Showing posts with label Iman Kenzo. Show all posts
Showing posts with label Iman Kenzo. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Hilang Empat Hari Tapi Masih Sendiri


Hidup hilang empat hari.
Tapi aku masih di sini.
Masih banyak benda mahu dikongsi.
Benda yang lahir dari hati.

[Gambar : Simbolik gambar ini kan?]

Banyak benda yang mahu ditulis tetapi memandangkan aku kepenatan dan sedang membaca begitu banyak komentar yang membencikan, aku cuma mampu duduk melihat gambar yang aku ada. Oh ya, kali ini, buat yang asyik tanya kenapa banyak gambar Internet sahaja, aku letakkan sedikit gambar aku sebagai tanda yang kalian masih berkomunikasi dengan manusia.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/168924_10150094669093237_263280958236_6612868_3888352_n.jpg
[Gambar : Ala, kalau tak cantik sekalipun, ini memang saya yang bertugas luar selama empat hari. Kenapa? Salahkah saya jadi gelap sebab berjemur matahari? Pfft!]

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/180524_10150399151725543_885375542_17138109_5793794_n.jpg
[10 Februari 2011 - Sempat lagi pergi beraya di rumah abang terbaik aku, Weijie. Pandai aku pilih hari kan? Hari ini hari kelapan Tahun Baru Cina. Itu pakaian rasmi aku untuk majlis penutup, tali leher dah buka sebab panas.]

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/180819_10150104370598753_720498752_6533769_1959889_n.jpg
[Ini Weijie yang sengaja ambil dengan tujuan untuk menampakkan betapa kerusi aku sungguh ke depan apabila memandu. Dan lagi, hampir kesemua benda di dalam gambar adalah berwarna putih dan hitam]

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181959_10150094718568237_263280958236_6613463_7209949_n.jpg
[Gambar : Adam Awraq dan Iman Kenzo. Ya, beginilah caranya aku bawa Iman Kenzo selepas sudah punya besi penyangkut dibelakang. Kalau tidak sebelum ini aku sumbat di tempat duduk belakang Adam Awraq yang sudah meninggalkan beberapa kesan calar di pintu dalam.]

Baiklah.
Itu sahaja sampai aku punya tenaga.
Oh, menggunakan Skype dengan teman terbaik aku tadi membuatkan aku lebih kenal siapa diri saat ini.
Senyum.

Sisi sarkastik?
Tunggu nanti.

Buat mereka yang asyik fikir aku lemah sebab kononnya hilang cinta, maaflah.
Anda salah.
Senyum.

Zara : Tunggu sahaja nanti. Kau layangkan aku tulisan penuh benci dengan harapan aku marah dan melenting sesuka hati? Maaf, kau jumpa salah orang kini. Aku sudah tiada emosi. Mati.

Thursday, December 02, 2010

Kenapa Aku Suka Blog Aku Berbeza Dengan Adam Awraq Seksi Kerana Tiada Punggung


Salam semua.
Pagi-pagi lagi sudah bangun (sebenarnya serupa tidak tidur sejak kebelakangan ini). Ini disebabkan oleh keinginan untuk menjadi secomel panda dan terkenal sebagai duta WWF. Apa kau ingat kau seekor sahaja yang comel panda? Aku pun comel juga tahu? (Sila abaikan ayat ini kerana tuan punya blog dibawah pengaruh kafein yang tinggi)

Ketawa.
Baiklah.
Ada yang bertanya tentang kenapa aku suka blog aku. Dah kata blog aku, mestilah aku suka kan? Kalau tak suka, tidaklah aku hadap setiap hari tanpa rasa jemu (bukti obsesi kepada diri sendiri disebabkan tidak comel macam penulis blog lain).
Sengih.
Rasa keji pula menulis sedemikian rupa.

http://farm3.static.flickr.com/2482/3898514929_423af1ca50.jpg
[Gambar : Aku rasa nak pakai begini dan ambil gambar. Ada sesiapa nak tekan suka (baca : LIKE) ke?]

