Friday, May 14, 2010

Adam (Adamaya) Itu Contoh Suami Yang Terlampau Ideal : Bakal Ibu Yang Mahu Anak Comel


Salam semua.
Memang pengaruh cerita Adamaya itu melampau kuatnya.
Walaupun aku bukan gilakan sangat cerita itu, tetapi sekadar menonton di waktu senggang, ia antara drama yang menghiburkan.
Senyum.

Terima kasih kepada Mukabuku dan Twitter aku.
Tidak pasal-pasal status aku ditagih untuk mengetahui kesinambungan episod terakhir semalam.
Oh, untuk rujukan orang yang tidak dapat menonton secara langsung.
Ya, dan juga topik hangat untuk berdebat bersama yang menonton.
Ketawa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuzlEfSofsmNHiTr8-kCAi4FAT_osowj76mvG8M5K3GaJdUAHbapZOXyGkJBUHzMVvtsD9aAZPaknpJ3aZw9OZGp6TsagHSl3czg6zj1cm0eViZCU9TIeCwl2lejs2YYgKk9RllvehDgF8/s400/adamaya.jpg
Syed Hussein memang comel. Noktah.

Menerima panggilan telefon daripada teman wanita yang disayangi. Ah, layan sahaja perempuan mengandung yang sedang kemaruk mahu pulang ke sini semula. Sila bersabar menunggu suamimu itu habis kerja dan tolong melahirkan anak di negara sendiri. Eh, panjang pula pesanan penaja dari aku. Sengih.

B : Sayang, nak tengok cerita Adamaya!
Aku : Pergi la tengok.
B : Benci nampak kamu tukar status laju-laju di Mukabuku dan Twitter.
Aku : Aku baru pulang mengajar kelas tambahan. Dah terpisah dengan Internet berjam-jam.
B : Kalaulah dapat anak macam Amani, seronoknya.
Aku : Jejaka pun boleh tahan kan rupanya, insyaALLAH, anak dalam kandungan itu comel.
B : Jangan lupa cakap yang ibunya ini memang cantik.
Aku : Ya, cantik. Mana pula beg plastik, rasa nak muntah.
B : Keji betul cikgu muda ni.
Aku : Gurau sahaja lah sayang. Eh, Jejaka ada macam Adam tak?
B : Eh, mana boleh beritahu, rahsia.
Aku : Maksud aku, dia romantik macam Adam ke?
B : Adam itu terlampau ideal. Jejaka masih manusia biasa, tapi ya, memang bahagia. Bila nak kahwin?
Aku : Tu yang aku lemah dengan soalan terakhir tu.
B : Tawaran lelaki mata biru masih dibuka, mahu tidak?
Aku : Tak nak.
B : Setia pada dia?
Aku : InsyaALLAH, selamanya.

Sebelum masuk ke kamar tidur malam tadi, menerima ucapan selamat malam dari Empunya Marga. Tidur dihiasi dengan mimpi indah dan senyum mesra. Maaf buat mereka yang menghantar pesanan mahu ajak berbicara di atas talian, aku terlampau letih akibat kerja seharian. Maaf ya kalian?

Nota Kaki :
1. Buku hilang!
2. Belum sempat menulis Legasi Cinta Alisia. Ah, petang ini mahu disiarkan.
3. Menggarap sebuah coretan buat dia.
4. Rindukan zaman pertengahan seorang remaja.

Zara : Nadi merengkuh mendengarkan keluhan dia yang tidak mampu aku kekang dengan kasih sayang. Awan, berarak pergi dan berikan kasih sayang aku dalam gumpalan kesejukkan buatnya.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

15 comments:

wanita mutalib said...

memang terlalu ideal..


adakah orang begitu di dunia? :p

Hazzy Ishak said...

akhirnya tamat jugak

yusuf mujahidin ™ said...

sweet kn episod semlm? hahaha

azieazah said...

Benar. Jarang Kak Azie nak suka drama Melayu, biasanya I selective.

Tapi drama ni memang menarik, jalan cerita tidak meleret dan dialog sangat direct. Best..!

enyheartsdiamond said...

selamat pagi zara.. bg eny ending dia tak best :))

Atiqah Adnan said...

hiii~ nanti kalau akak dan rafiqy agaknye boleh tak dapat anak macam amani ye sayang? ^^

Faizul said...

apa yang menarik selain LISA SURIHANI?

Anonymous said...

oh adam..
sesungguhnya aku dan berjuta kaum hawa jatuh cinta pd sifatnya..
kalaulah adam itu satu realiti..
alangkah bahagianya..

psstt..smlm my fiance btanya, ada lagi ke lelaki spt adam di msia ni?
aku jawab, ntah, mcm xde kot..
my fiance balas, abis tu abg ni??
aku terkedu..errkk..

RieNa said...

pertama kali masuk blog kamu, aku terus jatuh hati.

kenapa aku tak jumpa kamu lebih awal?

salam perkenalanan dan selamat berkarya!

ZaridaIshak said...

apa jadi sekiranya kesudahannya bukan macam semalam? ... maksudnya terbalik...tumpah lah...hehehe

.:naqib saad:. said...

salam. pada sy lelaki seperti adam itu tak kan pernah wujud and sepatutnya tak wujud..
seolah-olah seorang yang dayus. ade ke patut isterinya melakukan kemungkaran terang terangan diabiarkan aje. tggugjwb seorang lelaki membimbing bukn membiarkan..*tp apepon ni cite jerk * tgk pendapat dari blog nie.. mohamednaqib.blogspot.com

AkuBukanLelaki said...

sye mahukan suami berkarakter seperti ADAM...semoga dpt...

vidadarisakura said...

aku suda lama berhenti-terpengaruh-cerita-tb.hee

Ibu Ammar said...

cerita Adamaya so sweet. rindu nak tengok mia sara nasuha berlakon lagi..

intanurulfateha said...

.mata biru?
.wahhh!