Thursday, October 04, 2012

Awak Mungkin Kurang Mengerti.


Awak.
Awak mungkin masih kurang mengerti.
Mengapa sikap dia berubah sebegini.
Sekejap nampak bahagia sampai ada yang iri.
Sebentar lagi sudah berubah bagai kecil hati.

Awak.
Dengan awak mungkin dia senyum semata.
Senyum dengan niat sembunyikan muka kecewa.
Moga apa yang diperjuangkan tidak kelihatan duka.
Senyuman sahaja yang menghapuskan sakit luka.
Jadi, dia memilih untuk senyum sahaja.
Asalkan awak nampak dia gembira.

Awak.
Dia mungkin jadi seperti sesetengah manusia.
Di mulut kata tidak, padahal hati menjerit ya.
Mengambil dadah sehingga terawang untuk suntikan bahagia.
Demi senyuman yang dia mahu pelihara.

Awak.
Dia tidak pernah mahu jadi satu beban.
Itu yang dia paling jaga dalam perhubungan.
Dia tidak mahu menyusahkan.
Sesiapa yang menjadi pasangan.
Lebih-lebih lagi awak yang hadir sebagai teman.

Awak.
Apa yang dia mahu katakan lagi?
Dia tiada masalah dengan hati.
Itu dia boleh ubati.
Tampal itu ini.
Pujuk sendiri.

Awak.
Dia sayang sungguh.
Walaupun kadangkala dia nampak bodoh.
Walaupun dia selalunya nampak hodoh.
Tapi hanya awak yang dia suka,oh!

Awak.
Pernahkah awak tahu betapa awak yang dia suka?
Sukanya dia hingga mengalirkan air mata.
Walaupun dia tidak pasti beberapa perkara.
Itu air mata duka.
Ataupun hujanan gembira.
Yang penting, awak ada.
Sentiasa.
Dalam hidup dia.

Nota Kaki : Zine EX-Boifren dari Azreen Yusof dah tiba.

8 comments:

shandye. said...

sejak berkopi/frappucino/latte/mocha decaf ni....

rajin ko eh berpuisi bagai?

tulis manuskrip liat.

hahaha...

reenapple said...

Cikgu aku selalu kata, walau sedih, marah ,dan kecewanya kamu, senyumlah. Itu sahaja yang akan buat kamu kembali bahagia.

Sebab itu cikgu aku selalu pesan mulakan hari anda dengan senyuman.

#Jatuh cinta tu kadang-kdang oh tidak, aku rasa selalu buat kita kelihatan bodoh.( Aku alami itu)

H A N said...

buat sendiri ke ni? sweet kot!

kz said...

Awak,
Memang benar hati lelaki ada pasang-surutnya,
Bukan tak rindu, tapi malu.
Bukan tak sayang, sampaikan dalam mimpi terbayang.
Dek persekitaran Edward Cullen dan Ombak rindu,
Saya segan dirujuk mat bunga sembilu,
Hilanglah macho biceps dan triceps-ku!

*okey kak zara, maaf menyibuk! *lari!

Unknown said...

air mata ini utk dia, tapi sia2....
bodohnya aku sbb masih menunggu...

Unknown said...

aku xmyesal tbazirnya air mata ini utk dia yg bukn milikku
masih lagi aku disini menunggu kepulanganmu

Anonymous said...

ehhmmmm...macam dilamun ombak rindu jerk...muga successss :)

Anonymous said...

Aaaaaa, so mice! Ngammm..