan dengan haiwan itu, manusia yang buta mata hati, nama ia digunakan. Ha ha ha)

Gambar : Buka penutup sifat cemburu dan lepaskan ia pergi daripada hati kita. Boleh begitu? Terpulang kepada setiap individu.

Cemburu.
Dalam kuantiti yang sedikit.
Biasanya begini boleh melancarkan hubungan. Sebagai contoh, jika ada pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut. Cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama. Cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan.

Cemburu.
Dalam nisbah yang sederhana.
Pertengkaran sudah tidak dapat dielakkan. Ada sahaja yang mahu dicetuskan. walaupun ternyata timbul dari salah faham. Tercuit sedikit, hati sudah terguris tetapi tidak disimpan lama. Segala permasalahan mahu diselesaikan dengan secepat mungkin bila punya ruang dan peluang. Aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari walaupun ternyata, cetusan unsur luar dengan kehadiran elemen ketiga menggoyahkan ibarat angin sepoi-sepoi bahasa.

Cemburu buta.
Dalam skala yang besar.
Kebiasaannya mengikut nafsu amarah, terlindung segala kebenaran dan masing-masing mahu menegakkan pendirian walaupun ternyata ada sahaja kesalahan, tetapi tegar mahu terus diabaikan kerana diri merasakan kesalahan itu bukan berpunca daripada mereka. Silap sedikit, retak yang muncul akibat cemburu tahap sederhana hanya menunggu masa yang sesuai untuk terbelah dan musnah dalam peringkat seterusnya. Membiarkan unsur luar menguasai tanpa mahu duduk berdiskusi lebih memudaratkan situasi.

Gambar : Nah, mahu menghukum mereka yang cemburu dengan sewenangnya? Ah! Jangan!

Perbualan dengan seorang yang aku hanya kenal nama dan wajah tanpa pernah bertegur sapa semalam, walaupun hanya catatan maya sahaja berlaku, membuatkan aku sendiri sudah tidak mampu memberikan apa-apa pandangan. Maaflah, beberapa minggu kebelakangan ini aku sendiri sibuk benar dengan urusan kerja dan tugasan yang mengkehendaki aku menggunakan segala kudrat dan tenaga aku sebagai seorang manusia berkerjaya.

CB : Kenal aku tak?
Aku : Kenal rasanya.
CB : Aku dah tak tahu nak tanya siapa, aku nak minta pendapat kau.
Aku : Kenapa eh?
CB : Macam ni, aku sekarang dalam proses tak berapa baik dengan teman wanita aku. Dia ni baik sebenarnya, mungkin jenis kuat cemburu. Normal untuk orang perempuan kan?
Aku : Lelaki pun ramai yang kuat cemburu.
CB : Dengan kau memang tak ada mana-mana pihak menang.
Aku : Tak boleh bezakan jantina dalam memberi pendapat. Jadi, apa masalahnya?
CB : Dia tak beri aku bercakap dengan perempuan lain. 
Aku : Dia takut kau menggatal eh?
CB : Bukannya aku pandang perempuan lain pun. Aku memang cinta dia seorang. Bukan baru kenal, dah lama kawan, kalau kahwin anak dah lima agaknya.
Aku : Dah tu, apa jadi?
CB : Mula-mula aku ikutkan jugalah, nak jaga hati dia. Lama-lama tak boleh. Aku kena berkomunikasi dengan orang di pejabat aku. Lagipun, bukannya aku sembang, bergurau senda dengan kawan-kawan pejabat lain, cuma, bertegur sapa dengan mereka. Tanya khabar anak ke, lebih kurang begitulah.
Aku : Itu perkara biasa. Aku pun selalu tanya kawan-kawan di sekolah benda begitu. Sekadar orang kata, berbahasa, nanti kalau senyap macam tunggul mati, susah juga. Orang boleh kata sombong.
CB : Itulah pasal. Yang tak sedapnya, ada orang sampaikan pada si dia. Beritahu yang aku ada berbual dengan perempuan di pejabat, padahal semua pun dah kahwin perempuan dalam pejabat aku tu. Aku terangkan pada dia, lepas tu dia kata aku keji sebab nak bercakap juga dengan perempuan walaupun dia kata jangan.
Aku : Ni, kenapa nak dengar kata dia?
CB : Bunyi macam penakut kan? Tapi aku cuba hormati apa permintaan dia sebab dia pun kata dia tak bercakap dengan lelaki lain di pejabat kecuali dengan ketua dia sebab ketua dia lelaki. Itu pun untuk urusan rasmi.
Aku : Kau bercinta dengan manusia ke robot?
CB : Manusia. Kenapa?
Aku : Pelik sebab dia tak ada langsung komunikasi dengan orang dalam pejabat dia. Pejabat dia semua perempuan yang kerja?
CB : Ada lelaki. Kalau ada urusan dengan lelaki, dia akan suruh kawan dia tolong sampaikan maklumat. Senang kata, dia akan guna medium.
Aku : Gila betul. 
CB : Aku tahu niat dia baik, nak jaga aku tak jatuh hati dengan orang lain, cuma aku pun panas hati juga kena tuduh keji, padahal aku pun cakap dengan orang pejabat aku benda berkaitan kerja dan sekadar bertegur sapa. Takkan tanya dah makan ke belum pun dah kira keji kot?
Aku : Teman wanita kau ada perasaan kurang selamat.
CB : Aku tak pernah ada skandal dengan mana-mana perempuan.
Aku : Ni dengan aku kira berbual juga walaupun guna Skype ni.
CB : Aku dah tak kira, aku nak selesaikan perkara ini. Memang aku kena cakap juga dengan orang, kalau tak, aku jadi gila. Sekarang ini kami masih berhubung dan walaupun berjuta kali aku cakap aku minta maaf, dia tetap kata aku keji sebab bercakap dengan perempuan.
Aku : Dia kena jumpa pakar sakit jiwa ni.
CB : Kau biar betul?
Aku : Sampai hak peribadi nak bercakap dengan orang pun dilarang, aku rasa kau patut laporkan pada Suhakam sekali. 
CB : Oi, aku serius.
Aku : Serius aku rasa dia ada tekanan. Cubalah bincang elok-elok. Tunggu dia sejuk dulu.

