Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Lirik Aku Maafkan Kamu : Puitis Dan Sesuatu.


Seorang rakan baik mencadangkan aku mendengarkan lagu "Aku Maafkan Kamu" oleh Malique dan Jamal Abdillah. Dan ya, mendengarkan lagu itu secara jujurnya membuatkan aku terdiam akibat bahasa liriknya yang puitis. Ya, seperti mana aku sukakan Altimet dengan bahasa tinggi, Malique tidak pernah gagal membuatkan aku tenggelam dalam lagunya.

http://farm3.static.flickr.com/2674/3798708215_7736e0a07d.jpg
[Sumber gambar]

Sebelum aku teruskan tulisan, aku kongsikan lirik lagu tersebut, hayati bersama.

"Aku Maafkan Kamu" - Malique Ft Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


*Untuk muat-turun boleh gunakan pautan ini : [pautan]*


http://farm5.static.flickr.com/4108/5010467939_f6e8c8224e.jpg
[Sumber gambar]

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.

Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat-ayat konon sarkastik kau? Maaflah. Itu bukan sarkastik yang menyakitkan, ia melucukan sebab sarkastik bukan ayat melucah. Kau salah guna dengan orang yang lebih mengerti hingga membuatkan aku ketawa senak perut sampai ke ulu hati.


Suatu bentuk pengkhianatan yang langsung tidak boleh dimaafkan. Menjalani kehidupan dan memerhatikan kehidupan dalam diam serta memanjatkan doa kesyukuran dapat mendengarkan suatu perkhabaran rupanya adalah balasan dosa silam. Dosa kerana tidak pernah mahu menunggu dan terbang meninggalkan. Hanyut terbang bersama salju tebal dan meninggalkan kepingan putih yang tidak berguguran. Menanti hiba penuh ketidakpastian dan hanya bersandarkan kepada pengamatan rakan. Ternyata, yang dikejar tidak kesampaian, yang dilepaskan membunuh kesepian.


Kalau beberapa bulan sahaja biarkan diri berkalang membodohkan masa, mungkin apa yang ada hari ini tidak secelaka yang dirasakan tatkala membuka mata. Nasib baik kepingan elektronik hitam legam itu tiada butang dan hanya punya lapisan nipis tempat melarikan jemari yang semakin renta. Jari menari dan butang hijau ditekan. Seperti yang pertama, kali kedua menghantar juga tiada jawapan diterima. Menunggu dengan tabah walaupun kesihatan diri yang menjadi taruhan kali ini. Masih tiada. Gempa berlalu dan ternyata tiada khabar berita. Biarlah.


Kepingan otak yang berceraian tatkala sakit merampas pundak kuasa dirasakan semula. Ubat yang mengalir dalam tubuh serta air yang melalui tekak menggunakan tiub membuatkan mata terjaga. Hidung merah, kepala berdenyut tanda tidak membenarkan diri bangkit dari ranjang yang penuh duka. Digagahkan juga diri membaca coretan seorang teman. Di akhir ayat, tertancap satu perkhabaran yang merobek duka lebih dari kenyataan bahawa diri kehilangan seorang pengongsi perasaan. Lebih sakit dari fakta gempa skala 8.9 Ritcher yang memusnahkan. 


Itu bukan kayu pengukur berapa banyak yang telah dikongsikan secara rahsia dalam erti kata, aku kenal kau, kau kenal aku, kita bersama demi satu persahabatan yang akhirnya kau khianati juga. Apakah perkongsian ilham dan pencambahan minda itu hanya satu bentuk pencurian sel neuron yang dibenarkan? Kau mungkin tiada mesin pengesan yang dapat melihat amigdala (baca : amygdala). Itu satu bahagian dalam otak yang merembeskan hormon dan memautkan kepada perasaan. Bahagian ini akan bertindak tanpa sedar sebelum seseorang dapat mengawalnya - dalam kes ini mungkin seseorang yang disukai. Tidak perlu melihat fizikal secara teliti, bahkan mengesan kewujudannya sahaja sudah boleh membuatkan adrenalin berlari.
Aneh?


