Bila kau bangun, terjaga dari mimpi yang indah.
Kau mungkin akan senyum tak sudah.
Tolak ketepi semua benda susah.
Kau hargai nikmat mimpi meriah.
Yang bikin kau bahagia dalam resah.
Dan hidup tidak bemakna pasrah.
Kau tidur lagi.
Terjaga dengan mimpi buruk bagaikan mati.
Kau tersentak dan enggan tidur lagi.
Otak mengganas memikir mimpi.
Apakah itu petanda hubungan ini.
Apakah itu satu petunjuk tentang duniawi?
Atau hanya mainan durjana penghuni neraka abadi?
Kau sayang dia.
Dia umpama satu kurnia.
Dia kau ibaratkan bagaikan mimpi ceria.
Dan engkau enggan terjaga.
Dan biarkan segalanya hilang begitu sahaja.
Bagi kau dia adalah syurga dunia.
Tapi bila dia menyeleweng, kau marah gila.
Mulalah kau kata celakanya kau sebab percaya.
Pada sumpah dia.
Pada janji dia.
Pada manusia lain yang konon kawan semata.
Walaupun nikmat tertipu itu hanya kau yang rasa.
Dia mula jadi neraka.
Ya, mimpi ada indah bahagia.
Ya, mimpi ada celaka durjana.
[Sumber gambar] |
Lord
Zara : "I promise the moment I swear to you" - Benda begini kau tak
boleh bawa main. Hati manusia bukan bahan mainan yang kau boleh campak
sesuka hati (22 Oktober 2012)
2 comments:
saya memang suka baca hasil garapan akaq
nice :)
Great article. Kena dkt batang hidung sendiri. Menyesal tetapi tak mampu berbuat ape2.
Post a Comment