Gambar : Sebenarnya kita ada terlampau banyak pilihan dalam hidup ini. Apakah kita mahu memilih untuk ditinggalkan, dilupakan dan segalanya adalah berpunca dengan diri sendiri yang tidak mampu mengekang sifat buruk diri?

Macam yang aku pernah tulis sebelum ini, kepada siapa kita buka hati kita, kita juga punya kuasa untuk menutup dan mengambilnya kembali. Cemburu ini ada sedikit persamaannya dengan cinta secara literasinya. Benda yang baik, dalam kuantiti sedikit akan memberikan kesan baik, tetapi jika terlampau banyak, ia akan menyeksakan.

Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.

Itu sahaja.
Fikirkan yang terbaik buat diri sendiri dan manusia di sekeliling kamu.
Apakah mahu kebahagiaan dikorbankan berpunca daripada nafsu sendiri?
Itu, sila jawab sendiri.

Nota Kaki :
1. Pulang-pulang sahaja sudah dihidangkan drama. Aneh manusia.
2. Memandu sendirian dengan ditemani oleh pesanan ringkas aneh. Ah, apa yang ditagih manusia?
3. Menghabiskan masa menelaah sesuatu walaupun entah apa lagi dicari manusia beku.

Zara : Jika ada sesiapa yang cuba menjatuhkan kita, menikam kita dari belakang dan memusnahkan kita, jangan risau. Itu sebenarnya telah membuktikan satu perkara lain iaitu kita lebih hebat, lebih bagus dan berada di atas mereka. Kan?

Wednesday, March 16, 2011

Nyawa Itu Tiada Nilai Sebenarnya.


Diam.
Semalam hari penuh ujian. Ujian dengan perangai manusia dan bagaimana aku menanganinya. Ternyata, aku masih lemah lagi apabila berhadapan dengan manusia yang aku kenal selama bertahun-tahun. Terbawa-bawa dengan emosi marah, tambahan lagi dengan kerja yang menimbun serta kesihatan tidak menentu. Pengakhirannya, tiada apa penyelesaian dan aku mungkin kalah dengan perasaan dan nafsu amarah. Tidak, bukan pada manusia itu, tetapi kepada diri sendiri. 