Cukuplah pengkhianatan demi pengkhianatan dirasai. Pentas lakonan semakin lama semakin retak. Kekuatan mahu beraksi dengan mencekalkan hati sudah menjadi goyah. Tangan berpaut pada pasak kuat dengan tabah. Kalau ranap sebuah jasad, hati dan jiwa tidak mahu ikut musnah. Biar ia melompat dari satu jasad bernyawa ke satu jasad seterusnya. Tidak rela membiarkan bahagian paling beerti yang membentuk sifat manusiawi hilang begitu sahaja setelah terlampau banyak yang dikorbankan untuk terus bangkit bernyawa.


Ini, hanya satu suara.
Suara aku yang meluahkan satu bentuk pengkhianatan - benda yang buat aku sedar, memendam kesakitan sendirian hanya membunuh aku sendirian. Mungkin kau sendiri tidak mengerti bahawa tindak tanduk kau menghiris kawan marhaen ini. Siapalah aku untuk mengawal segalanya?

Manusia macam aku.
Ini semua tentang manusia beku.
Dia yang kau mungkin tidak kenal dulu.
Beku sehingga tidak dapat merasai detikan waktu.
Celoteh riang dan kecoh sehingga tenggelam dalam timbunan buku.
Dia tidak akan terus duduk menunggu.
Perjalanan panjang masih perlu diteruskan dan bukan duduk berteleku.
Matlamat indah bagaikan rasa keju.
Tidak siapa akan memahami dia, tiada, termasuk kamu.
Diam membisu.
 
Belajar memaafkan itu lebih penting bukan?
Senyum.

Ya, aku maafkan kamu.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Dengan semua benda baik yang pernah terjadi dalam hidup aku, aku berusaha jadi manusia yang tahu bersyukur. Dengan semua benda yang kurang baik, aku berusaha untuk jadi manusia yang lebih kuat. Apakah itu juga merupakan satu kesalahan? 

Zara : Adakah aku perlu melukakan hati orang yang pernah melukai aku supaya dia tahu betapa sakitnya hati apabila dilukai? Kadangkala perlu, tetapi aku memilih untuk terus hidup dengan gembira tanpa perlu membiarkan hati aku menjadi tanah yang subur buat iblis dan syaitan menanam rasa benci yang tidak bertepi. Hidup baik-baik sahaja semua.
 

Tuesday, October 11, 2011

Tolong Jangan Kembali Lagi.


Dalam perhubungan, pastinya akan berlaku perselisihan.
Mustahil segalanya akan berjalan cantik. Bagaikan sebauh cerita dongeng yang naratifnya menarik sentiasa itu sesuatu yang langsung tidak mencabar. Begitu juga dengan kehidupan, ada dugaan yang bukan sedikit dalam membina hubungan dengan mereka disekeliling kita (dan juga yang beribu batu jauhnya). Bagaimana mahu mengekalkan serta menambahbaik perhubungan?

Tolak ansur.
Ya, saling berbual.
Saling berkomunikasi - ada caturan perbualan supaya masalah dapat diselesaikan. Berdiam diri sekejap mungkin perlu dalam menghilangkan rasa marah, tetapi sampai bila mahu terus senyup dan menunjukkan ego tidak bertempat sedangkan tahu diri yang salah? Bercakap, gunalah apa juga cara sekalipun, agar tembok kekerasan hati dapat dilenturkan sedikit supaya ia akan membawa kepada keamanan di hati semula. Kalaupun bukan damai di hati si dia, sekurang-kurangnya damai di hati sendiri.

Betul sayang?
Saya minta maaf pada awak.
Sungguh.
Susah sangat ke nak cakap sedemikian?
Kalau susah, cubalah. Berlatih banyak kali kalau terpaksa sekalipun.
Adakah mahu kebahagiaan terjejas hanya disebabkan kedegilan diri?

[Sumber gambar] - Sehari tanpa perbualan itu sebenarnya waktu yang menguji di dalam hubungan jarak jauh. Otak berpusing, cuba mencari apakah sebenarnya punca berlaku sedemikian walaupun sebenarnya bukan ada masalah besar.

