Sunday, October 14, 2012

#16 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Dua hari berturut-turut hujan sekejap renyai, sekejap lebat - badan dan pakaian basah - kering atas badan tanpa sempat tukar dan mandi, menjadikan tandas adalah destinasi persinggahan selepas perut yang kononnya sangat lapar memerlukan makanan dan suntikan tenaga kafein - segala yang dimakan terbuang begitu sahaja melalui mulut. Muntah - mengakhiri mihun bakso dan Nescafe Ais yang kurang 10 minit berenang dalam perut. Berenang dalam perut mangkuk tandas pula. -_-"

Dalam kesibukan menguruskan 'paintball' sempena Himpunan Guru Muda 1 Malaysia, aku dapat pesanan ringkas yang membuatkan mata terbuntang membaca sebaris ayat tersebut. Mula-mula aku ingat ada kesalahan ejaan pada pesanan tersebut, tetapi setelah ditanya buat kali kedua (Aku manusia paranoid dalam hal tertentu) - ternyata itu adalah perkara sebenar. Gembira, memanglah. Kepala serabut sementara memandangkan tiada kepastian dalam pesanan tersebut. Makanya, aku biarkan sahaja terlebih dahulu. Heh! Senang betul aku memastikan kepala aku kosong supaya tumpuan aku pada acara 'paintball' tidak terjejas. Sejak tahun 2007, aku belajar bahawa kerjaya dan hal peribadi aku tidak boleh bercampur. Supaya pemikiran itu lebih jelas - dan tiada emosi yang terlibat dalam hal kerjaya. 

http://farm6.staticflickr.com/5182/5588985647_17422feb03.jpg
[Sumber gambar]

Pagi tadi, bangun dalam keadaan sakit-sakit seluruh badan serta mengenangkan minggu yang sibuk melampau akan bermula, aku periksa Tumblr peribadi. Oh, ada pesanan ringkas yang ditinggalkan dengan sedikit arahan yang comel - ditandatangani dengan muka senyum. Permulaan indah dan baik-baik sahaja dan buatkan aku bertekad - persetankan kesihatan dan kesakitan badan : Hidup perlu diteruskan demi sebuah senyuman daripada semua orang yang aku sayang.

Keluar dari kamar peribadi usai Subuh dan rutin pagi - terus sahaja diserang dengan soalan bertubi-tubi dari Ketua Keluarga Hebat. Tercengang-cengang aku seawal jam tujuh pagi dengan soalan yang pelbagai. Jangan tanya mengapa begini - rutin hidup kami adalah sebagai pendidik di sekolah tinggi, jadi soalan umpama 'paintball marker' laras automatik bukanlah satu benda ajaib. Diasak dengan pertanyaan (serta kenyataan dan pengumuman yang memeranjatkan) - aku duduk termangu di sofa merah di dapur. Kepala macam dicurah dengan bahan kimia makmal tak organik zaman universiti dulu - terlampau banyak yang perlu dihadam.

KKH : Tak payah jaga peperiksaan tahun ni.
Aku : Nama naik kan?
KKH : Pergilah cari ganti.
Aku : Along dah cari dari hari tu.
KKH : Carilah lagi lepas nama dah keluar nanti.
Aku : Memang nak buat dari hari tu kan?
KKH : Kena buat juga kali ni. Tegas sedikit.
Aku : -_-"

(Tuang isi kepala dalam blog)

Jadi, bagi mengelakkan kepala semakin bercelaru, sebelah tangan menggunakan aplikasi WhatsApp, sebelah tangan lagi menggunakan telefon rumah untuk berbicara dengan isteri kesayangan orang lain (teman wanita yang sudah berkahwin itu) - mohon berbual dengan dia, mendapatkan pandangan tentang apa yang aku hadapi saat ini. Dia ketawa besar apabila mendengarkan apa aku lalui - dan walaupun suara dia kedengaran sangat ceria seperti sudah melahirkan bayi (padahal bulan Februari 2013 nanti) - aku tahu, dia merasai kegusaran yang aku hadapi.

Awek : Aku dah pilih satu ruang ya?
Aku : Ruang?
Awek : Ya. Satu untuk aku.
Aku : Baik.

Di akhir perbualan yang panjang dengan beberapa kata sepakat dicapai, dia dengan nada serius walaupun ketawa (bagaimana mahu terang ini) - berjanji dua perkara yang membuatkan aku sedikit lega. Ya, sedikit lega walaupun otak aku masih lagi boleh tahan gila memikirkan banyak benda. Jari masih lincah menari di telefon - di aplikasi WhatsApp - membincangkan banyak benda yang disebabkan oleh jarak, kesibukan serta masa - sangat berterima kasih kepada Internet yang menyambungkan banyak benda.

