Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Hilang Empat Hari Tapi Masih Sendiri


Hidup hilang empat hari.
Tapi aku masih di sini.
Masih banyak benda mahu dikongsi.
Benda yang lahir dari hati.

[Gambar : Simbolik gambar ini kan?]

Banyak benda yang mahu ditulis tetapi memandangkan aku kepenatan dan sedang membaca begitu banyak komentar yang membencikan, aku cuma mampu duduk melihat gambar yang aku ada. Oh ya, kali ini, buat yang asyik tanya kenapa banyak gambar Internet sahaja, aku letakkan sedikit gambar aku sebagai tanda yang kalian masih berkomunikasi dengan manusia.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/168924_10150094669093237_263280958236_6612868_3888352_n.jpg
[Gambar : Ala, kalau tak cantik sekalipun, ini memang saya yang bertugas luar selama empat hari. Kenapa? Salahkah saya jadi gelap sebab berjemur matahari? Pfft!]

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/180524_10150399151725543_885375542_17138109_5793794_n.jpg
[10 Februari 2011 - Sempat lagi pergi beraya di rumah abang terbaik aku, Weijie. Pandai aku pilih hari kan? Hari ini hari kelapan Tahun Baru Cina. Itu pakaian rasmi aku untuk majlis penutup, tali leher dah buka sebab panas.]

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/180819_10150104370598753_720498752_6533769_1959889_n.jpg
[Ini Weijie yang sengaja ambil dengan tujuan untuk menampakkan betapa kerusi aku sungguh ke depan apabila memandu. Dan lagi, hampir kesemua benda di dalam gambar adalah berwarna putih dan hitam]

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181959_10150094718568237_263280958236_6613463_7209949_n.jpg
[Gambar : Adam Awraq dan Iman Kenzo. Ya, beginilah caranya aku bawa Iman Kenzo selepas sudah punya besi penyangkut dibelakang. Kalau tidak sebelum ini aku sumbat di tempat duduk belakang Adam Awraq yang sudah meninggalkan beberapa kesan calar di pintu dalam.]

Baiklah.
Itu sahaja sampai aku punya tenaga.
Oh, menggunakan Skype dengan teman terbaik aku tadi membuatkan aku lebih kenal siapa diri saat ini.
Senyum.

Sisi sarkastik?
Tunggu nanti.

Buat mereka yang asyik fikir aku lemah sebab kononnya hilang cinta, maaflah.
Anda salah.
Senyum.

Zara : Tunggu sahaja nanti. Kau layangkan aku tulisan penuh benci dengan harapan aku marah dan melenting sesuka hati? Maaf, kau jumpa salah orang kini. Aku sudah tiada emosi. Mati.

Wednesday, February 02, 2011

Sarkastik Dan Cinta : Ye La Tu Kan?


Perbualan pagi yang ditembak cahaya matahari.
"Kalaulah kau bersikap sopan santun masa ada orang datang tengok kau hari tu, tak adalah benda begini jadi pada kau tahu? Ni tak, masa ada orang datang, masa itulah kau tengah angkat barang nak pergi kem la, basikal la"

Senyum.
Ye la tu Puan Mulia. Siapa suruh orang datang masa aku tengah sibuk berkemas di kereta aku. Orang kena terima aku seadanya dengan cara aku kalau dia kononnya minat pada aku. Dan ya, Puan Mulia sendiri pasti ke orang tu datang nak tengok aku? Entah-entah dia sengaja nak melawat Puan Mulia.
Sengih.
Kan dah terbunyi sarkastik di awal ayat.
Eh?

[Gambar : Betul juga benda ini sebenarnya. Sama juga kalau kita yang bertutur bahasa Malaysia ini cakap, "Ye la tu", memang tidak akan dapat lari dari berbunyi sarkastik kan?]

Laman Sosial.
Sesuatu yang menarik - biasanya di Twitter, orang yang tidak dikenali tiba-tiba bersikap sarkastik atas status yang kita tulis. Ini biasanya dilakukan oleh golongan yang mencelah secara tiba-tiba tanpa mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Piang kata orang-orang tua. Eh?

Contoh :

"Rasa nak makan nasi ayam hari ini"

Penyemak yang konon-konon sarkastik akan balas begini :

"Malas nak masak la tu, mesti nak beli kan?"
"Nasi yang bagi ayam makan kat reban tu ke? Mesti kebulur gila kau ni"
"Anak ayam? Kau mak/bapak ayam ke?"