Cukup dengan tolak ansur.
Ada sesetengah orang tidak mampu bertolak ansur dan perhubungan itu berakhir dengan perpisahan. Terfaktab bak kata sesetengah orang. Masalah menimpa dan pelbagai cara dilakukan untuk memperbaiki hubungan tetapi gagal. Maka, kedua-duanya membawa diri dan cuba meneruskan hidup baru. Bergerak meninggalkan satu titik pertemuan selepas meninggalkan satu nisan perpisahan.

Tetapi, adat dalam kehidupan, kubur juga bernisan. Dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. Melihat dan mencari kembali apakah mungkin ada yang perlu dipelajari agar kehidupan mendatang akan lebih baik. Mungkin menabur bunga tidak akan menyuburkan kubur tersebut, tetapi sedikit perasaan menyenangkan mungkin terselit. Aneh-aneh dengan perasaan sendiri dan berjalan pergi meninggalkan nisan yang pastinya terukir nama dua pemunya - tuan dan puan. Janji dengan diri sendiri tidak akan berpatah balik (kononnya).

Kembali lagi.
Bukankah ia umpama kubur?
Bertanda. 
Akan dilawati.
Kalau tidak sekerap mana pun, pasti setahun sekali akan dilawati.

M : Aku rindu dia.
Z : Rindu siapa?
M : Rindu si dia.
Z : Kenapa tiba-tiba rindu dia?
M : Entahlah.
Z : Mungkinkah ada petanda untuk kembali bersama?
M : Hanya disebabkan aku rindu dia, bukan bermaksud aku perlukan dia kembali dalam hidup aku.
Z : Jadi rindu sekadar melepaskan kata?
M : Lebih kurang begitu.
Z : Jadi, apa kau buat?
M : Aku cuma duduk diam. Mungkin pergi balik tempat yang aku dan dia biasa pergi.
Z : Tak kisah apa orang kata?
M : Hidup aku kan? Peduli apa.
Z : Ada benarnya. Lagipun hidup kita bukan status Mukabuku untuk disukai oleh orang.
M : (ketawa) Bukan status Mukabuku eh?
Z : Boleh dikatakan begitu.
M : Aku sangat berharap dia tak kembali dalam hidup aku.
Z : Kenapa?
M : Aku penat. Aku dah cukup cermat jaga dia tapi akhirnya dia pergi juga.
Z : Dugaan, kau juga setuju benda ini dulu.
M : Aku mula merepek bila aku rindu dia.
Z : Faham.
M : Heh. Apa yang kau faham?
Z : Kau memang merepek. Esok kau akan datang pada aku dan kata kau benci dia.
M : Ceh.
Z : Dia tak akan kembali. 
M : Kenapa?
Z : Sebab kau tak buka ruang dan dia juga tidak membuka peluang. Ataupun sebaliknya.
M : Heh.
Z : (senyum)




Dan entah mengapa, aku rasakan lagu ini kena pada keadaan kawan itu. Mungkin jugalah disebabkan lagu ini dekat di hati aku (dan suka hati kau rasa lagu ni sesuai dengan orang lain). Sesiapa yang memahami makna sebenar disebalik lagu ini seperti yang aku kongsikan di mukabuku Terfaktab, pastinya akan mengetahui betapa lagu ini sangat mendalam dalam sesetengah situasi.

Semua orang menghadapi cabaran dalam hidup. Terpulang pada kita sebenarnya untuk mengatasinya dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan dalam menjalani kehidupan lebih bermakna. Lagi pula, mana ada sesiapa yang sempurna bukan? Ada orang menyatakan kita harus melupakan kisah silam. Tetapi pada aku, secara peribadi, kita tidak perlu melupakan kisah silam, tetapi melupakan manusia di dalamnya bukan pengajaran yang terselindung disebalik semua kejadian yang menimpa.

Itu sahaja.
Aku rasa.

Nota Kaki :
Belajarlah untuk memaafkan mereka yang mengkhianati kita. Mereka mengajar kita apa itu nilai kepercayaan sebenarnya. Dan ia mungkin akan susut selepas perbuatan mereka.