Pagi.
Langit cerah dan matahari memancah. Sebelum sempat sinar itu menembak tajam, aku sorong keluar Iman Kenzo dari ruang khas dia di dalam teratak tempat berlindung. Belum punya kewangan kukuh demi membolehkan aku mendapatkan satu buat diri sendiri. Mungkin selepas aku selesai melunaskan Adam Awraq. Masih berbaki hampir enam tahun lebih lagi, insyaALLAH, kalau punya umur dan rezeki, aku mahu cari tempat berlindung sendiri.

[Gambar : Aku belum sampai tahap ketagih sebegini lagi kot? Tapi dah menggigil bila tak dapat, itu bukan petanda baik sejak dahulu lagi. Senyum.]

Senyum.
Panggilan telefon dari sekolah membuatkan aku semakin gelisah untuk membuat persiapan menghadapi ujian lebih besar minggu hadapan. Buat teman-teman di kampus selatan, adik-adik kesayangan, insyaALLAH, jika punya kesempatan, minggu depan akan menjengukkan diri berjumpa kalian. Tidak boleh dinyatakan dengan tempat bila masanya, cuma akan disampaikan menggunakan kicauan burung biru. Mungkin sebelum atau selepas habis pencaturan masa depan di sana. Doakan sahaja ya?

Nyawa.
Ada orang kata mahal harga serta pertukaran yang didagangkan. Tapi pada aku, nyawa itu tiada nilai sebenarnya. Mana bisa kita beli sesuatu yang sungguh berharga sedemikian rupa? Tiada nilai yang boleh kita letakkan untuk sesuatu yang diberikan pinjaman oleh Yang Maha Esa. Ya, pinjaman. Sebab itu bila-bila boleh ditarik semula, sama ada kita rela ataupun tidak. Betulkan? Cuma, aku tertarik dengan perbualan aku dengan seorang pembaca yang minta mahu berbicara menggunakan Skype pagi tadi. Kebetulan memang rejim aku adalah bangun jam 5 pagi setiap hari, aku balas kata pengguna aku dan dia dengan pantas masuk menegur.

G : Selamat pagi.
Aku : Pagi. Maaf lambat balas sebab malam tadi tertidur depan komputer.
G : Takpe. Awal-awal pagi dah kacau.
Aku : Dah memang biasa bangun awal. Jadi nak cakap apa ya?
G : Apa nak buat ya kalau orang asyik cakap nak bunuh diri?
Aku : Eh? Apa maksudnya?
G : Kalau dia tak dapat apa dia nak, dia ugut nak bunuh diri, nak mati. 
Aku : Er, suruh sahajalah dia bunuh diri betul-betul.
G : Kalau bunuh betul-betul, susah juga.
Aku : Apa yang biasanya buat orang tu boleh kata nak bunuh diri?
G : Bila nak berpisah sebagai contohnya.
Aku : Sekejap. Ni kekasih awak ke?
G : Lebih kurang begitulah. Dah banyak kali bermasalah, dah tak boleh bersama sebenarnya tapi masalah tetap tak selesai sebab bila merancang nak bina hidup baru, berpisah dengan dia, dia akan kata nak bunuh diri kalau saya lepaskan dia.
Aku : Bahaya tu.
G : Memanglah bahaya. Pernah tinggalkan dia sekali sebab ada masalah antara kami, dia boleh masuk hospital sebab menangis tak henti dan tak makan berhari-hari.
Aku : (guna simbol mulut terlopong dan geleng-geleng kepala)
G : Apa saya nak buat?
Aku : Cubalah berbincang elok-elok. Kalau boleh selesaikan masalah itu. Mana tahu awak berdua boleh bersama lagi kan?
G : Bila berbincang elok-elok, cakap baik-baik, itu yang dia kata nak bunuh diri. Bila tinggalkan macam itu sahaja, dia jatuh sakit dan masuk hospital. Pening kepala.
Aku : Beritahu keluarga dia. Mungkin keluarga dia boleh tolong awak.
G : Keluarga dia salahkan saya bila dia masuk hospital hari tu. Macam mana nak buat kalau sesiapa pun tak boleh tolong saya ni?
Aku : Saya takkan tanya kenapa awak nak berpisah atau apa masalah awak dengan dia, cuma, pendapat peribadi saya, selesaikan elok-elok. Kalau betul sebab yang kukuh nak berpisah dengan dia dan dia masih begitu, mungkin perlu bawa kaunselor jumpa dia. Takut ada kaitan dengan tekanan perasaan atau psikologi. Masuk hospital bila berpisah itu dah perkara menakutkan.
G : Jumpa pakar kaunseling?
Aku : Itu cara terbaik yang saya boleh fikir. Takkan nak bawa pakar psikiatri pula kan? Kalau bawa ustaz atau ustazah pun boleh juga.
G : Baik. Terima kasih sebab beri saya alternatif lain. Dah tak boleh fikir apa dah. Tanya kawan-kawan semua pun suruh kekal sahaja di sisi dia tanpa mereka semua tahu apa yang saya tanggung.
Aku : Tiada masalah. Cuma kalau boleh, selesaikan dengan cara baik. Tak mahulah ada kaitan dengan nyawa semua ni.
G : Kalau boleh, awak tulis di blog, saya nak tahu pendapat orang lain juga. 
Aku : Tiada masalah ke?
G : Boleh, saya nak baca pandangan kalau ada. Nak bersiap ke tempat kerja. Terima kasih lagi sekali ya Cik Zara? Jangan lupa minum kopi supaya kekal berjaga.
Aku : Baik. Itu memang tidak akan lupa.