(Tuang isi kepada dalam blog lagi)

Kepala pening. Dengan rasa mual mahu muntah lagi - berserabut dengan perkara yang menggembirakan tetapi memerlukan lebih banyak daya tumpuan serta jarum jam yang berdetik lebih laju daripada biasa. Entah, jadual aku penuh bagaikan mahu gila - banyak perkara yang aku mahu selesaikan dengan kemas tanpa tergesa-gesa. Tetapi bagi yang kenal aku, pastinya sikap kelam kabut itu masih ada. Hahaha.

Jadi, aku tanyakan dengan kawan aku bagaimana mahu uruskan benda yang aku sendiri tak tahu - dan sangat memerlukan orang membantu disebabkan aku sedang berebut waktu dengan diri sendiri dan kerja aku. Ya, padan muka juga sebab sentiasa sibuk dan terlupakan diri sendiri juga ada hidup. Heh!

Dia : Apple ada Google Task? Kalau ada, boleh sync je.
Aku : Tak tahu. Ada ke?
Dia : Mana tahu. Tak pernah guna Apple.
Aku : Nak buat macam mana tu?
Dia : Google docs rasanya ada pada iOs tapi kena install juga.
Aku : Good docs - Google docs ni ke?
Dia : Google docs rasanya dah tukar nama Google Drive. Google Task pun ada.
Aku : Google Drive ada ni.
Dia : Yang tu la.
Aku : Baik. Install sekarang.

(Muat turun dan gunakan laju-laju)

Dia : Tapi Google Drive takde Task.
Aku : Dah tu nak guna apa?
Dia : Em, tak tahu.
Aku : Google Task?
Dia : Ada ke?
Aku : GTask eh?
Dia : Saya guna yang tu.
Aku : Jadi guna yang tu la eh?
Dia : GTask tak dapat share.

(dengan perbualan panjang berjela tentang benda teknologi - aplikasi sana sini)

Dia : Try open Drive. Login guna Gmail acc. Patutnya ada satu folder dah share.
Aku : Aaa, ada!
Dia : Ok, GTask buang. Apa-apa Task atau List update dalam ni. Aci? Tapi lemahnya kena ada Internet.
Aku : Hahaha. Tu la kan?
Dia : Tapi rasanya boleh make file available offline. At least boleh baca.
Aku : Sila buat. Bukan saya tahu.
Dia : Cet! Awak boleh buat file tu available offline.
Aku : iPad ni boleh je online. Maaflah. Pagi-pagi ni otak saya RAM cuma 256 sahaja.
Dia : Susah eh nak faham? At least laju sikit kalau nak baca kalau offline. Tu je.
Aku : Oh, faham.

[Sumber gambar]

Jadi lepas jumpa cara yang sesuai untuk komunikasi disamping menguruskan banyak benda ini - otak sudah semakin tenang tetapi ada benda yang lebih penting mahu dipastikan memandangkan jadual aku sepanjang Oktober adalah padat tidak tentu hala. Tidak termasuk bulan November yang sudah mula diisi setiap hujung minggunya. Jadi, marilah kita berusaha agar ada ruang untuk diri sendiri - kalau tidak pastinya kena bahan dan dimarahi nanti.

Benda paling penting untuk tengah hari ini adalah : masak asam pedas seperti yang Puan Mulia sudah ingatkan berkali-kali pagi tadi sebelum dia pulang ke kampung bersama Ketua Keluarga Hebat. Ya, pergi masak, pergi masak benda yang kau kurang mahir lagi! 

Zara :  True life is lived when tiny changes occur - Lev Tolstoy

5 comments:

CI_ said...

Ish, ish... rumit
rupanya jadualmu dik!

=)

takky said...

terasa seperti sesuatu yang menarik bakal berlaku....
adakah KKH terpaksa buat appoitment dgn kak z?

shandye. said...

mahu tahu tak?

aku dimarah seseorang (hint: orang pihak atasan) gara-gara lambat baca emel. aku beri alasan aku tiada capaian internet mudah-alih, jadinya aku tidak dapat baca dan balas emel tersebut dalam kadaran segera. dia maki lagi. dia kata sekarang telefon pintar sudah murah. pergi beli. paling tidak sila usung komputer riba sendiri ke sudut yang ada capaian wifi agar boleh buka emel.

malangnya pada petang bergerimis (eh, semenanjung memang asyik basah saja kebelakangan ini. perasan tak?) itu aku tidak bawa komputer ribaku yang maha berat itu ke kampus. iyalah... kelas cuma satu sahaja, tak berbaloi untuk usung benda zaman batu itu ke sana ke mari dalam beg biru lusuhku.

aku rasa sedikit terhina.

makanya nota minda untuk dikongsi bersama adalah kalau ada telefon pintar yang boleh akses emel dan balas dalam kadaran segera, kau sememangnya sudah satu langkah bersedia untuk menjadi seorang pelajar siswazah.

aku nangis di kamar kecil kelmarin dulu. benar, terasa hina buat lima detik.

=(

ISLAM DAN MELAYU said...

cinta cinta dan cinta

nitaherbal said...

perumpuan tidak akan pernah lepas dari yang bernama cinta...terimaksih sist..