Zara : Jangan pernah mengubah apa yang kita rasa berdasarkan apa yang orang lain rasakan terhadap kita. Kita adalah tuan punya diri dan memaafkan manusia lain adalah sangat bermakna apabila mereka sebenarnya mengajar kita lebih banyak tentang apa itu hidup.

Friday, December 10, 2010

Lagu Dan Perasaan : Adakah Dengan Lagu Kita Boleh Menilai Perasaan Orang Pada Kita?


Ketawa.
Semalam ada orang tanya adakah aku homoseksual hanya disebabkan aku dengar lagu daripada t.A.T.u. Aku dapat soalan ini di Borang Anjal (baca : Formspring).
Main suka hati mahu kata begitu pada aku kan?
Jawapan aku mudah sahaja.

Kalau dengar lagu t.A.T.u. aku adalah homoseksual, bagaimana kalau aku dengar lagu Adam Lambert dan sebagainya? Mudah betul orang menilai begitu kan?
Ketawa.

Senyum.
Maaf, aku tidak menulis langsung semalam. Badan yang keletihan serta banyak berbual dengan si dia (batuk-batuk perlahan sambil tersenyum) membuatkan aku langsung tidak dapat menulis apa-apa. Dalam erti kata yang mudah, sebenarnya aku makan ubat demam dan selsema (dan seterusnya tertidur - kan lebih baik tulis begini bukan?)

[Gambar : Sejak kebelakangan ini banyak menulis frasa ini dalam cara berbeza dan bahasa berbeza tapi masih membawa maksud yang sama]

Ada sesetengah daripada kita di luar sana (termasuk aku) mungkin manusia yang sukar meluahkan dengan kata-kata ataupun lebih banyak berkias. Ah, ego setinggi langit dan dinding tebal yang aku bina sukar untuk memulakan hubungan baru. Lebih banyak kekal dan menghargai mereka yang lebih kenal siapa aku dari membuka ruang untuk yang lain (macamlah ada orang mahu kan?).

Jadi, antara cara orang menyentuh hati aku (berdehem perlahan) adalah dengan melalui lagu. Memberitahu niat dan maksud secara tersirat juga dengan harapan aku faham dengan apa yang cuba disampaikan. Tapi ada juga orang yang menyanyikan lagu hanya kerana bosan dan sebagainya (ini tidak boleh dikira walaupun mungkin tersentuh hati). Senyum.

Baiklah.
Mari senaraikan lagu apa yang sejak kebelakangan ini memenuhi ruang kamar sempit tetapi membahagiakan ini.
  • Bruno Mars - Just The Way You Are
  • Lady Antebellum - Need You Now
  • Jason Derulo - Ridin' Solo
  • Auburn - Perfect Two
  • Jason Mraz & Colbie Caillat - Lucky
 [Gambar : Oh, jangan tanya kenapa lagu-lagu itu memenuhi kamar aku saat ini]

Macam aku katakan tadi, pelbagai orang menggunakan lagu atau muzik untuk menunjukkan perasaan mereka. Seni tidak dicabuli dengan cara begini, bahkan lebih dikembangkan walaupun penggunaannya sudah mula disalahgunakan.

Kegunaan Lagu.
  • Luahan Cinta : Ada orang menggunakan lagu atau muzik untuk menyampaikan rasa cinta mereka. Mungkin mereka tidak mampu menyatakan secara jelas apa yang cuma diluahkan dan lagu yang sesuai dipilih agar jejaka atau gadis itu mengerti. Sebagai contoh :
 Jejaka : Awak dah dengar lagu yang saya beri tadi?
Gadis : Lagu yang tadi? Dah.
Jejaka : Awak faham apa yang saya cuba sampaikan?
Gadis : Mungkin, tapi boleh awak jelaskan?
Jejaka : Kalau awak hayati betul-betul...
Gadis : Saya mengerti, cuma untuk kepastiaan, saya tak boleh buat andaian sendiri
Jejaka : Awak rasa apa?

