Showing posts with label Zahiril Adzim. Show all posts
Showing posts with label Zahiril Adzim. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 : Lintas Langsung Dan Senarai Pemenang


Salam semua.
Kehangatan Anugerah Juara Lagu kembali lagi pada tahun ini. Pernah menulis mengenai Anugerah Juara Lagu 24 sebelum ini, dan tahun ini, mahu menulis lagi memandangkan Jejaka Panas dicalonkan dalam dua buah lagu. Ada sesiapa boleh teka siapa yang dimaksudkan?
Ketawa.

http://farm6.static.flickr.com/5205/5320293086_16f68ab2fb.jpg
[Gambar : Anugerah Juara Lagu 25 - Kalau anda pengguna Twitter, gunakan #ajl25]

Berikut adalah senarai pencalonan bagi malam ini :

   1. Sempurna (Yuna/Yuna)
   2. Berlari (Tomok/ Tomok dan Shazee Ishak/ Tomok)
   3. Pelita (A.P.I/ Loque)
   4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
   5. Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)
   6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
   7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
   8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
   9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze dan Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

Juri :
- Acis
- Azmeer
- Andy Flop Poppy
- Pacai
- Habsah Hassah
- M. Nasir

Komentar Peribadi :

Persembahan Pembukaan :
Pemilihan persembahan lagu-lagu yang pernah menjuarai Muzik Muzik ataupun Juara Lagu.
  • Sekadar di Pinggiran oleh Francisca Peter. Oh, suara dia memang tetap seperti dulu kan? Juara pertama Muzik Muzik 1986.
  • Pada Syurga Di Wajahmu - Nash Lefthanded. 
  • Tanya Sama Itu Hud Hud - M. Nasir (Juara Tahun 1994)
  • Ghazal Untuk Rabiah - M. Nasir dan Jamal Abdillah (Juara Tahun 1997). Oh ya, Jamal Abdillah tiada sebab dia ada persembahan di Istana Budaya kan?

Cinta Sempurna - Yuna (Yuna/Yuna)
Set pentas yang menarik dan berwarna jingga. Oh, Yuna juga bermain piano. Tiada gitar pada dia seperti sebelum ini. Rasa macam Yuna menyanyi dalam lagu Kelly Clarkson. Bak kata Faizal Ismail, persembahan Yuna ada peningkatan dari segi piano dia kecil, ke piano besar.
Senyum.

Berlari (Tomok/ Tomok dan Shazee Ishak/ Tomok)
Nasib baik rambut Tomok tidak mempunyai gaya rambut seperti Gu Jun Pyo lagi. Kalau tidak memang ramai hempas televisyen aku rasa.

Pelita (A.P.I/ Loque)
A.P.I. - Angkatan Pemuda Indie yang dianggotai oleh Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran One Buck Shot, AJ Pop Shuvit dan LoQue MonoloQue/Butterfingers. Persembahan yang menarik tentunya. Oh, dimulakan oleh sedikit dialog dari filem Sarjan Hassan. Oh, Lan dengan tangan kiri yang berpura-pura patah.

Dan ya, ada pancaran laser dan mereka jatuh satu demi satu akibat pancaran laser. Eh, bukan bola sahaja ada laser kau tahu? Ketawa.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
Muncul juga Shahir di khalayak ramai setelah banyak ruangan gosip di akhbar dan laman sesawang berbicara tentunya. Oh, persembahan Shahir ada iras-iras cerita Harry Potter, penuh dengan asap hijau. Oh ya, kemunculan Nasha Aziz dengan monolog dalaman yang sungguh (baiklah, aku anggap ini persembahan pentas biasa sahaja) dan diakhiri Shahir kena tampar dengan Nasha Aziz. Apakah?

Kenapa macam persembahan budak sekolah masa hari guru?
Atau persembahan budak-budak di kem yang biasa aku hadiri?
Maksudnya, macam tiada persiapan yang sempurna dan ada kekangan masa macam di kem.

Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)
Macam biasa, mesti ada conteng muka. Baju gaya My Chemical Romance dalam Black Parade.
Sudahlah tidak ditulis nama Black dan hanya Meet Uncle Hussain sahaja, aku tidak nampak penyanyi utama kumpulan MUH. Nak jumpa Pakcik Hussain ke? Apa pun, suara Black memang bagus.

Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
Persembahan paling bersahaja setakat aku menulis saat ini. Hanya asap yang muncul (dan setiap persembahan ada asap, banyak betul pencemaran kan?) dan Hafiz sahaja menyanyi tanpa ada penari latar dan apa-apa sokongan pentas.

Tiba-tiba Hafiz tercampak atas pentas akibat letupan. Ramai orang berkerumun pada dia, kecoh-kecoh pentas gelap dan dia muncul dari mana entah dengan pakai baju putih pula. Baiklah, itu menarik.

Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Oh, aku pernah menulis tentang lagu ini di SINI.
Ada Zahiril Adzim, dan ini semestinya menarik. Bersangkar bagai dan selain Hafiz, Ana Raffali adalah penyanyi kedua yang menukar pakaian di atas pentas malam ini. Lakonan Zahiril seperti biasa, walaupun sekadar untuk persembahan Ana Raffali, memang menarik yang amat.

Dan jujurnya, aku rasa Ana Raffali perlu lebih fokus kepada nyanyian dan petikan gitar yang menjadi identitinya dan biarkan gimik itu dilakukan oleh tenaga kerja lain.

Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
Oh, ada Nurkhiriah, ada Fatimah Abu Bakar dan anaknya - Aryana serta Datuk Aziz Sattar dan isterinya. Oh abang Jejaka Panas terbaik! Moga-moga kamu menang. Tapi macam biasa, kenapa mesti nak pakai cermin mata gelap kan?