Baiklah. Untuk menjawab soalan kenapa aku suka blog aku, ini beberapa jawapan yang aku rasakan sesuai untuk menjadi bacaan umum tanpa sebarang tapisan.

Blog aku ibarat diri aku. 
Aku sayang diri aku. Maka, aku juga sayang blog aku.

Blog tempat aku meluahkan apa aku rasa - ruang terapi.
Ini tempat terapi terbaik. Jika sebelum ini aku selalu bercakap dengan dinding ataupun kawan-kawan yang celup-celup (maksudnya sekejap ada sekejap tiada), blog adalah tempat aku meluahkan segalanya (dan sejak ada kembar, aku boleh bercakap dengan kembar - seorang manusia seperti aku juga)

http://farm3.static.flickr.com/2545/3911199725_ea973f16c7_z.jpg
[Gambar : Kalau tiada terapi menarik, mungkin aku sudah jadi sebegini]

Sebab aku suka menulis.
Aku dah kurang bercakap agaknya.
Mungkin.
Sebab ini kan cuti sekolah, maka aku tidak ada kelas untuk dihadiri.
Senyum.

Kenal ramai orang.
Dengan blog memang aku kenal ramai orang. Jumpa ramai kawan baru dan lebih kenal tentang manusia itu sendiri.


Ini sebagai contoh.

Ada banyak lagi sebenarnya.
Tetapi agak peribadi.
Senyum.

Adam Awraq.
Kasihan beliau.


Ini Adam Awraq - buat sesiapa yang masih tidak mengenali beliau.

Kasihan Adam Awraq yang selalu menjadi bahan gurauan di kalangan keluarga dan teman-teman. Kalaulah beliau tahu beliau dikata-kata, kasihan suamiku itu. Heh!

Mak : Leceh betul kereta kau tiada punggung, Along.
Aku : Punggung Along dah cukup besar dah (ketawa)
Mak : Kau kereta ke?
Aku : (Gelak)

Disebabkan kereta Bonda masih di bengkel, maka beliau harus berpuas hati (dan aku tabah) untuk membeli segala barang keperluan seperti beras, minyak amsak dan sebagainya menggunakan kereta aku sebagai pengangkutan. Kereta Abah tiada disebabkan dia bawa ke sekolah.

Begitu juga apabila aku menghadiri kursus atau aktiviti yang memerlukan aku membawa Iman Kenzo (basikal aku) di dalam kereta.

Kawan : Lain kali beli kereta yang ada punggung.
Aku : Ada punggung lah ni.
Kawan : Punggung rata, lain kali beli yang punggung besar, senang letak basikal.
Aku : Ceh! Ni muat juga.
Kawan : Sayang kena tempat duduk.
Aku : Sebab itu beli yang kulit.
Kawan : Kalau tak mesti menangis bila minyak basikal menitis kan?
Aku : Tepat sekali!

Sekarang ini kalau mahu bawa Iman Kenzo di dalam Adam Awraq, aku akan alas dengan surat khabar tebal. Tidak sanggup melihatkan kecederaan di tempat duduknya. Senyum.

Baiklah.
Apa yang aku tulis hari ini?
Pening.

Nota Kaki :
1. Ada ambil gambar sebuah pokok yang comel. Nanti aku letak di Tumblr.
2. Tawaran untuk menulis tiba lagi, cuma aku tiada masa luang yang betul-betul kosong.
3. Menerima dua kejutan malam tadi. Terima kasih kembar, terima kasih kawan baik yang pendiam.

Zara : Kalau bertolak ansur itu sangat perlu dalam hidup, aku pasti ramai yang sudah berbunuhan akibat sikap jelik dan tamak orang yang tidak kenal peraturan. Diam. AKu kulum dalam-dalam segala sumpahan dan makian.