(Cerita seterusnya tidak dapat disambung. Terima kasih)
  • Hambur Benci - Marah : Ramai juga yang menggunakan lagu dan muzik sebagai tempat atau medium melepaskan kemarahan dan sakit hati. Disampaikan secara terang-terangan ataupun secara sinikal dan sarkastik (kalau aku lebih suka yang makan dalam kerana itu lebih mengasyikkan). 
  • Perkongsian : Ada orang sekadar suka berkongsi lagu-lagu tersebut dan berkongsi dengan kawan-kawan. Eh, benda baik harus dikongsi bersama kan? Ini Busuk selalu bagi pada aku untuk memberikan aku semangat dan sebagainya. Sebagai rekod, Busuk yang memperkenalkan aku kepada A7X dua tahun lepas.
Busuk : Kau pernah dengar lagu A7X?
Aku : Apa benda tu?
Busuk : Avenged Sevenfold. Kau Google. Jangan dengar lagu Jepun dan Korea sahaja.
Aku : Baik!
Busuk : Aku hantar kau lagu yang sesuai dengan kau.
Aku : Baik.

(Lagu-lagu dihantar guna Skype)
  • Penggera Bangun Tidur [Tambahan] : Ya, setiap pagi aku dikejut oleh nyanyian lelaki kacak dari Korea untuk bangun ke sekolah dan sebagainya. Lagu itu dinyanyikan oleh lelaki tersebut untuk mengejutkan kekasihnya di dalam drama bersiri yang aku suka.
 [Gambar : Encik Pengguna Canon sejati, sila bangun bila ada orang yang gigih kejut. Terima kasih]

Banyak sebenarnya yang dapat dikongsikan dengan lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kawan aku menyanyikan lagu Maher Zains (For The Rest of My Life) untuk isterinya di majlis perkahwinan mereka. Kalau aku, mestilah aku akan menangis terharu walaupun segala nota muzik beliau agak lari (Maaf kawan, aku beri contoh sahaja, yang penting isteri kau gembira dan menangis - walaupun aku tak faham erti tangisan dia)

Selingan.
Perasaan manusia adalah sesuatu yang agak kompleks. Sukar untuk ditafsir dan dimengertikan walaupun ternyata kalau kita mahukan keindahannya, kita akan jumpa juga. Aku mungkin bukan yang terbaik untuk menyatakan perkara sebegini, tetapi aku pasti bahawa seteguh mana karang, ia pasti akan terhakis juga dalam suatu jangka masa.

Senyum.
Hati aku mula buat perangai sejak kebelakangan ini.
Terselit rasa cemburu yang entah dari mana merasuk semalam. Aduhai hati, kenapa berubah sebegini rupa? 

Nota Kaki :
1. Sesiapa yang mahu aku menulis tentang Melaka Wonderlands, nanti aku tulis. Gambar boleh dilihat di Mukabuku aku.
2. Ada orang kecil hati dengan aku. Kawan, bukan aku tidak mahu beritahu.
3. Jadual waktu tidur aku masih tidak betul. Ada sesiapa boleh tolong?
4. Mulut kejang sebab senyum.

Zara : Semakin kenal apa yang hati aku mahukan. Ini bukan masa untuk bermain macam anak kecil yang baru kenal dunia. Ini waktu untuk tunjukkan kesungguhan dalam mencapai impian dan cita-cita.

Tuesday, November 16, 2010

KotarayaKU - Altimet Ft Noh Salleh : Muat Turun Percuma Khas. Kira Hadiah Hari Raya Aidil Adha Boleh?


Salam.
Masa kamu baca ini mungkin sudah ketinggalan beberapa jam, tetapi tidak mengapa. Apa yang penting adalah sokongan kalian kepada industri muzik tempatan. Baiklah, aku berbicara mengenai penyanyi yang setiap hari aku dengar suara dia dan dia di radio (biasanya sewaktu memandu).


[Aku cetak ini daripada laman murai.com - Terus ke sini kawan-kawan]

Istimewa untuk sehari dari 16 Nov 2010 (12:00 pm) hingga 17 Nov 2010 (12:00 pm) muat turun percuma single KotarayaKU nyanyian Altimet ft. Noh Salleh.