Persembahan yang simbolik.
Suka.

Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
Macam persembahan Disney. Comel. Gabungan warna putih dan merah jambu sudah jadi seperti persembahan fantasi si pari-pari.

Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
Sam macam biasa, penuh dengan tenaga.
Persembahan lebih menarik dan ala-ala anugerah Korea.

Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze dan Iswandy/ Farril)
Ada langsir yang penuh dengan bunga. Dan macam persembahan lain, ada asap putih pula.
Oh ya, Black macam tak beri sepenuhnya dalam lagu ini.
Entahlah.

Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
Faizal Tahir dalam kandang, atas tangki air kah itu?
Oh ya, dia terjun dalam tangki air itu.
Nasib baik dapat lepaskan diri, kalau tidak mesti jadi sejarah ada orang lemas atas pentas.
Senyum.
Apa pun, kamu tetap terbaik di hatiku abang!

Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
Aku yakin dia akan ditegur akibat penggunaan cahaya berbentuk kotak-kotak yang amat digemari oleh pemerhati Illuminati atau Freemason. Oh ya, baju Stacy macam sedang di atas pentas cerita Street Fighter dengan watak Chun Li pula. Oh, ada api pula dalam persembahan dia.

Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)
Lagu yang terakhir dalam AJL.
Baiklah.
Ini baru imej yang kena dengan Noh Salleh atau Noh Hujan.

Persembahan Selingan:

- Dato' Sharifah Aini pun pakai baju merah juga.
- Ziana Zain muncul dengan mengenakan gaun hitam menyanyikan lagu Anggapanmu dan Madah Berhelah.
- Dato' Siti Nurhaliza muncul dengan lagu Balqis, Nirmala dan Cindai. Cantik "tudung" Dato'.

Senarai Pemenang.

Persembahan Terbaik (RM 10 000) :
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik (RM 10 000) :
Noktah Cinta - Hafiz

Juara (RM 35 000):
Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

Tempat Kedua :
Drama King (Meet Uncle Hussain dan Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga :
Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Fakta :
1. Ramai betul yang mengenakan pakaian berwarna putih, merah, hitam. Penyokong Manchester United ke apa?
2. Persembahan banyak sangat asap. Alahai.
3. Aku suka Ana Raffali, tapi Faizal Tahir lebih hebat!

Nota Kaki :
Seperti biasa, aku akan menulis (dan mengemaskini) bagi setiap persembahan.

Zara : Tidur dalam kesedihan nampaknya aku malam ini. Alahai.

    Thursday, September 30, 2010

    Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali Dan Zahiril Adzim Memang Comel : Kenapa Aku Sebak Dengar Lagu Ini?


    Setiap hari dengar lagu ini.
    Dalam radio biasanya.
    Ada bait-bait yang menyentuh rasa.


    Jangan disusun kata-kata penamat
    Jangan disebut baris ayat keramat
    Biar lenyap diserap sunyi
    Biar senyap yang tak menyepi

    Tolong ingatkan aku
    Kisah kau tersedar
    Dengan saku penyeluk masa

    Mari patahkan papan markah lama
    Mari padamkan buku tiga lima
    Biar luka sembuh sendiri
    Biar lupa dimakan hari

    Tolong ingatkan aku
    Kisah kau tersedar
    Dengan saku penyeluk masa
    Kau dampingi aku
    Setiap detik jantungku berdetak
    Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

    Bila marah merasuk minda
    Kecewa menyelubungi jiwa
    Aku lupa

    Tolong ingatkan aku
    Kisah ku tersedar
    Dengan kasih memeluk rasa
    Ku teringatkanmu
    Setiap detik jantungku berdetak
    Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

    Tolong ingatkan aku kisah kita
    Tolong ingatkan aku
    Kisah ku tersedar
    Dengan kasih memeluk rasa

    Tolong ingatkan aku
    Kisah kita


    *******



    Untuk seorang teman yang menghadapi kesukaran melupakan kisah lama yang menghantuinya. Teman, aku sangat memahami apa yang kau lalui. Sangat mengerti penderitaan yang kau tanggung, tapi jangan lupa yang kau bukan seorang diri.

    Kawan : Kau terlampau kuat.
    Aku : Perlu kuat untuk teruskan hidup.
    Kawan : Pinjamkan aku sedikit kekuatan.
    Aku : Bahkan kalau perlu, aku salurkan sebanyak mana yang kau suka.
    Kawan : Tiada bahu yang dapat aku pinjam.
    Aku : Masih punya aku.
    Kawan : Jauh.
    Aku : Kesat air mata.
    Kawan : Kecewa, aku sengsara.
    Aku : Jangan lupa janji Allah.
    Kawan : Tapi aku sakit.
    Aku : Kesakitan hari ini, adalah untuk kegembiraan masa depan, insyaALLAH.
    Kawan : Nak peluk kau.
    Aku : Lain kali jumpa, peluklah.
    Kawan : Moga-moga kau sudah jadi milik orang waktu itu.
    Aku : Kau juga mungkin.

    Kenapa aku sebak dengar lagu ini?
    Jawapannya pasti ramai yang sudah tahu.
    Senyum.

    Nota kaki :
    Tanpa silam aku, mungkin aku tidak sekuat ini.
    Tanpa apa yang aku tinggalkan dibelakang, aku mungkin manusia yang tidak berjaya.
    Tanpa segala kepahitan yang dilalui, aku mungkin bukan siapa yang kalian kenal hari ini.

    Zara : Berbual dengan seorang kawan di Jepun membuatkan aku lebih menyedari, bahawa hidup manusia adalah satu fragmen yang indah dan penuh warna. Ujian dan cabaran dilalui untuk membina kehidupan dan kebahagiaan masa depan.