[Gambar : Ada sesuatu yang indah terselit dalam gambar ini.]

Termenung.
Semasa mengayuh tadi, aku terfikirkan sesuatu. Apakah cinta itu akan kekal dengan ugutan, kemarahan dan dendam sepanjang hayat? Mungkinkah kita bersama seseorang atas dasar terpaksa memikul beban yang kita bayar atas kesilapan lalu kita sendiri atau menanggung kesalahan orang lain? Semua perkara berlaku ada sebab, dan hikmahnya. Aku faham itu, aku mengerti tetapi apalah ertinya kalau hanya sebelah pihak sahaja bahagia, sebelah pihak lagi memendam rasa?

Batuk.
Seperti aku pernah nyatakan, dan sering kali titipkan. Hidup ini, kita yang tentukan arah tujunya. Kapal yang besar dan kita nakhoda. Bawa ia belayar, halakan ke arah tempat tujuan kita. Kalau dalam perjalanan, terjumpa penjenayah lautan luas, jika boleh, hindarinya. Jika terpaksa juga melaluinya, hadapi dengan tabah dan perlu berusaha. Jika berjaya, kita akan menang bermaruah. Jika gagal, sekurang-kurangnya kita pernah berusaha, bukan sebab mengalah dan putus asa.

Nota Kaki :
1. Masih kecewa dengan hal semalam. Sungguh kecewa dengan diri sendiri. Peribadi. Persahabatan.
2. Buat yang meniru hasil tulisan di blog aku, aku akui aku kecewa bila hasil tulisan peribadi aku kau tukar dan mengaku itu suatu perubahan dalam cara kau menulis. Walaupun ejaan kau tukar sehingga jadi tulisan seperti rempit, tapi aku tahu itu tulisan aku. Pagi ini kau dah tutup blog kau. Aneh. Tiada kata maaf?

Zara : Ketawa dalam menahan tangisan apabila kau kata aku punya banyak kawan. Memang aku punya banyak kawan, tapi yang boleh aku sandarkan kesakitan dan kebahagiaan? Hanya beberapa kerat sahaja. Ternyata, kata-kata kau buat tembok terakhir pertahanan diri aku yang sedang lemah, terjejas teruk seperti ditimpa hakisan.

Monday, November 22, 2010

Kadangkala Terlampau Jujur Mengundang Duka - Tiada Lagi Ketawa Riang


Awak.
Itu kali pertama mendengar ketawa riang.
Adakah itu akan jadi kali terakhir juga?
Entah.

Senyum pahit.
Sakitnya awak.
Saya rasa benci dengan diri sendiri.
Sakit hati.

http://img.tehcpeng.net/2009/Y2S1_DanboStudies.jpg
[Gambar : Adakah menulis surat adalah cara terakhir saya perlu buat?]

Telefon masih senyap.
Tiada balasan yang diterima.
Letak hujung katil.
Tidak mahu gantung harapan.
Senyum.

Awak.
Mahu dengar suara awak lagi.
Walaupun ia untuk kali terakhir.
Maaf awak.
Maaf.