Altimet amat berbesar hati untuk menghadiahkan lagu ini buat pengunjung-pengunjung laman web murai.com.my untuk 1 hari sahaja.

[Sumber : murai.com]

******

Boleh dikira sebagai hadiah sempena hari raya bukan? Bolehlah, sebab mana ada orang bagi duit raya masa hari raya haji? Ada ke?
Senyum.

Baiklah, sila ke halaman yang sudah aku letakkan pautannya di situ. Oh, dengarkanlah lagu tersebut kerana aku rasakan liriknya yang bagus dan macam biasa, pasti bukan kosong.

Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Korus
Oh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap (.....)
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Ulang Korus

Aku rehat sebentar di kaki lima
Yang jadi riba melayan minda
Aku sedar kota sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ulang Korus

*******

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLrdL0mxG8tgW7MQ1QbanajAUipEU_e1EdQ_8mUvkPEnk-K_p5jqpLt0J5X3SmyN_XZGHtsJY9ysghByr0zOP1bzG8ynFwL9ib5GkgGeUtgohTX53PjPFHvrpMZXYlr7qYS6fxhbAWcpNU/s1600/54707516_large.jpg
[Gambar : Sedang mendengarkan lagu ini berulangkali. Ya, aku dah takbir raya tadi]

Penulisan ringkas daripada aku.
Itu sahaja buat malam ini.
Aku sedang menghiburkan hati dengan lagu ini.

Nota Kaki :
1. 50 orang pertama yang memuat turun lagu ini boleh mendapatkan T-Shirt percuma.
2. Esok pagi baru bangun masak.
3. Altimet seorang yang rajin membalas Twitter. Bagus dan tadi aku ada salah eja. Malu betul.

Zara : Masih tiada balasan dalam pesanan yang aku titipkan buat teman itu. Alahai, biarlah.

Friday, October 08, 2010

Amer Munawer Yusoff : Seluruh Mahabbah - Satu Perspektif Daripada Aku Sendiri


Salam semua.
Pernah dengar tentang Amer Munawer Yusoff?
Jika belum pernah, secara jujurnya, aku mengajak anda semua mendekati penyanyi nasyid ini yang sudah mengeluarkan EP terbarunya yang berjudul Seluruh Mahabbah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs406.snc4/46915_154511091240963_149290015096404_425048_861529_n.jpg

Ada dua lagu terbaru yang dimuatkan didalam EP tersebut iaitu Seluruh Mahabbah dan juga Maha Suci Allah (feat UNIQ). Juga dimuatkan 'minus one' Seluruh Mahabbah di dalamnya. 

Secara telusnya juga, EP ini telah tiba di rumah aku kira-kira dua minggu lepas tetapi memandangkan ketika itu aku sedang sibuk dengan satu program peringkat negeri, maka, benda yang dirancang untuk menulis tertangguh. Selama 2 minggu ini juga, aku telah mendengar EP ini semasa memandu. Sungguh mengembalikan nostalgia zaman aku sanggup beratur dan menempah album penyanyi nasyid suatu ketika dahulu.

Seluruh Mahabbah adalah lagu yang berdurasi selasa 4 : 45 minit. Dengarkan dan hayati bait-bait yang terkandung dalam lagu tersebut dan anda pasti akan mengetahui, mengapa hati boleh terbuai dengan lirik dan susunan muzik yang indah oleh Tengku Shafiz Rullah (Ash). Jika anda pendengar setia radio Ikim, pasti anda pernah terdengar lagu ini dimainkan di radio tersebut.

Jika anda berminat untuk membeli EP ini, sila berkunjung ke http://mermotto.blogspot.com/.

Nota Kaki :
Aku menerima surat elektronik yang bertanyakan jika aku sudi membuat ulasan tentang album ini. Setelah bertukar-tukar pertanyaan, persetujuan dicapai dan EP ini telah dihantar ke alamat aku secara percuma. Maka, apa yang aku coretkan di atas adalah hasil pendengaran aku selama 2 minggu ini.

Zara : Bakal bepergian sehingga hari Isnin. Selamat tinggal semua.

