#1
Entah kenapa bila aku terbaca sesuatu bila bangun awal pagi tadi, hati aku runtun. Sakit bila mengenangkan ada manusia, kelompok manusia yang entah kenapa suka sekali menyakiti tanpa sebab yang jelas. Bila mahu ditanya, mereka dengan baculnya mengekang diri mereka dari disentuh, dari ditanya - tetapi masih lagi dengan asyik mengata, tanpa dapat diketahui mengapa. Ah, sialan benar manusia - manusia begini. Kalau benar aku punya salah pada mereka, mengapa mereka tidak mahu beritahu sendiri? Mengapa mereka lebih suka menanam rasa benci dalam hati - memberikan tanah subur buat iblis dan syaitan dalam diri untuk bertapak kukuh?
Anehnya manusia.
#2
Alhamdulillah. Hari raya berlalu dengan berita yang disampaikan buat semua sanak saudara dan keluarga. Benda baik haruslah dikongsikan bersama, lebih-lebih lagi acara yang melibatkan keluarga. Moga mereka ada kelapangan waktu bagi meraikan acara itu nanti. Bahkan, suka duka, manis kehidupan memang dikongsikan dengan keluarga. Aku percaya yang lainnya, berkongsi cerita gembira itu bersama - dalam kelompok kami sahaja.
Ada yang senyum. Ada yang ketawa. Ada yang menangis gembira. Reaksi berbeza tapi menunjukkan bahagia.
Anehnya manusia.
(Tapi dari segi baik)
(Tapi dari segi baik)
#3
Sudah terbiasa dalam zon selesa menyiapkan segalanya dengan keluarga serta teman yang dikasihi. Bila mengenangkan ada manusia yang boleh hidup seperti tidak punya keluarga, aku merasakan aneh - aneh sahaja, bagaimana hari kebesaran yang mulia tidak diraikan bersama. Tolak ke tepi tanggungjawab tentang kerja, amanah yang dipikul dan sebagainya sebab itu memang ada bahagian masing-masing yang lebih utama, tetapi ini - punya cuti, punya waktu tetapi tidak bersama keluarga. Masa hari kebesaran diraikan bersama dengan rakan-rakan sahaja. Apa tidak terlintas mahu pulang mengunjungi keluarga? Rapuh begitu sekali institusi kekeluargaan?
Anehnya manusia.
#4
Terlampau banyak benda atas dunia.
Kau ragut satu demi satu tanpa sisa.
Pernahkah kau terfikir ada hati yang terluka?
Pernahkan berhenti sejenak, periksa jika ada yang cedera?
Tidak.
Kau tidak pernah berhenti sejenak.
Mungkin kejahatan penuh hingga hati tidak berkocak.
Tiada terlintas ada jiwa yang koyak.
Tidak terfikir jika ada yang rabak.
Yang rosak.
Kau teruskan sahaja.
Kau bunuh segala yang di depan mata.
Sialan benar hidup atas dunia.
Kau sajikan segala penuh cela.
Kau hadam segala bentuk celaka.
Pada kau, kau yang berkuasa.
Walaupun pengecut lebih tepat pada muka.
Kau boleh terus beraksi.
Dengan bersembunyi.
Dengan hanya berkuasakan papan kekunci.
Kau boleh laksanakan dan berlagak suci.
Cuma jangan lupa, ada hari.
Yang segalanya bakal terbukti.
Kau manusia yang lupa diri.
Yang laju menulis di bahu kiri.
Tegar, laju dengan saksi.
Kau menyakiti.
Dan kau hidup penuh iri.
Moga kau temui kegembiraan yang kau cari.
Sehingga tangan kau perlu digari.
Nanti.
[Sumber gambar] |
Terima kasih pernah hadir dan membentuk siapa aku hari ini.
Terima kasih tulus dari hati.
3 comments:
biasela tu..manusia banyak ragam..nway,jemput la singgah kat blog bihah..=)
Manusia memang aneh. Aku sedar itu.
Selamat Hari Raya Aidiladha :3
Post a Comment