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Orang Jahat Mahu Menguasai Dunia? : Lelaki Berkaca Mata Itu Kacak?


Salam semua.
Terima kasih buat yang mengikuti aku di Tumblr. Jujur sebenarnya aku sendiri tidak begitu pasti dengan fungsi sebenarnya tetapi ia kelihatan menyeronokkan itu sengaja menulis atau berkongsi sesuatu apabila bosan (walhal baru letak 2 nota dan 1 gambar).

Terfikir sesuatu semasa menonton kisah penjenayah yang tidak sudah-sudah setiap minggu (padahal aku yang wajib memastikan diri sendiri berada di hadapan televisyen). Kenapa setiap penjenayah yang wujud di dalam filem, drama dan kartun mahu menguasai dunia? Kenapa mesti menguasai dunia?

http://i118.photobucket.com/albums/o103/rooraapics/Hot%20in%20beanies/HiB_Hero/00gq6.jpg
[Gambar : Bagaimana mahu menguasai dunia? Adakah melalui senyuman sahaja? Gila]

Baiklah.
Walaupun aku tidak kenal dengan siapa dalam gambar di atas, walaupun aku pasti artis Korea (adikku Paan, sila tabah) , hari ini aku mahu senaraikan beberapa sebab kenapa orang jahat mahu menguasai dunia berdasarkan pandangan peribadi aku.

Eh, kalau jambu begini mahu menguasai dunia, aku mungkin tidak akan melawan.
Ketawa.
Baiklah, serius.

1. Nampak kuat dan gagah jika menguasai dunia.
Betulkan? Bila menguasai dunia, maka mestilah nampak kuat, hebat dan gagah. Adakah menguasai dunia nampak lemah? Kecuali dunia yang kurang betul seperti Dunia Sebelah Zara (ada sesiapa mahu rampas dunia picisan ini?)

Orang jahat : Aku rasa aku nak menguasai dunia la.
Geng : Dunia mana?
Orang jahat : Dunia Sebelah Zara.
Geng : Apa tu?
Orang jahat : Eh, tak tahu ke?
Geng : Tiada dalam peta dunia pun.
Orang jahat : (sambil pandang kiri kanan) Kau Google.
Geng : Baik ketua!

Apa kau ingat kau terkenal sampai begitu sekali ke Zara?
Ceh!
(Tak boleh tulis ayat memuji diri sendiri, nanti ada pula mahkluk yang tulis blog mengata tuan punya blog ini. Lawak kan?)

2. Rasa berharga.
Berbanding Plankton dalam Spongebob yang mahu menguasai resepi Krabby Patty, aku rasa lebih baik rasaksa dalam Ultraman atau Power Rangers atau mungkin juga Lord Voldermort dalam Harry Potter yang mahu menguasai dunia. Apalah sangat menguasai resepi Krabby Patty kan? Termasuk dalam lubang tandas, diejek oleh isteri komputer, tidak termasuk beberapa episod ditendang, dipijak oleh Encik Krab. Sangatlah membazir. 

http://img.poptower.com/pic-14609/plankton-spongebob.jpg?d=1024
[Gambar : Muka teruja dapat curi resepi rahsia Krabby Patty. Tapi selalunya gagal]

http://th08.deviantart.net/fs46/300W/i/2009/167/f/2/Lord_Voldemort_by_soul_whisper.jpg
[Gambar : Siapa yang tidak teruja tengok muka orang jahat macam Lord Voldermort?]

Rasa lebih berharga menguasai Dunia Muggle dan Dunia Ahli Sihir berbanding sekadar resepi rahsia Krabby Patty kan? Ketawa.

3. Pembunuhan tidak memuaskan hati orang jahat.
Kadangkala membunuh sudah tidak dijadikan asas lagi dalam menjadi orang jahat. Menguasai dunia adalah lebih penting disebabkan kalau semua sudah dibunuh, dunia akan kosong. Jadi, apa erti menguasai dunia tanpa ada orang lain dalam dunia? Kita tidak perlukan zombie, atau apa sahaja di dalam dunia ini. Kata orang jahat, bukan aku kata. Ketawa.