Friday, October 01, 2010

"Fikir Suara Garau, Perangai Kasar Dengar Lagu Yang Keras. Rupanya Dengar Lagu Jiwang Juga!"


Itu ayat kawan aku.
Gila keji betul.
Kalaulah dia tahu aku menulis novel cinta, bagaimana reaksi dia agaknya?
Ketawa.


Dua keping album ini memang ada dalam kereta aku.

Kawan : Sekejap, kau dengar dua album ni?
Aku : Kenapa?
Kawan : Jiwang kot!
Aku : Apa salahnya?
Kawan : Aku ingat kau layan lagu-lagu keras sebab kau suka gila dengan Faizal Tahir.
Aku : Faizal Tahir punya lagu pun ada jiwang apa?
Kawan : Tapi yang ini meleleh. Kau tengok filem dia dulu?
Aku : Tengok.
Kawan : Memang dalam hati ada taman bunga.
Aku : Dalam hati aku ada taman permainan, boleh?
Kawan : Tak sangka kau jiwang. Teman lelaki pun takde lagi kan?
Aku : Takde, biarlah.
Kawan : Layan lagu mendayu-dayu juga. Ingat ganas betul.
Aku : Agak-agak kau nak duduk tepi jalan, kau cakaplah lagi.
Kawan : Sentap nampak.
Aku : Tak sentap, cuma aku takut aku rentap kau keluar.
Kawan : (ketawa) Baik, baik. Aku diam.

Memang aku layan semua lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kalau aku nak menulis novel dan kisah cinta, aku akan dengar lagu-lagu yang berkaitan untuk dapatkan perasaan yang sesuai (malangnya perasaan sendiri tiada, hingga perlu pemangkin luar). Ketawa.

Tapi selalunya, aku akan dengar lagu yang mesra dengan telinga aku. Kalau lagu jejaka panas kesayangan, Faizal Tahir, memang aku layan semua dengan gigih. Eh, bukan memilih bulu cuma dia menyeronokkan untuk didengar.

Bila aku khabarkan pada seorang kawan lain, dia ketawa terbahak-bahak.

Anne : Kalaulah dia tengok dalam telefon kau lagu-lagu yang beratur, mesti dia pitam sebab kau ada personaliti yang pelbagai yang amat sangat.

Nota Kaki :
Aku kehilangan patung model vinil kesayangan. 
Satu-satunya.

Zara : Kadangkala apa yang kau mahukan dalam hidup bukanlah apa yang akan kau dapat. Selalunya begitu, tetapi berusaha untuk mendapatkannya bukanlah suatu kesalahan.

Thursday, September 30, 2010

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali Dan Zahiril Adzim Memang Comel : Kenapa Aku Sebak Dengar Lagu Ini?


Setiap hari dengar lagu ini.
Dalam radio biasanya.
Ada bait-bait yang menyentuh rasa.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


*******



Untuk seorang teman yang menghadapi kesukaran melupakan kisah lama yang menghantuinya. Teman, aku sangat memahami apa yang kau lalui. Sangat mengerti penderitaan yang kau tanggung, tapi jangan lupa yang kau bukan seorang diri.

Kawan : Kau terlampau kuat.
Aku : Perlu kuat untuk teruskan hidup.
Kawan : Pinjamkan aku sedikit kekuatan.
Aku : Bahkan kalau perlu, aku salurkan sebanyak mana yang kau suka.
Kawan : Tiada bahu yang dapat aku pinjam.
Aku : Masih punya aku.
Kawan : Jauh.
Aku : Kesat air mata.
Kawan : Kecewa, aku sengsara.
Aku : Jangan lupa janji Allah.
Kawan : Tapi aku sakit.
Aku : Kesakitan hari ini, adalah untuk kegembiraan masa depan, insyaALLAH.
Kawan : Nak peluk kau.
Aku : Lain kali jumpa, peluklah.
Kawan : Moga-moga kau sudah jadi milik orang waktu itu.
Aku : Kau juga mungkin.

