Thursday, January 28, 2010

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - Bila Agaknya Boleh Bertemu Dengan Beliau Dalam Waktu Terdekat Ini.


Oh, tentu sahaja ada mata yang menjeling tajam.
Pasti ada bibir yang menjuih dengki dengan penulisan kali ini.
Mungkin ada tutur kata yang bersulam benci.
Nah, tidak mengapa.
Aku menulis dari hati sendiri.
Tidak meminta pinjam hati yang iri.



Ketawa.
Senyum dalam hati.
Oh, tiba-tiba rasa mahu menukar kata ganti nama sebagai Sha.
Eh, lalang sungguh ini Zara.
Mana mungkin mahu menukar sesuka hati.

Oh, memang hajat dan impian serta mimpi mahu bertemu dengan pengamal perubatan ini.
Entah mengapa rasa mahu menjemput beliau ke sekolah.
Mungkin disebabkan kedengaran cerita menarik yang disampaikan dalam memupuk minat pelajar di sekolah.

Ah, impian itu bukan impian aku seorang.
Bahkan impian bagi setiap orang yang mempunyai cita-cita menggapai langit yang tinggi.
Ya, aku tidak perlukan sayap untuk terbang tinggi, tapi aku mahukan keazaman yang menggunung bagi menjadikan impian bukan mimpi yang tidak akan tercapai.

Oh, mungkin juga impian itu akan separa terlaksana hujung minggu ini.
Please watch CNBC Astro Channel 518 ( Malaysia ) on 30th Jan 530pm and next episode 31st Jan at 6pm for my astronaut interview ... Im not sure Im in which segment !
Ya, itu aku salin secara menekan Ctrl+C dan Ctrl+V dari Mukabuku peribadi beliau.
Ah, walaupun ianya hanya di kaca televisyen, aku masih gembira.
Tiba-tiba teringat abang Jejaka Panas yang menang tempat ketiga AJL baru-baru ini.
Sihatkah beliau kini?
Senyum.

Ah, mengapa menulis seperti membuat liputan mengenai tokoh yang aku gemari?
Oh, mungkin disebabkan aku mengajar bahagian "Wawasan Diri" dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi pelajar Tingkatan Empat. Ada yang menyenaraikan nama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai antara tokoh yang memberikan wawasan dan semangat pada mereka.

Zara : Bersemangat menempuh hari terakhir dalam minggu ini. Bakal menyalin nama bulan minggu hadapan. Selamat tinggal Januari. Hampir mengoyakkan satu helaian takwim.

13 comments:

ape2 jer said...

hope abg panas dah sihat haha

Ibu Ammar said...

aku pernah jumpa Dr.Sheikh ni depan2, 2 tahun lepas. pergh..mahu gugur jantung ku..adei..

wanita mutalib said...

hai sha :) ihiks..

T@sh Sch@ said...

suka akak dengan identiti dan olahan coretan ko dik ...

salam kenalan ... pencinta

khasyikelvin_ said...

penat memikir,
nak ajar apa esok.
kah kah kah!

saiful mohamed said...

aku pernah invite join event..seronok xterkata..

Fira hilwa said...

harap2 juga si abg jejaka panas dh sihat..
persembahan yg mantap ketika AJL. Kagum sgt2.

eh, ni bkn cte psl abg jejak panas kn? ehehe

Unknown said...

Patutlaaaa dah banyak awek tak pandang aku , rupanya diorang pandang
Dr.Sheikh

MyaFiza said...

hehe...swett la sha...hehe...
tetibe rasa nk add DR SMS ni kt fb.

ermm.. abg jejaka panas masih belum sihat sepenuhnya.. so sad..
tapi dia still semangat nk buat konsert kt IB nnti..so degil la die...
(erk- tetibe emo plak)

Dak Wan® said...

Owhhh.... nak jemput dia untuk event bukan kena bayar ke?

attyfir said...

beshnya ..kira mesra alam gak doc nie..reply komen2..semua..

Unknown said...

aku jumpe sepupu dan mak pak sedara sheikh muzafar je...hurm...

Anonymous said...

dr sheikh muzapar?????wahhhhhhhh!kim salam~