Piang amat.
Kau nak bergurau kena tengok tempat.
Bukan main terjah macam merempat.
Kalau bagi penampar, mesti mencungap cari nafas sangat.
Tenat.

"Ye la tu" atau "Ye la kan?".
Oh, aku suka guna ayat ini bila penyemak yang konon-kononnya mahu bergurau tapi tidak kena gaya dan situasi selalunya. Memang akan sakit hati bila ayat ini digunakan dengan intonasi yang membuatkan kau jeling orang macam nak makan. 

Awak : Kau nak tahu, si M dah nak kahwin. Bakal suami dia kaya kalah anak raja.
Dia : Eh, ooo.
Awak : Hantaran dia sampai lima puluh ribu kau.
Dia : Ye la tu.
Awak : Betul kau. Siap tempah dari Madagascar lagi set katil dia. Mesti kaya kan?
Dia : Ye la kan?
Awak : Itu je aku nak cakap.
Dia : Oh, baik.

[Gambar : Biasanya ia akan berkesan kecuali orang itu tiada perasaan]

Mesti lepas tu tiada orang nak buat mulut kepoh ala-ala tercabut ekor di hadapan manusia begitu. 
Ketawa.

Perbezaan antara sarkastik dan cinta?
Aku bukan manusia yang arif tentang benda begini. Yang aku kongsi adalah pengalaman hidup aku sendiri. Kalau ada yang rasa mahu meluahkan juga rasa sakit berkenaan dengan cinta dan diri, aku sedia membaca, mendengar atau apa sahaja sebagaimana pertanyaan yang aku terima sejak kebelakangan ini.
Senyum.

Cuma aku mohon, kalau kau tinggalkan komentar penuh benci, aku baca dengan ketawa senang hati kerana kesedihan aku jadi kebencian kau yang entah kenapa mungkin rosak neuron yang litar pintas seluruhnya. Ketawa.

Jangan sampai diri sendiri hilang pertimbangan.
Kau tidak akan suka jadi manusia tanpa perasaan.
Lebih-lebih lagi kalau orang layan kau macam haiwan.
Sungguh kasihan.
Aku suka untuk ingatkan.
Hidup ini kau yang tentukan.
Ukir senyuman.

http://farm6.static.flickr.com/5284/5279283296_3f6ef8a689.jpg
[Gambar : Menariknya benda ini. Boleh aku kongsi di Tumblr aku nanti]

Kalau kau sangka kau menang apabila kau fikir aku kalah, kau silap.
Dunia masih belum gelap.
Peluh kau, tolong lap.

Nota Kaki :
1. Esok mungkin akan ke rumah teman-teman yang menyambut Tahun Baru Cina.
2. Cubaan untuk menyamar sebagai seorang surirumah tatkala mahu membeli barang runcit adalah gagal tadi.
3. Hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana cukup tidur yang lena.

Zara : Ada orang menyatakan pada aku, jumlah air mata yang dikeluarkan akan menjadikan kita kuat. Tapi kalau tiada langsung air mata yang menitis, apa maksudnya? Cuba kau jelaskan. [Tekan]

Saturday, January 01, 2011

Dua Puluh Sebelas : Inikah Makna Kehidupan?


Salam tahun baru Masihi semua.
Oh, kita baru sambut tahun baru Hijrah hari tu kan?
Aku pasti ramai yang dah susun azam berjela-jela. Bila orang tanya aku, jawapan aku senang sahaja. Aku memang buat azam baru setiap hari. Matlamat jangka panjang aku memang sentiasa ada, dan untuk mencapainya, matlamat jangka pendek aku lebih penting untuk dilunaskan.
Senyum.

Apakah makna kehidupan ya?
Mungkinkah seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini?


[Ada kemungkinan juga kan?]

Jadi rancangan tahun ini :
1. Lebih kuat berusaha untuk jadi manusia yang cemerlang dari semua aspek.
2. Jadi guru terbaik.
3. Patuh tanda pada kalendar, masa untuk si dia balik ke sini. Lagi enam bulan (sila tabah Zara!)
4. Penuhkan matlamat jangka masa pendek.

Dan, apa yang aku buat awal tahun ini ya?
Oh, akan sibuk dengan aktiviti sekolah.
Si dia akan sibuk dengan peperiksaan.
Baiklah, dua-dua akan sibuk.
Tapi siapa akan terbiar?
Ketawa.

Zara : Mahu ke JB, menghantar adik pulang ke IPG. Selamat tinggal semua.