Friday, August 27, 2010

Aku Bukan Sesiapa Dan Itu Adalah Fakta | Manusia Beku Yang Mengukir Arca Falah Dalam Kesepian


Satu.
Dua.
Tiga.

Kenyataannya aku masih bukan sesiapa di dalam dunia realiti ataupun maya. Menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati setiap inci kehidupan dari sudut pandangan aku yang mahukan sesuatu yang berharga setiap kali nafas dihela. Itu memang aku. Dan yang aku tahu, sejauh mana pun kesakitan datang, aku masih lagi mahu ceria. Sentiasa.

Aku manusia yang suka berjumpa dengan orang lain walaupun dari segi fizikal, ada sesetengah manusia yang tidak boleh menerima kewujudan aku berada di antara mereka. Itu fakta yang aku sedari sejak di bangku sekolah. Kumpulan yang cantik, menarik dan kacak akan berada di satu kawasan. Kumpulan yang cerdik, bijak dan pandai. Kumpulan mengikut kawasan masing-masing dan aku akan berdiri sendirian.

Ya, sendirian.
Dan aku memilih untuk menjadi manusia bebas yang tidak mempunyai puak tertentu. Kadang-kadang si cantik memerlukan manusia seperti aku untuk dijadikan bahan ketawa ataupun sekadar suka-suka disebabkan ahli mereka berkurangan. Kadangkala yang pandai, bijak bestari memerlukan aku yang lemah serba serbi untuk dijadikan bahan uji kaji. Noktah.

http://fc03.deviantart.com/fs14/f/2007/054/b/f/The_Keyper_by_Alyz.jpg

Bila selalu sangat mendengar komentar yang aku ini gemuk, tidak menarik, kurang bijak, lemah, dan pelbagai lagi unsur hinaan, aku sudah lali dan semakin kuat tersenyum dan kadangkala ketawa apabila dikata-kata. Entahlah, dan aku tahu ia semakin menjadikan aku sebagai manusia. Masih terlampau biasa dan selalu berlaku kesilapan juga.

Arca Falah.
Dunia aku yang lesu aku warnakan dengan setiap ukiran senyuman yang membahagiakan. Tatkala orang menyatakan penat, aku dengan lagak riang gembira akan meneruskan apa yang diusaha. Ya, falah itu adalah tujuan aku. Matlamat tidak menghalalkan cara dan itu yang aku sematkan dalam kepala. Sendu dan tawa adalah perhiasan lukisan dan penyuntik warna arca.

Kawan : Kenapa terlalu memaksa diri?
Aku : Kadangkala kita kena kejam pada diri sendiri.
Kawan : Muka dah makin susut.
Aku : Hakikatnya badan mungkin tidak.
Kawan : Mata semakin tebal dengan garisan hitam.
Aku : Menahan kantuk dan penat itu indah.
Kawan : Nanti sakit.
Aku : Lagi sakit kalau jatuh tersungkur menyembah Bumi.
Kawan : Perlahan-lahan.
Aku : Sudah terlampau perlahan aku bina diri.
Kawan : Mata bengkak lagi?
Aku : Sebab tidur, ya.
Kawan : Menangis?
Aku : Tiada sebab untuk itu buat masa ini.
Kawan : Terlampau muda, tetapi terlampau banyak dikorbankan.
Aku : Membina empayar falah untuk diri, kepuasaan peribadi.

Dan, anak naif ini masih lagi di sini. Menjadi warga sejati di negeri sendiri. Meneruskan kehidupan di sebalik apa yang dikejari dan ditinggalkan selama ini. Masih bukan lagi sesiapa yang penuh dengan pangkat, kuasa dan kedudukan teratas yang dipandang mulia oleh masyarakat sejagat umumnya.

Realiti.
Anak sulung daripada enam orang adik beradik.
Gadis yang mempunyai tubuh yang sempurna kurniaan Allah tetapi kekurangan fizikal dari kaca mata manusia.
Mengimpikan menyambung pengajian sarjana setelah surat tawaran ditolak berkali-kali.
Seorang guru muda yang menyukai segala benda dalam hidupnya.

Maya.
Manusia ini bukan sesiapa.
Beku dan tanpa warna.

Kesepian itu bukan tiada warna.
Kesepian itu adalah satu anugerah.

Zara : Usai berbual dengan adik lelaki yang menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru. Banyak yang dikongsi, dan sangat bersyukur dia sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan barunya. Dan, anak itu sudah menjadikan surau di tempatnya seperti surau kesayangannya di kampung kami. Alhamdulillah.


13 comments:

namia cinta said...

tak perlu paksa diri lakukan apa yang kita tak mapu nak lakukan.. abaikan saja apa yang orang lain kata kan.. bila mereka penat pasti mereka akan diam.. nikmati hidup kamu sepuas nya

lavidalabelle said...

zara adalah seorang wanita comel, kelakar dan bijak. itu adalah tarikan kamu.

semua manusia istimewa dgn caranya sendiri. kita mungkin tak sedar tahu tapi org lain mungkin :D

stay cute.

PuanPepel said...

kalau itu mampu bahagiakan ko~~

Ibu Ammar said...

asalkan kamu happy menjadi diri kamu yang kini.

hans said...

falah tu apa?

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tepuk dada tanya selera.

(^_^)

Mimi Dyana said...

betul lah zara.
mereka2 ni suka berpuak2.
jadi lebih suka sendiri.
bukan jg loner,
cuma tak suka bergeng2 ni.

Hizami Li said...

wah.
adik cikgu zara jadi cikgu jugak?
bagus2.
:)

Anonymous said...

ko kena keluar dr zone "utk harap org berkata baik tentang ko" dan mula hidup dlm zone "orang boleh berkata apa saja yg diorg nak, tp hanya yg menyumbang positive side akan stay dlm hidup ko"

Anonymous said...

nabi pnh ckp, sampaikan pesananku walaupun hanya sekeping ayat.

jahat adalah perbuatan, bukan manusia. tak kira ko jahat mcm maner, tak semestinya ko tak layak utk berbuat baik. aku simplify utk ko :

tak semestinya ko tak sempurna, ko tak layak utk sempurnakan hidup ko sendiri. jgn biarkan physical ko mengikis kehidupan ko.

intanurulfateha said...

tiada org yang smpurna
i tau u kuat! ;)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

jadi diri kamu sayang.

Jard The Great said...

ah... sedih plak baca entri neh..

di kaca mata org tak kisah laa.. yg penting kaca mata yang maha pencipta =)