Senyum kelat.
Awak hidup baik-baik.
Sila jaga diri awak.
Itu sahaja.

http://s3prod.weheartit.netdna-cdn.com/images/3461707/tumblr_l6m82uoX771qbplkbo1_500_large.jpg?1282282683
[Gambar : Ya, ini jalan terakhir bila saya tak mahu fikir apa-apa lagi]

Nota Kaki :
1. Buat N.A. yang kononnya suka bercakap secara dalaman, maaf, saya tak boleh menerima peniruan awak yang sangat buat saya jijik dengan sebarang bentuk plagiat.
2. Nakama ada masalah, tapi dia enggan cerita. Sedih.
3. Kembar sibuk dengan permainan komputer. 

Zara : Aku ketawa kuat bila orang dengan senang hati mengambil kerja orang lain dan mendakwa itu hasil tulisan mereka. Kamu adalah penjenayah maya yang keji. Sangat keji.

Saturday, November 20, 2010

Baca Blog Kamu Macam Baca Tentang Diri Saya Sendiri - Hidup Aku Hanya Coretan Kanvas Manusia Beku


Salam.
Sedang menaip dengan mata bengkak macam panda disebabkan tidur lewat, Berbual dengan seorang kawan (silap, dia bercakap, aku menaip) sehingga melewati waktu tengah malam. Terima kasih atas maklumat yang sangat berguna kawan yang pendiam. Ternyata, kamu punya suara yang bagus. Senyum.

Sudah ada beberapa individu yang menyatakan, bila mereka membaca blog ini, seperti ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan hidup mereka. Aku akui, sesetengahnya aku dengan berkias menulis tentang mereka. Sebagai contoh, nakama aku.

Nakama : Kau tulis pasal aku kan?
Aku : Eh, mana ada?
Nakama : Ya, aku tahu.
Aku : Tolong baca label, blog aku perlu dibaca dengan melihat label.
Nakama : Baik, tapi betul bukan pasal aku?
Aku : Kalau tentang kau pun kau bukan tahu (ketawa)
Nakama : Lain kali aku tengok label sahaja.

http://28.media.tumblr.com/tumblr_kzo2iqaO2a1qbplkbo1_500.jpg
[Gambar : Saya buat label yang sangat terperinci]

Ada yang secara terang-terangan tahu yang itu mereka. Kawan baik aku yang merajuk dengan aku, tahu yang dia dimaksudkan. Terus dihubunginya aku. Aduhai.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/06/100-Days-Danbo-Photo-Project-Gallery-By-Hartanta-Part-107.jpg
[Gambar : Mari memanjakan diri. Tiba-tiba]

Kawan : Awak tulis tentang saya?
Aku : Kenapa?
Kawan : Rasa macam awak tulis tentang saya.
Aku : (ketawa) Kenapa kata camtu?
Kawan : Entah, tapi rasa macam tu. Kalau salah tak mengapa.
Aku : (ketawa) Rahsia kot?

Senyum.
Kawan itu kawan yang baik. Sangat baik, sangat lembut dan senang untuk berbual. Malam tadi kali pertama dengar suara kawan itu dan walaupun aku menaip dan dia bercakap, aku masih rasa gembira. Tidak, mungkin pelik tapi itu saat yang membahagiakan disebabkan aku dalam keadaan tidak sihat dan tidak banyak berbual. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh buat aku gembira.

Terima kasih kawan. Boleh tak agaknya aku telefon kamu (secara atas talian tentunya) dalam masa akan datang? Walaupun aku ini 'cautious but not harmful', aku masih mahu buat sesuatu yang menggembirakan.

Buat kembar, maaf kembar. Malam ini aku balik, kita berbual ya?
Aku mungkin degil, tapi kamu pasti memahami bukan?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Penat tetapi gembira.
2. InsyaALLAH, bakal balik hari ini.
3. Mahu berjumpa seorang kawan kalau sempat hari ini.

Zara : Kamu tahu kenapa aku senyum semalam? Sebab aku punya sebab untuk terus tersenyum dan menjadi diri aku.

Monday, November 08, 2010

Ya Awak, Ini Semua Salah Saya. Apa Awak Nak Hukum Saya?