Orang jahat : Kasi bakar!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi potong!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi tembak!
Geng : Baik tuan!
Orang jahat : Kasi bunuh semua!
Geng : Baik tuan!

Selepas beberapa ketika...

Geng : Kita sudah menang tuan!
Orang jahat : Bagus. Kumpulkan semua orang kita.
Geng : Baik tuan! (semua berkumpul)
Orang jahat : (sambil mengira) Banyak ini sahaja?
Geng : Yang lain semua dah dimusnahkan.
Orang jahat : Apa ertinya menguasai dunia begini?!

4. Orang jahat tidak pasti dunia mana hendak dikuasai.
Sebenarnya mereka sendiri tidak pasti mahu menguasai dunia apa. Mungkin dalam perbincangan, mereka terpaksa meletakkan beberapa pilihan seperti berikut :
  • Dunia pertahanan.
  • Dunia permotoran.
  • Dunia pelacuran.
  • Dunia perbankan.
  • Dunia hiburan (wah!)
  • Dunia Sebelah Zara (nak juga kan? Ketawa)
  • Duniaku Duniamu (DKDM - penghargaan buat saudara untuk saudara)
  • ...dan pelbagai dunia lagi.
Cuma yang pastinya, beberapa dunia berikut tidak akan terpilih :
  • Dunia kematian (Lord Voldermort pun takut)
  • Dunia Belum Berakhir (apa kau ingat tajuk lagu?)
5. Boleh memulakan operasi kejahatan secara besar-besaran.
Baru seronok buat kerja jahat kan?
Buat jahat dalam skala kecil itu cuma kanak-kanak yang sorokkan pemadam orang lain. Yang berskala besar seperti rasaksa, Lord Voldermort serta Pemakan Kematian (baca : Death Eater) mestilah buat jahat secara terang-terangan.

Dapat menimbulkan rasa takut pada orang ramai, kebimbangan bagaikan melihat Dementor bergetanyang di udara dan takut melihat kononnya ada Tanda Kuasa Jahat di luar rumah. Sekejap. Kenapa contoh aku semua adalah tentang Harry Potter?

http://images2.fanpop.com/image/photos/13400000/Death-Eaters-in-Deathly-Hallows-harry-potter-13426798-1280-800.jpg
[Gambar : Buat jahat beramai-ramai sebegini adalah kegemaran Lord Voldermort walaupun dia sebenarnya tidak percayakan orang lain]

Itu sahaja yang dapat aku nyatakan.
Aku percaya ada banyak lagi sebab kenapa orang jahat nak menguasai dunia, cuma nantilah dahulu. Aku mahu berkemas untuk aktiviti petang sehingga pagi esok (1 Disember 2010). 

Oh ya, aku akan mengayuh sejauh 60km malam ini di kawasan Batu Pahat. Bertolak dari Muar petang ini lebih kurang jam 4 petang aku rasa disebabkan aku mendapat pesanan supaya berkumpul di Bakri jam 3.30 petang. Itu sahaja. Jumpa kamu sekalian esok, insyaALLAH.

Selingan.
Oh, tentang lelaki yang berkaca mata itu seorang yang kacak, comel dan sebagainya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma aku selalu merasakan lelaki yang berkaca mata (termasuk juga perempuan) mempunyai mata yang cantik. Mata yang terlindung disebalik cermin yang membantu penglihatan mereka.

Diam.
Itu pendapat peribadi sahaja.
Jangan ada spekulasi pula.

