Saturday, January 23, 2010

Ini Bukan Kerana Rasa Terkenal Seperti Penggiat Seni, Tetapi Sekadar Suka-Suka.


Aduhai.
Baru semalam mewujudkan halaman peminat (baca : fan page) untuk Dunia Sebelah Zara, sudah ada yang menghentam di surat elektronik dan komen yang ditinggalkan di penulisan sebelum ini. Tidak mengapa, anda boleh menulis apa sahaja. Nah, kata penulis terkenal yang ada halaman sendiri?
(Baca dengan muka ketat sambil rasa mahu memaki)

Tarik nafas dalam-dalam.
Tampal senyuman di wajah.



Ya, aku tahu kamu minat aku.
Kalau tidak minat, aku pasti kamu tidak akan mengambil berat akan perjalanan blog ini bukan?
Ya, sekali lagi aku menulis tulisan pojok seperti ini dengan harapan ia memenuhi nafsu kamu yang menyatakan aku adalah seperti artis. Mungkin aku artis bagi kamu, tapi pada aku, aku adalah penggiat seni.
Ketawa.
Baling bom tahi ke bawah.
Tutup hidung.
Halau bau pada kamu.
Ketawa.
Senyum kanyur.

Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, ya aku memang penggiat seni.
Penggiat seni yang berbudaya.
Aku adalah pelakon di dunia aku.
Aku adalah penulis skrip, lakon layar, pengarah, pekerja belakang tabir, pengurusan peralatan, dan aku juga mungkin adalah penerbit.
Nah, kerja aku memang meliputi semua bukan?
Ketawa.
Hentak-hentak tangan atas meja.



Sekejap.
Aku tukar watak.
Kamu mahu aku berlakon ikut skrip yang kamu tulis?
Boleh sahaja.
Berapa banyak sampah yang kamu buang merata?
Ah, tentu kamu juga mahu terkenal dengan cara sendiri bukan?
Sebentar.
Sabar.

Eh, kamu tidak tinggalkan nota siapa diri kamu.
Oh, kamu mahu gunakan tandas tetapi tidak pandai membersihkan najis selepas dilepaskan?
Patutlah baunya menusuk hidung aku yang besar ini.
Tutup hidung.
Tekup mulut.
Elak dari muntah.

Jangan ambil kesempatan walaupun aku menulis dengan gagah.
Jangan berak merata sambil terlupa ambil semula seluar dalam yang jatuh merata.
Oh, jangan lupa bersihkan bila membuang ya?
Baunya kurang menyenangkan.
Hidung berkerut.
Mata mengecil.

Aku tidak pernah memaksa kamu sertai aku.
Itu hanya untuk mereka yang mengambil berat tentang siapa aku.
Kamu juga mahu bukan?
Ketawa.
Tepuk kepala.

Zara : Esok hari Ahad. Bersedia untuk memulakan pekerjaan dengan lebih sempurna selepas ini.

10 comments:

joegrimjow said...

kadang2 yg xpuas hati tu sorang je
kejam la buat entry untuk balas kat sorang tu
org yg minat nak baca???
heheee


ku tak puas hati!!!

sbb xtau camne nak buat fanpage
kekeke

slamat berblog n hasilkan karya yg best2 cg!

slamat pagi cikgu?? haha

myQza said...

ekekekekkee... dia pun nak buat fan club.. kau dah buat dulu..

hangenlah dia... ha ha ha

abaikan..
dia pun bajet artis!!

intanurulfateha said...

.abaikan mereka syg :-*

Pocket said...

laman peminat zara?
pocket akan kesitu slalu:)
nak kater minat sangat kan zara the person tu tak lah jgak..
tak pernah dgr suare lg.
tp minatkan hasil taipan nya?
maybe:D

or else am not ere everyday:)

yang menyukaimu saja yg akan mengomen,
yg tidak... diorang Alt+F4 jer trus..
so ketahuilah.. kalau kena maki tu,
sayang lah tu:D

Anonymous said...

saya dah jd peminat cik zara..

ezzati said...

cmna nak join?ermm

Afra Yuri said...

hey ur blog name is unik! i like it :)
will link ya

Jard The Great said...

waa.. ade fanpage.. ehehehe.. syabas... setapak lagi ke depan..

i'msosupernotcool said...

layan mereka cara baik..

da ade fan page..
nice..

Anonymous said...

rambut sama hitam dik...kutu lain2...