[Sumber gambar] |
Terpampang di
muka hadapan media tidak kira bahasa, berita pejabat penerbitan buku terkemuka
negara, Aksara Utama musnah dijilat api. Apa yang lebih memeranjatkan, sewaktu
kebakaran berlaku, tujuh orang penulis terkenal sedang mengadakan mesyuarat
menilai karya yang dihantar kepada mereka. Rutin mingguan dalam menerbitkan
buku-buku yang berkualiti di dalam pasaran. Berita sebegini di awal pagi
sememangnya membuatkan mata yang mamai ke tempat kerja, boleh tercelik dan
cergas bagaikan tercurah air panas.
“Ha leído usted la noticia de hoy?” (Kau
dah baca berita hari ini?)
“Perdón, ¿qué es?” (Maaf, apa dia?)
“Ha leído usted la noticia de hoy?” (Kau
dah baca berita hari ini?)
“Oh, por hacer. ¿Por qué?” (Oh, dah.
Kenapa?)
“Es demasiado extraño” (Cuma pelik)
Tihani merenung muka Zara
Zuyyin. Apa sahaja yang pelik dengan berita kebakaran? Benda biasa dan
memandangkan Malaysia memang panas, kebakaran berlaku dalam keadaan pantas.
Tambahan pula, pejabat penerbitan Aksara Utama terletak di tingkat lima.
Sudahlah begitu, kedudukannya di kawasan yang sempit dan padat, menyukarkan
pihak bomba untuk sampai dengan cepat. Kematian tujuh orang serentak itukah
yang membuatkan Zara Zuyyin pelik? Logik akal Tihani mahu mencerna kelakuan
kawan sekerjanya itu, tetapi memandangkan Zara lebih banyak membaca menggunakan
telefon pintarnya, dia membatalkan hasrat untuk bertanya lebih lanjut.
Tihani terasa mual. Pembawakan
bayi pertama agak menyukarkan dia, memandangkan suami bekerja jauh dan dia
duduk seorang diri di rumah sewa. Mujurlah Zara Zuyyin seringkali menemani dia
di rumah sewa bila kelapangan, perasaan sunyi dan terkilan itu dapat diubati
dengan membuat aktiviti lain. Tihani bangun, berpaut pada tepi meja. Matanya
terpandang sesuatu di dalam bakul sampah biru di sebelah meja Zara Zuyyin.
“Zara, itu bukan kerja yang
kau cetak ke?”
“Oh, ya”
“Kenapa buang?”
“Totalmente sienten rechazados
hoy. Estoy demasiado patético, supongo.”
“Siapa
reject karya kau?”
“Aksara
Utama”
“What?
Bila?”
“Mereka
email aku petang semalam”
Zara
Zuyyin cuma tersenyum nipis tatkala Tihani menepuk bahunya dan meminta dia
bersabar. Dia sudah puas menangis di dalam hujan petang semalam sewaktu berita
itu diterima. E-mail dari Aksara Utama hanya menyukarkan dia meneruskan
kegemaran dia. Balik dari sekolah, dia bergegas masuk ke bilik, dengan tidak
menghiraukan jeritan ibu yang mengajaknya makan.
“Aksara
Utama”
(bersambung)
1 comment:
salam
zara zuyyin?
chinese kalau baca zuyyin tu... as zhùyīn...pronounce dia chu yin...
Post a Comment