Oh, lebih mengenai ini boleh dibaca di Tumblr aku di sini.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Alhamdulillah, Abah dan Bonda melepaskan aku pergi untuk aktiviti kayuhan malam ini.
2. Sejak kebelakangan ini muncul cerita yang kurang enak tentang penulis blog. Aku mengambil pendekatan diam dan lihat sahaja.
3. Ada sesuatu yang berlaku di dalam ruang sudut paling dalam milik seorang manusia beku. Dia sedang berusaha melawannya.
4. Iman Kenzo bakal berjalan jauh malam ini. Hoyeah!

Zara : Acapkali kita merasakan dengan berbual, menulis dan bercerita dengan seseorang itu kita sudah mengenali keseluruhannya tentang dia. Malangnya, disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa? 

Tuesday, October 26, 2010

Iman Kenzo : Hadiah Istimewa Dalam Hidup Aku Dan Adam Awraq Sempena Setahun Menjadi Guru.


Senyum.
Selamat datang Iman Kenzo.
Selamat datang sayang ke dalam keluarga kecil Zara.
Semoga keluarga Adam Awraq dan Shafaza Zara menjadi semakin sempurna.


Ini Iman Kenzo.

Selain nama untuk watak cerpen aku, Iman Kenzo adalah nama untuk si dia ini yang aku beli sempena sudah setahun aku menjalani hidup sebagai seorang guru. Ya,buat pengunjung setia Dunia Sebelah Zara, mereka sudah mengetahui dengan jelas bahawa aku ini manusia beku yang hidup gembira dengan kehidupan aku sendiri. Maka, menamakan barang peribadi aku dengan nama manusia membuatkan aku gembira.

Senyum.
Ada orang memberikan aku ucapan tahniah dengan menyangka aku sudah nikah dan berharap semoga aku mengandung dalam masa terdekat serta bakal melahirkan pada tahun hadapan. Ketawa. Demi sesungguhnya, Adam Awraq adalah suami yang aku ikat kahwin selama tujuh tahun. Betul. Perlukah aku letakkan gambar raya pertama kami bersama?



Ini aku dan Adam Awraq. Oh, nombor dibelakangnya adalah tarikh lahir aku.

Tiba-tiba teringat apa seorang rakan yang dengan nada sinis bertanya pada aku sewaktu raya hari itu. Fahmi Morrison yang sudah bertukar menjadi Fahmi Heartsprings pula.

Fahmi : Bila kau nak kahwin?
Aku : Dah kahwin. Suami aku ada di luar.
Fahmi : Mana? Tu kereta.
Aku : Itulah suami aku.
Fahmi : Macam mana nak dapat zuriat dengan suami begitu?
Aku : Ceh!

Eh, ada sahaja Iman Kenzo kan?
Ketawa.
*******

Hari ini 26 Oktober 2010. Kalau kamu perhatikan kepala blog di atas, papan hijau yang sangat bermakna hasil bikinan seorang sahabat kesayangan aku, Pali, terletak satu tarikh keramat dalam hidup aku. Ya, itu tarikh aku memulakan kerjaya seni sebagai seorang pendidik. Oh, kalau kamu tekan tulisan berwarna merah sebelum ayat ini, ia akan membawa kamu menelusuri kehidupan aku selama setahun ini menjawat jawatan sebagai guru rasmi.

Kedengaran seperti Onizuka pula kan?
Alhamdulillah, setelah behempas pulas di universiti, aku mampu melangsungkan kehidupan dengan kerjaya yang aku sayangi sepenuh hati ini. 

Apapun, buat semua yang menyokong selama ini, terima kasih yang tidak terperi!

Nota Kaki :
Semalam aku tidur awal dan asyik terjaga. Pergi membelek Iman Kenzo pada jam 1 pagi dan cuba untuk memasang tayarnya seperti yang ditunjukkan oleh rakan semalam di kem. Nampak sangat kebolehan aku belum mencapai tahap sepatutnya apabila asyik mengalamai kesukaran untuk memasang tayar belakang.

Zara : Mahu menyiapkan proses penandaan kertas Sains Tingkatan 4. Esok sehingga Sabtu aku mungkin akan keluar lagi.