Kenapa aku sebak dengar lagu ini?
Jawapannya pasti ramai yang sudah tahu.
Senyum.

Nota kaki :
Tanpa silam aku, mungkin aku tidak sekuat ini.
Tanpa apa yang aku tinggalkan dibelakang, aku mungkin manusia yang tidak berjaya.
Tanpa segala kepahitan yang dilalui, aku mungkin bukan siapa yang kalian kenal hari ini.

Zara : Berbual dengan seorang kawan di Jepun membuatkan aku lebih menyedari, bahawa hidup manusia adalah satu fragmen yang indah dan penuh warna. Ujian dan cabaran dilalui untuk membina kehidupan dan kebahagiaan masa depan.

Wednesday, September 01, 2010

Selamat Pulang Rasa, Ke Asal Jiwaku | Oh, Aku Memang Suka Lagu Tiba Dendangan Jejaka Panas


Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
Selamat kembali aku, ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta, ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu.
Hari yang selalu penuh baru.

Itu adalah sebahagian daripada lagu Tiba dendangan Faizal Tahir, Faizal Ismail dan juga Shahir. Kerap mendengar lagu ini yang dipetik daripada album 'Hangatnya Raya' setiap kali aku mendengar stesen radio kegemaran di dalam kenderaan.

Lagu ini agak dekat di hati. Entah kerana aku sukakan Faizal Tahir atau apakah, tadi mendengar bait demi bait membuatkan aku rasa lagu ini tidaklah menjurus ke arah raya semata-mata. Masih boleh diaplikasi kepada situasi lain juga. Dan bila aku menyanyi lagu ini perlahan-lahan, seorang kawan menegur aku.

Kawan : Lagu cinta ke?
Aku : Eh tak. Lagu raya.
Kawan : Sebab bahagian yang kau ulang-ulang nyanyi macam lagu cinta.
Aku : Setakat ini bahagian itu yang aku ingat.
Kawan : Ceh!

http://ny-image1.etsy.com/il_fullxfull.47143489.jpg

Selamat pulang rasa, ke asal jiwaku.
Ini bait yang sangat mendalam pada aku. Jujur aku melalui kehidupan yang bukannya mudah untuk sampai ke tempat yang aku berada saat ini. Walaupun mungkin tidak sebaik orang lain, tapi aku merasakan yang aku telah beri segalanya untuk mencapai apa yang aku mahukan. Pernah menjadi kejam dengan diri sendiri, demi dapat apa yang aku mahu dan sekarang ini, apa rasa yang pernah ditinggalkan, sudah kembali ke jiwa, ke marga aku semula.

Lirik Lagu Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga umurku membawa
Kembali ke hari pertama
Pasti aku tunggu

Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar
Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu

Selamat pulang rasa
Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta
Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru

Bergema sempurna
Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu

Dapatkah kau rasa?
Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba



Walaupun ada yang menyatakan kurang enak lagu raya begini, tapi aku sudah nyatakan pendapat peribadi aku. Lagu ini tidak menjurus kepada raya semata-mata aku rasa. Lain orang lain penilaian, maka terpulang kepada selera masing-masing. Yang bercorak tradisional masih tetap di hati dan aku tidak begitu memilih asalkan kena dengan jiwa aku.

Nota Kaki : 
Ada yang bertanya kenapa runut bunyi untuk cerpen BELAHAN JIWA AISHAH MERDEKA bukanlah lagu daripada Faizal Tahir, disebabkan aku meminati Faizal Tahir. Jawapannya kebetulan sudah diberi oleh Pengetua aku. Ini disebabkan runut bunyi itu lebih sesuai dengan cerpen.

Zara : Masih senyum melihat kawan aku yang sepet itu. Betapa bahagianya jalan yang dia lalui saat ini serta toleransinya gadis yang bersamanya. Rupanya gadis tersebut yang mengingatkan dia ulang tahun kelahiran aku disebabkan keunikan tarikh 29 yang kebetulan sama dengan ulang tahun kelahiran kawan aku yang sepet itu. Cuma aku bulan Ogos, dia bulan lain. Senyum. Semoga kalian berdua akan cepat-cepat menikah!