Awak.
Saya nak minta maaf.
Silap, sebenarnya saya dah minta maaf tapi awak enggan maafkan saya. Benci tahu? Saya dah minta maaf dengan jujur dan ikhlas tapi awak buat endah tak endah. Nasib baik awak dah ada kekasih dan merancang untuk kahwin dengan dia, kalau tidak, memang saya pastikan kekasih awak itu terpaksa mencari lain disebabkan saya sudah menyeksa awak. Eh?

http://farm4.static.flickr.com/3601/3603321181_b0aeb0e490.jpg
[Gambar : Cuaca sedang hujan bila setiap kali saya cuci kereta]

Awak, saya tahu saya salah.
Maafkanlah saya.
(Pura-pura menangis)

1. Awak telefon dan hantar pesanan ringkas, tapi saya tak jawab.
Kan saya dah kata, sejak saya dah tiada siapa untuk dihubungi secara kerap, telefon sudah tidak berapa saya endahkan bila di rumah. Lainlah kalau awak yang memang sedang hangat bercinta, telefon memang tampal di telinga gunakan pita pelekat. Sudahnya saya cuba pujuk awak guna telefon juga tidak berjaya. Guna pesanan segera kepala bulat kuning (baca : Yahoo Messenger) juga tidak berjaya.

Saya : Maaf, telefon dalam beg.
Awak : Simpan berapa lama? SMS tu tengah hari tahu?
Saya : Dari pagi memang dalam beg kot?
Awak : Biarlah.
Saya : Jam 4.35 pagi saya dengar penggera telefon bunyi, tercari-cari, jumpa dalam beg.
Awak : Sudahlah.
Saya : Maaf sangat-sangat.
Awak : Saya nak tidur.
Saya : Baik.

Tahu awak sentap.
Tahu sangat.
Bukan baru hari ini saya kenal awak.
Senyum kelat.

2. Tertidur depan komputer riba semasa gunakan khidmat pesanan segera.
Ala awak. Bukan dengan awak seorang sahaja. Dengan kembar saya di Moscow, dengan budak rambut lawa yang serupa ninja pun saya boleh tertidur semasa berbual dengan mereka, inikan pula dengan awak? Tidak, ini bukan perli atau hinaan ke apa, jadi janganlah merajuk awak.

http://izismile.com/img/img2/20091022/danboard_29.jpg
[Gambar : Sesi perbincangan dari hati ke kasut. Eh?]

Awak : Semalam kenapa senyap?
Saya : Maaf, saya tertidur.
Awak : Depan komputer pun boleh tidur?
Saya : Komputer atas katil.
Awak : Apa tak tersangkut dengan wayar?
Saya : Internet saya adalah tanpa wayar (baca : wireless)
Awak : Kalau ada teman lelaki mesti dah lama kena cerai.
Saya : Nasib baik tiada kan?
Awak : Huh!

Ya, saya salah.
Saya tahu.
Apa awak nak hukum saya?
Saya terima.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/04/Danbo-and-Nendoroid-Drossel10.jpg
[Gambar : Awak nak pukul saya begini ke?]

Maaf.
Itu sahaja yang saya dapat kata.
Awak, terima kasih sebab sentiasa nampak saya seorang perempuan.
Awak memang kawan yang baik.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Sedang belajar membuat ikatan dan simpulan tali dengan adik lelaki aku yang memang hebat dalam hal-hal begini. Baru dapat belajar lima sudah diupah dengan Slurpee. 
2. Sepatutnya sedang menghadiri kursus tetapi aku minta pulang disebabkan perlu hadir ke sekolah esok. Esok petang akan terus ke kem.

Zara : Cuaca sejuk dan aku sedang menunggu seorang rakan yang sedang berjanji untuk membuat panggilan telefon secara Skype. Ada perkara yang perlu dibincangkan.

Sunday, November 07, 2010

"Aku Kalau Ikut Hati, Dengan Tempat Dan Rumah Dia Memang Aku Rasa Nak Bakar Dan Musnahkan"


Oh, janganlah ganas sangat.
Tapi kadangkala ada terfikir sedemikian bila melalui kawasan-kawasan yang membuatkan kenangan lama terimbau secara tidak sengaja.
Itu kata kawan aku dan entah kenapa aku mengangguk setuju.
Ketawa.

http://static.desktopnexus.com/thumbnails/34665-bigthumbnail.jpg
[Gambar : Adakah hati akan sentiasa sepi?]

