Thursday, April 07, 2011

Kau Buka Dan Beri Hati Pada Siapa?


Hidup.
Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan. Hidup hanya sekali, itu yang selalu kita bisikkan pada diri sendiri. Apakah meletakkannya di tempat yang salah, melakukan kesilapan dan kita tidak mahu kembali bangkit dan bernyawa?

Kadangkala, kita buka hati kita pada orang yang salah. Kita berikan yang terbaik pada manusia yang kita sangka ditakdirkan untuk kita walaupun akhirnya benda yang diharapkan langsung tidak terjadi. Tetapi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Bila kita yang bertanggungjawab untuk membuka hati kita, maka, kita harus mengambil usaha untuk menutupnya kembali. Kuasa di tangan kita.
Benar bukan?

Gambar : Kenapa sepasang kasut kadangkala mempunyai ciri-ciri berlainan daripada sepasang kasut yang sama? Sudah semestinya pemakainya adalah orang yang berbeza. (Shafaza Zara, 2011)


Manusia memang tamak. 
Itu kenyataan kejam yang kita harus akui bersama. Setiap daripada kita adalah tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki. Katakanlah perempuan yang sudah sedia ada cantik, kurus, langsing, kadangkala akibat tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki, dia akan pergi membuat pembedahan plastik untuk lebih cantik dari orang lain. Lelaki yang sudah memiliki segalanya, mungkin akan menggunakan kelebihannya untuk mendapat cinta yang lebih dari sepatutnya, walaupun sudah ada permaisuri yang menunggunya pulang ke rumah. Mungkin. Itu sebahagian daripada fragmen hidup yang nyata.

Kawan : Aku geram betul.
Aku : Kenapa?
Kawan : Bila aku buka balik hati aku untuk bercinta, orang yang aku nak, langsung tak pernah pandang aku. Tapi orang yang aku tak minat pula asyik mengekori.
Aku : Jadi?
Kawan : Adakah ini balasannya sebab selama ini aku menolak cinta yang hadir?
Aku : Jadi kau nak kata yang kau patut terima cinta orang yang mengekori kau?
Kawan : Bukanlah. Aku memang minat pada seseorang tu, cuma, dia langsung tak pernah endahkan aku.
Aku : Bukankah itu ironik?
Kawan : Maksudnya?
Aku : Manusia memang begitu.
Kawan : Terangkan.
Aku : Manusia selalunya akan tidak menghiraukan orang yang perlukan mereka, tetapi mengejar orang yang mereka suka. Manusia tolak orang yang cintakan mereka, tetapi mengejar orang yang tidak ada langsung perasaan pada mereka.
Kawan : Jadi, benda ni normal?
Aku : Normal terjadi pada manusia biasa.

Terima baik dan buruk.
Pernahkah sebelum kita membuka hati dan menyerahkannya kepada seseorang demi memulakan hubungan, kita telah mengkaji kesan baik dan buruknya yang datang secara pakej apabila kita menerimanya dalam hidup kita? Selalunya manusia akan terlepas pandang perkara sebegini dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila benda yang istimewa telah bertukar menjadi duka.

Cinta.
Satu perasaan yang istimewa ini seperti dadah sebenarnya.
Dalam kuantiti yang kecil, ia tidak memberikan sebarang erti.
Dalam kuantiti yang sederhana dan berpatutan, ia memberikan kebaikan dan kesenangan seperti mana ubat.
Tetapi, bila dalam kuantiti yang terlampau banyak dan berlebihan, ia bakal memudaratkan.
Itu yang aku rasa, pandangan peribadi aku sendiri.
Ketagihan?
Itu pasti.

Gambar : Dalam mimpi, impian dan cinta - tiada sebarang istilah mustahil yang neuron kita akan cipta. Semuanya boleh sahaja dan bakal sempurna. Tetapi, benarkah?

Banyak hubungan berakhir walaupun sebenarnya, itu tidak perlu berlaku.
Manusia memang suka membiarkan emosi dan sifat ego menguasai sehingga hilang pertimbangan. Dalam satu ketika, nafsu marah memuncak, ego mencanak, emosi merajai hingga sendiri akan lupa diri. Natijahnya? Bila tersedar dan tersentak, baru akan menyesal sendiri. Kenapa membiarkan sesuatu yang indah itu hilang begitu sahaja akibat kelalaian sendiri.
Ah, kata manusia.

Nota Kaki :
1. Ada beberapa soalan di Mukabuku yang sudah aku jawab. Maaf, aku tenggelam dalam pembacaan hingga mengabaikan alam maya.
2. Berjumpa dengan seorang wartawan dan juga penulis blog semalam.
3. Maaflah tidak berkesempatan membalas komentar kalian di halaman Mukabuku untuk blog ini. Aku memang begini bila terjumpa buku yang aku suka.

Zara : Bila sebuah hati sudah rosak, ia akan menjadi keras, tertutup dan dingin. Sekarang, ia memerlukan usaha yang kuat untuk dibuka kembali dan menjadi panas semula. Ah, tapi kalau sekali peluang pernah diberi dan dikhianati, mungkinkah ia akan tertutup selamanya selepas ini?

9 comments:

Mra Mastura said...

>__< sedang trauma dengan cinta. same dgn situasi pbualan tu. mengejar someone, tp someone lain nak kt kte. tapi xmampu nak buka hati. skang pn dah xde hati perasaan. takut nak buka. tapi biarkan aje dlu. :) hanye melihat persekitaran org bercinta.
chaiyok sis, akan ad mase, terbuka la semula :)

Adziim said...

Darah saya O, apa darah awak? Kalau sesuai saya nak bagi separuh dari hati saya untuk ganti hati awak yang rosak.
Give it a chance will you?
Lepas dah bagi hati,nanti saya teman dan gulakan awak sampai hati baru itu pulih sepenuhnya dan awak senyum. Bila awak senyum,hati saya gembira.

:)

Cheezy komen gua kali ini. Tutup muka dengan bantal. Malu.

Raouf Sora said...

kak zara: sy senyum sorg2 td...sgt terkena pd entry kali ini..hihi..amatlah suka baris terakhir ttg hati yg rosak itu..sbb hati sy dh jd mcm tu..huhu..

p/s: sy ni tgh study td..saje singgah kt blog akak jap..doakan sy dpt hadapi final dgn tenang..InsyaAllah..teheee..~ :D

niesa said...

Terfikir kebenaran. Selalu mengejar sesuatu yang tak pernah mengenali diri. Cuba untuk memberitahu dengan cara tersirat tapi maksudnya tak kesampaian. Akhirnya merana keseorangan. Itu lumrah. Yang penting, berpaksilah segala perbuatan pada Yang Hak. Moga diberi petunjuk pada kegelapan yang mewarnai diri.

saya bukan tomato said...

yupp ada yg tak penah puas dgn apa yg dimiliki.. :)

nabila saat said...

like your entry sangat2x..hehe

Annabella Noor Azman said...

Kadang-kadang risau jugak bila fikir dalam umur semuda ini hati kita dah beku, keras, rosak untuk terima lelaki. Serik? Mungkin. Tapi penat adalah jawapan yang paling tepat kot sis? Penat melayan kerenah lelaki.:)

takky said...

boleh ke samakan situasi ini dgn situasi dimana kita takut nak trime cinta org disebabkan persekitaran sekeliling kita yg asyik berlaku clash2 masa kapel nie??

Unknown said...

eh darah saya juga O *tiba-tiba. hahaha