Monday, October 22, 2012

Mereka Risau.


Isnin (22/10/2012)
Pagi

Ketua Keluarga Hebat (KKH)
Puan Mulia (PM)
Manusia Beku (MB)


KKH : Tak payah pergi sekolah hari ni.
MB : Kenapa?
KKH : Kenapa kau tanya?
MB : Ada kerja di sekolah hari ni.
KKH : Minta cuti. Kau ada cuti tanpa rekod yang kau boleh guna.
MB : Nantilah.

KKH berlalu pergi ke surau untuk solat Subuh.
MB pergi mengocak dadah awal pagi, Nescafe.

MB masuk dalam bilik dan membaca.
MB keluar dan nampak KKH di surau rumah.

MB jengah luar, hujan.
MB masuk tandas - hajat awal pagi.

(Bunyi barang berkeletuk di dapur - pastinya PM masuk)

PM : Kau pergi sekolah ke Along?
MB : Pergi Mak.
PM : Cutilah.
MB : Kenapa?
PM : Kau tak berhenti-henti ni. Dari JB, pastu kem kat Muar, lepas tu terus pergi Kelantan.
MB : Biasalah tu.
PM : Badan kau penat tu, pergilah rehat.
MB : Esoklah Along minta cuti.
PM : Esok nak buat apa? Badan kau penat hari ni.
MB : Hari ni ada kerja di sekolah - ada majlis.
PM : Kesianlah pada badan.

MB keluar tandas.
PM sedang mulakan tugasan memasak.
MB berlalu pergi - ganti tuala dengan seluar.
Taip entri.

[Sumber gambar]

Sebab itulah aku jadi manusia yang bawa bekalan ubat ke mana sahaja aku pergi. Bila aku mula sakit, ataupun menunjukkan tanda-tanda sakit, aku akan terus makan ubat. Supaya aku tidak sakit dihadapan dua manusia terbaik dalam hidup aku. Dalam minggu ini, aku demam dan selsema tanpa henti - Alhamdulillah, bukan di dalam penglihatan mereka.

Ya, aku anak degil yang mahukan mereka lihat gambaran aku yang sentiasa sihat supaya mereka tidak akan risau. Masih ramai lagi anak - anak mereka serta anak didik mereka di sekolah untuk dirisaukan. Bukan aku yang sudah berumur 25 tahun ini.

Terima kasih Abah dan Emak.

3 comments:

Noor Atikah Ramli said...

anak yg solehah ^^

takky said...

kalau KKH dgn PM bace nie...
confirm dorg risau dgn kak z...
jage diri lek lok ye kak z....

Adziim said...

Banyak sangat bergantung dengan ubat. Even ambil ubat sekalipun,selagi kita miliki badan manusia maka rehat adalah diperlukan.

Bimbang lama-kelamaan ubat tak berkesan untuk Cik Zara. Doktor perlu bagi ubat yang lebih kuat atau dose lebih tinggi. Boleh jadi salah guna ubat.