Kawan : Hari tu kau pergi KL?
Aku : Ya.
Kawan : Lalu kawasan tu?
Aku : Kawasan apa?
Kawan : Ala, kawasan bekas kekasih lama.
Aku : (ketawa) Benda lama, malas nak ingat lagi.
Kawan : Manalah tahu kan? Dulu mana kau boleh lalu kawasan dia.
Aku : Kena profesional (ketawa)
Kawan : Ke kau dah ada orang lain?
Aku : (ketawa) Belum.
Kawan : Dah 3 tahun la gila!
Aku : (ketawa) Biarlah.
Kawan : Siapa yang kau tunggu ni?
Aku : (ketawa) Kalau aku tunggu orang, orang itu akan tahu.
Kawan : Eh, apa maksudnya?
Aku : (ketawa) Tiada apa-apa.
Kawan : Kau ada tunggu orang ke?
Aku : Tiada.
Kawan : Habis tu?
Aku : Sengaja nak buat kau pening.
Kawan : Ceh!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUYPmXYJAY2tHAYza8aOes9ksZ043Ug3BpI-QBZeYgl8Ttz0S64eGruQezBOyatp4oGuK2aTb_RO2-1HfLdektuuZi52AH9BAalec1zonViqDbKO0SBOO2tolgD3nLwLEY16kLD81zUc0/s1600/Danbo_loves_you__by_BeciAnne.jpg
[Gambar : Tadi makan coklat bentuk begini, comel tapi wangi. Urgh!]

Aku tersenyum sebaik panggilan telefon itu diletakkan. Betapa kawan itu masih tidak berpuas hati dan merasakan yang aku masih terperangkap dalam hidup lama. Ah, kenangan silam itu bukan apa-apa lagi buat aku. Banyak yang aku belajar dan jujurnya menoleh ke belakang tidak akan memberikan sesuatu yang bermakna. Teruskan sahaja kehidupan demi kepuasan peribadi dan matlamat diri.

Menulis sesuatu yang berkait rapat dengan soal hati tidak bermaksud aku terjebak dalam perkara begini. Sekurang-kurangnya aku tahu hati aku yang penuh warna warni. Memang kelakar dengan perasaan yang baru tumbuh sejak kebelakangan ini. Perasaan yang sama seperti empat tahun lepas. Disebabkan sudah lama tidak mengalami perasaan begitu, aku ambil keputusan membiarkan hati aku stabil sendiri sambil berusaha untuk memadamkan keinginan yang aku fikir disulami kegilaan.

Senyum.
Bagi yang memberikan komentar secara sinis dengan mengatakan aku seorang penakut dengan diri aku sendiri padahal aku menggalakkan orang lain berani, aku hanya ketawa. Aku sudah buat apa yang termampu dan aku tahu, apakah kesudahannya. Seperti seorang sahabat bertanya pada aku, kalau aku boleh hidup sendiri selama beberapa tahun, apakah aku tidak mampu untuk hidup sendiri untuk beberapa tahun lagi?

Ketawa.
Jawapannya adalah boleh.
Senyum.

*******

Don : Aku ada cerita baik.
Aku : Cerita apa?
Don : Nanti buka Skype, kita bual lama.
Aku : Boleh.

Siapa yang ingat lagi Don?
Oh, dia adalah si mulut yang tidak bertapis dalam penulisan ini.

Nota Kaki :
Berbasikal sendirian petang tadi. Oh, memang mencabar sampai rasa nak terbunuh pula. 

Zara : Aku memang suka berbual. Jadi sesiapa yang suka berbual, jom gunakan Skype bersama aku. Oh, bahagianya hidup bujang. Berguling.

Sunday, March 14, 2010

Dari Kerusi Hijau Ke Gigitan Biskut Cinta Ke Kek Cawan Bahagia - Kini Kembali Ke Kerusi Hijau Yang Cuba Dicerobohi Oleh Pemilik Sarkas Yang Ceria!


Salam pagi Ahad semua!
Apa khabar kalian hujung minggu ini?
Aku sedang menunggu Bunga Jiwa bangkit dari ranjangnya.
Ada sesuatu yang mahu dikongsi dari hati.

Terima kasih buat yang menyedari betapa comelnya bahagian atas blog aku kini.
Eh, sebelum ini bukankah benda yang sama juga?
Ah, ada yang menyedari kegilaan aku menukar kepala (baca : header) blog kebelakangan ini.

Helmi,Zara,Green Couch,Love,Friendship,Blog,Circus
Kepala blog yang baru.
Ada orang sudah berani menceroboh kerusi hijau.

Terima kasih buat teman aku, si pemilik sarkas di dalam gambar itu yang buat aku ketawa gila selama dua jam malam tadi.Walaupun berlainan benua, terima kasih kepada teknologi yang mendekatkan persahabatan kami.

Pemilik sarkas : Mana gambar kerusi hijau?
Pemilik dunia : Alamak, aku baru tukar sistem operasi (baca : OS) pada Tetingkap 7 (baca : Windows 7). Gambar hari itu hilang. 
Pemilik sarkas : Kau memang sengaja kan?
Pemilik dunia : Nanti aku cari dengan gigih sekarang.

Ya, setelah aku cari dengan gigih dan tabah secara menggila, aku jumpa dan hantarkan laju-laju pada dia.Pemilik sarkas merangkap bakal doktor perubatan itu juga dengan selaju mungkin menambah baik gambar tersebut. Hasilnya, seperti yang kamu lihat sekarang ini.

love,biscuit,red,heart
Biskut cinta ini perlu dimakan ketika duduk di atas kerusi hijau.
(sambil mata tercari-cari di mana Bunga Jiwa)

Love,Apple,Cupcakes,Zara
Kek cawan masih belum disediakan.
Eh, siapa yang sudi untuk melutut dan memberi di hadapan?
Aku akan berikan sekuntum senyuman.

*******

Sebenarnya, ada lagi yang buat aku gembira selain berbual di atas talian dengan pemilik sarkas.
Berbual sambil tengok aksi gila masing-masing menggunakan kamera sesawang (baca : webcam).
Banyak perkara yang dikongsi bersama dan aku sudah menunggu entah berapa lama untuk berbual dengan pemilik sarkas ini (sambil berbual, Bunga Jiwa aku muncul, dan  aku bertukar-tukar pesanan dengan dia).
Harus menunggu hujung minggu kalau aku tidak mahu tertonggeng mengantuk.
Ketawa.

Siapa pemilik sarkas?
Siapa pemilik dunia?

Dari Newcastle Upon Tyne ke Serom Dua, kami persembahkan.


Ini baru minit ke 07 : 54 di Skype.
Sebelum itu entah berapa minit di YM.
Tetapi malam tadi YM cari pasal.
Sengaja mahu cari gaduh pada aku.

Aksi itu memang benar.
Aku ketawa agak berlebihan di situ.
Ada aku kisah?
Itu ketawa kerana sesuatu berlaku di luar dugaan.
Apa dia?
Rahsia.


Ini muka kegembiraan (dan juga kekejangan) setelah hampir dua jam di Skype.
Pemilik sarkas duduk atas kerusi kayu - entah apa nasib punggung dia.
Pemilik dunia duduk atas ranjang merah - entah apa nasib pinggang dia.
Ketawa.

Pemilik sarkas ku sayang, aku sudah pastikan ini gambar-gambar kelihatan kurus (walaupun hakikatnya kamu memang kurus). Mata aku kelihatan bengkak macam panda ketika aku menulis ini. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada aktiviti aku hujung minggu yang berlangsung dengan jayanya. Aku kelihatan sangat jelas terbakar di dalam kamera malam tadi. Geram!

Terima kasih pemilik sarkas.
Bila kita nak menggila lagi?
Senyum.

********

Bangun pagi ini aku menerjah ke rumah keluarga bahagia aku.
Alhamdulillah, ada sesuatu yang menarik sudah berlaku.

Pantas jari menekan kekunci telefon genggam dan utus pesanan ringkas buat Bunga Jiwa.
Dunia kita hampir bersatu atas nama seni yang indah dan bahagia.
Ayuh bangkit Bunga Jiwa!
Ada hati yang sedang menanti penuh rasa rindu membara.
Ada seseorang menunggumu di sini - dia yang bernama Cinta.

Siapa sebenarnya Bunga Jiwa?

Zara : Sedang meneruskan usaha mengarang Bab 4 Legasi Cinta Alisia. Ah, payah juga mahu menggarap kewujudan Syahmi Hanis di sebalik kekuatan Alisia Rayyan dan Danish Aryan.